SENARAI 85 BERKEBAJIKAN PAS DI KELANTAN KEKELENTONGAN


Oleh: Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan

PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

1. Meneruskan amalan perundangan dan kehakiman yang bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qiyas 
2. Terus mengkaji meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan enakmen yang sedang dipakai di samping mengkaji, meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan segala peraturan pentadbiran supaya tidak bercanggah dengan kehendak Islam. 
3. Terus berusaha ke arah mempastikan setiap pindaan dan perubahan terhadap enakmen dan peraturan pentadbiran adalah benar-benar memenuhi prinsip keadilan, keharmonian dan saling hormat-menghormati pihak-pihak berkenaan. 
 
KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTRUKTUR


4. Meneruskan program kemudahan asas (infrastruktur) kepada rakyat bagi melicinkan urusan sosial, ekonomi dan komunikasi dan berusaha mendekatkan jurang kemajuan masyarakat bandar dengan luar Bandar. 
5. Mempertingkat, memperbanyak dan memperluaskan lagi program Desa Taqwa dengan matlamat membangunkan satu projek di setiap daerah. 
6. Mempertingkatkan mutu dan menyediakan bekalan air bersih mencukupi kepada seluruh rakyat Kelantan.
7. Berusaha membina jambatan keempat merentasi Sungai Kelantan bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di Kota Bharu. 
8. Mempertingkatkan amalan al-taawun dan kerjasama masyarakat setempat dalam melaksanakan pelbagai program kemudahan asas rakyat tempatan. 
 
PERTANIAN.  


Mempertingkatkan keupayaan rancangan pertanian yang telah terbukti berjaya memajukan golongan petani dan penternak: 
9. Rancangan industri desa berasaskan pertanian. 
10. Pemulihan tanah terbiar. 
11. Penanaman sayur dan industri sayur-sayuran. 
12. Penanaman secara komersil bawang merah, jagung bijiran dan nenas. 
13. Penanaman buah dan industri buah-buahan. 
14. Melahirkan usahawan tani (agro-tourism) 
15. Penanaman padi. 
16. Menampung pemberian subsidi baja padi. 
17. Pengeluaran penternakan. 
18. Penghasilan ikan air tawar dan udang. 
19. Melahirkan petani pelapis. 
20. Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian dengan memberi latihan dan membuka peluang memajukan pertanian tanah tinggi Lojing. 
21. Membina pasar borong pertanian. 
22. Memajukan Taman Teknologi Pertanian. 
 
PERHUTANAN 


Meneruskan usaha menjadikan sektor perhutanan sebagai kegiatan ekonomi penting dengan mengambilkira perkara-perkara berikut: 
23. Semua keputusan Majlis Perhutanan Negara dalam mempastikan pengekalan keluasan , pertumbuhan semula hutan dan kawasan hutan simpan, terutama dalam mematuhi kuota penebangan hutan. 
24. Tidak berlaku penebangan yang melanggar Akta Perhutanan dan peraturan-peraturan di bawah Akta Perhutanan.
25. Usaha-usaha penanaman semula (reforestration) dan pemulihan hutan melalui rancangan Ladang Hutan. 26. Mengekalkan prinsip mesra alam dan penjagaan alam sekitar. 
27. Pengawalan pembalakan dan menyelesaikan masalah pembukaan tanah secara haram. 
 
PERIKANAN 


28. Membina lebih banyak prasarana industri perikanan.
29. Menyediakan kemudahan pemasaran 
30. Menyediakan latihan perikanan kepada nelayan pelapis. 
31. Memajukan Projek Pelabuhan Perikanan dan Taman Industri Marin di Tok Bali. 
32. Memajukan projek ternakan air (aquaculture). 


PENTERNAKAN 


33. Menjadikan Negeri Kelantan sebagai pengeluar dan pembekal hasil ternakan utama seperti daging halal bagi keperluan dalam dan luar negeri. 
34. Memajukan ternakan susu.
35. Menggalakkan penternakan tradisi dengan cara membekal baka dan khidmat nasihat. 
36. Mengekalkan keluasan padang ragut milik kerajaan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. 
37. Mewujudkan zon penternakan berkelompok untuk lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan ayam-itik. 
38. Mewujudkan zon perusahaan berasaskan binatang ternak seperti makanan, daging, kulit dan penghasilan baka. 
 
PERINDUSTRIAN. 


39. Meneruskan pembukaan kawasan perindustrian baru di setiap jajahan. 
40. Meneruskan usaha menarik pelabur tempatan dan asing menerusi pelbagai perkhidmatan, kemudahan dan galakan insentif. 
41. Mempertingkatkan peranan Pusat Serenti Pelaburan bagi menggalakkan aktiviti pelaburan dan perindustrian. 
42. Meneruskan usaha-usaha memajukan "œcottage industry" seperti industri makanan. 
 
KEUSAHAWANAN


43. Menyediakan kemudahan dan galakan bagi membantu usahawan-usahawan kecil.
44. Meningkatkan peranan perbadanan kerajaan dalam memajukan bidang usahawan. KRAFTANGAN Memajukan sektor industri tumpuan iaitu: 
45. Industri batik, tenunan dan kain songket.
46. Industri kraftangan termasuk ukiran dan perak.
47. Industri barang kemas terutama emas.
48. Berusaha mewujudkan Pusat Reka Cipta bagi melahirkan ramai usahawan kraf. 
 
PELANCONGAN. 


Meneruskan usaha-usaha menarik pelancong domestik dan antarabangsa melalui: 
49. Mewujud dan melebarkan lebih banyak pusat persinggahan/destinasi baru pelancong dengan imej budaya asli tempatan.
50. Menggalakkan reka cipta baru bertaraf antarabangsa sebagai tarikan. 
51. Mempromosi peluang-peluang pelancongan. 
52. Memasukkan lebih banyak acara tahunan di dalam kalendar pelancongan nasional. 
53. Mempopularkan pakej pelancongan berasaskan alam semulajadi (eco-tourism/agro-tourism). 
 
PENTADBIRAN TANAH 


54. Menyediakan sistem pendaftaran dan bayaran hasil tanah secara berkomputer. 
55. Menyediakan sistem bayaran hasil tanah secara "on-line" yang boleh dibayar dimana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan. 


TANAH TERBIAR 


56. Mempastikan usaha pemulihan tanah terbiar. 
57. Meneruskan usaha pemulihan tanah terbiar dengan aktiviti bercorak komersil di samping menyedia khidmat sokongan kepada mana pengusaha yang memajukannya. 
 
PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN  


58. Meningkatkan penguasaan ke atas pencerobohan tanah kerajaan dan hutan simpan. 
 
PERLOMBONGAN DAN KUARI 


59. Meningkatkan usaha pengeluaran hasil bumi (batu-batan dan galian) termasuk emas secara lebih efisyen dengan kerjasam PKINK. 
 
KEWANGAN 


60. Mempertingkatkan punca-punca hasil baru di samping terus memajukan punca-punca hasil sedia ada berteraskan kaedah Islam. 
61. Meningkatkan peranan Tabung Serambi Mekah demi kepentingan rakyat. 
62. Mempertingkatkan dana terkumpul Tabung Warisan Tok Kenali. 
 
PERBADANAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI. 


63. Mempastikan PKINK dan anak syarikatnya menerokai peluang-peluang baru berasaskan sektor ekonomi utama negeri seperti pertanian, hartanah, perhutanan, pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan. 
64. Meneruskan amalan tiada campur tangan politik dalam pengurusan dan pentadbiran perbadanan agensi Kerajaan Negeri. 
65. Mempastikan PKINK dan anak syarikatnya menjalankan projek yang ekonomik demi mengurangkan pergantungan kepada kerajaan negeri. 
 
MPKB/MAJLIS DAERAH 


66. Memajukan Pusat Ekspo Negeri di Tanjong Chat, Kota Bharu. 
67. Mewujudkan Taman Rekrasi satu jajahan satu taman seperti Taman Rekreasi Bandar Tanjong Chat Kota Bharu. 
68. Meneruskan dasar perlantikan wakil-wakil kaum (Cina, India, Siam dan Orang Asli), kumpulan professional, NGO, ahli Persatuan Bekas Perajurit dan Ahli Persatuan Bekas Polis, belia dan wanita sebagai ahli majlis MPKB dan majlis daerah di seluruh negeri.
 
PEMBANGUNAN WILAYAH/BANDAR BARU. 


69. Meneruskan pelaksanaan pembangunan Jajahan Kecil Lojing dan Bandar Baru Lojing. 
70. Berusaha memajukan Bandar baru berkonsepkan Islam di Pengkalan Kubor Tumpat.
71. Meneruskan semua projek Bandar baru yang telah dirancang:
a) Bandar Baru Pasir Pekan. 
b) Bandar Industri Perikanan Tok Bali.
c) Bandar Baru Rantau Panjang. 
d) Bandar Baru Gua Musang. 
e) Bandar Pelabuhan Darat Kuala Krai.Utara.
f) Bandar Petro-Kimia Senok.
g) Bandar Ilmu Machang. 
72. Meneruskan Rancangan Pembangunan Bersepadu di perkampungan Orang Asli (RPS) dengan pemberian milik lot rumah dan lot dusun seperti di Kampung Jedik, Pos Brooke. 
 
PERUMAHAN


73. Melipatgandakan usaha pembinaan rumah awam kos rendah mengikut prinsip Islam seperti mengandungi tiga bilik sebagai memenuhi keperluan pembeli. 
74. Berusaha menyediakan tapak-tapak rumah kepada golongan miskin seperti di Bukit Tok Ali Jeli, Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Alor Pulai Bachok dan Kg. Tok Ewal, Bachok. 
75. Mempastikan langkah-langkag prihatin diambil bagi mengatasi masalah perumahan akibat banjir atau ribut sepertimana projek penempatan semula di Batu Jong dan Kuala Nal Kuala Krai.

PENDIDIKAN


76. Memajukan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai universiti Islam ulung di rantau ini yang mampu melahirkan ulamak, intelek dan pendakwah berwibawa. BELIA. 
77. Mewujudkan Tabung Belia Usahawan Negeri Kelantan agar lebih banyak modal dapat dialirkan di samping menyediakan bimbingan keusahawanan kepada belia tempatan.
78. Memperbanyakkan pusat latihan dan jaya diri belia di peringkat jajahan bagi melahirkan lebih ramai tenaga belia yang terlatih di bidang pekerjaan. 
79. Menubuhkan Pondok Pemulihan Dadah berasaskan pendekatan Islam. 
 
WANITA


80. Mempertingkatkan penglibatan wanita di dalam perlantikan ahli lembaga PKINK, MPKB/Majlis Daerah, Unit Dakwah Halaqat, YIK dan penglibatan agensi berkanun berkaitan. 
81. Terus berusaha mewujudkan kumpulan penggiat ekonomi wanita di peringkat kampung menerusi pemupukan budaya keusahawanan secara teratur. 
82. Mengenalpasti dan merangka program pembelaan kepada janda, ibu tunggal dan wanita uzur. 
 
WARGA TUA DAN KURANG UPAYA


83. Mewujudkan skim penempatan warga tua yang terabai di Pondok Pengajian Islam yang sedia ada.
 
PROGRAM AM 


84. Mempertingkatkan program keagamaan, ekonomi dan kebajikan kepada saudara baru Islam dengan kerjasama PERKIM. 
85. Mempertingkatkan perkhidmatan Pusat Rawatan Islam.


. Daripada 85 senarai tersebut agaknya berapa sahaja yang mampu ditunaikan oleh Pas ? Habuk pun tarak.Anda mampu mengubahnya

GEMPAR ! NASHA DEDAHKAN VIDEO LAKONAN AIRMATA NIK AZIZ !



Tergelak sakan GK bersama teman-teman bila melihat aksi Nik Aziz berlakon ni. Itulah Nik Aziz yang sebenarnya bersama PAS dan konco-konconya. GK cukup kesian melihat wajah Nasaruddin yang selenga bilamana Nik Aziz buat bodoh tak nak bersalam dengannya. 

Apakah ini sifat penyambung tugas nabi ? Keikhlasan Nasaruddin dan Dr Harun Din dapat kita lihat dengan mata hati. Tapi sikap Nik Aziz yang keterlaluan itu sukar untuk diterima oleh pejuang-pejuang Islam didalam Pas.

Kenapa Nik Aziz begitu angkuh seolah dirinya maksum dan tidak pernah melakukan kesilapan? Inikah Ulamak yang dipuja oleh cai PAS ? kalau dengan Karpal Singh bukan main lagi sengihnya. Apapun andalah yang layak menilainya dari kacamata pemikiran anda sendiri.

Jika GK nak jelaskan ianya cukup panjang untuk memperlihatkan sikap Nik Aziz yang sebenarnya, Inilah hakikat yang terjadi kepada Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Mereka dua ni tak reti nak berlakon jadi tempat mereka bukan didalam Pas. Didalam Pas mestilah pandai membawa watak pelakon.Menangis, alim, lebai,gembira dan sebagainya itulah watak yang mesti ada untuk terus bersama Nik Aziz.

Mungkin Nik Aziz pun belajar dari Anwar Ibrahim yang sentiasa bersandiwara.Sungguhpun begitu lakonannya tidak menjadi untuk PRU13 ini. PRU13 hanya untuk perkara yang realiti bukan fantasi. Menangislah satu besen airmata pun memang tidak akan berhasil sekiranya jurugambar dah bersedia untuk merakamkannya..

Yang pasti menangis didepan Allah taala dengan penuh keikhlasan itulah akan mendapat ganjaran. Jika menangis ketika jurugambar berkata " READY " itu hanyalah hipokrit semata-mata dan balasannya adalah apa yang Nik Aziz dapati sekarang. Anda pasti mengubahnya.

WOW PERCUMA !!! INI BARU BETUL BERKEBAJIKKAN, TERIMA KASIH PAS

Inilah salah satu kehebatan KEBAJIKKAN kerajaan Pas dalam memerintah sesebuah negeri yang ianya tidak mampu untuk ditandingi oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional. GK sedikit teruja dengan KEBAJIKKAN ini. Bukan senang untuk dapat kerajaan yang mengambil berat tentang kesihatan dan mengawal tahap obesiti rakyat dengan memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma.

 Untuk berita lanjut dan klip video bagaimana kebajikkan ini disampaikan sila KLIK dan dapatkan perkhidmatannya secara percuma disetiap kawasan yang diperintah oleh kerajaan Pas. Segalanya percuma untuk Ahli PAS sahaja.

PAS HARAMKAN SIAR KEMISKINAN DI KELANTAN !!!



 Itulah gambaran sebenar puak taksub Pas bila mana-mana media menyiarkan kemiskinan yang berlaku di Kelantan. Kebanyakkan mereka berpendapat negeri lain ramai juga yang miskin tapi kenapa harus Kelantan yang ditonjolkan. Pandangan itu adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

Bukankah bodoh namanya mempertikaikan penyiaran kemiskinan di Kelantan. Jangan pentingkan keuntungan politik sehingga mempertaruhkan kedaifan hidup rakyat Kelantan yang miskin dan buntukan bantuan dari kerajaan dan budiman-budiman seluruh negara. Tanpa pendedahan begini mana mungkin untuk kerajaan dan individu mengetahui nasib mereka yang memerlukan.

Islamkah kita untuk mengeji mereka yang dapat bantuan seperti ini Sila Klik setelah perkhabaran kehidupan mereka didedahkan oleh media. Dah lah kita pun susah tak dapat membantu mereka yang fakir, kita kutuk pula orang yang membantu fakir miskin ini. Apakah syurga untuk kita yang bersikap seperti itu?
Berprasangka buruk, terlalu membenci dan iri hati  itulah sebahagian sifat yang sebenarnya menafikan HAK orang miskin untuk terus hidup dengan lebih selesa. Jika keperluan barang dunia pun tak dapat nak sediakan dengan sempurna mana mungkin untuk menjanjikan syurga di akhirat nanti.

Sebenarnya berita kemiskinan ini dipaparkan dari seluruh pelusuk tanah air oleh media, namun sikap mudah terasa kerana memakan cili terlalu banyak itulah yang membuatkan jahat mulut untuk menuduh dan menyemai persepsi negatif kepada mereka yang terlibat.

Seharusnya berterima kasihlah kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan kepada fakir miskin diatas sebab kita yang tidak mampu atau mengabaikan mereka ini. Fikirlah untuk kebaikkan tanpa menghunus lidah berfrasa neraka. Janganlah berlagak kaya yang hakikatnya papa. Jadilah seorang yang bodoh boleh diajar dan cerdik yang boleh ditumpang serta pastikan Anda Mampu Mengubahnya.

KAMBING RAKUS MENGGANAS DI KELANTAN !!!

Politik dan terus berpolitik. Tapi kini LEMBU dan KAMBING diheret sama untuk berpolitik. Lembu dan Kambing ini ada baiknya untuk dibuat akikah. Adakalanya kambing dan lembu ini menjadi mangsa rakus persembahan politik.

Untuk itu bezakan diantara kambing-kambing dan lembu-lembu supaya anda tidak bisa keliru yang mana dipanggil kambing dan yang mana pula lembu.

Disebalik lembu dan kambing ini ianya punya cerita tersendiri. Gembira, Sedih, Duka, Kecewa, Takut dan pelbagai perasaan menyelubungi si pembaca jika ia ada padanya. Sila Klik pautan dibawah untuk episod seterusnya...Anda mampu mengubahnya..
Pesta kambing di Kelantan
Bersama Kambing juga di Kelantan
Lembu tak dibela

PANAS!!! NIK AZIZ GEDEBE LUDAH HARAKAH DEMI ANWAR IBRAHIM !!!



Ini lah puncanya berlaku banyak kekeliruan didalam Islam bilamana parti yang kononnya memperjuangkan Islam menyalahgunakan agama didalam mempertahankan politik, Bila timbul isu mereka akan menghukumkan sesuatu perkara itu dengan melihat didalam keuntungan politik parti mereka tanpa berlandaskan hukum yang sebenar.

Kenali Nik Aziz yang sebenarnya supaya hidup anda kekal selamat dunia dan akhirat, Nika Aziz marahkan penulis Harakah kerana mengeluarkan artikel gagalnya 16 September. Ibarat kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan, Nik Aziz akan mempertahankan konco-konconya dan sanggup membelakangkan pengikut setia didalam Pas.

Nik Aziz sepatutnya mengajar penulis Harakah supaya jujur untuk mengeluarkan sesuatu berita, bukannya mengajar menipu untuk kepentingan politik. Ni yang peliknya Pas sekarang ni. Dulu lain sekarang lain,dulu bujang sekarang dah ada Dap dan Anwar Ibrahim.

Klip video ini perlu dilihat didalam konteks penghayatan secara ilmiah setiap tutur kata Nik Aziz. Akan lebih ramai lagi pemimpin Pas yang tercabul kehormatannya dek kerana politik bela Dap yang Nik Aziz amalkan. Pas akan lebih pelik lagi selepas ini...Sebelum itu Anda Mampu Mengubahnya.

Portal khas untuk anak - anak Kelantan banyak memberi gambaran sebenar mengenai negeri Kelantan. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut berita mengenai Negeri Kelantan Sila Klik

TRAGIS !!! VIDEO SAAT-SAAT AKHIR GUGURNYA ISLAM PAS



 Tidak dinafikan yang Pas memang semakin pelik, tersangat pelik , apapun kita janganlah pelik untuk tidak mengundi mereka kerana mereka sudah bertuhankan Dap dan seakan tidak yakin dengan kuasa Allah. Pas patut disedarkan oleh pengikutnya supaya maruah Islam tidak terus tercalar dek politik bodoh yang diamalkan oleh mereka.

Sepatutnya kita menunjukkan kekuatan kita orang Islam bergabung dengan sesama Islam supaya orang bukan Islam dapat melihat keindahan Islam didalam satu gabungan yang utuh dan tidak mudah untuk dirobek. Tapi itulah hakikat manusia yang gilakan kuasa dan menganggap dirinya kuat untuk memperbodohkan diantara satu sama lain.Anda mampu mengubahnya.

LEPAS USTAZ BUDAK, USTAZ TUA PULA FATWA HUKUM 7 KALI KAFIR ???



" Cakap bohong, mungkir janji, pecah amanah ni pun syirik, dosa besar lebih dari orang yang berzina, ni saya tak kata kafir, dalam hukum dia kata 7 kali kafir."

Merujuk kepada ceramah Ustaz yang telah dewasa ini terdapat beberapa kekeliruan yang GK rasa ianya patut dijelaskan sebelum perkara ini akan diambil menjadi sebagai satu pegangan atau kepercayaan untuk hidup atau dibawa berhujah.

Sebelumnya GK pernah merujuk kepada salah seorang Ustaz Pas dan bertanya kepada beliau mengenai hukum perkara ini. Tapi GK kata Ustaz Umno yang cakap hukum 7 kali kafir ni, dengan lantang Ustaz Pas kata " Ni lah Ustaz Umno yang sesat, Siapa nama Ustaz itu? Dimana dia ceramah lagu tu. Mana ada hukum sampai 7 kali kafir, serupa juga dengan syirik,kufur dan kafir mana boleh sama. Tak tahu nak bercakap, ni lah masalahnya."

Tapi GK jawab lupa dah nama Ustaz tu tempat dan sebagainya. Kalau GK kata Ustaz Pas yang cakap pasti dia akan backup, Itulah perangai puak Pas. Ketika ceramah ini, Nik Aziz langsung tidak menyentuh atau membetulkan yang dianggap membenarkan istilah hukum 7 kali kafir. Begitu juga dengan syirik,kufur dan kafir yang dikatakan serupa ataupun sama. Ini satu lagi perkara yang meyeleweng akidah umat Islam sedikit demi sedikit dan satu masa ianya akan menjadi perkara remeh yang sesukanya akan dipermainkan.

Sepatutnya hukum hakam agama ini tidak dipolitikkan sehingga berlakunya tokok tambah yang akhirnya akan menjadi satu hukum kepada orang yang jahil. Beginikah cara untuk menegakkan Islam??? Anda mampu mengubahnya.
Video klip Penuh Ustaz Budak kata Nik Aziz Nabi Klik Di SINI

USTAZ BUDAK LONDEHKAN HUSAM BIAR ILMU DIDADA !




















Ilmu didalam dada bukannya di kertas, yang part ni baru betul Ustaz Budak. Kalau ilmu duk di kertas ramailah orang jadi orang alim, Cina buleh baca, India boleh baca kalau setakat baca tengok kat kertas. Ya tak ya jugak kata Ustaz Budak ni kan.

Kenkadang GK pun kecut perut betullah dengan Ustaz Budak ni, bukan apa, kepetahannya itu dapat memeningkan lawan ataupun kawan. Cumanya kita ambil kata-kata diceramah Ustaz Budak, kita baling balik kat pemimpin Pas baru betul. Takkan Pas nak marah :). Ibarat meludah kelangit pipi sendiri terkena liurnya.

Kalau kena kat pemimpin UMNO pun rilaks je. Takkanlah pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam ni nak marah, tak mungkin !!! Oleh itu buat semua Pemimpin Pas supaya lebih belajar Islam dan jangan hanya tahu baca di kertas atau bila timbul isu baru nak hafal.

Dalam Islam banyak ilmu yang perlu belajar, begitu juga dengan ilmu keduniaan yang lain, sebab itulah walaupun berkuasa Perdana Menteri tidak layak untuk mengeluarkan fatwa, yang layaknya adalah mufti. Pengajaran dari situ adalah Ulamak ada tempatnya dan bukan Ulamak pula ada tempatnya. Ia mengikut kepakaran masing-masing. Jika tidak beginilah jadinya Sila Klik.
- Anda mampu mengubahnya.

DR ASRI SUDAH LAMA NASIHATI USTAZ BUDAK

Kalau video tiada warna pun tak betul, yang ada warna pun tak betul, semuanya tak betul dan fitnah serta propaganda UMNO. Habis tu macam manalah agaknya yang betul ya. Memetik kenyataan dari keluarga Ustaz Budak kepada portal detikperubahan.com ingin GK jelaskan disini diatas beberapa perkara dan menyangkal segala tuduhan liar PenTAKSUB Pas kepada UMNO.

Walaubagaimanapun ingin ditegaskan bahawa Ustaz Budak jika tidak disesatkan oleh Pas maka ilmunya sangat baik untuk berdakwah. Kuliahnya tidaklah sangat beremosi sekiranya beliau tidak mengaitnnya dengan politik jahat Pas, Tapi Pas sentiasa mencari orang agama untuk ditanamkan sifat kebencian padanya. Tapi bila Ustaz Budak menghadapi masalah dan kekeliruan diatas ucapan ceramahnya ,apa kata Nik Aziz ?

Semoga Ustaz Budak dan keluarganya sedar siapa Nik Aziz yang sebenarnya. Kalau Adun telanjang, dibelanya bagai nak rak, begitu juga dengan Nga Ko Meng yang membaca petikan Al-Quran. Tapi bila Ustaz Budak menghadapi masalah kekeliruan tidak pula untuk Nik Aziz perjelaskannya apa maksud Ustaz Budak bagi membersihkan nama Ustaz Budak itu sendiri...

MACHANG - Keluarga Shamsul Zaman Sukri atau Ustaz Budak kesal tindakan sesetengah pihak menjadikan rakaman video ceramah sebagai isu politik sehingga mengelirukan orang ramai, sekali gus menjejaskan nama baiknya. Mohd Azizi berkata, kebolehannya diakui ramai walaupun pada usia yang muda dan mustahil dia disambut baik jika ceramahnya boleh mengelirukan dan merosakkan akidah umat Islam.

Mohd Azizi berkata, dia berharap isu bermotifkan politik itu dihentikan bagi menggalakkan lebih ramai anak muda mendalami ilmu agama. Menurutnya, Ustaz Budak sewajarnya dijadikan contoh kepada rakan seusianya yang juga barisan pelapis kepimpinan negara dan bukannya disalahertikan dengan tujuan meraih undi orang ramai.

Azizi berkata, ceramah yang hangat diperkatakan itu dipercayai rakaman tahun lalu, namun pelik apabila ia baru dipersoalkan. Menurutnya, Shamsul Zaman tidak berkata apa-apa mengenainya cuma memberitahu mereka ia adalah permainan politik.

“Dia cuma tanya, kami tahu atau tidak mengenai perkara tersebut dan saya memberitahu ada mendengarnya daripada orang kampung, tetapi tidak membaca surat khabar. Shamsul Zaman bertolak ke Yaman selepas Aidiladha lalu ketika bercuti sejak Jun lalu dan dijangka balik tahun depan,” katanya.

BUKTI HARAKAH BERTOPENGKAN ISLAM BARWA NIK AZIZ !

 SIAPA PENIPU SEBENARNYA SELAMA INI ???

KOTA BHARU, 6 Dis: Selepas propaganda menghodohkan kerajaan negeri dengan isu bekalan air bersih gagal, kini Umno beralih menyerang Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jentera propaganda Umno kali ini menggunakan pula kaset ceramah seorang ustaz muda, Shamsul Zaman Sukri yang juga dikenali sebagai Ustaz Budak sebagai bahan propaganda.

Mereka mencipta propaganda dengan mengatakan Tok Guru Nik Abdul Aziz serupa dengan Nabi.
Sedangkan ucapan sebenar Ustaz Shamsul diambil sekerat sehingga menghilang maksud asal, di mana beliau antara lain pernah menyebut Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai ulama yang mewarisi perjuangan Nabi.

Ucapan seperti itu difahamkan sudah lama disebut di pentas ceramah dan kuliah di masjid-masjid, namun baru mendapat sentuhan jentera propaganda Umno.<< Sudah lama memanglah tapi ini pertama kali dengar yang versi pelik macam ni, Biasa dengarnya Ulamak Perwaris kepada NABI. Mohon ULAMAK PAS dan PENTAKSUB PAS sila tampilkan kuliah beribu-ribu orang USTAZ  di Malaysia ni menyebut ia seperti Ustaz Budak ini .Tak kiralah USTAZ dari Kelate atau dari pelusuk mana sekalipun!!!<<<<

Lagi pun Ustaz Budak sejak dua tahun lalu melanjut pengajian di Makkah. <<<Syiah pun ramai jugak di MEKAH nu, !!!<<< Namun lebih menyedihkan apabila beberapa ulama diperalat mengulas kenyataan seperti disiarkan akhbar milik Umno di luar konteks sebenar.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, tuduhan dibuat Umno terhadap Ustaz Budak berniat jahat apabila melakukan ‘spin’ terhadap kaset ceramahnya. <<<Rakyat Limbongan mesti menilai tahap agama Drs ini. Tuduhannya cukup melampau..Siapa yang berniat jahat ???<<<
Katanya, rakyat tidak mampu diperbodoh dengan kenyataan tersebut kerana mereka lebih faham mengenai agama berbanding sesetengah pemimpin Umno. Menjelas isu sama Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam yang menolak hukum Islam menjadi kufur, seperti juga menyamakan manusia dengan Nabi. Katanya, sama ada menolak Islam menggantikan dengan nasionalis atau mana-mana aliran sekali pun juga menjurus kepada kufur.

Bercakap kepada media di JKR 10 semalam katanya, beliau tidak mengetahui isi kandung sebenar ceramah Ustaz Budak yang dianggap akhbar Umno menyamakan beliau dengan nabi. “Saya tak nak sebut sebab saya tak tahu perkara sebenar, tetapi saya nak sebutnya umat Islam yang menolak hukum Islam juga adalah kufur.

“Saya hanya nak jawab sekiranya orang yang menyamakan saya dengan nabi itu kufur, kita juga kena tahu orang Islam yang tolak hukum Islam juga kufur,” ujarnya. Oleh itu beliau menolak anggapan pihak tertentu yang mahunya bertanggugjawab di atas kenyataan yang sengaja dimainkan media Umno.

Bagi GK jawapan Nik Aziz memang sudah dijangkakan, ilmu putar belitnya sangat tinggi, Insyaallah sedikit masa lagi Allah akan memperlihatkan siapa Nik Aziz yang sebenarnya.
Detikperubahan.com
DetikDaily.net 

NAK TANYA PUAK TAKSUB PAS DAN PEMIMPIN PAS. DIANTARA 2 VIDEO YANG DILAMPIRKAN DIBAWAH INI MANA SATU YANG DI SPIN ATAU DI EDIT YANG BOLEH MENJEJASKAN MAKSUD ASAL???. MOHON PEMBACA MENILAI DUA KLIP VIDEO INI SATUNYA SUDAH DI EDIT DAN SATU LAGI BELUM DI EDIT. DAN NYATAKAN BABAK MANAKAH YANG DI SPIN SEHINGGA MENJEJASKAN MAKSUD ASAL UCAPAN 'USTAZ BUDAK' ???

MOHON PENCERAHAN....JANGAN SUKA MENUDUH DAN BERBOHONG  NANTI JADI 7 KALI KAFIR...INGAT 7 KALI KAFIR...ADA KE HUKUM 7 KALI KAFIR NI ???...ENTAHLAH GK AND THE GANG TENGAH DUK BELAJAR...NANTIKAN PEMBONGKARAN SETERUSNYA DAN NILAILAH SESAT ATAUPUN TIDAK !!!!!!
VIDEO YANG TELAH DI EDIT

VIDEO ORIGINAL

VIDEO JAWAPAN ULAMAK YANG JUJUR


" Nak main dengan orang gila ni, kita kena gila lebih pada dia" - Ustaz Nasaruddin - Adun Meranti.
TULISAN BERWARNA HITAM ADALAH KERATAN DARI HARAMKAH DAILY

Nik Aziz Tahu Ke Tak Tahu Ni Atau Buat-Buat Tahu Tak Tahu ???

Tahu ke tak tahu ni, cakap betul-betul. Tahu ke tak tahu ? Kalau tak tahu kenapa tak tahu ? Kalau tahu kenapa dibiarkan ? Jika Ulamak yang sebenar pasti beliau tidak akan membiarkan perkara seperti ini terjadi kepada rakyatnya. Apa yang beliau ada dan dirasakan agak mewah untuk seorang Ulamak ( Bukan untuk seorang MB ) yang juga perwaris kepada Nabi, mesti beliau akan menjual atau menukar segala kemewahan yang ada untuk bakinya di agihkan kepada fakir miskin atau golongan yang dhaif.

Tapi jika beliau adalah Menteri Besar yang juga orang politik dan bukannya Ulamak maka agak biasalah jika untuk bermewah yang berkeadaan tidak seperti Ulamak ? Pemberian pula mesti diketahui oleh semua samada untuk pergerakkan PARTI atau untuk RAKYAT MISKIN ?

Apa sebenarnya masalah tahu yang tak tahu ni ? Ini masalahnya Klik DiSini
Insyaallah Anda Mampu Mengubahnya.

GAMAT!!! USTAZ BUDAK PAS SELAR ULAMAK MUDA UMNO

Ustaz Budak yang lantang mengkritik Ulamak Muda Umno dilihat satu sikap yang tidak baik dan sikap begitulah yang disemai oleh Pas kepada pengikutnya selama ini. Itukah yang Islam nak? Sebaliknya Ulamak Muda Umno kelihatan lebih tenang dan bercirikan Islam dalam menjawab apa jua perkara yang berbangkit. Syabas. GK bukan nak membandingkan orang agama tetapi ingin membuktikan siapa sebenarnya Ulamak dan Ular dalam semak disebut juga Ularmak !!!

Klip Video Ustaz Budak MengUlarmakkan Ulamak Muda Umno.

Klip Video Ulamak Muda Fathul Bari menjawab Isu Nik Aziz dikata Nabi


Untuk klipVideo penuh ucapan Ustaz Budak mengenai Nik Aziz dikatakan Nabi Klik DISINI

Hairan sungguh puak Pas ni, tak pernah nak mengaku kesalahan sebaliknya melemparkan kesalahan tersebut kepada orang lain. Inikah asuhan penerapan nilai-nilai Islam yang berjaya ditanam oleh Pas? Harus diingat mulut Ulamak Muda Umno tidak pernah maki hamun dan sumpah seranah mana-mana orang sekalipun. Berbeza dengan dakyah Pas yang dipenuhi dengan suara yang berdosa dan menyakiti hati saudara sesama Islam.

Komen GK mengenai pernyataan Ustaz Budak yang mengatakan Ulamak atau Nik Aziz itu Nabi begini ceritanya. Melihat kepada komen-komen pembaca diseluruh laman web terutamanya di detikperubahan.com yang nyata taksub dan seolah-olah menuduh orang lain sebagai tak reti agama dan tak faham dialek Kelantan adalah sikap sebenar penyokong yang kononnya memperjuangkan Islam.

Penyokong taksub Pas lebih melihat didalam konteks MEMBELA parti semata-mata dengan membelakangkan ajaran Islam yang sebenarnya. Tidaklah semua, malahan penyokong Pas yang dikalangan educated tidak melihat ia begitu dan ada diantara mereka yang ingin menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya.

Namun apa yang GK kesali adalah kepada perkara yang mengiringi klipvideo Ustaz Budak (Ustaz Budak Kata Nik Aziz Nabi) ialah mengenai mempolitikkan huruf mengikut ejaan jawi yang tidak kena pada maksud asalnya hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa dijawab. Bukankah disitu jika kita tidak taksub ia boleh memahamkan kita mengenai keseluruhan ucapan Ustaz Budak yang mengatakan Nik Aziz itu Nabi yang langsung tersasar dari ajaran Islam dan niatnya adalah untuk meyakinkan hadirin dengan Pas itu Islam dan Islam itu Pas..

Perkara yang boleh related dengan maksud sebenar tidak cuba dihayati malah ianya ditenggelamkan dengan memperkononkan Islamnya lebih dari umat Islam yang lain. Tidakkah jika sikap umat yang begitu bagaimana pula pelapis umat yang akan datang. Riuh dengan Hudud tapi kini berkebajikanlah pula. Kalau GK nak komen puak Pas memang tak sudah.Walau Fatwa berbeza-beza dulu dan kini tapi masih ada lagi yang tak pernah nak reti hakikat yang sebenarnya.

Pemahaman cetek pemikiran puak Pas tanpa jawab dan sangkutkan politik huruf adalah lebih sudu pada kuah sedangkan Nik Aziz sendiri tidak memperakukan dirinya sebagai Nabi dan tidak pernah mentauliahkan Ustaz Budak sebagai Penceramah Pas walau hakikat sebenarnya adalah begitu.......

Maknanya disini apa yang hendak GK terangkan adalah! Kenapa Ustaz Budak cuba mempolitikkan Huruf ejaan arab yang mengatakan.

"Umno ada 4 huruf, kita Pas 3 huruf je hilir/( standard/ kelas/ hebat ) kita, Tengok kalimah Allah ada 4 huruf je ( maksudnya 1zat 1sifat 1af'al 1asmat ) ,Muhammad ada 4 huruf je ( maksudnya 1syariat 1hakikat 1makrifat 1tarekat ) Semuanya 4 huruf " Jadi Pas ada 3 huruf Umno yang ada 4 hurufnya . So apa yang nak hebatnya Pas berbanding dengan UMNO dan apa pula kaitannya dengan bilangan huruf tersebut untuk membawa maksud kepada parti. Bukankah itu adalah mengheret perkara agama kedalam politik tetapi kantoi kerana Pas tak cukup sifat dan kehendaknya. Lu pikirlah sendiri perkara yang dalam ini... 
Anda Mampu Mengubahnya

Peringatan dan AMARAN Untuk Pemimpin UMNO Kelantan

Amaran untuk UMNO Kelantan khususnya supaya mengambil iktibar diatas PRU 12 yang lalu yang berslogankan " 18 tahun Pade doh " dimana ianya satu kempen yang hebat tetapi kecundang disegenap tempat. Disamping momentum politik dan undi protes rakyat kepada kerajaan BN, tindakan tersebut juga adalah salah satu sebab utama kekalahan teruk UMNO di negeri Kelantan. Lebih malang lagi kempen tersebut banyak dibawa oleh Pemimpin yang bukannya dikalangan orang Kelantan sendiri.

Pemimpin Umno Kelantan mesti belajar cara untuk mengambil hati rakyat bukannya semata-mata sibuk dengan projek disana sini. Duit anda, projek anda dan pembangunan anda tidak laku untuk majoriti orang Kelantan. Perlu diketahui mentaliti 'Gedebe' orang Kelantan yang lebih berpaksikan " Tok apo bundle pun, janji Amerika / original " inilah yang tidak sama sekali mampu dilunturkan dari zaman berzaman lebih-lebih lagi penduduk yang tinggal dikawasan bandar.

Pantang sama sekali bagi ore kelate sekiranya direndah-rendahkan, dihina atau dipermainkan oleh orang luar sepertimana klip video dibawah, biarpun ditujunya itu musuh tapi kita adalah sekawah. Semangat kenegerian yang masih menebal dalam diri mereka perlu diseimbangkan dengan cara tindak tanduk Pemimpin UMNO berpolitik. Lihat saja pemimpin Pas berpolitik,  mereka pandai berlakon zuhud dan buat-buat miskin sehingga ada diantara pemimpin Pas yang dibayar minum paginya oleh rakyat ketika sama-sama bersarapan di kedai kopi. Pada level pemikiran pemimpin UMNO mungkin ianya jatuh standard. Tapi itulah kunci sebenar pemimpin Pas membeli jiwa rakyat.


Walaupun GK bukanlah seorang Prof atau penganalisis politik, tapi GK tetap seorang pengundi yang berfikiran seperti majoriti rakyat Kelantan yang lain. Isu yang dibawa juga mesti relevan dengan tempat dan kawasan, tidak semua isu boleh disuai mainkan. Ibarat berkandangkan harimau mengaumlah ia, berkandang kambing mengembeklah pula .

Seorang pemimpin rakyat tidak sekali-kali membolehkan ia bersifat seperti angkuh dan sombong atau juga high level, sebaliknya tunduklah kebumi supaya tengkukpun tidak terasa lenguh kerana sentiasa mendongak kelangit. Klip video yang mempersendakan Hudud, orang. keadaan dan yang berkaitan dengan Kelantan itu mempunyai impak yang cukup besar untuk sekali lagi tidak memenangkan BN di Negeri Kelantan.

Jika ingin menang lakukan sesuatu untuk menghentikan perlakuan BODOH itu, ianya tidak sesuai sama sekali untuk disajikan kepada rakyat Kelantan. Jika merasa bijak dan akan mendapat faedah teruskanlah supaya sejarah lebih 20 tahun itu akan terus bertahan dan semakin bertambah pula kekuatannya.


Tindakan dan cara berpolitik yang lebih sistematik dan akan berjaya menambat hati rakyat Kelantan adalah seperti yang ditonjolkan oleh PM sendiri pada klip video ke tiga dibawah ini. Gentleman dan cuba menggunakan loghat Kelantan adalah satu kebanggaan buat rakyat Kelantan. Ini adalah satu cara yang terbaik dan sangat bijak atau disebut juga sebagai ianya 'belago angin'.

'Belago angin' ini kena gayanya orang yang sakit tenatpun boleh bangun berjoget seloka, itulah tradisionalnya dan uniknya budaya dan cara masyarakat Kelantan. Semoga dapat diteruskan cara ini lebih-lebih lagi ketika waktu semakin hampir.


Walaubagaimanapun pernyataan diatas hanyalah pandangan peribadi GK selaku warga Kelantan. Terima atau tidak masing-masing punya fikiran, asalkan saja ia boleh menang. Janji Kelantan mesti ditawan serta dimajukan,supaya mudah hendak sembahyang, tidak menunggu air sehingga berjam-jam, peluang pekerjaan pasti disediakan, rakyat bahagia hidup pun senang. tiada lagi sebuah tangisan, yang dituduh pula hanya lakonan. Dari Islam kini kebajikkan, retorik hudud sanggup mengkafirkan, ajak Dap menjadi kawan, jangankan DAP syaitan pun jalan, agen yahudi menjadi kesayangan,berpeluk cium erat berdakapan, tak kira depan ataupun belakang, Sama rasa sama rata itulah pegangan puak pakatan..Anda mampu mengubahnya.

TAKBIRRR !!! ALLAHUAKBAR !!! PAS MENANTI BALA TOLAK HUDUD ALLAH

PAS hari ini mengemukakan dokumen polisi terbarunya berhubung Negara Berkebajikan, yang langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud. Walau bagaimanapun, presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep yang mahu dibawa PAS itu masih mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

“Kita perjuangkan perkara yang sama dan tak ada perbezaan di kalangan (parti komponen) Pakatan Rakyat berhubung perkara asas kedudukan bersama dalam masyarakat majmuk.

“Jika ada perkara yang berbeza, kita meraikan dan menghormati perbezaan di antara satu sama lain.
“Ini bukan sahaja menjadi amalan demokrasi, bahkan menjadi amalan ajaran Islam itu sendiri,” kata Abdul Hadi.

Menurut pemimpin PAS itu lagi negara berkekebajikan berbeza dengan negara kebajikan.
Jelasnya, kerajaan negara kebajikan menyediakan bantuan dan kemudahan, tetapi rakyat masih dibebani dengan cukai yang tinggi, bayaran tol lebuh raya dan bayaran-bayaran lain.

“Mengikut ajaran Islam, kerajaan akan mengenakan cukai kepada orang yang mampu, yang tak mampu (kita) tidak akan mengenakan cukai.

Selain itu, Abdul Hadi juga menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.
NONE
Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".
Sementara itu, agenda 10 mata dokumen Detail PAS untuk kerajaan yang adil, bersih dan amanah, penyayang, aman dan masyarakat yang bersatupadu dan ekonomi yang mapan, yang seimbang dan saksama.
Disunting dari Malaysiakini.

Dimanakah Islam dan negara Islam yang dilaung-laungkan oleh Pas selama ini? sehingga sanggup mengkafirkan UMNO suatu ketika dahulu.

Insan manakah lagi yang sanggup  bersekongkol dengan penyeleweng agama seperti ini. Tidak dapat GK nak berkata-kata lagi, cukuplah sekadar renungan, terutamanya buat Rakyat Kelantan, sedarlah tipu daya ini hanya memperbodohkan rakyat. Forum Hudud yang dianjurkan sebelum ini hanyalah gimik semata-mata. DAP sudah berjaya dalam langkah yang pertama.

Membangun bersama Islam ditukar kepada membangun bersama kebajikkan. Pas muncul tanpa Hudud tetap menjadi seorang Islam.Selanjutnya sila KLIK

Bangkitlah wahai Rakyat Kelantan. Kita bangkit bersama. Kita mampu mengubahnya.

NIK AZIZ DAN KEMISKINAN BERKONGSI RUMAH DENGAN 15 EKOR BIRI-BIRI

Syurga manakah yang layak untuk menempatkan Menteri Besar ku YAB Nik Abdul Aziz Nikmat, sedarlah kenapa kemiskinan yang sebegini masih ada lagi di negeri Kepimpinan Ulamak yang sepatutnya terpimpin oleh alim ulamak yang zuhud dan tidak hanya menggunakan Islam untuk berkuasa semata-mata.


Terasa sebak dihati bila mengenangkan nasib mereka yang terpaksa melalui keadaan ini, dimana tanggungjawab kita yang dikatakan sebagai pejuang Islam untuk membela saudara seagama ? Sangat malang sekali kemiskinan ini berlaku didalam Dun Chempaka yang merupakan kawasan yang diwakili oleh Menteri Besar itu sendiri.

Tapi tidak mengapa. Rakyat akan tetap sokong Nik Aziz walau Nik Aziz jarang sekali untuk turun padang dalam membantu rakyat!. Oleh itu Nik Aziz merasa kebal dan sentiasa angkuh kerana ketaatan rakyat untuk terus memilih beliau. Tapi mungkinkah Rakyat Kelantan masih ditakuk lama ? Tidak sama sekali, Rakyat Kelantan tidaklah sekolot Nik Aziz. PRU13 akan menentukannya Insyaallah.

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka di Kampung Pulau Gajah, dekat Sabak terpaksa berkongsi rumah bersama 15 biri-biri, burung, ayam, arnab serta kucing selama lima tahun kerana bimbang haiwan dan unggas itu dicuri.

Keputusan nekad untuk tinggal bersama dengan haiwan itu dibuat oleh pekerja di kilang permaidani, Sulaiman Yusof, 45, bersama isterinya, Fatma Yahya, 47, dua anak, Mohamad Hafiz Azlan Sulaiman, 5, dan Mohd Aqif Aiman, 4.

Tinjauan mendapati pasangan terbabit terpaksa menghidu bau busuk najis haiwan berkenaan yang ditempatkan dalam rumah pusaka daif berusia lebih 30 tahun.

Fatma mendakwa tidak pernah memohon bantuan mana-mana agensi kerajaan, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, rumah pusaka peninggalan arwah ayah mentuanya itu kini hanya menanti masa menyembah bumi.

“Suami saya tinggal di rumah ini sebelum berkahwin dengan saya, dan kini kami terpaksa terus menghuni rumah ini kerana kemiskinan, keadaan semakin uzur malah dapur tidak dapat lagi digunakan kerana runtuh.

“Malah, kedua anak saya kini semakin membesar tidak dapat bergerak bebas dalam ruang yang sempit ini.

“Suami saya memang gemar membela kambing dan burung yang boleh dijual untuk menambah sumber pendapatan kami kerana gajinya hanya kira-kira RM400 saja sebulan,”

katanya ketika ditemui selepas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menghulurkan bantuan RM3,000 bagi meringankan beban ditanggung keluarga itu.

Sementara itu, Setiausaha MAIK, Che Hamat Che Muda, berkata beliau menyampaikan sumbangan itu sebagai mewakili Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.

“Saya sudah melawat rumah keluarga Fatma dua hari lalu selepas menerima titah Tuanku Tengku Mahkota Kelantan apabila baginda mendapat tahu mengenai kemiskinan Fatma dan bersetuju memberikan bantuan daripada Baitulmal.


“Selain bantuan RM3,000, MAIK akan menjalankan siasatan mengenai status tanah rumah pasangan ini,” katanya.
-Bharian

Ajal dan maut tuhan yang menentukan. Tapi pemimpin yang tidak bertanggungjawab akan terus mengorbankan nyawa rakyat. Berlaku di Machang Kelantan Sila Klik
Anda mampu mengubahnya. 

PANAS!!! BN JAGA KEBAJIKKAN JAUH LEBIH BAIK DARI PR - PROF AGUS

Prof. Madya Mohammad Agus Yusoff yang disebut-sebut akan bertanding bawah tiket Pas menafikannya sama sekali dengan alasan bahawa beliau dilahirkan bukan sebagai pemimpin. Ia sekaligus meredakan khabar angin dalam situasi bulan yang sedang gerhana sekarang ini. Sebaliknya beliau kelihatan meluat dengan Pemimpin PR yang angkuh seolah-olah mampu menawan Putrajaya pada PRU 13 tidak lama lagi.

Beliau yang merupakan Tokoh akademik kelahiran Machang Kelantan dilihat menjadi icon dalam pembaharuan politik dinegara kita pada hari ini. Namun begitu, jika diamati kata-kata beliau pada klip video dibawah ini yang menampakkan  seolah PR sangat sukar untuk mencapai cita-citanya menerajui negara kerana rakyat masing-masing terbela dari segi kebajikkan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Disamping itu juga, sikap pemimpin pembangkang yang angkuh tanpa dapat menerima teguran dan kritikkan, selain sering beralasan dalam apa jua perkara memberi satu kelebihan kepada BN untuk terus kekal memerintah. Sebenarnya pada pandangan GK kepimpinan PR belum lagi layak untuk memerintah sebuah negara, kerana masalah dalaman mereka berkaitan dengan dasar yang boleh menyebabkan berlakunya huru-hara dan perebutan kuasa dalam memegang tampuk tertinggi penguasaan didalam kerajaan.

Untuk itu diharapkan penyokong taksub PR agar bersabar dan tidak meroyan dengan pendapat peribadi GK . Seterusnya melihat sendiri realiti yang akan berlaku nanti kerana ianya sudah diterjemahkan oleh Prof Agus pada klip video dibawah ini. Bagi penduduk Machang pula, mereka menyuarakan rasa terkilan dengan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Machang dalam Forum Wacana PRU13 BN atau PR dan mereka akan melembukan MP tersebut. Berita selanjutnya Klik DISINI.Anda Mampu Mengubahnya

GEMPAR!!! -BACKGROUND SALIB PADA WACANA PRU13 BN ATAU PR !!!

Mungkin ramai yang perasan latar belakang Forum Wacana Perdana PRU 13 BN atau PR yang diadakan di Balai Islam Lundang ini disalibkan atau memasukkan unsur Kristian secara halus bagi membiasakan pandangan mata umat Islam di Kelantan kerana bakal menerima kerajaan Punah Ranah sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya pada PRU13 nanti.
Bagaimanapun itu hanyalah tohmahan GK semata-mata bagi menjawab setiap isu berkenaan perkara yang secara kebetulan bersimbol yahudi dan iluminati yang dibikin oleh kerajaan Barisan Nasional. Harus diingat kadang-kadang secara tidak sengaja simbol iluminati ini terdapat pada bahagian-bahagian tertentu sesuatu bahan namun diambil kesempatan untuk dikaitkan dengan politik.

Itu adalah tidak wajar kerana perkara ini tidak dapat tidak akan berlaku pada mana-mana bahagian sekalipun ianya secara tidak disengajakan, Pancaindera ke 6 anugerah ilahi yang mempunyai penelitian padanya akan menjumpai simbol-simbol ini. Tapi jika forum ini dianjurkan oleh BN sudah pasti suara sumbang akan kedengaran mengaitkan ianya dengan Yahudi, Apco dan sebagainya

Namun kita yang Pro BN tidaklah mengaitkannya dengan penguasaan DAP dalam PR, tetapi jika mahu ianya boleh ditafsir dengan pelbagai keadaan yang berlaku sebelum ini seperti Murtad, penggunaan kalimah Allah oleh gereja dan bermacam lagi untuk menjadikannya lebih related bagi meyakinkan isu yang dibawa.

Fikiran dan akal setiap kita memilikinya, nilailah sendiri tahap isu politik yang dibawa mengenai perkara yang secara tidak sengaja ini. Anda mampu mengubahnya. Lagi cerita Taksub Politik Sila Klik DISINI

SAIFUDDIN NASUTTION BENGANG LONGKANGKAN PROF AGUS !



Politik adalah satu jenama yang sedang melonjak dewasa ini. Lebih-lebih lagi waktu untuk pilihanraya semakin hampir. Ahli politik adalah Pakar dalam bahasa bermanipulasi bersifat melindungi yang dijadikan benteng kepada sesebuah parti atau kerajaan untuk kekal dan menambat hati rakyat.

Pada sesi Wacana Perdana yang diadakan di Balai Islam Lundang semalam, Sedikit info ingin GK kongsi bersama anda. Jika dilihat kepada isu dan masalah yang dihadapi rakyat serta negara, semua kerajaan ada masalah dan kelemahannya tanpa mengira kecil ataupun besar.

Bukan soal remeh dan matangnya berpolitik atau mendahului masalah yang lebih besar, ia lebih kepada realiti sebuah kerajaan yang dikatakan mempunyai kredibiliti mahupun integriti. Kecil atau besar ia tetap masalah rakyat, Bila masalah seperti yang ditimbulkan oleh Prof Agus sangatlah tidak wajar jawapan yang seakan mengelak dan menuduh diatas kelemahan orang lain untuk melindungi kecacatan kerajaan PR.

Sebagai seorang pemimpin yang kononnya bijak dan hebat dalam segala-galanya apakah itu jawapan yang patut dipersembahkan untuk pendengaran rakyat. Bagi GK kalau PR yang memerintah sekalipun perkara seperti LEMBU tetap akan berlaku kerana parti-parti dibawah naungan PR adalah terlahirnya dari serpihan Umno ataupun Barisan Nasional. Bahkan lebih buruk lagi kerana ianya terpimpin oleh pemimpin-pemimpin yang pendendam tidak berpuashati diatas kepentingan sendiri dan sebagainya.

Memenuhi maklumat didalam pendengaran GK kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pimpinan PR sangatlah mencuit hati,meloya dan nak muntah. Kenapa mulut pemimpin PR hanya reti mengkritik,menuduh dan cakapnya berpusing-pusing. Sebagai contoh bila dikatakan pemimpin PR RASUAH sebanyak RM500, mereka akan menjawab, bukan meNAFIkan. Jawapannya pastilah dengan membandingkan Pemimpin BN yang jauh lebih banyak RASUAH dan itulah yang patut dinilai oleh rakyat.

Kalaulah sikit bahamnya sikit. Mungkinkah banyak menjadi baik. BN yang memerintah NEGARA adalah satu keseluruhan kuasa yang terdedah kepada banyaknya kelemahan dan tidak kurang  juga sumbangan. Setiap isu boleh dipetik mainkan. Andainya begitu apa pula bezanya dengan PR jika kuasa mereka miliki. Apakah MAKSUM sebuah negeri yang telah mereka kuasai.

Melihat kepada kenyataan Saifuddin Nasution yang menjawab isu lampu jalan, longkang, jalanraya dan sebagainya bukankah KELEMAHAN tersebut lebih LEMAH lagi dari KELEMAHAN kerajaan BN ? Itu masalahnya. Bagaimana mungkin PR ingin katakan yang mereka lebih baik atau hebat dari kerajaan BN. Perkara kecil sebegitupun sudah cacar merba mahu pula ditunjangi kuasa didalam negara. Hancur leburlah jawabnya.

Merangkak pun tidak bisa mahu disebut pandai berlari?.Bagi GK itu adalah satu keajaiban sekiranya ia berlaku. Harus dipandang didalam kerangka yang realiti bukannya Jenin 16 September. Bercakap sangatlah senang. Bila perlaksanaan banyaklah alasan. Itulah hakikat Pakatan Syaitan.

Perkara akhir yang GK nak sentuh mengenai hal ini adalah Pembangkang seperti Pakatan Rakyat tidak berguna untuk negara. Sebabnya mereka hanyalah hebat berkata-kata, kalau setakat nak bongkar penyelewengan Pemimpin Umno dan Barisan Nasional GK rasa Pemimpin didalam Umno dan BN sendiripun sudah cukup untuk itu.

Dalilnya yang pertama ialah jika Pemimpin Umno dan BN secara ringkasnya GK anggap sebagai baik, mereka tidak akan membiarkan penyelewengan dan salah guna kuasa itu dari terus berlaku tanpa pembongkaran diatas kebaikkan itu.

Kedua, jika sebaliknya ataupun secara ringkas jahat, mereka juga tidak akan membiarkan penyelewengan itu terus berlaku, kerana mereka semua mesti juga mahu menjadi pemimpin tertinggi dan menggantikan yang sediaada. Maksudnya, jika jahat, didalam satu kumpulan yang sama sekalipun, tidak semestinya mereka ini baik diantara sesama mereka. Apa kita ingat mereka tidak akan menggunakan peluang yang boleh menjatuhkan ini untuk dibongkarkan ?

Semuanya ada hikmah buruk dan baik, apa yang pasti rakyat inginkan yang Terbaik bukan yang sedikit baik dari tutur katanya yang baik-baik. Renungan pada kita fikirkanlah keadaan yang sebenarnya dulu, kini dan akan datang. Jangan yang dikejar tidak mendapat, yang dikendung pula terus tercicir. Ubah anda mampu mengubahnya.

MB DAN BAKAL MB KELANTAN BERGEGAR JAWAB MASJID SEBUTIR

Hebat sungguh seorang Menteri Besar dan bakal Menteri Besar Kelantan bila menjawab mengenai sejak lebih 20 tahun pemerintahan Pas di Kelantan hanya sebuah sahaja masjid yang mampu didirikan, sebaliknya tokong-tokong yang bermaharajalela, tu pun masjid ala-ala carte gitu....Apapun tahniah buat kerajaan negeri Kelantan kerana sentiasa hebat dalam kijoan pelawok ko rakyat.

Setiap pemimpin Pas cakap semua tak sama,yang tu cakap lain, yang ni cakap lain, apakah ini yang dinamakan politik, kerana GK orang muda tidak bisa memahaminya, mungkin teman-teman yang lain ingin berkongsi cerita ini dan cuba memahami politik mereka selanjutnya Sila Klik DISINI.
Anda Mampu Mengubahnya..

BENARKAH PAS DALANG SEBAR AJARAN SESAT DI 14 PASARAYA DI KELANTAN


Lampiran dokumen ini  diterima dari salah seorang rakan seperjuangan yang meminta GK terbitkan yaitu mengenai  politik terlampau ini supaya didedahkan kepada pengetahuan umum bagi memperlihatkan keadaan sebenar sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam selama lebih 20 tahun pemerintahan di bumi bertuah Kelantan Darul Naim. Kalau selama memerintah itu di usahakan dakwah dengan cara seumpama ini alangkah bagusnya. Ni masa nak pilihanraya sibuk je arahkan pasaraya untuk siarkan kuliah Ustaz tok rok duk cetong . Pas ni ajaran sesat, kalau tak sesat dia tak buat macam ni . Kenapa perlu disediakan rakaman kuliah agama? Ni lah kerja menghasut rakyat untuk menyokong Pas.
Terharu dan terhiba melihat keadaan Pas Kelantan yang pincang dan huru-hara menyusun strategi bagi mengekalkan kuasanya di Negeri Tersohor Kelantan Darul Naim. Tapi hakikatnya rakyat Kelantan telah sedar segala pembohongan yang dilakukan Pas dengan mempergunakan Agama Islam sebagai perisai melindungi perbuatan terkutuk mereka. Jangkaan Pas yang menggangap rakyat Kelantan berjaya dijumudkan oleh mereka sehingga hari ini tersentap dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah.

Pada hari ini rakyat Kelantan adalah merupakan satu kebangkitan yang akan ditonjolkan kepada seluruh kepimpinan yang ada di Malaysia pada PRU13 nanti bahawa mereka semua akan mendahului satu peralihan kuasa yang mana kesetiaan mereka disia-siakan oleh kerajaan yang sedia ada selama ini. Sejarah akan menyemat setiap detik yang dilalui lebih 20 tahun yang lalu tanpa sebarang perubahan baik dari penerapan nilai-nilai Islam dan juga pembangunan. 

Kesusahan yang dialami rakyat Kelantan selama ini sudah cukup untuk membuatkan mereka serik dan muak dengan segala adegan yang diperlakonkan oleh Pemimpin-Pemimpin Pas. Salah satunya dapat kita lihat ialah setiap ceramah yang dianjurkan oleh Pas atau PR gagal mendapat sambutan rakyat tidak sepertimana ceramah-ceramah yang dianjurkan sebelum ini. Alhamdulillah.
Artikel GK kali ini adalah mengenai kegusaran Kerajaan Pas Kelantan bila melihat rakyat sudah berubah dan inginkan proses peralihan kuasa berlaku di negeri Kelantan. Kerajaan Pas menerusi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam telah mengeluarkan satu memo arahan supaya setiap pasaraya disini mendendangkan ceramah-ceramah Pas SESAT sepertimana yang GK lampirkan. Andai kata kerajaan Barisan Nasional yang melakukannya, apakah yang dapat anda bayangkan respon serta fatwa dari Pimpinan Pas kepada perlakuan tersebut.

Inilah politik Pas yang cuba menjerat golongan peniaga atau pelabur untuk terlibat sama dalam menjayakan misi menyesatkan ummah. Sekiranya ceramah agama dari Ustaz yang tiada kaitan dengan politik atau Ustaz yang mulutnya tidak hudoh memaki hamun mengenai kehidupan masyarakat yang tiada kaitan langsung dengan politik alangkah indahnya Islam jika diperjalankan demikian. Untuk kuasa politik Pas mampu mencari idea bagi menyampaikan dakwah Parti mereka. 

Jangan Pas cuba berputar belit lagi, kerana rakyat semakin benci,benci dan benci. Kenapa Pas tidak bersungguh seperti ini untuk dakwah dan mendaulatkan Islam? Pas hanya reti berdakwah politik dan Hudud yang retorik. Tidak menyampahkah lagi kita ? Gejala sosial di Kelantan sangat membimbangkan tanpa diambil tindakan untuk mengurangkannya. Kerja Pas hanya beromong kosong di pentas neraka dan hanya reti mengutip derma.
Dari tahun 1990 sehingga sekarang Pas cuma berjaya memecah belahkan persaudaraan dikalangan rakyat dan Pas memutar belit dengan mengatakan UMNO menuduh Islam yang memecah belahkan umat. Perlu dijelaskan bukannya ISLAM yang memecah belahkan umat, tapi Pas yang mengcelakakan rakyat. Jahatnya Pas yang terpimpin dibawah manusia yang bernama Nik Aziz tidak mampu diselindungkan lagi. Kuasa Allah akan mengajar manusia yang hipokrit dan mengjahanamkan agama Allah untuk kuasa politik.
 Pas mendakwahkan Parti melebihi dari segala-galanya, seolah-olah parti Pas itu Islam dan Islam itu Pas, sungguh malang jika masih ada dikalangan manusia berakal yang menganggapnya demikian. Sedarlah kita, Ulamak bukan seperti Nik Aziz, Bukan seperti Nik Aziz, Jika orang memaki hamun Nik Aziz dan kata Nik Aziz tu sesat, pasti ada penyokong taksubnya yang membela. 

Harus diingat, jika kita tidak memaki dan menyesatkan orang lain terlebih dahulu, orang lain juga akan segan dan malu untuk memaki dan menyesatkan kita. Bahkan orang lebih menghormati, tapi Nik Aziz ni orang tua melampau yang terkutuk dan mencemarkan imej Islam masih ada lagi si bodoh yang memujanya. Sebangang-bangang GK pun segan kalau nak kutuk orang yang bersih dan jujur, terasa berdosa dan sangat tidak wajar, contohnya Dato' Dr Haron Din, walau berbeza fahaman politik tapi sikap dan tutur kata beliau sangat beradab dan disegani.

Politik perlu ada adabnya, bukan setiap perkara ada sahaja nak dipolitikkan, melampau tahap Nik Aziz perlu disedarkan demi kesejahteraan umat. Takkan semua perkara kita sahaja yang betul, itulah yang melampau,bila ditegur akan dipersalahkan pula kepada Umno itu dan ini.Bila berbeza pendapat pula akan disesatkan dan dikafirkan, sungguh mudah difatwa hukumkan, seolah Islam ni miliknya yang mempunyai wahyu dari Allah.
Kesanggupan Pas untuk mendaulatkan Partinya dan membelakangkan Islam jelas pada memo yang mengarahkan 14 buah pasaraya dipasang ceramah yang telah disediakan rakamannya oleh pihak MPKB-BRI. Rakaman ceramah tersebut tidak lain dan tidak bukan disampaikan oleh tokoh popular Pas yaitu Ustaz Azhar Idrus yang isi ceramahnya menguntungkan Pas semata-mata bukannya Islam.

Sebaiknya atau lebih ikhlas jika mengarahkan semua pasaraya terbabit bebas untuk memilih mana-mana rakaman kuliah yang disampaikan oleh sesiapa sahaja yang bergelar Ulamak atau Ustaz yang tidak ditakrifkan sebagai sesat oleh Majlis Agama Islam. Perkara itu lebih sesuai jika demikian, Semua pelanggan yang kepasaraya tersebut akan lebih selesa tanpa mengira fahaman politik, Cukuplah sejarah satu kampung dua Imam dan dua masjid dalam solat jumaat. Jangan sampai 14 menjadi 28 pasaraya yang akan melingkupkan pada kadar pertumbuhan ekonomi yang sama.

Insaflah wahai Pemimpin Pas, usah mementingkan diri sendiri sehingga melupakan hak orang lain dan merosakkan kesejahteraan ummah, semua manusia ada bijaknya, masa dan keizinan yang esa akan menentukannya. Sikap mempergunakan Agama itu akan memakan diri sendiri kelak ia terbongkar...Ubah ada pada anda, ubahlah, Anda mampu mengubahnya.

ALLAHUAKBAR ! SENARAI DOSA INI BILA NAK BERTAUBAT ???

Parti Pas tidak konsisten, hukumnya sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan politik parti Pas sendiri. Pada tahun 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, Pas bekerjasama dengan parti DAP, sedangkan parti itu sah menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima Pas walaupun parti itu menolak negara Islam.

Ketua Dewan Ulamak Pas Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik...siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik" (disambut beramai-ramai) " Umno...ha...Umno...Apa hukum orang ini.." (pendengar jawab) "Munafiq" dan disambung " Munafiq".

Pas juga telah mendatangkan perpecahan ummah di Malaysia( Bukan ISLAM tapi PAS ) terutamanya di Negeri Kelantan. Mendirikan tempat sembahyang berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana Pas mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang Umno tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim, dan putus hubungan kerabat atau adik beradik. Tegasnya Pas telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli Pas sendiri.

Sikap pulau memulau antara parti seperti pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain dilakukan oleh pengikut Pas terhadap orang-orang Umno tanpa menghiraukan hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Ini juga mengakibatkan berlakunya perceraian antara suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan. 

Amanat Hadi menyebut " Derma kita adalah jihad ". Pas banyak menguti derma di setiap ceranah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja disisi undang-undang, tetapi lebih salah lagi dari segi syariat.

Pas telah mempersendakan hukum hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata " Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang ". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud Pas sudah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan mengguna pakai hukum hudud Pas Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata (Utusan Malaysia 7 Mac 2000): " Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini telah diperkecilkan sehingga 1/10,000. Apa yang menghairankan penggubalan hudud Kelantan dahulu dipengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

Cukuplah rakyat Kelantan tertipu dengan puak sesat ni, cukuplah. Berubahlah. Jangan kita terpedaya lagi dengan syurga PAS, Pahala, dosa, syurga dan Neraka bukan kita yang menentukannya. Fahamilah maksud Islam yang sebenar bukan memahami didalam konsep ketaksuban berpolitik kuasa menggila.

Islam pun Islam juga, kalau lapar perut Nik Aziz tak mari bagi duit atau beras ko kito rakyat susah ni, Islam ke dia jah, hok dia buat betul belaka, Kalau betul semua maknanya maksumlah, patut ada penceramah PAS kata Nik Aziz ni Nabi. Buta ke apa biji mata. Akidah sesat sungguh lagu tu. Cuba kita lihat apa yang berlaku di Kelantan bila detik 12 malam. Klik DISINI . Kita mampu mengubahnya.

GEMPAR !!! AKHIRNYA NIK AZIZ AKUR DAN BERUNDUR

KOTA BHARU – Pas Kelantan dijangka tampil dengan beberapa kejutan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk gandingan baru yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Parti itu dijangka menamakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baru dan digandingkan dengan Datuk Kamarudin Jaafar sebagai Timbalan Menteri Besar.

Kamarudin yang juga dikenali sebagai KJ dikalangan pemimpin Pas adalah Ahli Parlimen Tumpat pada masa sekarang dan akan bertanding di..... Berita Seterusnya Sila KLIK

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...