HUJAH JIKA TAK BOLEH KRITIK - RAKYAT PERTUHANKAN RAJA - DR ASRI

Merasakan terpanggil untuk mengetahui isi sebenar dengan maksud tulisan di Tweeter Mantan Mufti Perlis selaku tokoh Islam yang paling Gk hormati Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, dan terlebih dahulu memohon ampun dan maaf kiranya tulisan blogger cabut ini yang mungkin tidak menepati cara pemikiran profesional diiktiraf di Oxford.

Mungkin juga Gk silap faham akan maksud Dr, namun jika maksud tulisan tersebut adalah sepertimana yang Gk fahami izinkan Gk menjelaskan hal yang bermain difikiran ini dalam beberapa perkara.

Dr Asri, " jika golongan Raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri". Terlalu berat jari jemari ini untuk bingkiskan dalam mengzahirkan terjemahan yang bersifat satu penghukuman yang boleh dianggap terlalu mudah dan ringkas dari seorang yang Gk anggap guru kerana telah banyak mendapatkan ilmu-ilmu agama dari rakaman kuliahnya.

Dr Asri, bagi bersangka baik diatas kenyataan Dr itu tidak Gk katakan bahawa ia berhubungkait dengan isu yang sedang hangat diperkatakan kini mengenai Sultan Johor dan plet nombor WWW 1 walaupun  kenyataan Dr itu dimasa isu ini sedang berlegar hangat di ruang-ruang  media negara hari ini.
Kerana jika mengatakan rakyat mempertuhankan dan memperhambakan diri kepada Sultan dalam perkara 'tidak boleh pertikaikan tindakan Sultan' diatas tindakan Sultan Johor dan plet WWW 1 itu, ia satu tuduhan yang berat dan mungkin ada baiknya ia tidak disebut begitu oleh seorang Tokoh yang dihormati seperti Dr.

Hujahnya adalah tindakan Sultan Johor berkait bidaan plet nombor WWW 1 itu bukanlah satu kesalahan untuk rakyat mempertikaikannya sekaligus boleh dianggap menderhaka kepada Sultan diatas hal yang tidak wajar.

Lebih indah Islam itu jika kita bersangka baik dan mengatakan tindakan Sultan dalam membida plet no itu satu tindakan terpuji dalam maksud Sultan juga seperti rakyat kebiasaan didalam keinginan baginda terhadap sesuatu aset berharga negara.

Walaupun Sultan seorang yang berkuasa, baginda tidak menggunakan kuasa yang ada itu sesuka hati didalam mengambil apa-apa sahaja aset berharga negara dan melanggar undang-undang bagi memenuhi keinginannya.

Disini juga menunjukkan tiada istilah 'Reserved' dan percuma walaupun kepada Sultan diatas hal yang membabitkan hasil negara untuk kepentingan rakyat. Kerajaan juga tidak memperjudikan aset yang boleh memberi keuntungan kepada rakyat untuk diberikan percuma kepada Sultan-Sultan dalam usaha 'membodek' mereka bagi mendapatkan pengaruh politik.

Atau salahkah jika kita rakyat  bersangka baik dengan mengatakan demikian pada asas dan hujah yang juga demikian ? Daripada Sultan membazirkan hasil kekayaan turun temurunnya diluar negara, bukankah lebih baik wang tersebut digunakannya yang sekaligus penggunaan itu dapat dimanfaatkan kepada rakyat.

Allahuakbar, indahnya Islam jika kita saling hormat menghormati lebih-lebih lagi kepada Sultan yang dianggap payung kepada umat Islam di negara ini. Bukan Gk berniat untuk meyalahi pandangan Dr, tetapi Gk boleh bersetuju dengan pandangan tersebut sekiranya maksiat,  penyelewengan dan kezaliman Sultan itu jelas berlaku tanpa kesamaran.

Sebagai contohnya sangat bersetuju dengan kenyataan "jika golongan Raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri" dengan Sultan bertindak dalam beberapa perkara yang jelas contohnya seperti : 
1.) Merampas tanah rakyat, tanah ni jelas milik Pak Mat tapi Sultan zalim merampasnya
2.) Merogol anak gadis dan isteri orang
3.) Sultan tolak Islam seperti bertitah " Rakyat jelata semua tak payah bersolat, tak payah berpuasa, nak buat maksiat apa saja buatlah, kita bebas, Beta tak murka bahkan gumbira".
4.) Setiap hari/ minggu / bulan/ tahun memukul dan membunuh rakyat dengan zalim tanpa sebab-sebab jelas kecuali jahat dan zalim.
5.) Bertindak sesuka hati dalam memenuhi keinginannya, pergi pasaraya, rasa berkenan sesuatu diambilnya tanpa membayar, bila tengok wanita dirabanya sesuka hati, singgah direstoran dan makan tak bayar, berjalan-jalan tengok rakyat yang tidak disukai diludahnya
Serta beberapa kelakuan lain yang seumpama dengannya.

Jika Sultan bertindak demikian dan rakyat tidak menegur serta menentang maksiat bermaharajalela itu maka bolehlah untuk kita mengatakan bahawa rakyat telah MEMPERTUHANKAN dan MEMPERHAMBAKAN diri kepada Sultan.

Dan jika itu juga yang berlaku, semuanya pasti redha Malaysia tidak memerlukan adanya Sultan yang sedemikian, lebih baik bagi komunis masuk mentadbir, tak perlu nak berdaulat-daulat, menghabiskan bores sahaja, tapi apakah itu yang berlaku sekarang ini ?

Ketahuilah kita sebagai insan tiada yang sempurna, sedikit sebanyak pasti ada melakukan dosa, dan perlakuan dosa itu kadangkala bukanlah menjadi amalan tetapi terkadang ia berlaku, percayalah kritik itu lebih mudah dari melaksanakannya, lebih jelas lagi pengkritik itu pernah dalam kerajaannya  menggunakan kereta "Toyota Camry" bernombor pendaftaran AGS 10 satu ketika dahulu.

Mungkin apalah sangat AGS 10 itu untuk dibandingkan dengan WWW1, tapi mungkin kita tidak memungkinkan siapalah Nizar untuk dibandingkan dengan Sultan. Benar disisi Allah itu dinilai bukan pada darjat dan pangkatnya melainkan amalan, dan maaflah jika Gk katakan tidak perasan pula amalan Nizar lebih mulia dari orang yang beliau tegur itu.


Akhirnya Gk memohon maaf sekiranya kenyataan ini mengguris hati Dr (jika terbaca) dan juga hati peminat-peminat Dr Asri dan ketahuilah ianya bukan berniat untuk menyalahi pandangan Dr kecuali untuk berkongsi pandangan dari kacamata seorang bloger cabut yang juga salah seorang peminat Dr Asri. Diharap Dr Asri dapat menjelaskan maksud sebenar kenyataan beliau itu supaya ia tidak terus dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang seperti untuk melaga-lagakan Dr Asri dengan Sultan. Anda Mampu Mengubahnya.

14 comments:

  1. Dr bangngang.
    Dr wahabi gila babi

    ReplyDelete
  2. bukan semua yang ada Dr diawal nama dia, bermakna dia pandai, hakikatnya memang bodoh, sebab dia cuba tunjuk pandai diluar bidang dia

    ReplyDelete
  3. Kadang kadang bila kita memberi komen, kurang berhikmah....terutamanya bila kita rasa kita dah terlalu cerdik dan pandai...

    Nak menegur pun biarlah secara berhikmah...kalau memang sultan ada duit utk beli apa salahnya...lagipun duit tu pun masuk ke hasil kerajaan dan akan diguna untuk rakyat jugak...

    At least kita tahu, sultan pun kena beli...kalau bagi free dah tentu tak ada hasil yg masuk dlm kerajaan

    ReplyDelete
  4. Aku melayu islam.. klu korang nk pisahkan bangsa dn agama.. otak korang mmg dh kena brainwash dgn PAS..5/30/2012 10:07 PM

    bagi aku.. Raja atau Sultan di Malaysia nih perlu dikekalkan supaya bangsa asing (baca cina/india) tidak boleh claim mereka juga penduduk asal negara ini (dorang kan pakar belit).. dulu British dtg sini dia dh nampak dn iktiraf Sultan2 nih.. British tak dtg mengadap Ah Seng ke atau Muthusamy ke.. Britih dtg mengadap Raja Abdullah (Perak).. Sultan Kedah (bila British nk rampas Penang dari Kedah).. dh lain2 Raja di Tanah Melayu.. mungin ada pemabaca yg rasa komen aku nih x bermakna..tp tengok la klu institusi RAJA MELAYU dihapuskan.. dan tunggu 50 tahun lepas tu.. bila budak2 muda melayu tak kenal siapa itu Sultan.. tak pernah dengar perkataan istina seperti gering dan beradu.. time tu bangsa2 pendatang cina dan india nih akan masuk jarum smpai melayu time tu lalai selalainya mcm kehancuran Uthmaniah.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  5. wahai encik dr asri kalu nak komen tu tengok le dulu isunya sekarang ni isu no flet yg silambai timbolkan..nampak sangat bodoh si asri ni..rakyat pon belajar agama gak tau nak bertuhankan sapa

    ReplyDelete
  6. DR.ASRI...RAKYAT BERTUHANKAN RAJA TAK ADALAH.....SIAPA YANG BERFIKIRAN BEGITU AGAKNYA SOMETHING WRONG UPSTAIRS.UNTUK MAKLUMAN DR. AKHIR2 INI RAKYAT SAPERTI NIZAR DAN SEANGKATAN DENGANNYA SAYA RASA LEBIH BERMAHARAJALELA DENGAN KATA2 MENGIKUT SEDAP MULUT...TANPA PERIKSA.

    JADILAH MANUSIA YANG BIJAKSANA DAN BERBUDI BAHASA BILA BERBICARA LEBIH2 LAGI JIKA KITA DARI GOLONGAN PHD...DOCTORATE...BUKAN PHD...PERASAAN HASRAT DENGKI.

    ReplyDelete
  7. Aku hanya mengikut ulama yang menggunakan AlQuran dan sunnah. Bukan mereka yg menggunakan akal mereka.

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah, mmg benar bilamana soarang yg dihormati tetapi tidak bijak untuk menghormati org lain, maka jikapun ianya cerdik pandai atau alim ulamak maka yang akan menjadi terdorong dan terpesong adalah orang kebiasaan yang mempercayai dan mengamal amalan juga tunjuk ajar darinya. Takkan hal no plate pun nak dikaitkan dengan akidah dan keimanan. Bijak2la berfikir. Jangan kerana pulut santan binasa, kerana mulut yang bergelar cerdik pandai islam membawa celaka kepada agama.....

    ReplyDelete
  9. rakyat yg bertuhankan ulamak mcmana plak....???? tak berani ke nak tegur mcm di kelantan tuu.

    bahalol punya asri....harkkktuihhh..... piiirahhh

    otai
    subang

    ReplyDelete
  10. mereka lebih suka mempertuhankan TGNA, Anuwar, LGE and Karpal.. sebab tu dorang xnak berlaku syirik terhadap tuhan2 mereka ni... dorang xnak ada tuhan lain lagi.. :P

    ReplyDelete
  11. Untuk makluman, Dr.Asri tu pergi ke Oxford selepas mengampu VC USM. Dia sebenarnya tak ada sebarang kelayakan cuti pun. Sebelum ke Oxford, dia dah sebatikal di Lampeter. So mengikut peraturan universiti, dia tak layak lagi sehinga 3 @ 5 tahun. Tapi kerana 'hubungan intim' dia dengan VC, maka dia dibenarkan. Dia juga tidak layak untuk status 'dipinjam'kan ke agensi luar, sebab pihak Oxford tak bayar gaji dia, sebaliknya dia masih ambil gaji USM. Akhirnya, dia pegi Oxford ikut pintu belakang dengan status cuti tanpa rekod bergaji penuh. Dia juga bukan fellow Oxford cuma sekadar visiting saja di OXCIS...dan intitusi ni bukanlah Universiti Oxford sebaliknya hanyalah badan NGO yg ditubuhkan oleh segelintir pensyarah Oxford. Ini berbeza misalnya di Faculty of Divinity atau Faculty of Oriental Study..kalau rasa tak percaya, pergilah USM dan siasat sendiri...

    Staff USM

    ReplyDelete
  12. Hairan bila Dr Asri digelar Wahabi kerana beliau bukannya beraliran wahabi sebaliknya beraliran Ikhwani / Qardawi. Mungkin akidahnya Salaf. Tapi manhaj beliau bukan manhaj Salaf, manhaj beliau adalah condong kepada manhaj Ikhwani dan Qardawiyah. Oleh tu tampak ciri-ciri pegangan Khawarij dalam sesetengah isu.

    ReplyDelete
  13. Walaupun Asri ni ada PhD, tak mesti dia pakar dalam semua bidang! Nie lah yang aku runsing dengan kebanyakkan pemegang PhD bergelar Doktor, cakap macam dia orang pakar dalam semua bidang!

    ReplyDelete
  14. aku tak rasa dia maksudkan no plat tu, sbb byk sgt benda yg kite dah taw pasal sultan, and not to mention any sultan, smpai ade pihak yg nak mengembalikan immuniti sultan, dimata Allah, tiada yang terkecuali dari hukuman, aku bukan nak cakap macam aku tak taw ape, abang saudara aku sendiri salah sorang bodyguard anak kepada sultan, tapi aku tanak mention sultan ape kat sini, and dia sndiri dah saksikan bermacam2 benda yang dorang buat, tapi hanya mampu mendiamkan diri, kerana jika ditegur, faham2 lah, sampai bila2 orang takkan dengar khabar lagi, wallahualam

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...