GEMPAR ! HANTU TANPA KEPALA DI MASJID

Gambar hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang asli. Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa kepala ni tipu ye. Inilah fenomena misteri yang berlaku bukan sahaja di sesebuah masjid, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia. Yang peliknya lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat. Umat Islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita. Nak tengok? Jom lihat gambar hantu tanpa kepala di bawah ini.

Ini merupakan satu kejadian yang selalu berlaku di masjid-masjid ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat. Sepatutnya jemaah kena dengar dengan mata yang celik dan hati yang terbuka, tetapi ini jadinya. Salah siapa agaknya? Jangan lah kita menuding jari, bersama lah kita berusaha, dari pihak masjid dan juga juga jemaah solat Jumaat supaya kejadian atau fenomena manusia tanpa kepala ini dapat dihindarkan di masa hadapan. Amin. P/S: Admin pun kadang-kadang terlentuk gak masa khatib baca khutbah huhu…- Melayukini

8 comments:

  1. Jangan berperasangka bahawa yang tunduk kepala ke bawah itu semuanya tidur, kebanyakannya hanyalah menundukkan kepala dan memejamkan mata tetapi bukan tidur, mungkin mereka lebih menghayati mendengar khutbah dengan cara begitu, itulah masyarakat kita selalu memandang sesuatu perkara ini dari sudut negatif sahaja.Saya pun bila mendengar khutbah dengan cara begitu kerana dapat menghayati isi khutbah dengan lebih khusyuk, apa2 pun yang penting niat kita yang ikhlas dalam mengerjakan suruhan Allah yang akan mendapat keredhaan Allah.

    ReplyDelete
  2. Anon 10.13pm tak ada sense of humor la..potong stim...apa raa...

    ReplyDelete
  3. ... Kadangkala hantu hantu tanpa kepala ini diwujudkan oleh Pak Khatib juga. Dengan khutbah yang meleret leret, pembacaan dan penyampaian yang tidak bersemangat serta topik topik yang tidak menarik perhatian boleh menjadikan kewujudan hantu hantu tanpa kepala di satu satu mesjid itu berleluasa. Cubalah latih khatib khatib dimesjid itu supaya berwibawa dan boleh menyampaikan khutbah dengan penuh semangat yang boleh merangsangkan anak anak muda khususnya untuk bersolat jumaat dimesjid. Salam MM NATAR Subang Jaya...

    ReplyDelete
  4. Kdg2 khutbah tu ada satu saja ayat quran disebut tapi yg lebihnya khatib nak tunjuk pandai tapi sbnarnya membosankan.

    ReplyDelete
  5. pak khatib bawa ayat politik hantu tak suka dengar.pekakkan telingga.pejamkan mata.

    ReplyDelete
  6. Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW hendak memasuki masjid, Beliau melihat iblis sedang berada di pintu masjid. Iblis itu tampak gusar dan ragu antara masuk masjid dan tidak.

    Maka Rasulullah SAW pun bertanya,
    "Wahai Iblis, apa yang sedang kamu lakukan di sini?" tanya Rasulullah SAW.
    "Aku hendak masuk masjid dan merusak shalatnya orang itu. Tetapi aku merasa takut terhadap orang yang sedang tidur di situ," kata iblis sambil menunjuk orang yang sedang tertidur di masjid.

    ReplyDelete
  7. okla jugok terlentok gitu! hok tubit luar dok bebual2 mugo lain lagi parok!!!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...