BONGKAR INTELEK - KETUA PEMUDA PAS KELANTAN YANG PALING BAGERO

Inilah rupa wajah pekerti bicara Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, oleh kerana kelantangannya yang terlampau sangat dengan senantiasa mencari kesalahan orang lain dan juga merendah-rendahkan orang lain terliur juga Gk nak tengok kehebatannya sebagai seorang yang memimpin pergerakan pemuda negeri.

Hampeh, cakap pun merapu-rapu, bukan berniat nak rendahkan beliau, tetapi ia adalah realiti yang berlaku sedangkan beliau sentiasa angkuh berbicara dengan rakyat dikampung, dengan orang kampung beliaulah hero, jika diteliti rakaman video dibawah melalui tiga keadaan yaitu semasa sidang media, ceramah politik dan juga di Sidang Dun.

Kesemuanya tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat, fakta dan maklumat serta isu semasa failed, ada ke patut nak bercakap isu PTPTN yang juga mengaitkan minyak tapi beliau sendiri tidak tahu samada Mesir pengeluar minyak ataupun tidak, kalau tanya Mesir ni pengeluar minyak yang ke berapa dunia bolehlah tahan.

Juga jika diperhatikan pada minit ke 2, soal angka langsung tidak tahu dan tidak tepat, tapi kalau bercakap macam hanya beliau sahaja yang cerdik, last time PC ucap terima kasih dengan tidak memandang mata wartawan, angkuh sungguh, pada Sidang Dun cakap merapu tak ikut tajuk, pemimpin dari Pas sendiri pun tidak melayaninya yang nak berpolitik merendah-rendahkan orang tidak tahu masa.

Di Ceramah pula akibat suka sangat merendah-rendahkan orang, sampai skim kifalah Pas pun dia tershashul mengatakan dalam nada merendahkan sebelum sempat di cover semula, "Berbeza dengan kita kerajaan negeri Kelantan, tidak kira pilihanraya atau tidak, sepanjang masa, kalau nak kira Kifalah ni kan, dekat PRU 2008 mula bagi, lepas tu menang besar 2008 berhenti sebentarrrrrrrrrrrrrrrrrr, tahun ni bagi pula."

Anda Mampu Mengubahnya...........

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...