'BAPAK KAFIR' - NIK AZIZ SAMAN NST RM1 JUTA

KOTA BHARU :- Menteri Besar Kelantan  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan failkan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya .

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepada NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.
 
- Wali terompah pun dah pandai saman menyaman dah, lain-lain kes apa macam?

3 comments:

  1. nak dapat balik duit BERSIH 3.0 hari tu dgn bunga2 mekarnya sekali....skali dgn bajet BERSIH 4.0.....hehehehe

    apa lagi, yg dituduh tangguh je la banyak kali....biar penat N.Aziz turun naik mahkamah....:p

    ReplyDelete
  2. bapak jin pun bole..bila kena batang idung sendiri tau pulak nak meroyan

    ReplyDelete
  3. Apa tak betul ke yang Tan Sri RAHIM kata tu? Cuba undi senyap2 tengok!!

    Orang PAS pun setuju. Hanya yang dah minum air saja kata tak betul. Bila berpuluh tahun Ulama PAS kafirkan orang UMNO, ulama PAS tak pernah rasa bersalah dan UMNO tak pernah suruh minta maaf pun..UMNO juga terlupa nak saman. PAS lupa pulak nak minta maaf walaupun Masyarakat Melayu satu Melaya berpecahbelah..Bila orang kata kat dia sekali aje dan tak tercabut pun seurat uban, dia..mula tunjuk perangai hoduh...Ulama ke tu?

    Kot ye pun TS Rahim tu kalu dia kata pun sekali aje..lagi pun dia tu tak sepandai ulama. Kan dia bukan ulam. Kalu silap pun maklumlah.

    Bagaimana pulak orang yang dikatakan ulama..orang yang kononya tahu..mengata dan meratib saban masa dan ketika bahawa orang Islam lain yang bukan puak mereka sebagai kafir dan kerja mengkafirkan orang ni dah jadi punca pendapatan mereka? Orang Pas otak simpan mana? Pajak gadai? Kalu faham lerr.

    Pak Mus

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...