BOIKOT - STESEN MINYAK PETRONAS DI KELANTAN BAKAL LINGKUP

Kebiasaannya bila semakin hampir pilihanraya rakyat semakin murah rezekinya, pelbagai bantuan dan durian runtuh diberikan, namun sangat berbeza dengan negeri Kelantan yang rakyatnya sepanjang masa dibebani dengan musibah kerajaan jumud dan hanya mendapat  bantuan dari sebelah pihak sahaja sedangkan pihak satu lagi terus menerus dengan program yang menyusahkan rakyat.

Terbaru dilaporkan balaci tegar kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan telah diarahkan untuk melancarkan kempen BOIKOT PETRONAS, kononnya dengan memboikot Petronas kerajaan Negeri akan dibayar wang royalti minyak yang masih didalam perbicaraan mahkamah.

Sungguh pendek akal fikirnya, patutlah negeri Kelantan tidak punyai kemajuan yang boleh dibangga dan ditumpang oleh rakyat, tergugatkah Petronas sekiranya mereka boikot? bukankah dengan tindakan itu secara tidak langsung ia telah merugikan pengusaha stesyen minyak sekaligus kesannya turut dirasai oleh pekerja mereka.
Apakah isu royalti ini bersabit dengan pengusaha stesyen minyak? jangan marahkan nyamuk kelambu pula yang dibakar, cubalah fikir untuk kebajikan rakyat, untuk dapatkan sesuatu keuntungan politik biarlah ianya cermat dan tidak menyusahkan rakyat yang sudah sekian susah. Puak ni langsung tidak menghormati pekerja-pekerja pam minyak dan juga pengusaha.

Jika dengan memboikot itu ia pasti dapat apa yang dihajatkan berbaloilah juga, kalau setakat nak jadikan gimik pilihanraya tak usahlah, kalau tak boleh bagi kebajikan janganlah pula bagi kesusahan. Fikirkanlah jika ianya satu kebaikkan...Anda mampu mengubahnya....

9 comments:

  1. Kena tukar minyak cap tok guru baru laku.!!!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah boikot peniaga2 rakyat kelantan yang cari makan di Selangor...malah bangga dapat bantu mereka

    ReplyDelete
  3. Rata rata pengusaha kedai minyak hak milik Petronas cina ke Melayu yang ramai? Kalau cina ramai aku sokong100%.sembit akal betul juak juak langau hijau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat johor nie kebykan petronas orang melayu punyer...shell and lain2 tue mmg cine punyer laa..

      Delete
  4. Gasak mika le nak boikot yang niaga kedai minyak tu kan orang kelante sendiri sedara mara mereka juga. Tengok nanti cuti sekolah tak lama lagi. Yang banyak balik kelantan kan orang kelantan juga. Sanggupkah mereka tidak mengisi minyak petronas? Dari KL ke Kelantan rasanya tak banyak stesen minyak lain.

    ReplyDelete
  5. Perangei ore bengap meme lagu tu, kapir-kapir harbi akan ketawa riang melihat orang PAS semuo bodo piang. Yang rugi ore kelate jugo. Pade muko mung bermenteri besarkan Nik Ajiz yang kerjanye sesat dan menyesatkan ore.

    ReplyDelete
  6. tIni satu lagi usaha DAP memlalui KUDA dan Kaldai mereka untuk mhancurkan urusniaga bumiputera dan secara tak langsung melemahkan kegiatan ekonomi Melayu. Hampir 100% stesen minya petronas adalah diuruskan oleh orang melayu dan juga bumiputera. Adakah puak PAS sedar atau tidak agenda disebalik boikot ini? Dasar tak sedar diuntung betul kaum ni.

    ReplyDelete
  7. sebagai sorang muslim kita wajib percaya bahawa rezeki itu dari Allah SWT....boikot ka tak boikot ka mohon segalanya kpd NYA

    ReplyDelete
  8. PAS xyakin dgn Ketuhanan Allah dlm bab rezeki. Mengapa duit yg digambarkan sbg royalti itu Allah tidak izinkan pd PAS? jgn bertuhankan syaitan, sandar sama kpd Allah megapa ditakdirkan begitu. Banyak kefasiqan PAS telah buat yg memudaratkan agama. Jadi betulkan dulu bukan sibuk pasal DUIT. DUIT akan jd ghanimah yg akan hancurkan PAS!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...