KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas mengenai perhimpunan Bersih 3.0 beliau turut mempersoalkan pahala orang Umno kerana hidup dengan cara sekular sedangkan untuk memasuki syurga adalah dengan pahala.
Menurut beliau segala amalan yang dibuat oleh Umno tidak mendapat pahala, dan untuk memasuki syurga ia memerlukan pahala.
"Maka bagaimana cara manusia yang hidup dengan sekular boleh masuk syurga akhirat kelak, syurga masuk dengan pahala, semua kerja buat kita atas dunia kalau kena dengan kehendak Allah Taala kita boleh pahala".
Nik Aziz juga mengingatkan kepada Umno bahawa Allah Taala hanya bagi pahala kepada orang Islam, mukmin yang ikhlas, dan Umno perlu sedar amalan dan solat yang dilakukan tidak memperolehi pahala kerana pahala itu dapat dengan ada syaratnya.
" Ini benda-benda yang Umno kena reti, kena sedar, bahawa kerja buat dia tak boleh pahala, dia sembahyang tak boleh pahala, yang bagi pahala ni Allah Taala, Allah Taala beri pahala kepada orang yang banyak syarat".
Itulah Nik Aziz yang terlampau maksum sehingga boleh menentu bicarakan syurga neraka seseorang malah sekumpulan. Seperti dia yakin dan sudah tahu yang dia akan memasuki syurga, soal syurga pun dinilai dalam konteks politk jumudnya tanpa merujuk kepada ketelitian Islam didalam perbezaan pendapat dan cuba mencampuri urusan qalbi.
Sungguh mudah Nik Aziz menentukan pahala seseorang, dan sangat biadap serta tidak wajar sama sekali Nik Aziz mengatakan Amalan orang Umno tidak mendapat pahala dan tidak masuk syurga dengan sekali lagi cuba mengulangi pengkafiran terhadap Umno.
Semua umat Islam tahu pahala dan syurga hanya untuk orang Islam, dengan mengatakan amalan orang Umno tidak mendapat pahala, adakah Nik Aziz menganggap orang Umno bukan orang Islam ? dan sangat mendukacitakan kerana ketegasan ini semakin rancak bilamana tiba pilihanraya.
Dimana pula mereka yang bertanggungjawab didalam hal agama dengan membiarkan pernyataan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam ini, pernyataan sedemikian boleh memecahbelahkan umat Islam dan boleh merosakkan akidah umat Islam. Siapa Nik Aziz yang begitu hebat sangat dengan mengetahui perkara yang ghaib.
Memang Islam ada guide line dia, buat macam ni boleh pahala, buat macam ni dapat dosa, tetapi hal itu jauh sekali untuk seseorang manusia menilai dan menghukum manusia lain sehingga tahap ke syurga dan neraka. Dapat atau tidak itu urusan Allah, dalam Islam ni ada khilaf atau perbezaan pendapat.
Dalam Islam juga ada mazhab, contohya mazhab empat, didalam empat mazhab tersebut Shafiei, Hambali, Hanafi dan Maliki ianya punyai pandangan yang berbeza didalam menafsirkan sesuatu hukum, pelbagai pemahaman, ada yang faham macam ni, ada yang faham macam tu, tetapi mereka tidak pernah mengkafirkan diantara satu sama lain.
Diantara keempat-empat Imam tersebut siapa yang mengetahui ianya lebih betul selain dari Allah Taala. Semuanya betul diatas keyakinan dan selebihnya itu adalah rahmat dari Allah Taala. Tidak boleh kita nak kata itu tak betul dan ini yang betul.
Perbezaan pendapat mesti di hormati. Sangat mustahillah kalau Nik Aziz lebih muktabar dari keempat-empat Imam tersebut sehingga begitu yakin mengetahui dosa pahala seseorang manusia, mungkinlah kemuktabaran Nik Aziz semakin menjadi-jadi apabila pilihanraya semakin hampir....Anda Mampu Mengubahnya...
hal pahala dengan syurga ni hak Allah S.W.T..kita sendiri tidak tahu apakah nasib kita di sana..adalah lebih baik kita muhasabah diri kita dulu sebelum kita mengata orang..kita tidak perlu mengambil alih kerja Allah S.W.T untuk menentukan pahala dan syurga seseorang..
ReplyDeletebakpo nik aziz jd koho bengong lagu tu xabis2,bilo nok tobat xtahu,nga ngaji mana kedio nyoh nga hukum ikut dan lagu tuh...punoh jane abis lgu nih
ReplyDeleteRasanya Nik Aziz sendiri tak akan dapat pahala sebab terlampau banyak memperalatkan agama.Memang sah dia ni ketua Parti Ajaran Sesat.
ReplyDeleteUlamak kah ini..hasad dengkinya thdp UMNO mmbusok sehingga kelihatan n trbau dari tuturkatanya...bertaubat lah porky nick sblm trlambat ..takot hasad dengki itu dibawa hingga keakhir hayat hingga azab saat bila nyawa bercerai dari badan...
ReplyDeleteIlmu agama yg tinggi xmnjamin seseorg itu masok ke syurga Allah..hny amalan soleh yg menentukan...
org tua yg pkai kain atas kepala nie dh bodo kot...dia dh lupa apa tue politik ngna apa tue agama Islam...dh bodo sgt sampai bleh tafsir syurga ngn neraka sesuka hati..org yg bodo jer bleh percaya ckp org bodo mcm org tua kutuk nie...damn!!...ada gak org bodo yg taksub org tua nie...
ReplyDeleteDia dan pengikut dia yang masuk SORGA :) Apalah bodoh sangat dgn ckp mcm ni, tu ada lah pengikut yang ikut ckp dia...Pi mampos lah. Syurga dan neraka Allah yang tentukan, amalan bukan pada parti, tapi pada hati and niat manusia.
ReplyDeletesesungguhnya diri kamu sendiri yg mengherek kamu samaada kamu ke syurga atau neraka.....subhanallah!!!!!
ReplyDeleteBuat tatapan ulamak riak, nik aziz...
ReplyDeletePenentuan Syurga dan Neraka Itu Hak Allah
كَانَ رَجُلَانِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَوَاخِيَيْنِ، فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ، وَالْآخِرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لَا يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الْآخِرَ عَلَى الذَّنْبِ، فَيَقُولُ: أَقْصِرْ، فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ، فَقَالَ لَهُ: أَقْصِرْ، فَقَالَ: خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا؟ فَقَالَ: وَاللهِ لَا يَغْفِرُ اللهُ لَكَ – أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللهُ الْجَنَّةَ! – فَقُبِضَ أَرْوَاحُهُمَا، فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَقَالَ لِـهَذَا الْمُجْتَهِدِ: أَكُنْتَ بِي عَالِمًا، أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا؟ وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ: اِذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي، وَقَالَ لِلْآخَرِ: اِذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَالْآخِرَتَهُ
Abu Hurairah RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Ada dua orang lelaki bersaudara dari kaum Bani Israil. Salah satu di antaranya suka berbuat dosa, sedangkan yang lainnya ahli ibadah. Suatu saat ahli ibadah itu senantiasa melihat temannya membuat dosa, ia pun berkata kepadanya: ‘Hentikanlah perbuatan dosa itu!’ Kemudian, pada hari lain si ahli ibadah mendapati temannya itu berbuat dosa lagi, maka berkatalah ia kepadanya: ‘Hentikanlah perbuatan dosa itu!’ Orang yang berbuat dosa itu menyanggah: ‘Biarkanlah aku (ini adalah urusanku) dengan Rabbku! Apakah kamu diutus untukku sebagai pengintai?’ Maka berkatalah ahli ibadah kepada temannya: ‘Demi Allah, Allah tidak akan mengampunimu! (Atau Allah tidak akan memasukkanmu ke dalam Syurga!) Setelah itu, kedua-duanya meninggal dunia dan berkumpul di sisi Rabb Semesta Alam. Dia berfirman kepada ahli ibadah itu: ‘Apakah kamu mengetahui Aku atau apakah kamu berkuasa dari apa yang berada di tanganKu?’ Allah berfirman kepada orang yang berbuat dosa: ‘Pergilah dan masuklah Syurga dengan rahmatKu!’ Sementara kepada yang satunya, Dia berfirman: ‘Masukkanlah orang ini ke dalam Neraka!’”
Abu Hurairah RA berkata: “Demi jiwaku yang berada ditanganNya, sungguh dia telah mengucapkan kata-kata yang dapat membinasakan dunia dan akhiratnya.”
Sahih Sunan Abu Daud oleh al-Albani
Inilah dia bapak Khawarij kalau korang ndak kenal. Apa itu Sifat2 Khawarij? Mau sendiri google & banding dgn N.Ajis & PAS. Keputusannya Khawarij=PAS dan PAS subset kepada Khawarij.Muktamad!
ReplyDeleteAnti-Khawarij
Nie blog puak2 UMNO babi ker???..Berapa sen dapat buat blog nie??Dasar munafiq laknat
ReplyDeletesepatutnya ulamak2 umno yg sesuai komen kenyataan tuan guru mb tu, berilah mereka yg ahli, jadi ulamak umno patut ajak tuan guru debat, bincang, jika buat siaran langsung lagi bagus...
ReplyDeleteMASAALAHNYA "PUAK2 PAS" X MAU MUZAKARAH.
DeleteMEREKA NAK MUZAKARAH DGN DAP & PKR SAJA.
UST FB (FATHUL BARI) BERITAU, MEREKA X MAU.
KALAU JADI PUN MEREKA MENIPU.
MEREKA PUTAR-BELIT.
ULAMA' UMNO AJAK BERSATU, TEGAKKAN ISLAM
PAS X MAU - NIK ABDUH NAK TUMPAH DARAH . CAMNA????