HEBAT !!! PAS PENGKALAN CHEPA BOLEH MENANG TANPA GANTUNG BENDERA

Kekebalan Pas di Kelantan yang lebih 23 tahun sudah mentadbir negeri itu mungkin bertambah hebat sekiranya mencuba kelainan di kawasan Menteri Besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yaitu Parlimen Pengkalan Chepa dengan menghadapi  Pru 13 tanpa memasang bendera parti Pas dan  memastikan kemenangan bergaya Pas dikawasan tersebut.

Parlimen Pengkalan Chepa mempunyai tiga Dun yaitu N.05 Kijang(Pas menang tanpa bertanding), N.06 Chempaka, dan N.07 Panchor adalah kubu kuat Pas yang sentiasa utuh walaupun dilanda Tsunami pada tahun 2004. Semasa Gk melakukan tinjauan bersama blogger Ambo Orang Kampung beberapa hari yang lalu mendapati kawasan ini masih lagi kawasan selamat yang mustahil untuk ditawan BN diatas beberapa faktor.

Jangan kata rakyat Kelantan tidak cerdik kalau dalam politik ni, mereka lebih kehadapan berbanding dengan negeri-negeri yang lain, hanya jauhari yang mengenal maknikam, dan rakyat Kelantan telah membuktikannya pada PRU 11 yang lalu.
Pas hanya letak 1 sahaja bendera disepanjang jambatan ini...Nganyi parok weh
Biarpun begitu, ramai antara rakyat Kelantan ni minat barang pelik dan 'kelas', biar bundle asal America, so Pas Kelantan mungkin boleh mencuba sedikit kelainan pada PRU 13 ini dengan tidak memasang bendera, biarkan Parlimen Pengkalan Chepa dilimpahi dengan bendera BN sahaja, kerana dengan tidak memasang bendera pun Pas akan tetap menang lebih besar diatas keunikan tersebut.

Apa macam ada berani ko?, kemenangan itu akan lebih memalukan BN kawasan tersebut yang dikuasai oleh sebahagian kroni yang mementingkan PROJEK bukan mementingkan PARTI. Parlimen Pengkalan Chepa diantara 3 parlimen yang  tidak perlu diberikan kemenangan  kepada BN bagi mengelakkan keadaan yang lebih mudharat kepada rakyat Kelantan.

Namun terpulang kepada keyakinan yang ada pada Pas untuk mengekalkan kerusi tersebut, apa mungkin  Pas tidak yakin tanpa memasang bendera mereka akan menang dengan majoriti yang lebih besar lagi ? kekuatan Pas Pengkalan Chepa bukan terletak kepada saraf bendera tetapi diatas calon tak RELEVAN anak tempatan yang ditampilkan oleh BN...Anda Mampu Mengubahnya...
-Gambar lebih menarik klik DiSINI
"Kelas puok Pas weh, mene tanding denge tok payoh tepek derro, ilir keh tuh, try sekali.."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...