ANALISIS TUKAR POLITIK DI KELANTAN - SHEIH

Analisis yang dibuat oleh professional bloggers mengenai percaturan keputusan PRU 13 di Kelantan kali ini sangat menarik. Fakta yang disumbangkan adalah selari dengan cara pemikiran dan penerimaan masyarakat di Kelantan, mungkin itu suatu perkara tidak aneh kerana beliau juga merupakan anak 'Kelate' yang cukup berpengalaman didalam rencah politik dinegeri itu.

Lumrahnya pelanduk yang sentiasa lupakan jerat, keegoan tak kemana yang menguasai dan mempengaruhi kancah politik di Kelantan kali ini sebahagiannya memang  menempa 'bahaya' bersuis. Silapnya adalah pemimpin jua yang terleka didalam mengawasi hulubalang-hulubalang yang bersifat 'parasit' dan suka mencari nama menguasai majlis orang, akhirnya rumah siap tapi pahat berbunyi tukul pula tidak mengerti.....

" PRN akan datang bakal menyaksikan pertembungan jentera veteran berpengalaman luas PAS dengan jentera muda BN yang diketuai oleh beberapa hulubalang berpengalaman luas.

Jika bersandarkan kepada arus perubahan pada hari ini, BN mempunyai peluang cerah untuk mencatatkan keputusan yang baik berbanding PRN2008. Tetapi apakah mereka mampu mendapatkan keputusan yang lebih baik dari PRN2004 bila mereka memenangi 21 kerusi?

Sebenarnya sejak kebelakangan ini politik Malaysia dipekakkan oleh kebingitan suara pembangkang yang amat kuat sekali. Bagaimanapun kebisingan bukan bermakna ia datang dari kelompok yang ramai. Namun ia tetap boleh membawa kesan negatif terhadap kewarasan dan perhitungan seseorang individu.

Walaupun jentera BN Kelantan kebelakangan ini kelihatan memberangsangkan tetapi juga berpotensi menempa bahaya. Dengan semangat yang kuat, jentera yang kurang berdisiplin akan bertukar menjadi ‘aggah’ atau angkuh. Bibit-bibit keangkuhan itu sudah mula bercambah di dalam media baru terutamanya Facebook dan Twitter milik individu-individu tertentu yang rapat dengan UMNO Kelantan.

Fitnah dan dakwaan tidak berasas di angkat seperti firman Illahi. Menewaskan PAS di Kelantan seperti satu kewajipan menumpaskan tentera Jahiliyah dalam Perang Badar. Slogan dilaungkan seperti didalam Perang Salib.

UMNO Kelantan sendiri perlu berhati-hati didalam penggunaan perkataan-perkataan untuk mengisi majlis, program dan terbitan bercetak mereka. Mereka harus sedar Negeri Kelantan bukan untuk diperintah atau ditawan. PRN akan datang sekadar menentukan parti mana yang dipilih untuk mentadbir Kerajaan Negeri.

Kalimah perintah dan tadbir, tukar dan ubah, tawan dan dipilih mempunyai perbezaan yang ketara. Melihat tekanan kuat dari BN, PAS Kelantan akan berlembut dan bertanya kepada kepimpinan UMNO dan rakyat, Kelantan ini diperintah oleh kepimpinan Islam, kenapa nak dikacau? Sudah tentu orang-orang muda dalam BN Kelantan mempunyai seribu satu jawapan yang menusuk kalbu, tetapi apakah itu jawapan kepada persoalan PAS? ". - Analisis penuh di laman Kickdefella.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...