'UNDISPUTED LEADER' HILANG AURA - PELAKON HANTU POPULAR SELAR TOK PA

Jika diimbau kembali sejak akhir-akhir ini seakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak tanduk dan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Auranya sebagai seorang pemimpin yang sebelum ini disegani lagi dihormati sepertinya sudah berTUKAR dan sedang menuju ke arah keadaan yang kurang normal jika dibandingkan dengan perwatakan beliau sebenar yang lebih tenang dan cukup cermat didalam membuat satu-satu kenyataan.

Apa yang sudah merasuk fikiran beliau sehingga mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'budak' dan tidak kena langsung dengan beliau selaku seorang Menteri kabinet dan telah disiarkan didalam akhbar Sinar Harian semalam.

Menurut beliau tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik, banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.
"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.

Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.

"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi. 

Bagaimanapun kenyataan beliau itu terus ditempelak oleh Hairie Othman yang juga seorang artis menerusi ruangan sembang Facebook dengan berkata " Saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja " ?
Mungkin jarang sekali dan mungkin juga belum pernah lagi kita mendengar mana-mana artis menyelar kenyataan Tok Pa, keperibadian Tok Pa yang juga dikenali sebagai 'undisputed leader' dan 'the pleasant leader' sangat disenangi oleh semua pihak itu gagal dikekalkan oleh beliau, tambah malang keadaan ini berlaku ketika hampirnya dengan PRU 13.

Sepatutnya Tok Pa sebagai pemimpin lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang berbaur paksaan dan boleh menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak, sebaliknya bertindak dengan sesuatu  yang lebih bersifat 'mesra' untuk menarik golongan tersebut dan mengelakkan lebih ramai lagi yang akan memberontak.

Sayang sekali seorang pemimpin yang dikenali dengan kesopanan bicaranya tidak lagi mampu untuk mengekalkannya didalam situasi politik yang semakin tidak menentu ini. Bagaimanapun Gk  percaya keadaan ini hanyalah sementara  jika Tok Pa melakukan transformasi sepertimana yang pernah dicatatkan sebelum ini, Klik DISINI

Keperibadian watak bercirikan  kejujuran dan bicara tertib  Tok Pa yang sempat dirakamkan sebelum ini pada klip video dibawah. Apapun kuasa yang ditentukan tidak  kekal sepertimana kuasa yang menentukan.  Anda Mampu Mengubahnya...

4 comments:

  1. Kesian... ade juga artis yang terasa. Yang terasa tu pun memang anti-kerajaan pun. Tengok je tweet dia kepada Zahida ketika isu kononnya skandal zahida dan shafiee afdal tempoh hari... tak menampakkan yang dia ni memang anti-kerajaan ke?? Kelihatan cukup jelas... cuma malu-malu kucing takut periuk nasi kene cantas...

    ReplyDelete
  2. Kami di Jeli lebih mengenali Dato' Pha..Bodohnya artis ni..saya nak bagi tahu Hairie..seorang pemimpin parti mesti bercakap untuk kepentingan parti..lagipun Apa yang di cakapkan itu benar..Hairie nak masuk PAS masuk lah..nak lawan..lawan lah..kami tetap menyatakan kebenaran..To' Imam yang juga menjadi Ustaz yang mengajar di masjid-masjid seorang aktivis dan AJK PAS akhirnya masuk UMNO apabila kebun getahnya yang diusahakan lebih 40 tahun dirampas..Di dalam masjid dia selalu berkata nak dakwa dapan Allah s.w.t. kelak sampai saya mendengar pun bosan..Dia kata PAS ni cakap saje baik tapi perbuatannya jahat..saya tak nak lanjut cerita PAS..saya nak beritahu perasaan kami tentang Dato Pha..Dato' Pha adalah limpahan Rahmat dari Allah s.w.t. terhadap kami..sesiapa yang menghalang Rahmat Allah s.w.t. terhadap kami, dia adalah musuh kami.. dan kami tetap dan kekal menjadikan dia musuh kami..Amin ya Rabbal-allamin.

    ReplyDelete
  3. Maaf kalo aku silap. Tapi kalo di teliti makna Tok Pa "Kalo nak berdakwah' itu bermaksud yg jelas. Ibarat 'Kalo nak bertaubat' perlukah kt join PAS yg hanya sekadar parti politik?. Agak2 jika mereka ini masuk pas akn bertambah beriman atau sebaliknya?

    Apa yg jadi akhir2 ini, artis yg konon2 dah insaf dari segala dosa masuk pas kemudian berceramah pula mengutuk, mencela org lain hanya kerana mereka 'menganut' fahaman PAS. Maka kecelaruannya ianya menunjukkan bahawa PAS adalah tempat org2 yg dah 'Bertaubat serta beriman' sdg kan UMNO adalah sebaliknya. Apa yg Tok Pa ckp itu btl, kalo nak berdakwah atau nak mencari 'ilmu' maka carilah tmpt yg btl. Tapi kalo nak berpolitik rasanya Tok Pa x akan ckp x blh join PAS. Kan berbeza maknanya. Cuba tgk perkataan org2 yg mula taksub dgn PAS, dgn sesiapa pun mereka akan akhiri dgn perkataan 'LEMBU' tak kira org biasa atau pun pemimpin.

    Cuma bila Hairi terasa mcm tu bermakna dia tak lah bijak menilai makna. Dia mgkin pakar hafal skrip saja. Ini bermakna bagi pandangan Tok Pa, mereka(artis) ini jgn jd HIPOKRIT dlm menentukan hala tuju mereka kalo nak berpolitik dgn menjadikan 'dakwah' sebagai kain langsir yg menutupi apa yg tersirat dan yg tersurat.

    Setahu aku, tidak ada pemimpin Malaysia yg marah atau kutuk mereka secara terbuka kalo ada artis2 ini nk join PAS atau lain2 parti. Tetapi jika pemimpin PAS yg cukup berilmu, keluar dari parti, mereka akan dikecam malah ada yg mengatakan bahawa pemimpin itu tak tahu Agama. Bayangkan presepsi mereka yg berada didlm PAS, bertapa taksubnya diri mereka tentang kehebatan 'Iman' mereka walaupun hakikatnya ada diantara mereka hatinya 'kosong' Ilmu. (roywnc)

    ReplyDelete
  4. Saya tak nampak apa salahnya kenyataan Tok Pa tu. Tok Pa kata 'kalau nak berdakwah..' kalau betul, baik, kita sokong, tak kira dari parti mana..utk kebaikan semua

    zul

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...