PATUHI AJARAN SYAITAN PAS DAKWA MAJLIS FATWA TIDAK BERTAKWA

KUALA LUMPUR – “Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertaqwa kepada Allah sebelum mengeluarkan sebarang hukum kerana mereka akan dihadapkan di hadapan Allah yang berkuasa menentukan hukum haram atau halal,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussian.

“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perak ingin menjelaskan bahawa menyertai Bersih 3.0 tidak haram kerana ia bertujuan baik iaitu mencari keadilan dan demokrasi yang telus, tidak melanggar undang-undang kerana peserta tidak memasuki kawasan larangan berhimpun.

“Peserta juga tidak mencetuskan huru hara, sebaliknya yang mencetuskan huru hara tersebut adalah pihak polis yang menyerang, menangkap dan memukul peserta Bersih 3.0 tanpa sebarang sebab. Maka, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya Perhimpunan Bersih 3.0 tidak sepatutnya dianggap sebagai haram,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini,.

Abu Bakar seterusnya mendakwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu memahami perkara tertentu terlebih dahulu supaya tidak mengeluarkan fatwa membuta tuli tanpa memahami realiti sebenar.

Rupanya ramai lagi dikalangan pemimpin Pas yang tidak reti dengan Islam, tujuan yang baik diatas sesuatu perkara yang mendatangkan mudharat adalah haram, sebagai contoh seperti sebuah perkahwinan, tujuannya baik, tetapi pasangannya mengidap penyakit berjangkit yang boleh memudharatkan seperti Aids, maka hukumnya adalah haram kerana penyakit itu akan berjangkit kepada pasangannya dan juga anak yang bakal dilahirkan nanti.

Sebaik manapun tujuan itu mesti melihat kepada kesannya, undang-undang dalam negara juga mesti dipatuhi, bila kerajaan tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di dataran Merdeka kenapa ianya berdegil untuk diteruskan juga, mana mungkin ini tujuan yang baik, kenapa tidak berhimpun dikawasan yang tidak dilarang oleh kerajaan seperti didalam stadium.

Islam ini sebenarnya cukup mudah untuk kita fahami jika kita tidak bersifat matlamat menghalalkan cara, apa yang baik, aman, elok itu adalah kehendak Islam, dan yang buruk itu bukan kehendak Islam. Buruk dan baik itu ditentukan oleh asas-asas agama yang terkandung didalam Al-Quran dan Hadis bukannya ditentukan oleh akal dan nafsu manusia.

“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. 
Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis itu cukup jelas kepada umat Islam  mengenai ketaatan rakyat terhadap pemerintah, bukan Islam menggalakkan pemerintah untuk zalimi rakyatnya, akan tetapi untuk melindungi rakyat, kerana dengan penentangan rakyat terhadap pemerintah dikhuatiri akan berlaku kezaliman yang lebih dasyat lagi dari itu.

Bala tentera yang dimiliki oleh pemerintah sudah pasti akan bertindak habis-habisan walau dengan apa jua cara bagi mengekang penentangan tersebut. Dari tindakan itu bukankah rakyat akan lebih sengsara sekaligus akan menyusahkan kehidupan umat Islam itu sendiri, dengan kemanan yang dikecapi, untuk melakukan ibadat, mencari rezeki dan menjalani cara hidup Islam  tiada sebarang sekatan maka Hadis diatas sangat bertepatan dengan keadaan didalam negara kita pada hari ini.

Melainkan ketika Nik Aziz atau penyokong taksub Pas sedang bersolat, Najib pergi cabut kopiahnya, runtuhkan masjidnya  atau menghalang mereka dari melakukan ibadat kepada Allah Taala. Ini Najib tidak pernah lakukan itu semua, nak solat sampai bengkak dahi pun solatlah, malah terbaru Najib telah menyumbangkan sebanyak RM 3 juta untuk menaik taraf  Masjid di Gua Musang.

Bukan itu sahaja, umum rakyat Malaysia mengetahui mengenai keberadaan kerajaan di negara ini didalam memperjalankan Islam dalam negara kita dari dulu sampai sekarang, penubuhan pusat-pusat perkembangan Islam serta tempat ibadat umat Islam adalah selari dengan kehendak Islam pada hari ini. Bahkan keadilan didalam Islam yang diamalkan kerajaan sedikitpun tidak mengecualikan hak-hak orang bukan Islam untuk menjalani kehidupan mereka dinegara ini.

Kesimpulannya Adalah dengan itu ianya jelas bahawa fatwa WAJIB yang dikeluarkan oleh Nik Aziz sebelum ini jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar  bersandarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, dan seperti pandangan Yusof Al-Qardhawi pula  ia adalah HARUS dengan melihat dahulu kepada kesamaran-kesamaran jika ia tidak timbul dan HARAM jika sepertimana yang telah dilakukan pada Bersih 3.0 sebelum ini yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan . Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. biasa la bro.. aku dh naik bosan dah dengan puak-puak ni.. itulah natijahnya kalau berfikiran politik. Benda yang Haram bolah jadi halal, benda yang halal boleh jadi haram, benda betul boleh jadi tak betul, benda tak betul boleh jadi betul.. Aku benci orang politik, lebih-lebih lagi orang yang bergelar ulama masuk politik. Politik itu kotor, politik itu memudaratkan, politik itu memecah belahkan, politik itu mengkhayalkan. Ingatlah hai manusia.. ini semua duniawi ... aku tak tahu la kat titian siratulmustakim nanti....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...