Staff HRPZ 2 Angkuh - Kem. Kesihatan Skandal Memanjang @NajibRazak @liowtionglai Ambil Perhatian

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat. Maksudya kena tangkap basah dengan bini orang, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi semalam .

Dulu bekas Menteri skandal seks jugak, siap ada video lagi, dah bekas Menteri macam tu, Ketua Pengarah pulak macam ni apa ke jadahnya lagi nak bagi perkhidmatan yang baik kepada rakyat. ketua kaki kongkek, staff bawahan tak ke huru hara?

Untuk pengetahuan pihak yang berkuasa Kementerian Kesihatan amnya dan Perdana Menteri sendiri khasnya, perkhidmatan ataupun layanan yang didapati oleh rakyat miskin sebagaimana saya daripada kakitangan Dewan Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ2) sangat-sangat mendukacitakan.

Kakitangan di Dewan Bersalin ini sungguh sombong dan biadab dengan tutur katanya, juga tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri sendiri. Diatas sebab itu saya bersama dua orang anak saya terpaksa meninggalkan isteri saya di dewan bersalin tanpa sempat memberikan pakaian dan telefon bimbit  untuk terus pulang kerumah bagi mengelakkan berlakunya sesuatu hal yang 'tidak manis' diatas tindak tanduk dan respon kakitangan tersebut.

Sebelum ini memang terlalu kerap saya dengar mengenai karenah kakitangan hospital yang memberi layanan buruk kepada pesakit, oleh itu diatas semangat dan keyakinan saya juga berhubung perkara ini, saya fikir tidak menjadi masalah langsung kepada saya dalam masa 3 hari sahaja untuk menemuramah sekitar 30 -100 orang  rakyat yang pernah berurusan dengan hospital terbabit bagi membuktikan dakwaan saya ini dengan jelas-sejelas-jelasnya.

Buat masa ini saya mengelakkan untuk memperincikan maklumat kakitangan serta kejadian yang saya alami, kerana tujuan saya mendedahkan perkara ini untuk diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan sahaja, dan pihak berkenaan pasti boleh semak siapa yang bertugas pada pagi ini 15 November 2012 sekitar jam 9.30am - 10.00am.

Pihak berkenaan perlu memanggil kakitangan yang mendapat complain untuk bertanyakan dengan pertanyaan 'Nak kerja atau tak nak?', sekiranya jawapan 'nak kerja', maklumkan bagaimana cara nak kerja, biar sama dengan apa yang ditampal didinding hospital terbabit mengenai VISI dan MISI hospital, biar padan dengan kekerapan desakan CUEPACS terhadap kerajaaan.

Kalau taknak kerja buang dan ganti orang lain, berjuta-juta lagi yang menganggur takder kerja, kerajaan jangan jadi lembik, buat apa nak simpan kakitangan yang tidak bermutu dan menyusahkan kerajaan serta rakyat ini, hormatilah HAK semua rakyat, bukan hanya menghormati individu tertentu sahaja, respon segera daripada pihak berkaitan saya nantikan, pendedahan selengkapnya bersama klipvideo akan menyusul petang nanti....Anda Mampu Mengubahnya..

Kebangkitan rakyat akan muncul daripada tindak tanduk menghina yang dialaminya bertalu-talu

 Sama-sama kita dengar apa yang Ustaz Kazim nak bagitahu mengenai zina dan hospital

6 comments:

  1. rekodkan dan videokan baru ada bukti cakap saja atas angin!

    ReplyDelete
  2. Gua rsa simpati dgn lu GK,mmang mcm tulah sikap mereka ni,tp idea lu mmang cantik,cuma gua nk tmbah sikit jer,masa temuramah tu cerita ckit dgn mereka dan ajak bersama2 bngkitkan isu ini,ala2 persatuan gtu bru kuat,takat sorang dua ni mmang susah mereka nk layan.apapun gua support lu

    ReplyDelete
  3. Inilah salah satu sebab kenapa ramai yang marah dengan kakitangan kerajaan.Bonus nk mintak berbulan2,Asyik nk tuntut naik gaji kalau kerja setimpal dengan apa yang dipohon ok juga.Kes staff angkuh ni bukan hspital je,melambak kat mana2Jabatan krjaan.

    ReplyDelete
  4. lapor je la jangan jadi mcm harian metro semua nak berahsia.

    ReplyDelete
  5. kalau ada masalah dengan staff hosp, buatlah complaint. Jgn tuduh org sembarangan. Mungkin ada staff yg tak beretika, tapi jgnlah tuduh semu begitu.

    Berlaku adil lah anda dengan teguran anda!!! Jgn bersifat zalim!!!

    Berapa byk pujian diberikan diatas servis yg diberikan...Jgnlah hanya nila setitik, terus semua staff hospital dipersalahkan..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betoi.. dan mmg ada staff kerjaan perangai mcm tu...
      tukar ajer yg bmasalah ke tempat yg lain.

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...