Dr Asri Pantas Bela Kenyataan Nurul Izzah

'Bapak borek anak rintik', kalau bapaknya selalu pergunakan Yusof Qardawi, anaknya pula gunakan Dr Asri, cuma bezanya Anwar Ibrahim ni duk jaja kenyataan Yusof Qardawi bela dia, tapi Nurul Izzah ni Dr Asri yang duk jaja dan pertahankan kenyataan Nurul Izzah. Menurut mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin menerusi kenyataan di Facebook beliau,

"YB Nurul Izzah baru bercakap dengan saya menerusi telefon, beliau maklumkan bahawa beliau langsung tidak menyebut 'melayu boleh murtad' dalam program tersebut..apa yang beliau sebut ialah tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, hal itu merangkumi semua bangsa..saya rasa kita kena berhati-hati mempercayai sumber berita yang disiarkan oleh sesetengah pihak."

Tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, Hal itu merangkumi semua bangsa
Siapa kata boleh paksa dan siapa pula yang kena paksa ? perlukah Nurul Izzah untuk bercakap hal itu, sepertinya juga beliau bercakap, jadinya saya Nurul Izzah binti Anwar ni kerana bapak saya Anwar bin Ibrahim 'main-main' dengan mak saya Wan Azizah binti Wan Ismail lalu terhasillah saya, perlukah beliau kata macam itu ?
Jika begitu untuk apa beliau sentuh pasal dakwah Islam tidak ada paksaan, semua itu orang dah tahu, lagipun tak pernah timbul pun isu mana-mana orang kena paksa untuk menganut agama Islam.

Atau Nurul Izzah sebenarnya memaksudkan tiada paksaan dalam beragama, mana-mana individu termasuk yang beragama Islam berhak untuk memilih mana-mana agama pilihannya.

Isu ini perlu jelas, dan sebagai mantan mufti juga janganlah terlalu melulu untuk membuat pembelaan, kaji dan selidiklah dulu, jangan pula mentang-mentanglah Nurul Izzah Call, mantan Mufti rasa syok dan bangga kerana mantan Mufti dijadikan tempat rujukan seorang Ahli Parlimen, lalu mantan Mufti nak bela, mantan Mufti kena tahu orang politik ni memang bijak kalau bab ni, dan saya perhatikan dalam beberapa kes, mantan Mufti ni lemah dalam bab ini, maksudnya bab orang politik 'main angin', pantang dicucuk mantan mufti mudah layu dan berpihak...

Lepas tu nak salahkan media, masalahnya media yang keluarkan kenyataan Nurul Izzah tu adalah media pembangkang yang sememangnya dipercayai oleh penyokong PR sebagai media yang adil dan telus, so siapa yang harus dipersalahkan ?

Biarpun begitu, pelbagai pula kenyataan pemimpin pembangkang mengenai isu ini, pembelaan kepada Nurul Izzah ini hadir dalam beberapa versi, sebagai contoh seperti rakaman video dibawah, ternyatalah pembelaan yang dibuat adalah pembelaan politik yang sanggup mengenepikan agama, - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.

3 comments:

  1. kepada blogger sikit bengong baca pencerahan dari blog:

    http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/video-ucapan-nurul-izzah-mengenai.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. TRANSCRIPT Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."    Answer: When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays".It has to apply equally. [clap] That is the basis.   In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you.
       
      TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS  

      Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih." Jawapan: Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".  Ia mesti diaplikasi secara saksama. [tepuk] Inilah asas.  Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti.Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...