Ketika mula-mula diperkenalkan BRIM, walaupun cuma RM500 namun ia tetap dirasai sebagai satu jumlah yang mampu meringankan beban hidup rakyat.
Bagaimanapun selepas 1 April 2015 apabila kerajaan mengumumkan bermulanya perlaksanaan cukai GST, BRIM tidak lagi dirasai sepadan atau berbaloi dengan kenaikkan harga barang biarpun jumlah BRIM ditambah dari RM500 kepada RM950 setahun.
Perlaksanaan cukai GST membuatkan rakyat tersentak dan tertanya-tanya adakah bantuan BRIM merupakan umpan kerajaan untuk perlaksanaan cukai GST. Bagi BRIM dan kemudian kenakan cukai GST!
Kita yakin dan percaya jika dibuat undian, majoriti rakyat pasti menolak BRIM kalau kerana BRIM cukai GST dilaksanakan.
Sebelum ini tanggapan rakyat terhadap pemberian BRIM adalah menyangka kerajaan yang ada sekarang ini bijak dalam menarik pelabur asing untuk melabur didalam negara sepertimana yang digembar-gemburkan, dengan hasil pelaburan itu pendapatan kerajaan makin bertambah, dengan pertambahan pendapatan kerajaan itulah kerajaan mampu bagi BRIM pada rakyat.
Tapi sebaliknya yang berlaku, BRIM hanyalah satu helah kerajaan untuk mengutip wang dari seluruh rakyat menerusi GST, kerajaan hanya bijak mengutip wang dari rakyat, sudah tidak ada alternatif lain untuk menjana pendapatan negara selain dari rakyat dikenakan dulu.
Apakah kerajaan fikir rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan dengan pemberian BRIM ? Kerajaan ambil RM10 dari rakyat kemudian pulangkan RM1 kepada rakyat dan minta rakyat berterima kasih kepada kerajaan !!! Munasabahkah ?
Antara salah satu contoh kegilaan cukai GST yang dikenakan boleh rujuk kepada bil Telekom Malaysia (TM), sebelum ini cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan oleh TM hanyalah kepada caj penggunaan panggilan telefon sahaja dan tidak kepada caj tetap penggunaan internet.
Antara salah satu contoh kegilaan cukai GST yang dikenakan boleh rujuk kepada bil Telekom Malaysia (TM), sebelum ini cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan oleh TM hanyalah kepada caj penggunaan panggilan telefon sahaja dan tidak kepada caj tetap penggunaan internet.
Namun setelah cukai GST dilaksanakan, cukai GST 6% itu dikira meliputi keseluruhan caj iaitu caj tetap bulanan RM121 + penggunaan RM33.80 yang menghasilkan GST sebanyak RM9.29.
Bijak sungguh kerajaan kutip wang dengan rakyat, sesuka hatinya sahaja, kalau dulu cukai hanya dicaj kepada penggunaan telefon sahaja, tapi kini caj tetap bulanan pun turut dicukaikan, itu baru bil TM, belum lagi perkhidmatan dan barang-barang lain, menerusi bil TM pun kerajaan dah kutip RM10 sebulan atau RM120 setahun, apalah sangat dengan BRIM RM950 setahun tu ? Kalau 1MDB yerlah....
Kerajaan sudah lupa dimana kuasa yang ada padanya diberi oleh rakyat, tujuan rakyat bagi kuasa supaya kerajaan mentadbir dengan baik bukannya dengan menyusahkan rakyat.
Nak tambahkan pendapatan negara sehingga mengcekik pendapatan rakyat adalah satu transformasi terlampau abad ini. Anda Mampu Mengubahnya.
Pemborosan didahulukan ketirisan diutamakan, takder wang, rakyat dibebankan!!!
Dari awal lg ramai yg kata gst tu mmg menyusahkan rakyat.
ReplyDeleteMenteri dan penjilat pula dok sokong untuk menganiaya majoriti rakyat.
biasa nya ni org kita kalau kafir buat betol semua kalau bangsa sendiri buat semua salah
ReplyDeleteingin aku kongsi bersama yang lain pasal gst ni. memang ia menyusahkan barang naik kos hidup naik tapi bila memikirkan barang yang dibeli sebelum gst telah pun dicukai tetapi digelapkan oleh peniaga peniaga cina dan mengelak dari membayar cukai kepada kerajaan dan mamak restoran yang jual bendi 5 biji rm 20.00 dan boleh mintak maaf kata bendi 40 sen dan menipu kita hidup2 mane nak dapat dipasar bendi 40 sen. aku telan gak gst baru ade orang komplen selama ni dia caj harga sampai kita makan hati je. sume dok dism je.
ReplyDeleteHello bro...yg ko diam apehal? Pegila komplen.
DeleteMasalah pasal komen awak ni berpunca drpd tiadanya action Aka agensi penguatkuasa makan gaji buta. Yang kerajaan dok pulun rakyat sebab nak tangkap peniaga tamak apehal? Kitorang bukan peniaga pun.
kerajaan yg lembap..tak mampu tangkap peniaga tamak...kerja malas ..makan suap..tup tup rakyat dipaksa byr gst? Apehal?
Hai Anonymous5/27/2015 11:07 PM,
DeleteAku setuju dengan awak. Sebelum nie kebanyakan rakyat malaysia terima saja harga yg ditetapkan oleh peniaga. Bila harga mahal, diminta boikot tapi tetapi beli juga. Bila GST era, baru ramai yang buka mata. Ramai yg memantau dan komplen/laporan pada agensi2 yang berkenaan. Tapi sayang, ramai rakyat malaysia masih keliru dan marah ttg GST kerana maklumat yang disampaikn diputar belitkn oleh orang yg mengambil berkepentingan.
Caj bulanan memang dah ada. Untuk tm kalau call sesama tm memang percuma. Sebab tu caj tetap ada. Pengunaan jika buat panggilan kepada talian selain tm. Kalau ye gst menaikkan harga, bagilah contoh lain. Nampak sangat bodohnya. Buat malu je jadi blogger.
ReplyDeleteCaj bulanan memang dah ada ? ada apa????,awat bebal sngt ko ni,org kalut pasal lain ko kalut pasal lain, call sesama apa ko ni,?Aku nmpk ko yg terlebih bodoh,..cuba ko paham elok2,apa yg aku paham blogger ni cuba bagitahu yg sebelum ni caj bulanan internet tidak dikenakan cukai,cukai sst seblum ni hanya dikenakan kpd caj panggilan shj,
DeleteCaj bulanan memanglah ada, yg xdernya ialah cukai GST pd caj bulanan,memang bodoh berayon2.kot ya pun ko nk menjilat agak2lah
DeleteDulu takde GST pun..apa punya bangang berayon2 daaa
DeleteAda satu obat saja yg manis..iaitu obat batuk yg lain2 semuanya pahit.
ReplyDeleteBlogger Gelombangkick sabor jgn keterlaluan...ikut perasaan mcm blogger mamak outsidethebox, din turtle, celah gelegar, mummyrokiah yg siang malam putar belit isu.
ReplyDeleteDuit Brim adalah hasil drp subsidi minyak yg diapongkan.
Hasil GST belom dimuktamadkan, collect baru sebulan april, tunggu boleh tak sampai bulan 9 iaitu 6 bulan, kerajaan akan lihat, compare hasil sebelom gst iaitu sst 10% & cukai perkhidmatan 6% dgn gst 6%.
Lebihan akan diberi pd rakyat & pembangunan., di umum pd Belanjawan 2016.
Kerajaan dijangka mengutip sehingga RM23.3 bilion cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk tempoh sembilan bulan selepas pelaksananya bermula 1 April lalu.
DeleteBagaimanapun, setelah ditolak banyak perkara, hasil tambahan bersih dianggarkan sebanyak RM690 juta saja.
Kementerian Kewangan berkata jangkaan itu diambil kira berdasarkan pelepasan GST pada bahan bakar tertentu seperti RON95 dan barangan berkadar sifar (RM3.8 bilion), tambahan BR1M (RM4.9 bilion) dan kehilangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) (RM13.8 bilion).
Ya. btl tu. Dgn duit gst tu lah gaji dan elaun ahli parlimen dinaikkan mencanak...kan?
Deleteptg td sy tukar tayar kereta total sume spatutnya rm822,tp bila dcampur GST total rm875,xpasal2 rm50 melayang gara2 gst.itu baru tayar,mmang btul brim xder mende pun
ReplyDeleteTayar baru kena GST tak pe juge...tayar terpakai pon kena ..apa hal..dah Saya laporkan pada kastam..hampas ...tak jawab pon...betul kut ...tayar yg layak di buang je pon kena GST
DeleteSetakat hari ini,selain penjilat setia,aku belum temui mana-mana org mengatakan cukai gst itu bagus
ReplyDeleteBetul tu bro..
DeleteDulu...aku bayar rm140 utk internet. Skrg kena tambah lg 6% sedangkan service dan package tetap sama..
unnecessary cost yg aku kena byr for what? Cover brim? Aku bukan penerima brim pun..
itu br talian internet..utiliti lain?
Kpd pro gst..sudah2lah menganiaya rakyat..
choreography inaugural station biography kidd exhibitor saddles november introverted
ReplyDeletethis way People are bound to find this really important. I think the second paragraph pretty much says everything.
TOP Google Ranking On Your Site