@azwanbro Calon Muda Berwibawa #OneBro4NKP

Tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan memilih pucuk pimpinan bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semakin menghampiri. Ramai pemerhati sudah berkira-kira siapakah yang bakal dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google.

Manakala penyokong Azwanbro yakin perwakilan akan memilih Azwanbro berdasarkan kejayaannya mengetuai Pemuda UMNO di Perak begitu juga dengan saya. Keyakinan ini berdasarkan perjalanan politik, kelulusan serta hasil usaha yang dilakukan oleh Azwanbro di Perak.
Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri,  selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.
Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak. 
Kini Azwanbro masih meneruskan misi untuk melahirkan generasi yang cintakan UMNO sebagaimana diucapkan ketika perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Inilah misi yang ingin dibawa jika perwakilan pemuda memberi peluang kepadanya.
Upah Blogger Balun Calon NKP?

Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.

Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?

Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.

Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.

Layan sikit Wacana Bakal NKP :
Arios...! Selanjutnya Double Y

Tun M Sangkal Dakwaan Jika Mukhriz Menang Akan Ada Gerakan Dalaman Gulingkan Najib

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal laporan The Economist bahawa anaknya Datuk Mukhriz akan menjadi ancaman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau menang dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno kelak.

Dr Mahathir berkata majalah kewangan yang berpejabat di London, United Kingdom itu tidak boleh memikirkan sebarang perkara baik untuk ditulis terhadap sesiapapun.

"Di Malaysia, kita (anggota politik) tidak mengamalkan budaya jahat itu..iaitu menyingkirkan sesiapa," katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

The Economist, dilaporkan berkata jika Mukhriz yang juga menteri besar Kedah menang, beliau akan diajak oleh kumpulan anti-Najib sebagai proksi bapanya dan kemudiannya seorang perdana yang lemah boleh digulingkan melalui satu gerakan dalaman.

Ditanya mengenai pandangan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu ceramah baru-baru ini bahawa kerajaan perlu menyemak semula perjanjian dengan Sabah dan Sarawak dalam memastikan kepentingan dua negeri itu dilindungi selepas membantu pembentukan Malaysia beliau berkata: "Kerajaan telah menguruskan perkara itu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mengulas lanjut mengenainya.

Video - Pemimpin Melayu Dalam DAP Mulai Sedar Dan Dakwa Lim Guan Eng Pimpin Parti Ala Hitler

Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini.

Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ?

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP.

Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP.

Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut. Seterusnya diSINI

Mangkuk-Jebauk Marah Betul Sampai Terbalikkan Lambang Umno Ni

Pejuang Umno perlu ada disiplin dan tahu menghayati roh perjuangan parti yang sebenarnya, namun 'pencari makan' dalam Umno tidak semestinya perlu tahu semua itu kerana perjuangan mereka bukan bermatlamat untuk mengangkat parti sebaliknya mengutip ufti walaupun dengan menterbalikkan parti.

Kita tidak fikir nurani seorang pejuang sanggup menterbalikkan lambang kepada perjuangan agama, bangsa dan tanahair !!! Tindakkan itu terlalu biadap !!! Langsung tidak menghormati  sensitiviti jutaan ahli yang bernaung dibawah parti keramat itu.

Pemimpin datang dan pergi, tapi parti tetap dulu, kini dan selamanya, oleh demikian, bila timbul sesuatu isu, adakah wajar mereka yang mengaku pejuang Umno menyerang dan menterbalikkan lambang Umno seolah-olah memperlihatkan kepada umum dimana Umno tidak lagi relevan, terlalu rosak serta mengiyakan 1001 persepsi negatif yang lain.

Sedangkan yang menjadi permasalahan atau timbul rasa tidak puas hati adalah kepada pemimpin didalam parti bukannya parti, seranglah pemimpin dengan hujah, kenapa menyerang parti ?, menyerang parti seolah-olah semua yang ada didalam parti itu buruk sebagaimana gambaran buruk yang diberikan, dengan itu apa kita fikir rakyat atau golongan muda yang baru hendak mengambil tahu perkembangan politik akan tertarik dengan parti yang dikutuk oleh pejuangnya sendiri ?

Inilah yang payahnya bila pejuang mangkuk-jebauk ni naik toncang kemaruk 'budu', habis semua tembok dia nak langgar, lebih pada 'gangster', asal tak puas hati je 'lerat mejo', tapi habuk pun tarak, tak reti nak guna pendekatan yang baik dan menguntungkan semua, alih-alih yang tak berguna tu jugaklah yang terkial-kial berhempas pulas berguna sepanjang masa walaupun tak terguna seketika, mujur tak gila....

Apapun, dalam hidup ni masalah tetap berlaku tidak semesti dalam politik, jadi kalau hanya dengan satu sahaja masalah yang masih lagi punya ruang rayuan, meroyannya sudah sampai tergamak menterbalikkan lambang kemegahan ahli Umno, apa sebenarnya yang nak diperjuangkan ? Atau sekadar mengampu ? Perlukah membela sehingga menterbalikkan lambang Umno? Atau sudah jadi amalan cari makan terbalikkan apa sahaja tak kira kawan mahupun perjuangan ?.... Anda Mampu Mengubahnya.

JAHAT - Warga Emas 'Pok Loh' Dan 'Pok Min' Sepakat Rogol Dan Cabul Dua Beradik Berusia 10 dan 12 Tahun

KOTA BHARU - Seorang warga emas berusia 77 tahun dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas mengaku salah mencabul seorang kanak-kanak perempuan, dua tahun lalu.

Mat Amin Hussin atau lebih dikenali mangsa sebagai ‘Pok Min’ mengaku pada tuduhan pindaan mencabul kanak-kanak berusia 12 tahun itu di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok.

Kejadian berlaku pada jam 2 petang, 27 Julai 2011. Tarikh semalam ditetapkan untuk perbicaraan, bagaimanapun, hukuman diputuskan selepas tertuduh menukar pengakuan.

Tahun lalu, Pok Min dibebaskan Mahkamah Sesyen daripada tuduhan merogol mangsa.   Perintah lepas dan bebas itu bagaimanapun dibatalkan selepas dirayu pihak pendakwaan pada peringkat Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, setelah diteliti secara maksimum, pihak pendakwaan berjaya mewujudkan satu kes prima facie di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Saya berpuas hati dengan alasan hakim Mahkamah Sesyen dan beliau mempunyai kelebihan menilai serta melihat saksi memberi keterangan di hadapannya. Namun, dengan alasan dan soal balas peguam itu, beliau sepatutnya meminda pertuduhan kepada mencabul,” katanya.

Pok Min sebelum ini pernah ditegur Hakim, Mahkamah Sesyen, Zainal L Salleh ketika prosiding dakwaan terhadapnya, dua tahun lalu.

Pada 2011, rakan Pok Min, Dollah Senik, 72, atau ‘Pok Loh’ dihukum penjara 16 tahun dan lapan sebatan selepas mengaku merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang juga adik kepada mangsa cabul ini. Kejadian berlaku di tempat, masa dan tarikh sama.

Fakta kes dikemukakan sebelum ini mengatakan dua beradik yang mengenali dua tertuduh ini dengan panggilan Pok Loh dan Pok Min, menahan mereka ketika berjalan menuju rumah kawan.

Mereka kemudian ditarik masuk ke dalam rumah Pok Min itu. Seterusnya, Pok Loh menarik si adik masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya. Manakala, kakak pula bersama Pok Min di luar bilik. Kedua-dua tertuduh sudah menduda selama berpuluh-puluh tahun dan Pok Min turut menderita sakit jantung dan uluran.

Kes Pok Min dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Azimah Yaacob dan peguam bela, Rosmizan Sulaiman.

Ugutan Bunuh - Ketua Polis Pulau Pinang: "Beritahu Mana Mahu Jumpa, Saya Akan Pergi"

GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu yang menghantar SMS berbaur ugutan kepadanya pada Isnin lalu, untuk bersemuka.

Abdul Rahim berkata, beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di negeri ini sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas.

"Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis.

"Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja...telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi.

"Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya...saya akan pergi," katanya selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013, di sini, malam ini.

Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah `Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best".

Selain itu, pengirim SMS turut mengugut untuk `mengambil' Abdul Rahim atau rakannya, jika tidak berjaya `mengambil' Abdul Rahim.

Kesemua SMS diterima daripada nombor yang sama bermula 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya.

Abdul Rahim berkata, sebagai pegawai polis, beliau sudah biasa dengan SMS berbaur ugutan dan tidak kisah dengan perkara itu kerana apa yang penting ialah menjalankan tugasnya dalam memastikan keamanan serta keselamatan masyarakat.

"Saya langsung tak takut, bimbang dan sebagainya. Kalau saya sebagai Ketua Polis Negeri takut, bagaimana masyarakat? Kalau tunjuk muka takut, masam, bagaimana saya nak kekalkan keamanan. Apa yang saya nak takut. Saya akan lebih tegas lagi dalam perkara ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau mengarahkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah negeri menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengesahkan timbalannya, Datuk A Thaiveegan yang baru bertugas minggu lalu, juga menerima SMS berbaur ugutan dan siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.

Ketua Polis Pulau Pinang Diugut Bunuh

GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya dua hari lalu.

Pada 9 pagi Isnin lalu, ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, beliau telah menerima satu ugutan bunuh yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)  melalui telefon bimbitnya

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mempunyai hubung kait dengan lima penjenayah yang ditembak polis bulan lalu.

Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Abdul Rahim membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 8.50 malam semalam.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada yang Esa supaya keselamatan beliau, keluarga serta semua anggota polis sentiasa dibawah perlindunganNya.

Kita yakin semua anggota polis tidak pernah merasa gentar dengan sebarang ancaman terhadap dirinya demi menjaga keselamatan awam, namun pengorbanan mereka itu tidak pernah dihargai terutamanya pemimpin pembangkang yang dilihat sering berpihak kepada penjenayah.
 
Bilamana ada kes pihak polis menembak penjenayah, pemimpin pembangkang seperti rakan penjenayah apabila begitu lantang bangkit mempertahankan penjenayah, kerana itu juga apabila pihak polis yang ditembak atau diancam oleh penjenayah, tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang bangkit mempertahankan pihak polis.
 
Kalau kadar indeks jenayah meningkat, pihak polis juga yang dipersalahkan kerana dituduh tidak buat kerja atau bersekongkol dengan penjenayah, tapi apabila polis bertindak tegas, polis dikritik, polis diugut dan diancam bunuh, tidak kurang juga yang dibunuh, ketika itu siapa yang akan bangkit untuk membela, menyokong dan memberi semangat kepada pihak polis ?
 
Sedarkah kita dimana jasa anggota keselamatan sangatlah besar kepada rakyat dan negara ini, tanpa pengorbanan mereka tak mungkin kita seaman ini, jadi usahlah kita bersikap lebih memuliakan penjenayah daripada pihak berkuasa, kerana nyawa anggota keselamatan itu jauh lebih bernilai daripada nyawa penjenayah...

Apapun, kita membayangkan, dengan ugutan bunuh yang diterima itu, pihak kerajaan atau kementerian berkaitan telah pun mengarahkan unit khas untuk melipatgandakan kawalan keselamatan terhadap KP Pulau Pinang itu serta keluarganya disamping memburu penjenayah terbabit sehingga kelubang cucu cacing. Anda Mampu Mengubahnya.

Ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kebanggaan rakyat

'Janji Masyuk' - NKP Di Parlimen BN Tewas 15120 Undi Dengan Pengalaman Pimpin Anak Lintas Jalan Pun Bertanding KP @NajibRazak @Khairykj

Peristiwa yang pernah berlaku ini hanya sebagai iktibar dan sempadan buat seluruh perwakilan yang akan menunaikan tanggungjawab dalam pemilihan Umno nanti. Tujuan pendedahan bersiri ini tidak berniat untuk menuntut tunggakkan, jauh sekali untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar melaksanakan kewajipan demi kebenaran dalam berjuang,

Untuk pengetahuan semua, kejelikkan pemimpin ini pernah didedahkan beberapa tahun lalu, atas sebab-sebab tertentu termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRU 13, isu ini tidak dimainkan, sungguhpun demikian, ia tak pernah luput dalam ingatan seorang pejuang yang masih lagi mempercayai bahawa parti Umno adalah sebagai parti yang membela agama, bangsa dan negara.

Bertitik tolak diatas kepercayaan itu, suka kiranya kita menyelongkar sedikit perkara yang berada dalam pengetahuan sendiri tentang  seorang individu yang menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno di salah satu bahagian di Kelantan, individu berkenaan sebelum ini menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno di bahagian yang menyaksikan pada PRU13 lalu parlimennya BN tewas dengan 15,120 undi.

Individu sama turut pernah meninggalkan 'taik' semasa menyewa disebuah premis milik seorang ibu tunggal apabila disahkan tidak membayar tunggakkan sewa bulanan premis terbabit sebelum pihaknya senyap-senyap cabut lari. Tidak cukup dengan itu pihak individu tersebut turut membawa lari lampu-lampu kalimantan termasuk pendawaian bersama kotak suis utama TNB.

Tindakan tidak bertamadun ala 'Mat Pet' pihaknya itu bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti apakah tujuannya yang sebenar, kerana selama lebih 20 tahun tuan rumah terlibat dalam industri rumah sewa belum lagi berhadapan situasi ala 'Mat Pet' seperti itu. Untuk bersangka baik, katakanlah barang berkenaan sudah ditukar baru dan ia milik mereka, tapi,.. dimana barang yang lama ? Bukankah ianya perlu diganti seperti keadaan asal ?. 

Saya beri contoh mudah, kalau kita sewa kereta misalnya, lepas tu kita tak berpuas hati kerana enjinnya 'standard' lalu kita 'modified' menggantikan dengan enjin turbo, satu hari, kita sudah tidak mahu lagi sewa kereta tersebut dan mencabut enjin turbo yang kita pasang, ketika itu apakah kita akan hantar kereta itu tanpa enjin ? Atau kita pasang balik enjin asal seperti sediakala ? 

Bagaimana pula dengan tunggakan sewa dan elektrik ?

Jika hendak ceritakan satu persatu ianya terlalu panjang, mungkin siri kali ini saya hanya ringkaskan mengenai kesimpulan dari apa yang berlaku mengenai sikap tidak bertanggungjawab individu yang berjawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian seterusnya akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian... yang secara tidak langsung telah memalitkan imej negatif terhadap parti Umno dek kerana perangainya yang 'kucar'.

Sikap seperti itu tidak patut dan HARAM untuk ada pada batang tubuh seorang yang hendak dilantik sebagai pemimpin, bayangkanlah isu yang melibatkan masalah rakyat yang sendiri dibikinnya  pun sanggup untuk ia berlepas tangan, apatah lagi masalah rakyat yang langsung tiada hubungkait dengannya.

Kita sedar perlakuan tidak bertamadun ala 'Mat Pet' itu bukan dilakukan 'direct' oleh beliau sendiri tapi ia dilakukan oleh abang kandung beliau, namun beliau selaku orang yang bertanggungjawab mengurus dan menyewa premis tersebut serta menandatangani surat perjanjian sewa, beliau perlu bertanggungjawab, selagimana beliau tidak menamatkan surat perjanjian, dan papan tanda perniagaan ketika itu pun masih lagi namanya, apakah beliau boleh nafi atau  berlepas tangan dari menyelesaikan sebarang masalah yang timbul pada masa itu ?

Tahi lalat dibawah bibir tak semestinya manis dipandang orang, tapi bukankah lebih manis dan tercirinya kewibawaan atau kelayakkannya untuk menjadi pemimpin jika beliau dengan 'gentleman' datang bertemu tuan rumah serta menyelesaikan masalah yang timbul dengan penuh kebijaksanaan tanpa perlu mencemarkan identiti parti yang diguna pakai atas nama Naib Ketua Pemuda UMNO itu. Jangan hanya tahu memakai baju tapi tidak tahu untuk menjaga baju. Oleh kerana sikap itu, apa tanggapan rakyat akan kepepimpinan yang ada didalam Umno itu sendiri ? Mampukah parti yang punyai kepepimpinan seperti pemimpin ini mempertahankan kerajaan dalam PRU14 nanti ?.
Bakal KP Janji Masyuk
Mentang-mentanglah kita ni seorang ahli perniagaan atau kontraktor, takkanlah dalam kepala otak kita hanya ada 'janji masyuk' jer, tak boleh buat 'janji masyuk' lagu tu, kita ni nak kena tengok juga mana yang halal dan mana yang haram, mana hak orang dan mana hak kita, mana perjuangan peribadi dan mana perjuangan parti semua itu perlu diambil kira tak boleh buat 'janji masyuk' sembarangan, contohnya kalau nak jadi pemimpin parti, perlu ada kelayakkannya, kewibawaannya serta ketokohannya, jangan pula asal 'janji masyuk' kita pun turut nak jadi pemimpin parti, macam tu punah-ranahlah parti.

Terlanjur dalam bercakap bab kelayakkannya, kewibawaannya serta ketokohannya, ciri-ciri itu terdapatkah dalam dirinya untuk menjadi pemimpin parti elit yang terbesar dalam negara ini ? Sebelum ini pernah pimpin apa ? Atau pernah dijemput untuk berdiskusi dalam forum apa ? Aktif terlibat dalam NGO mana ? Semasa zaman persekolahan atau UniBaSiti dulu ada pengalaman pimpin kumpulan pelajar ke ? Kalau setakat pimpin tangan bini atau pimpin tangan anak lintas jalan, itu tidak termasuk didalam transformasi ketokohan yang perlu ada pada seorang pemimpin muda. Kewibawaan dan keintelektualannya dalam konteks pemimpin muda hari ini jelas sangat meragukan, dan keraguan itu bakal menyusul nanti.

Dalam merentas arus politik yang semakin mencabar dewasa ini, perubahan zaman serta peningkatan undi golongan muda disamping semakin kurangnya undi golongan tua yang pergi meninggalkan kita, sudah tiba masanya pemimpin itu dihadirkan dari acuan yang berlatarbelakangkan 'kepepimpinan' dan bukannya pemimpin jadi-jadian sepertimana yang sebahagiannya ada hari ini. Ia penting, kerana pemimpin jadi-jadian ini tidak mampu untuk menjiwai perjuangan dan dasar yang dibawa oleh parti, mereka tidak tahu bagaimana cara berpolitik, mereka jahil, mereka hanya pentingkan kepentingan diri dan kroni, mereka hanya tahu 'janji masyuk' tapi mereka tidak tahu apa sebenarnya perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Justeru, jika benar ahli Umno sayang kepada parti dan ingin melihat transformasi itu berlaku dalam Umno, pilihlah pemimpin yang punyai keterampilan akan kewibawaannya dan keintelektualan akan pemikirannya.  Sebagai contoh antara pemimpin muda dalam Umno yang dilihat ada ciri itu seperti salah seorang ahli panel dalam video dibawah, ciri itu boleh dilihat ianya dizahirkan bilamana seseorang pemimpin itu berdepan dengan soalan panas secara spontan dihadapan umum, ketika itulah boleh dinilai akan kebijaksanaan seseorang pemimpin untuk menjawab persoalan yang pada kebiasaannya tidak mampu untuk dijawab. Anda Mampu Mengubahnya.

Bersama Najib Realitikan Transformasi


Annuar Musa Hebat !!! - Semua Rumah Golongan Miskin Di Parlimen Ketereh Akan Dibaiki Serta Merta

Tahniah buat seluruh rakyat di Parlimen Ketereh kerana telah membuat pilihan yang tepat didalam PRU13 yang lalu, diatas kecerdikkan anda memilih pemimpin, maka sudah pasti manfaatlah yang bakal anda terima.

Kepada semua golongan yang memerlukan di Parlimen Ketereh, sekiranya perlukan bantuan untuk membaiki rumah, anda boleh memohon bantuan berkenaan di pusat khidmat KHADAM sebagaimana yang dinyatakan oleh pemimpin anda seperti dibawah.

Jika sebelum ini rumah anda ditirisi air hujan, selepas ini tidak lagi, betapa beruntungnya warga Ketereh kerana tidak bebal mengundi Bulan, dan kita yakin keberuntungan itu bukanlah semata-mata hanya bantuan membaiki rumah, bahkan banyak lagi faedah lain yang bakal menyusul selepas ini.

Semoga Tan Sri Annuar Musa dapat jadikan Parlimen Ketereh sebagai parlimen contoh bagi rakyat yang cerdik memilih pemimpin, diatas manfaat yang diperolehi oleh rakyat di Ketereh sekurang-kurangnya ia akan menarik minat lebih ramai lagi rakyat di lain-lain parlimen untuk turut sama menyokong pemimpin dari Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

Tambah menarik kiranya di Parlimen Ketereh boleh diistiharkan dengan sesuatu keistimewaan lain dari yang lain, contohnya di Parlimen Ketereh boleh diistiharkan 'sifar rumah bocor' atau tidak ada satu pun rumah (golongan miskin) yang atapnya bocor, maka secara tidak langsung kewujudan seseorang pemimpin itu boleh dirasai dan dibandingkan sekaligus ia mengambarkan sikap kepedulian pemimpin terhadap rakyatnya selain dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa siapapun pemimpin atau pemerintah itu sama saja atau tidak merubah kehidupan mereka.

Apapun, pengumuman bantuan membaiki rumah itu sangat bertepatan dengan perkhabaran yang dibawa oleh Adun Kok Lanas yaitu wakil dari salah satu DUN dalam Parlimen Ketereh semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno tahun lalu. Maknanya bantuan tersebut juga merupakan antara kehendak utama rakyat di kawasan berkenaan, syabas buat pemimpin yang mengerti denyut nadi rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Apakah selepas ini Parlimen Ketereh se-gah TRW ?...

Penipuan Terancang Lim Kit Siang Dan Lim Guan Eng Dalam Pemilihan DAP Terbongkar

Berdasarkan perlembagaan DAP Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC diadakan setiap tiga tahun sekali.

Pada tahun 2012 jumlah cawangan DAP seluruh Malaysia yang mempunyai Sijil A sebanyak 865 cawangan dan cawangan Sijil B pula 150 cawangan. Manakala cawangan penaja pula 70 cawangan. Hanya cawangan Sijil A sahaja yang boleh menghantar perwakilan bagi memilih CEC.

Kesemua 865 cawangan Sijil A telah selesai mengadakan mesyuarat mereka pada awal tahun 2012 untuk memilih perwakilan ke Kongres Kebangsaan seterusnya mengundi untuk memilih 20 orang anggota CEC.

Jumlah perwakilan bagi setiap cawangan bergantung kepada jumlah keahlian.
  • 15-25 ahli – Seorang perwakilan 
  • 26-50 ahli – Dua orang perwakilan tambahan 
  • 51-100 ahli – Seorang perwakilan tambahan 
Cawangan-cawangan yang selesai bermesyuarat akan menghantar senarai nama perwakilan ke pejabat Setiausaha Agung. Jumlah perwakilan untuk 865 cawangan adalah 2576 orang.

Apabila senarai perwakilan sampai ke tangan Lim Guan Eng, beliau dan bapanya akan membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti perwakilan-perwakilan yang pro mereka dan yang pasti akan memberi undi kepada mereka.

Lim Guan Eng mahu memastikan bapanya mendapat undi terbanyak dan beliau undi kedua terbanyak. Beliau tidak mahu berada jauh dari kedudukan bapanya.

Semakan yang dilakukannya mendapati mereka dua beranak akan berada di tangga yang lebih bawah daripada calon-calon lain. Lim Guan Eng menangguh untuk memanggil Kongres Kebangsaan dan meminta dua orang suruhannya iaitu Anthony Loke dan Tony Pua melakukan kajian lanjut ke atas perwakilan bagi mengetahui tahap sokongan mereka terhadap Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan kumpulan Lima Harimau.

Keputusan kajian yang dilakukan oleh Anthony Loke dan Tony Pua mendapati Lim Kit Siang mampu memperolehi 1060 undi dan berada di tangga ke 11. Lim Guan Eng pula hanya mampu meraih 1029 undi dan berada di tangga ke 13. Manakala kumpulan Lima Harimau menduduki tangga lima teratas.
  1. Teng Chang Kim - 1905 undi 
  2. Nga Kor Ming – 1828 undi 
  3. Chow Kon Yeow – 1739 undi 
  4. Boo Cheng Hau – 1711 undi 
  5. Ngeh Koo Ham – 1577 undi 
Antara sebab perwakilan tidak mahu mengundi Dinasti Lim kerana sikap bodoh sombong serta angkuh Lim Guan Eng. Manakala perwakilan kaum india pula marah kerana isu Kampung Buah Pala.

Lim Guan Eng terpaksa menangguhkan lagi untuk memanggil Kongres Kebangsaan kerana sebab-sebab ini. Dia meminta Tony Pua dan Anthony Loke melakukan sesuatu bagi memastikan bapa dia berada di tangga pertama, dia di tangga kedua, Karpal Singh di tangga ketiga dan dua lagi orangnya berada tangga lima teratas menerima undi terbanyak.

Tahun 2012 semakin hampir ke penghujungnya. Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC perlu diadakan sebelum berakhirnya tahun 2012. Sekali lagi Lim Guan Eng mengarahkan Anthony Loke dan Tony Pua melakukan taktik kotor untuk memastikan Dinasti Lim terus menguasai DAP.

Perlembagaan DAP menetapkan notis untuk memanggil Kongres Kebangsaan perlu diberikan kepada perwakilan dalam tempoh 10 minggu sebelum tarikh kongres.

Kongres Kebangsaan telah diadakan pada 15 dan 16 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang.

Antara taktik kotor yang digunakan Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua seperti berikut.... Selanjutnya klik diSini

Video - Apa Ada Pada Melayu ? Melayu Berdarah Naga

Apa ada pada Melayu ? Melayu itu hebat ! Satu bangsa yang berharga lagi mulia ! Jika tidak masakan hak-hak keistimewaan itu termaktub keatasnya, Raja-Raja itu terdiri dikalangan bangsanya, tapi sadis, ada yang buta mengatakan Melayu terhutang budi kepada bangkai yang tiada berguna.... Sebenarnya Melayu tidak mudah lupa, cuma terkadang Melayu mungkin seketika terleka, tapi.... Akan tiba masanya Melayu akan tersentap lalu bangkit bersatu dengan satu jiwa, jiwa Melayu berdarah naga... Anda Mampu Mengubahnya.

Selamat menonton.

Tiga Pesanan Najib Kepada Calon Bertanding

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan semua anggota Umno supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini.

Perdana menteri mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen.

"Nasihat saya bukan untuk jawatan naib presiden sahaja tetapi untuk semua jawatan, maknanya kita mesti jaga ketertiban, kesopanan dalam kempen-kempen secara beradab.

"Jangan guna wang dan juga salahguna kuasa, jangan menyerang peribadi dan sebagainya, ini semua kita akan tentukan garis panduan yang sesuai dan jawatankuasa disiplin akan meneliti perjalanan kempen kita," katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib berkata, tindakan tidak beretika oleh mana-mana pihak pastinya akan menjejaskan imej dan nama baik parti terbesar di negara ini yang juga merupakan parti keramat bagi orang Melayu.

"Saya berharap semuanya dapat berjalan dengan penuh adab, ketertiban dan menjaga imej parti kita supaya tidak tercalar dengan apa juga tindakan, perbuatan, pertuturan ataupun risalah kempen yang dilakukan mana-mana pihak sama ada dari calon sendiri ataupun penyokong calon," katanya.

"Kita meminda perlembagaan dengan tujuan tersebut (demokrasi) kalau tidak kita tidak menjadikan parti kita lebih terbuka seperti yang kita lihat hari ini berdasarkan perlembagaan baru.

"Melalui demokrasi, parti kita akan lebih disanjung tinggi oleh rakyat yang sentiasa memandang kepada perjalanan pertandingan dalam Umno. Sebagai parti terbesar dalam negara, sudah tentu ia akan menjadi penelitian rakyat jelata sepanjang kempen yang akan berlangsung selepas ini," katanya.

Apa yang disebut oleh PM itu seharusnya dipatuhi oleh setiap calon dan juga penyokong masing-masing, namun bagi calon yang sememangnya mempunyai masalah yang mana masalahnya itu boleh memudaratkan parti atau memberi cerminan negatif kepada parti, ada kewajarannya untuk didedahkan supaya ianya tidak disalah pilih.

Ini kerana apabila disebut sebagai bangkai, bagaimana sekalipun disorok, lama-lama ia pasti berbau jua, oleh demikian, bagi mengelakkan bau bangkai itu dihidu ketika saat hampirnya PRU, eloklah kalau dapat dibersihkan bangkai berkenaan semasa proses pemilihan ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Bomba Ada, Air Tiada ! Lagi Rumah Di Kelantan Hangus Dijilat Api

Masalah kekurangan bekalan air di Kelantan adalah satu isu lapuk yang sering dibangkitkan tanpa mengira musim samada ianya sebelum PRU ataupun selepas, ini kerana isu berkenaan adalah satu permasalahan pokok yang benar-benar dihadapi oleh rakyat dinegeri tersebut, dan ia bukan sekadar isu yang dipolitikkan sebagaimana tuduhan kerajaan negeri sebelum ini.

Bagaimana lapuk pun isu air ini, ia wajib diselesaikan oleh kerajaan ekoran kemudaratan yang timbul dari permasalahan itu kian meruncing, daripada masalah sukar untuk mandi wajib sehinggalah kepada masalah kesukaran untuk memandikan jenazah, dan kini kekurangan bekalan air itu juga merupakan antara faktor dimana kesukaran pihak bomba untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak sebagaimana yang dapat dilihat pada rakaman video dibawah.

Minggu lalu turut dilaporkan mengenai kebakaran yang melibatkan 7 buah rumah, selanjutnya disini. Semalam pula sebanyak 15 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran rumah dua tingkat, di kampung Sungai Baru, Pengkalan Chepa.

Kejadian pada jam 5.30 petang itu menyebabkan kesemua barangan dalam rumah gagal diselamatkan ekoran api yang merebak begitu pantas.

Mangsa, Noridah Jusoh, 45 berkata, ketika kejadian, dia berada di luar bersama suami, Zulkifli Hassan,45 di beranda rumah berehat sambil minum petang.

“Saya hanya menyedari api bermula berdekatan dengan tong gas selepas anak sulung Zahirah Zulkifli, 25, yang berada di dapur menjerit meminta tolong.

“Mujur suami, turut membantu menyelamatkan lebih empat lagi tong gas yang berada berdekatan, jika tidak mungkin ia akan meletup ,, bagaimanapun dia turut terkena serpihan api dan melecur di lengan kanan, katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Noridah yang merupakan peniaga laksa di pasar Chabang Tiga Pengkalan Chepa berkata, ekoran kejadian itu dia mengalami kerugian lebih RM500,000.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abdul Jalil Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.40 petang dan tiba lima minit kemudian.

“Dengan dua jentera dari Kota Bharu dan Pengkalan Chepa serta dua tangki air, api berjaya dikawal, dan kita mengalami kesukaran akibat tidak cukup bekalan air,” katanya.

Abdul Jalil berkata, ekoran ketiadaan air mereka terpaksa menyedut air sungai di belakang kediaman terbabit di samping meminta bantuan kem 21 RAMD untuk mendapatkan bekalan.

“Kita masih siasat punca kejadian dan kerugian akibat kebakaran dan menghantar pasukan penyiasat untuk melakukan siasatan berhubung kejadian ini,” katanya.

Eksklusif - Pembohongan Lim Kit Siang Mempertahankan Kuasa Didalam DAP Dibongkar

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i) Cawangan sijil A
ii) Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A. Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC. Selanjutnya klik diSINI

Apa Keistimewaan Ahli Umno ? Pemegang Kad Keahlian Bakal Terima 'Durian Musang' King Runtuh ?

Apakah beza antara ahli Umno dan bukan ahli Umno ? Sebagai contoh, jika anda memegang kad keahlian mana-mana pasaraya, anda pasti akan mendapat faedah khas seperti diskaun keatas pembelian sesuatu barangan dimana ia berbeza dengan mereka  yang bukan ahli.

Namun, aneh sedikit apabila anda menjadi Ahli Umno, ini kerana anda tidak akan punyai apa-apa keistimewaan biarpun anda mempunyai kad keahliannya, tiada apa yang boleh dibanggakan selaku ahli kepada parti yang berjaya membentuk kerajaan dinegara ini.

Hakikat itu hendaklah disedari oleh ahli Umno sempena pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi, berpuluh tahun menjadi ahli kepada parti yang memerintah sehingga pemimpin atasan bersilih ganti, berlalu pergi membawa isi, tapi ahli bawahan cuma mampu menggigit jari....

Sepatutnya selaku penyokong parti yang bertanggungjawab dalam mengangkat kerajaan Umno-BN untuk kekal memerintah, adalah sangat wajar kiranya ia diberi keistimewaan diatas sesuatu perkara yang berbeza daripada rakyat kebiasaannya, ini supaya mereka dapat berbangga dan terus setia menyokong BN sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi masyarakat untuk menyokong BN.

Pimpinan tertinggi Umno hendaklah peka akan hal demikian dan sudah tiba masanya untuk ia dipertimbangkan, keikhlasan yang ada kepada ahli Umno itu perlu setara dengan keikhlasan yang ada pada pemimpin Umno, jika keikhlasan pemimpin Umno itu turut menerima projek atau tender, kenapa keikhlasan ahli Umno tidak punyai apa-apa kelebihan atau keistimewaan seperti pemimpin mereka.

Jika ahli Umno mendapat BR1M, penyokong Pas atau rakyat kebiasaan juga mendapat BR1M,  jumlah yang dapat pun sama-sama RM500, tiada apa-apa beza, malah ahli Umno juga perlu beratur seperti ahli Pas bagi mendapatkan wang bantuan tersebut. Adakah ianya adil buat ahli Umno yang menyokong untuk mengangkat kerajaan yang ada pada hari ini ?

Demi masa depan seluruh ahli Umno, bertindaklah sekarang selagimana anda punyai suara yang masih laku untuk digadai, kerana anda juga bakal menjadi veteran, pilihlah pemimpin yang anda yakin ia akan mempedulikan nasib anda sewaktu anda benar-benar memerlukan, ujilah pemimpin yang bakal anda angkat itu supaya kelak anda tidak pernah akan rasa menyesal.

Sebagaimana yang berlaku kepada bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa yang juga merupakan usahawan ikan linang yang tersohor satu masa dahulu, Hj Syukri ikan linang bukanlah satu nama asing bagi warga tempatan, berpuluh tahun beliau berjuang didalam Umno, namun setelah beliau tidak lagi aktif didalam politik disamping keuzurannya, beliau terus tersisih tanpa mendapat pembelaan seolah-olah perjuangan beliau didalam Umno selama ini langsung tidak dihargai.

Bayangkanlah, dengan keterbatasan sumber kewangan, beliau melalui satu kehidupan yang tidak setara dengan segala pengorbanannya terhadap parti kerajaan yang memerintah hari ini, maksud setara itu bukanlah mengharap wang berjuta atau berlapis projek dan tender, namun takkanlah untuk mendapatkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) beliau terpaksa menunggu berbulan-bulan pun masih tak dapat.

Dimana keistimewaan beliau selaku ahli dan bekas pemimpin bawahan parti yang sedang menguasai kerajaan ini ? Dimana tanggungjawab pemimpin bahagian dikawasan beliau ini ? Apakah nasib beliau dan sewaktu dengannya itu disebabkan kerana ahli Umno sendiri yang tersilap memilih pemimpin ? Kerana dikhabarkan pemimpin bahagian kawasan berkenaan telah pun digantung selama dua tahun kerana didakwa menyeleweng wang peruntukkan PRU13 yang lalu ?

Apapun itulah realitinya yang berlaku hari ini, bergegar berjuang membela kepentingan orang Melayu, tapi pada masa sama nasib ahli parti sendiri pun masih tetap tidak terbela, justeru pilihlah pemimpin yang berwibawa, selidiki dahulu kelayakkan calon pemimpin, terutamanya calon Ketua Pemuda, samada calon itu 'ori' berlatarbelakangkan ketokohan kepimpinan atau hanya calon lompat tikam tunggu projek nak terkam... - Bersambung... Anda Mampu Mengubahnya...
Ramai juga ahli Umno tapi tak daftar sebagai pemilih, kenapa dan mengapa ???

Rakyat Curi RM1 Penjara 10 Tahun, Kalau Bekas Setpol Menteri Curi Jutaan Ringgit Berapa Tahun Penjara ?

KOTA BHARU - Seorang buruh berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri RM1 duit tabung masjid, Selasa lalu.

Hafizuddin Mohmed@Mohamed, 23, dituduh mencuri duit Masjid Al-Tarbiahislimiah di Wakaf Che Yeh di sini, pada jam 11. 41 malam, 10 September lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Dakwaan dijalankan Pendakwa Raya, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya memberitahu mahkamah duit berkenaan adalah duit kepunyaannya yang mahu didermakan kepada masjid itu.

“Saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan berhenti untuk solat Isyak. Belum sempat nak derma saya dah kena cekup dengan orang kampung,” katanya.

Majistret yang tersenyum mendengar alasan itu kemudian berkata, kalau begitu ramailah yang hendak sembahyang Isyak ditangkap oleh orang kampung.

Beliau kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Kes bersambung 13 Oktober depan. Jaminan kemudian dijelaskan ibu tertuduh.

Seorang bekas Setiausaha Politik kepada ahli politik ternama ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

Laporan The Malaysian Insider dipetik, beliau yang berpangkat "Datuk" dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi.

Beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

"Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi," kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull.

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan, SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausahah politik itu.

Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Bangunan SPRM, Putrajaya.

Kalau curi RM1 pun rakyat benci dan bertindak serahkan suspek pada pihak polis, kalau berjuta-juta jangan pula sampai rakyat juga yang akan bertindak....

Najib:"Kita Tidak Akan Benarkan Mendiang (Chin Peng) Dikebumikan Di Malaysia"

KOTA KINABALU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Perdana Menteri berkata, bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok pada Isnin akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.

"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.

"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di sini ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia percaya urusan pengebumian akan dilakukan di Thailand,"kata Najib yang berada di sini sempena sambutan Hari Malaysia Ke-50.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober, 1924.

Najib menarik perhatian bahawa keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu yang lain mengalami kecederaan atau kecacatan.

"Rakyat juga menderita kerana kemusnahan harta benda sepanjang PKM melancarkan peperangan ke atas kerajaan selain melakukan sabotaj terhadap ekonomi negara," katanya.

Pemimpin pengganas yang hidup dalam buangan di Thailand itu pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia, namun ditolak. 

Sementara itu mengulas isu sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Chin Peng akan lebih aman sekiranya disemadikan di tempat beliau menghabiskan sisa hidupnya, ini kerana mendiang bukanlah seorang warganegara Malaysia dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan hak kerakyatannya di negara ini.

“Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya menerusi laman mikro Twitter.

Syabas buat Perdana Menteri kerana ketegasan tersebut, keganasan komunis menyeksa dan membunuh rakyat negara ini sesekali tidak pernah terpadam dalam ingatan rakyat.

Video - Anwar: Kita Sudah Sedia Ambil Alih Kerajaan, Tapi Teresa Kok Pulak Hilang

Kuat sungguh temberang Anwar, bukan sembarangan temberang, dengan begitu yakin Anwar menemberangkan temberangnya biarpun ketika itu hanya tinggal beberapa jam sahaja untuk 16 September. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang punyai akal yang waras, jadikanlah tanggal setiap 16 September sebagai hari memperingati ketemberangan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang berpistol bengkok... Anda Mampu Mengubahnya.

PM Umum Dana Tambahan RM1 Billion Kepada Tekun Dan Amanah Ikhtiar

SHAH ALAM, 14 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bilangan usahawan Tekun Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015 manakala sahabat AIM pula disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015.

Berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini, Najib berkata peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti AIM, Tekun Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh dalam mengatasi isu akses kepada pembiayaan bagi kalangan usahawan kecil dan sederhana.

Ini, kata Najib bagi memastikan bilangan usahawan Bumiputera yang menerima pembiayaan dapat ditingkatkan.

Perdana Menteri turut memperkenal skim pembiayaan unik baharu – Skim Permulaan ‘Entrepreneur’ Baharu Bumiputera (Superb) yang akan membantu syarikat permulaan menerusi dana sebanyak RM100 juta, dalam tempoh tiga tahun.

Superb akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada usahawan baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik dan mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

“Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baharu Usahawan Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko.

“Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi dalam menyertai bidang bidang baharu berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau,” katanya.

Perdana Menteri berkata bagi menjawab keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses pasaran, semua Kementerian dan GLC telah diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera.

Pemilihan vendor juga mestilah berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera bagi memastikan mereka dapat dipupuk supaya berdaya maju dan mampan, katanya.

Menyentuh pemerkasaan Program Pembangunan Vendor (VDP), Najib berkata Petronas akan melonjakkan program VDPnya bagi mengukuhkan rantaian bekalan sektor minyak dan gas.

Tindakan yang sama akan dilaksanakan Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

“Seiring itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, sebagai langkah untuk memastikan peluang syarikat Bumiputera memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar ‘Carve-out’ akan diperluas kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC.

“Dasar ini telah berjaya dilakukan dalam projek MRT, dengan 47 peratus atau RM9.0 bilion diluluskan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi.

“Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenal pasti untuk terlibat dalam program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh,” kata Najib. - Umno Online

MPKB-BRI Mulai Melanun Harta Rakyat

KOTA BHARU – Sejumlah RM66,534.77 tunggakan cukai bandar melibatkan 51 premis di kawasan Kota Bharu direkodkan selama lima hari Ops Waran Tahanan dilakukan, bermula awal September lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Mohd Faudzi Che Mamat berkata, Ops Waran Tahanan itu akan dilakukan dari semasa ke semasa selepas ini.

“Sehingga semalam, sebanyak 51 premis telah diperiksa, kita akan lakukan operasi ini dari semasa ke semasa setiap minggu kecuali pada tarikh tertentu yang melibatkan cuti umum dan sebagainya,” katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, dalam operasi di kawasan Kota Bharu itu, sebanyak 11 premis berjaya membayar tunggakan yang dikenakan semasa operasi, manakala empat premis disita.

Beliau berkata, sebanyak 12 pemilik premis yang terlibat juga membuat perjanjian memotong sewa bulanan kepada pihak MPKB-BRI mengikut amaun tunggakan telah dikenakan.

“Pada masa sama, 24 premis turut dikenakan tali kuning kerana pemilik atau penyewa premis berkenaan tiada di rumah semasa operasi dilakukan, namun 11 daripadanya memberi kerjasama dan datang ke pejabat untuk membuat pembayaran,” katanya.

Operasi yang dilakukan semalam di Kampung Telaga Gajah dan Taman Sri Mawar, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) juga berjaya menyita sebuah televisyen dan mesin basuh sebagai cagaran pembayaran tunggakan di dua premis berlainan.

Operasi diketuai Inspektor Rahim Mat Hassan selaku Ketua Ops Waran Tahanan kali ini, disertai 15 anggota penguat kuasa dan bahagian cukai bandar serta dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Video - Bomba Gagal Laksana Tugas Di Kelantan Kerana Pas

Sampai bilakah masalah ketiadaan air ini akan terus menyelubungi rakyat di Negeri Kelantan ? Bagaimanakah fikiran atau kepala otak pemimpin Pas sehingga 23 tahun diberikan peluang memerintah tapi masih gagal untuk menangani masalah ketiadaan air ini ?

Tidak kita nafikan masalah ketiadaan air ini berlaku disetiap negeri, namun ianya perlu jelas, masalah itu hanya bersifat gangguan sementara sahaja dan bukannya masalah yang bersifat kekal seperti yang berlaku di Kelantan dimana sepanjang masa ia mengalami masalah berkenaan.

Lebih malang, kelmarin, dilaporkan akibat tekanan air yang begitu rendah kewujudan anggota bomba di negeri ini hanyalah sia-sia apabila tujuh buah rumah hangus dijilat api, kegagalan anggota bomba untuk memadamkan kebakaran itu disahkan berpunca dari masalah ketiadaan air.

Dengan kemudaratan yang tidak pernah dipinta itu, masihkah wajar untuk memberi peluang kepada kerajaan yang gagal bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan air kepada rakyat ? Anda Mampu Mengubahnya.
Tak mampu padam kebakaran kerana ketiadaan bekalan air, Bomba di Kelantan tetap berbakti menyelamatkan remaja Islam di serambi Mekah yang cuba bunuh diri.

Kenaikkan Harga Minyak - Prof Agus Minta Timb Menteri Bagi Alasan Pakai Otak Bukan Pakai Lutut

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang. 


Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah! - Prof Agus

Apapun, kita mengharapkan kerajaan sedar dimana rakyat sekarang tidak seperti dulu lagi, mentaliti rakyat sudah berubah, rakyat semakin cerdik, menteri jer yang kurang cerdik, so kalau BN nak kekal mentadbir negara ini, pastikan menteri yang dilantik itu benar-benar cerdik, cerdik itu hendaklah cerdik untuk semua bukan cerdik untuk dirinya... Anda Mampu Mengubahnya.

Zaman Khan Dedah Bekas Ketua Kongsi Gelap Ketuai Parti DAP Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini. 
 
Katanya bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Memetik laporan dari berita Bernama, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.

“Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi. Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat,” katanya.

Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.

Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas.

Media sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah selain daripada aktiviti pinjaman wang haram ‘ah long’ dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran.

Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penglibatan anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik di negara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.

Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berdaftar. jawatankuasa parti itu perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti.

“Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram,” katanya.

@NajibRazak Sudah Tidak Lagi Mendengar Denyut Nadi Rakyat Naik Minyak, Dengarlah...

Harga petrol naik lagi, apa sudah jadi ??? Tidak ada lagikah cara lain atau pendekatan yang boleh digunakan selain menaikkan harga minyak ? Apa jua alasan yang diberikan kerajaan mengenai punca kenaikkan harga minyak, sangat sukar untuk diterima oleh rakyat.

Kerajaan yang bertanggungjawab semestinya sedar dimana kenaikkan harga bahan bakar itu akan menyebabkan peningkatan kadar insflasi sekaligus akan menaikkan harga barang keperluan yang lain, mahu tidak mahu rakyat terpaksa menanggung kesan daripada kenaikkan tersebut, apakah kerajaan fikir rakyat selesa dengan kenaikkan itu ?

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab pula, usahlah cepat melenting, sebaliknya berilah kepercayaan yang sepenuhnya kepada YAB Perdana Menteri, semoga beliau mampu melakukan keajaiaban dengan pengawalan atau pengekalan harga barangan keperluan yang lain tanpa terkesan dengan kenaikkan harga bahan api berkenaan.

Jangan pula ia menjadi satu 'laba' kepada puak cinabeng untuk meraih keuntungan dengan bersandarkan alasan kenaikkan harga minyak yang tidak seberapa itu sehingga menaikkan harga barangan keperluan yang lain dengan sewenang-wenangnya. Adakah YAB PM boleh memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku kenaikkan harga barangan yang lain ekoran kenaikkan harga minyak tersebut ?

Secara kesimpulannya rakyat boleh faham akan keperluan kenaikkan harga minyak atau rasionalisasi subsidi itu, cuma yang menjadi isunya disini adalah mengenai kenaikkan harga barangan keperluan yang lain, biarpun kita mempunyai kementerian yang bertanggungjawab mengawal harga barangan keperluan terbabit, rakyat tidak yakin kementerian itu mampu memperjalankan tanggungjawabnya sejajar dengan kemahuan rakyat.

Sedangkan kerajaan masih mempunyai banyak cara untuk menampung kos subsidi berkaitan tanpa perlu membebankan rakyat yang berpendapatan rendah, jika takrif elektrik boleh di-caj mengikut kadar unit kegunaan, mengapa tidak petrol ? Kalau dilihat pada takrif elektrik sebagaimana lampiran dibawah, kegunaan sehingga 200 unit akan dicaj pada kadar 0.218 seunit, manakala 100 unit berikutnya pada kadar yang berbeza iaitu 0.334 seunit, 100 unit lagi pada kadar 0.400 seunit dan begitulah peningkatan yang keseterusnya.
Namun bagi pembelian petrol ia mungkin berbeza dengan  penggunaan elektrik, tapi jika mahu, kerajaan masih mampu untuk mensyaratkan kepada semua pengusaha stesen minyak supaya mengasingkan diantara pam kereta dan juga pam motosikal dimana ianya mempunyai caj meter yang berbeza.

Mungkin juga kerajaan boleh mengarahkan pengusaha stesen minyak menggunakan pam meter yang lebih canggih dan sudah di-set secara automatik, contohnya, jika pembelian petrol itu berjumlah RM20 kebawah, harga jualan per-liter ialah RM1.90, bagi RM21 keatas pula harga jualan per-liter ialah RM2.12.

Bukankah cara seumpama itu ialah cara transformasi terpimpin ? Justeru difikirkan sangat wajar dilakukan oleh kerajaan serta ia mampu diterima baik oleh rakyat, tidak boleh untuk mengambil pendekatan 'pukul rata' kemudian dialaskan dengan pemberian BR1M, kerana pemberian BR1M itu difahami rakyat ianya langsung tiada kaitan dengan pengurangan subsidi keatas bahan bakar berkenaan, malah pemberian BR1M itu difahamai sebagai hasil dari transformasi serta kecekapan kepimpinan YAB PM didalam menguruskan hal ehwal pelaburan dsbnya. Semoga PM masih mampu untuk mendengar 'denyut nadi rakyat' biarpun pilihanraya sudah berlalu pergi namun akan datang ia menyusul lagi.... Anda Mampu Mengubahnya.

Tun M: Masuk Umno Kerana Mahu Kaya, Beri Peluang Kepada Orang Muda Bersihkan Umno

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya. Beliau juga turut meminta supaya pemimpin baru dan muda diberikan peluang kerana hanya dengan langkah tersebut Umno akan dibersihkan.

"Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri.

"Hanya dengan memberi kepimpinan Umno kepada orang muda dan belum tercemar barulah pembersihan Umno boleh menjadi kenyataan dan diterima oleh masyarakat," kata Dr Mahathir yang dipetik dalam satu wawancara akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam wawancara itu lagi, Dr Mahathir turut membidas golongan muda zaman ini yang dilihatnya terlalu mengagumi barat serta corak politik liberal barat tetapi pada masa sama masih bergantung kepada bantuan kerajaan.

"Kita dapati ada di antara mereka, termasuk yang terpelajar, yang berpendapat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara tidak lagi relevan. Mereka berpendapat perjuangan untuk bangsa Melayu adalah lapuk dan ketinggalan zaman.

"Yang anehnya ialah mereka sendiri berjaya kerana menikmati dasar kerajaan untuk menolong mereka," kata beliau lagi.

Walaupun golongan muda dilihat penting demi masa depan Umno, Dr Mahathir berkata parti tersebut masih perlu berhati-hati dengan golongan terpelajar yang berpandangan politik liberal kerana bimbang ia akan memesongkan matlamat parti utama kaum Melayu tersebut.

"Kalau mereka ini menyertai Umno, besar kemungkinan Umno akan bertukar menjadi parti yang tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi parti liberal ala barat.

"Mereka perlu diberi kursus politik Melayu dan perjuangan Umno mesti diadakan. Walaubagaimanapun, kemasukan mereka adalah penting jika Umno ingin membersihkan imej mereka," ujarnya lagi.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh Tun M tak kata

#OneBro4NKP - Azwan Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Paling Layak Setakat Ini

Dari segi populariti dan kewibawaan calon Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dengan panggilan AzwanBro tampak lebih menyerlah dan memperlihatkan kredibilitinya untuk menggalas jawatan tersebut.
 
AzwanBro yang dilihat begitu serasi dengan kepimpinan pemuda yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin seharusnya diberikan peluang untuk memperkasakan lagi saf  kepimpinan pemuda agar ianya selari dengan kehendak orang muda pada hari ini.

Dalam pengamatan kita kepada bicaranya, ia lebih menjurus kearah memperkatakan mengenai permasalahan rakyat dan juga cara penyelesaiannya, kerana pada pandangan beliau, usaha untuk menguatkan parti dan mendekatkan rakyat kepada parti bukanlah tugas wakil rakyat semata-mata, malah barisan pemuda juga turut bertanggunjawab akan perkara itu.

Bagaimanapun dengan kelebihan yang ada pada beliau, sudah pastilah ianya menimbulkan kecemburuan dari mereka yang berkaitan, sepertimana yang ditulis oleh rakan blogger yaitu, mungkin dengan keluarnya wajah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun akan menambahkan lagi sengsara sesetengah bloggers yang cuba memburuk-burukkan imej Azwanbro dalam beberapa artikel mereka.

Nasihat saya, siapalah penulis blog baru setahun jagung tersebut yang mahu mempertikaikan kredibiliti sama ada seseorang itu layak atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Jika hendak mempertikaikan Azwanbro sekalipun, carilah isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugasnya sepanjang memegang jawatan dalam pemuda, bukannya dengan isu peribadi. Nampak sangat serangan yang dimulakan di blog kamu bermotif. - Double-Y

Rakaman penuh temubual MobTV bersama Khairul Azwan Harun dengan idea-idea yang bernas sila [KLIK]

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...