Pejuang Umno perlu ada disiplin dan tahu menghayati roh perjuangan parti yang sebenarnya, namun 'pencari makan' dalam Umno tidak semestinya perlu tahu semua itu kerana perjuangan mereka bukan bermatlamat untuk mengangkat parti sebaliknya mengutip ufti walaupun dengan menterbalikkan parti.
Kita tidak fikir nurani seorang pejuang sanggup menterbalikkan lambang kepada perjuangan agama, bangsa dan tanahair !!! Tindakkan itu terlalu biadap !!! Langsung tidak menghormati sensitiviti jutaan ahli yang bernaung dibawah parti keramat itu.
Pemimpin datang dan pergi, tapi parti tetap dulu, kini dan selamanya, oleh demikian, bila timbul sesuatu isu, adakah wajar mereka yang mengaku pejuang Umno menyerang dan menterbalikkan lambang Umno seolah-olah memperlihatkan kepada umum dimana Umno tidak lagi relevan, terlalu rosak serta mengiyakan 1001 persepsi negatif yang lain.
Sedangkan yang menjadi permasalahan atau timbul rasa tidak puas hati adalah kepada pemimpin didalam parti bukannya parti, seranglah pemimpin dengan hujah, kenapa menyerang parti ?, menyerang parti seolah-olah semua yang ada didalam parti itu buruk sebagaimana gambaran buruk yang diberikan, dengan itu apa kita fikir rakyat atau golongan muda yang baru hendak mengambil tahu perkembangan politik akan tertarik dengan parti yang dikutuk oleh pejuangnya sendiri ?
Inilah yang payahnya bila pejuang mangkuk-jebauk ni naik toncang kemaruk 'budu', habis semua tembok dia nak langgar, lebih pada 'gangster', asal tak puas hati je 'lerat mejo', tapi habuk pun tarak, tak reti nak guna pendekatan yang baik dan menguntungkan semua, alih-alih yang tak berguna tu jugaklah yang terkial-kial berhempas pulas berguna sepanjang masa walaupun tak terguna seketika, mujur tak gila....
Apapun, dalam hidup ni masalah tetap berlaku tidak semesti dalam politik, jadi kalau hanya dengan satu sahaja masalah yang masih lagi punya ruang rayuan, meroyannya sudah sampai tergamak menterbalikkan lambang kemegahan ahli Umno, apa sebenarnya yang nak diperjuangkan ? Atau sekadar mengampu ? Perlukah membela sehingga menterbalikkan lambang Umno? Atau sudah jadi amalan cari makan terbalikkan apa sahaja tak kira kawan mahupun perjuangan ?.... Anda Mampu Mengubahnya.
saya sangat bersetuju dengan ulasan di atas....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaku 100% setuju dengan suara tuan dlm blog ini. sewajarnya kita memain peranan sebagai medium perantara menegur dengan ilmiah dan berakhlak baik. suara blogger OUTSPOKEN memang diperlukan untuk menegur "jangan marahkan penanggah tuan rumah yang kena" aku juga berpengalaman kecewa dengan segelintir individu secara peribadi didalam parti tetapi belum sampai tahap biadap dan tidak salah aku levelkan dia ini siharamjadah...maaf aku pon emosi tapi sayang blogger tu menempah musibah pada diri dia sendiri..siapa percaya dengan beliau lagi selepas ini?Nak hormat atas kelancangan dia???Jauh sekali...lain la muka kulit tebal dan muka tembok...atau mungkin dia bukan ahli?!
ReplyDeletePerlembagaan PARTI:
FASA 20 20.8 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:
(a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b) Mengikut perintah-perintah parti;
(c) Menjalankan dasar-dasar parti;
(d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
(e) Menjaga rahsia-rahsia parti;
(f) Memelihara nama baik dan maruah parti;
(g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.
20.9 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:
(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada parti;
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.
alih-alih yang tak berguna tu jugaklah yang terkial-kial berhempas pulas berguna sepanjang masa walaupun tak terguna seketika, mujur tak gila....
ReplyDelete