Apakah beza antara ahli Umno dan bukan ahli Umno ? Sebagai contoh, jika anda memegang kad keahlian mana-mana pasaraya, anda pasti akan mendapat faedah khas seperti diskaun keatas pembelian sesuatu barangan dimana ia berbeza dengan mereka yang bukan ahli.
Namun, aneh sedikit apabila anda menjadi Ahli Umno, ini kerana anda tidak akan punyai apa-apa keistimewaan biarpun anda mempunyai kad keahliannya, tiada apa yang boleh dibanggakan selaku ahli kepada parti yang berjaya membentuk kerajaan dinegara ini.
Hakikat itu hendaklah disedari oleh ahli Umno sempena pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi, berpuluh tahun menjadi ahli kepada parti yang memerintah sehingga pemimpin atasan bersilih ganti, berlalu pergi membawa isi, tapi ahli bawahan cuma mampu menggigit jari....
Sepatutnya selaku penyokong parti yang bertanggungjawab dalam mengangkat kerajaan Umno-BN untuk kekal memerintah, adalah sangat wajar kiranya ia diberi keistimewaan diatas sesuatu perkara yang berbeza daripada rakyat kebiasaannya, ini supaya mereka dapat berbangga dan terus setia menyokong BN sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi masyarakat untuk menyokong BN.

Pimpinan tertinggi Umno hendaklah peka akan hal demikian dan sudah tiba masanya untuk ia dipertimbangkan, keikhlasan yang ada kepada ahli Umno itu perlu setara dengan keikhlasan yang ada pada pemimpin Umno, jika keikhlasan pemimpin Umno itu turut menerima projek atau tender, kenapa keikhlasan ahli Umno tidak punyai apa-apa kelebihan atau keistimewaan seperti pemimpin mereka.
Jika ahli Umno mendapat BR1M, penyokong Pas atau rakyat kebiasaan juga mendapat BR1M, jumlah yang dapat pun sama-sama RM500, tiada apa-apa beza, malah ahli Umno juga perlu beratur seperti ahli Pas bagi mendapatkan wang bantuan tersebut. Adakah ianya adil buat ahli Umno yang menyokong untuk mengangkat kerajaan yang ada pada hari ini ?
Demi masa depan seluruh ahli Umno, bertindaklah sekarang selagimana anda punyai suara yang masih laku untuk digadai, kerana anda juga bakal menjadi veteran, pilihlah pemimpin yang anda yakin ia akan mempedulikan nasib anda sewaktu anda benar-benar memerlukan, ujilah pemimpin yang bakal anda angkat itu supaya kelak anda tidak pernah akan rasa menyesal.
Sebagaimana yang berlaku kepada bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa yang juga merupakan usahawan ikan linang yang tersohor satu masa dahulu, Hj Syukri ikan linang bukanlah satu nama asing bagi warga tempatan, berpuluh tahun beliau berjuang didalam Umno, namun setelah beliau tidak lagi aktif didalam politik disamping keuzurannya, beliau terus tersisih tanpa mendapat pembelaan seolah-olah perjuangan beliau didalam Umno selama ini langsung tidak dihargai.
Bayangkanlah, dengan keterbatasan sumber kewangan, beliau melalui satu kehidupan yang tidak setara dengan segala pengorbanannya terhadap parti kerajaan yang memerintah hari ini, maksud setara itu bukanlah mengharap wang berjuta atau berlapis projek dan tender, namun takkanlah untuk mendapatkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) beliau terpaksa menunggu berbulan-bulan pun masih tak dapat.
Dimana keistimewaan beliau selaku ahli dan bekas pemimpin bawahan parti yang sedang menguasai kerajaan ini ? Dimana tanggungjawab pemimpin bahagian dikawasan beliau ini ? Apakah nasib beliau dan sewaktu dengannya itu disebabkan kerana ahli Umno sendiri yang tersilap memilih pemimpin ? Kerana dikhabarkan pemimpin bahagian kawasan berkenaan telah pun digantung selama dua tahun kerana didakwa menyeleweng wang peruntukkan PRU13 yang lalu ?
Apapun itulah realitinya yang berlaku hari ini, bergegar berjuang membela kepentingan orang Melayu, tapi pada masa sama nasib ahli parti sendiri pun masih tetap tidak terbela, justeru pilihlah pemimpin yang berwibawa, selidiki dahulu kelayakkan calon pemimpin, terutamanya calon Ketua Pemuda, samada calon itu 'ori' berlatarbelakangkan ketokohan kepimpinan atau hanya calon lompat tikam tunggu projek nak terkam... - Bersambung... Anda Mampu Mengubahnya...

Ramai juga ahli Umno tapi tak daftar sebagai pemilih, kenapa dan mengapa ???
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.