Ketua Polis Pulau Pinang Diugut Bunuh

GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya dua hari lalu.

Pada 9 pagi Isnin lalu, ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, beliau telah menerima satu ugutan bunuh yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)  melalui telefon bimbitnya

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mempunyai hubung kait dengan lima penjenayah yang ditembak polis bulan lalu.

Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Abdul Rahim membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 8.50 malam semalam.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada yang Esa supaya keselamatan beliau, keluarga serta semua anggota polis sentiasa dibawah perlindunganNya.

Kita yakin semua anggota polis tidak pernah merasa gentar dengan sebarang ancaman terhadap dirinya demi menjaga keselamatan awam, namun pengorbanan mereka itu tidak pernah dihargai terutamanya pemimpin pembangkang yang dilihat sering berpihak kepada penjenayah.
 
Bilamana ada kes pihak polis menembak penjenayah, pemimpin pembangkang seperti rakan penjenayah apabila begitu lantang bangkit mempertahankan penjenayah, kerana itu juga apabila pihak polis yang ditembak atau diancam oleh penjenayah, tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang yang bangkit mempertahankan pihak polis.
 
Kalau kadar indeks jenayah meningkat, pihak polis juga yang dipersalahkan kerana dituduh tidak buat kerja atau bersekongkol dengan penjenayah, tapi apabila polis bertindak tegas, polis dikritik, polis diugut dan diancam bunuh, tidak kurang juga yang dibunuh, ketika itu siapa yang akan bangkit untuk membela, menyokong dan memberi semangat kepada pihak polis ?
 
Sedarkah kita dimana jasa anggota keselamatan sangatlah besar kepada rakyat dan negara ini, tanpa pengorbanan mereka tak mungkin kita seaman ini, jadi usahlah kita bersikap lebih memuliakan penjenayah daripada pihak berkuasa, kerana nyawa anggota keselamatan itu jauh lebih bernilai daripada nyawa penjenayah...

Apapun, kita membayangkan, dengan ugutan bunuh yang diterima itu, pihak kerajaan atau kementerian berkaitan telah pun mengarahkan unit khas untuk melipatgandakan kawalan keselamatan terhadap KP Pulau Pinang itu serta keluarganya disamping memburu penjenayah terbabit sehingga kelubang cucu cacing. Anda Mampu Mengubahnya.

Ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kebanggaan rakyat

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...