Video - Kerana Nyanyuk, Nik Aziz Berceramah Dipertengahan Berdoa

Nik Aziz berdoa ke berceramah ? kuat sangat berpolitik sampaikan Nik Aziz nyanyuk dan lupa yang beliau sedang berdoa bukannya berceramah, namun bagi menjaga kekeramatan Nik Aziz, marilah orang-orang Pas untuk pertahankan beliau, biarpun jauh bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh Islam mengenai adab didalam berdoa.

Sesekali mendengarnya, sebahagian isi doa Nik Aziz ini mirip seperti tok bomoh sedang menyeru asal-usul khadam belaannya supaya bangkit, hahaha. Bermula kenyanyukkan Nik Aziz adalah pada minit ke 1.36, namun ketika itu hanya sebelah sahaja tangan diturun dan dihuyung-hayangkan.

Sehinggalah pada minit ke 1.59 jelaslah kata-kata dalam doa serta kedua-dua tangan yang dihuyung-hayangkan itu menunjukkan Nik Aziz sedang berceramah dan lupa yang sebenarnya beliau sedang berdoa, nyanyuk dan terlebih politik faktor kepada kelalaian dan jiwa yang tidak khusyuk.

Bagaimanapun pada minit ke 2.16 Nik Aziz kembali sedar setelah beliau melihat semua hadirin didepannya sedang menadah tangan, (ohhh rupanya aku sedang berdoa), dalam keadaan serba salah itu, pada minit ke 2.22 Nik Aziz dilihat cuba untuk menadah kembali tangannya sebelum meletakkan semula kerana mungkin beliau bimbang aksi nyanyuk itu dikesan oleh hadirin. hahaha. Anda Mampu Mengubahnya.

Manusia tidak maksum, dalam sedar atau tidak manusia sering lakukan kesalahan, tapi dek kerana taksub manusia tersesat kerana melihat kesalahan itu sebagai satu sunnah untuk diamalkan dan dipertahankan.

Kemaluan Disimbah Asid Kerana Merogol

GEORGE TOWN - Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Sekadar hiasan
Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Video - Alwi Dedah Harta Puak Abu Nawas Di Kelantan

Perjuangan dasar Islam khasnya perlaksanaan hukum hudud gagal, namun perjuangan untuk mengtekedarah adalah seperti berikut:

* Dato' Nik Aziz Nik Mat dapat Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000

* Dato' Abdul Halim Abdul Rahman dapat Lot 99 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000 pada 18 Disember 2000

* Datin Aminah Abdullah (isteri Abdul Halim) dapat Lot 100 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

* Ahlaami Abdul Halim (anak perempuan Timbalan Menteri Besar) dapat Lot 101 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM45,000

* Adlina Abdul Halim (anak perempuan Timbalan Menteri Besar) dapat Lot 102 di kawasan relai, Gua Musang bernilai RM45,000

* YB Zulkifli Yaakob (ADUN Sungai Durian) dapat Lot 105 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM44,000

* YB Abdullah Yaakub (ADUN Air Lanas) dapat Lot B08 di kawasan Jeli bernilai RM25,000

* YB Hanafi Daud (ADUN Chetok) dapat Lot B34 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

* YB Omar Muhammad (ADUN Perupok) dapat Lot B35 di kawasan Jeli bernilai RM36,000

* YB Nasharuddin Daud (ADUN Meranti) dapat Lot A120 di kawasan Jeli bernilai RM20,000

* YB Mohamed Affandi dapat Lot 19 di kawasan Lojing Dua bernilai RM38,000

* Penceramah Pas, Razak Abas  dapat Lot 37 di kawasan Jeli bernilai RM35,000

* Pengurus Besar PKINK Hanifa Ahmad dapat Lot 23 di kawasan Jeli bernilai RM35,000 pada Disember 1997, dan

* Timbalan Pengurus Besar PKINK Wan Adnan Abdul Kadir dapat dua lot termasuk Lot 39 bernilai RM45,000 pada Disember 2000.

'Membangun Bersama Isle dibawah kepimpinan penyangak'

Video - Nik Aziz: Perokok Adalah Penyembah Syaitan, Tak Layak Sokong Pas

Fatwa terbaru Nik Aziz kepada mereka yang menghisap rokok adalah dihukumkan sebagai penyembah syaitan, dan tempat bagi penyembah syaitan ini sudah pastinya didalam neraka, rupanya amalan merokok ni sebegitu  berat hukumnya, dan kemungkinan besar adalah haram bagi penghisap rokok untuk mengundi Pas, jika ingin mengundi Pas, pastikan anda bukan seorang perokok. Anda Mampu Mengubahnya.

Tun M: "Kali Ni Najib Cukup Hebat", Turut Kagum Dengan Perwakilan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Ucapan Najib kali ni cukup hebat, beliau telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya.

Terdahulu didalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.

"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," kata beliau dalam ucapannya yang mengambil masa hampir 90 minit.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, PRU13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negara.

"Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," kata beliau.

Najib menambah, hasil kerja keras setiap generasi telah membentuk Malaysia, yang dikagumi rakan dan dihormati taulan.

"Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara.

"Pilihannya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

"Di satu sudut, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman," katanya lagi.

Najib berkata, beliau selaku Presiden Umno bersama-sama timbalanya serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama ALLAH dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

"Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan.

"Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," kata beliau.

Abby Abadi: "Saya Malu Kalau Pakai Baju Nampak Ketiak"

PASIR PUTEH - Selain malu memakai baju nampak ketiak, selebriti Abby Abadi turut mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini kerana golongan artis tidak pernah diberi kesedaran dan diajar mengenainya walaupun sering kali terlibat dengan program anjuran Umno dan Barisan Nasional.

Abby berkata, penglibatan artis dalam program parti hanya untuk memeriahkan majlis dan menarik ramai hadirin.

Ketika itu katanya, beliau tidak berasa bersalah tidak mengundi kerana tidak memahami kepentingan politik.

Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti katanya, beliau semestinya akan memilih Pas kerana telah banyak terhutang budi dengan parti itu, terutamanya perbelajaan saraan kehidupannya seharian.

“Pada saya, Pas merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan sokongan penuh kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Menurut Abby lagi, beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak mengundi kerana sudah sedar kuasa politik amat penting apatah lagi kepada perjuangan Islam, biarpun beliau sedar yang Pas bertanding tidak cukup kerusi dan perlaksanaan hukum Islam hanyalah retorik Pas semata-mata.

“Kuasa politik penting kerana melaluinya dasar atau hukum Islam dapat ditegakkan dan saya kini memahami bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan,” katanya pada program Bicara Hijrah Selebriti Bersama Abby Abadi di Cherang Ruku dekat sini, semalam.

Turut hadir, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim serta isteri, Bidah Abdul Kadir, Adun Limbongan, Zainuddin Awang Hamat dan penceramah jemputan, Khairul Ikhwan.

Isu Altantuya - Mantan Mufti Perlis Mohon Husam Henti Bercakap Dan Kembali Kepada Allah - Video

Kenyataan Husam Musa untuk melaga-lagakan Pimpinan Umno apabila mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dengan isu pembunuhan Altantuya adalah dilihat sebagai tidak beriman kepada Allah, sebagai umat Islam kita merasa sangsi kerana Husam lebih mempercayai Deepak a/l Jaikishan daripada mempercayai ketentuan Allah tuhan yang maha esa.

Setelah Perdana Menteri bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak ada kaitan dengan kematian Altantuya, apa lagi hak kita untuk mempersoalkannya dengan hanya menimbulkan persepsi yang dicetuskan oleh orang kafir tanpa ada sebarang bukti yang sahih, lupakah Husam dengan firman Allah didalam surah Hujurat ayat ke 6 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa satu berita, maka selidiklah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal.”
Petikan kenyataan
Sebagai pemolitik Islam yang selalu menggelarkan orang lain pemolitik kampung, hendaklah Husam sedar dengan tindakkannya yang seolah-olah mempertikaikan kehendak Allah Taala, Siapa Husam untuk mendahului Allah Taala ?, lupakah Husam dengan azab yang akan ditimpakan oleh Allah sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah palsu ? Sekiranya tidak ada apa yang berlaku maka hendaklah kita redha dan tidak menimbulkannya melainkan menyerahkan ia kepada yang lebih berhak Tuhan yang maha esa.

Atau Apakah Husam merasakan lebih lebai daripada Mantan Mufti Perlis ? kerana apa yang disebut oleh Mantan Mufti itu adalah apa yang diambil dari nas-nas Al-Quran dan hadis. Semoga Husam bertaubat dan kembali beriman kepada Allah dan tidak cuba untuk menjadi seorang hamba yang derhaka kepada Tuhannya. Anda Mampu Mengubahnya.

Rompakan Salon Di Kelantan 6 Tebusan Yang Ditawan Berjaya Dibebaskan

KUALA KRAI - Drama tebusan selama tiga jam dengan perompak menawan enam tebusan di sebuah salun di Jalan Besar Guchil, dekat sini, semalam, berakhir selepas polis bertindak menyerbu premis itu dan menahan suspek.

Suspek lelaki berusia 27 tahun bersenjatakan pistol palsu dan sebilah pisau itu diberkas, selepas sepasukan polis menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

Suspek terbabit cuba menyamun salun itu kira-kira jam 2.20 petang sebelum menahan bapa pemilik salun, empat pekerja dan seorang orang awam, apabila perbuatannya disedari polis yang menerima laporan daripada seorang pekerja terbabit.

Kesemua tebusan selamat dan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan, dengan seorang daripada pekerja wanita mengalami kecederaan ringan di bahagian leher akibat terlalu lama dipaut suspek.

Suspek sebelum itu membebaskan tiga tebusan lebih awal hasil perundingan dengan polis dan menahan seorang pekerja wanita, Nazira Isa, 18, tanpa menyedari ada lagi dua pekerja bersembunyi di bilik rawatan muka dan tandas di bahagian belakang salun berkenaan.

Nazira berkata, sebelum kejadian, dia sedang membaca buku apabila terdengar loceng pintu salun dibunyikan, dan cuba membukanya dengan menekan butang automatik di kaunter.

“Bila tak dapat buka dari kaunter, saya pergi buka pintu dan seorang lelaki terus meletakkan pistol di belakang dan memaut leher saya sambil meminta kami supaya menghubungi pemilik salun,” katanya.

Selepas kira-kira sejam dia ditahan sambil lehernya dipaut, Nazira berkata, penjenayah terbabit melepaskannya selepas melihat dia mengalami sesak nafas dan beralih kepada seorang lagi pekerja, Siti Roskasma Rozali, 25.

Siti Roskama pula berkata, selepas masuk dan menahan Nazira, penjenayah terbabit memintanya membuka kaunter wang dan menghubungi pemilik salun.

“Selepas lelaki ini lepaskan Nazira, dia paut leher saya,” katanya yang baru tiga bulan bekerja di salun itu.
Pekerja yang menghubungi polis, Mohd Zafri Mat Hussin, 24, berkata, sebelum kejadian, dia berada di bahagian belakang salun dan bertindak menyembunyikan diri dalam tandas apabila menyedari tindakan lelaki terbabit.

“Memang masa itu saya amat takut tetapi saya tenangkan diri dan hubungi polis,” katanya yang bersembunyi dalam tandas sehingga kejadian tebusan itu selesai.
Pekerja yang bersembunyi dalam bilik rawatan muka, Nur Nadia Najwa Zainuddin, 18, berkata, dia terus lari ke bilik itu untuk bersembunyi apabila menyedari kehadiran penjenayah terbabit.

“Saya nak bersembunyi dalam tandas tetapi takut bertembung dengan Zafri. Masa bersembunyi, saya sempat hubungi balai polis untuk laporkan kejadian,” katanya yang pengsan kerana terlalu lama duduk meringkuk di bilik berkenaan.

Seorang orang awam yang dijadikan tebusan, Norshuhada Mohd Razali, 21, berkata, ketika kejadian, dia kebetulan naik ke salun di tingkat satu hantar wang baki seorang pekerja yang membeli roti di kedainya.

“Bila saya masuk, lelaki itu terus letakkan pistol di kepala saya dan tahan saya bersama tebusan lain,” katanya yang merayu dilepaskan tetapi tidak diendahkan penjenayah terbabit. - Sinar Harian

Nik Aziz kata salah Umno sebab tolak Islam ambil kebangsaan. tak percaya try tanya, maknanya PAS di Kelantan ni tak berfungsi, semakin hari  jenayah di Kelantan semakin teruk.

Lihat Apa Nik Aziz Buat Setelah Doanya Gagal Untuk Menghalau Gangguan Jin / Api Misteri

Doa "KO BN", doa musnah dan doa pecah perut hasilnya sama sahaja dengan solat hajat dan doa politik yang dipersembahkan oleh Nik Aziz sewaktu cubaan menunjukkan karomahnya untuk mengusir jin api yang mengganggu sebuah keluarga di Kampung Penambang Kota Bharu beberapa bulan lalu, namun apa yang berlaku adalah jin semakin menggangu, difahamkan, pada awalnya hanya  muncul api misteri, tetapi setelah kehadiran Nik Aziz, jin-jin berkenaan mengajak tuan rumah untuk berparang dan api misteri pula muncul semakin kerap.

Apabila keadaan semakin bertambah parah, selang beberapa minggu datanglah seorang hamba Allah dengan rendah diri tampil untuk cuba membantu keluarga berkenaan dengan berdoa memohon daripada Allah supaya keluarga berkenaan dilindungi daripada gangguan-gangguan jin seperti yang berlaku.

Akhirnya solat hajat dan doa secara berjemaah itu dimakbulkan oleh Allah Taala dengan serta merta, situasi itu sampai kepada pengetahuan Nik Aziz, ingatkan Nik Aziz nak ucapkan rasa syukur kerana rakyatnya tidak lagi dibelenggu dengan api misteri itu, tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya, dimana Nik Aziz telah bertindak membuang semua gambar-gambar solat, doa dan lawatan beliau kerumah tersebut dari laman Facebook yang beliau post sebelum ini, tidak pasti samada tindakan membuang itu adalah ekoran rasa malu, marah ataupun untuk menutup kegagalan beliau dari terus diketahui umum.

Bagaimanapun Kesimpulan dari apa yang dapat dilihat dengan perbezaan gambar berdoa dibawah, doa berhajat pada perkara yang sama dan dirumah yang sama, mungkin hanya niat yang berbeza menyebabkan salah satu doa sahaja dimakbulkan dengan serta merta.

Apa yang tak kena dengan doa Ulamak yang tersenarai di bursa saham Deoband ini ? Tidak cukup alim dan karomahkah Nik Aziz ? Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, hikmah itu biarkan saja gambar yang berbicara untuk dinilai oleh semua. Iktibar dari apa yang berlaku itu, jangan kita menjadikan sesuatu ibadat itu diatas mencari keuntungan politik, kerana ibadat yang sebegitu hanyalah sia-sia dan tidak diterima serta tidak dimakbulkan oleh Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

Perut Najib takkan pecah, Umno takkan hancur, Pas jua yang akan lebur, Nik Aziz pula akan menganggur.

Habis Semua Negara Anwar Minta Campurtangan


KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan seorang peguam Perancis, yang dijemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen esok.

Perkara itu dinyatakan oleh Pandikar Amin dalam sepucuk surat rasmi kepada Anwar hari ini.

Salinan surat itu diedarkan kepada wartawan oleh Anggota Parlimen pembangkang Tian Chua.

Dalam surat itu, Pandikar menjelaskan kehadiran peguam Perancis berkenaan untuk membincangkan isu pembelian Scorpene mendapat bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

"Bantahan itu dikemukakan demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara dan juga agar tidak dilibatkan dalam perkara seumpama ini demi keharmonian dan kesejahteraan negara," katanya dalam surat itu.

Pandikar Amin menjelaskan keputusan muktamad berkenaan adalah sejajar dengan arahan dan keputusan beliau dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 8 Nov 2012 mengenai isu keselamatan Parlimen Malaysia dan penggunaan ruang sidang media dengan mengambilkira keistimewaan dan hak-hak Ahli Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 93 dan 94.

"Ini adalah demi memastikan tahap integriti, keluhuran dan kedaulatan institusi Parlimen Malaysia tetap terpelihara sepanjang masa," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pendirian BNBBC iaitu jika agenda peribadi berkenaan hendak diperjelaskan bolehlah menggunakan ruang lain seperti ibu pejabat parti, pejabat Suaram atau lain-lain premis awam yang bersesuaian tanpa melibatkan institusi Parlimen Malaysia.

"Seharusnya sebelum tetamu undangan Datuk Seri (Anwar) dibenarkan masuk dalam kawasan Parlimen, suatu kebenaran perlulah diperoleh daripada saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat terlebih dulu.

"Namun demikian, sehingga kini saya tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Datuk Seri (Anwar) melainkan surat yang memaklumkan kepada saya hasrat Yang Berhormat untuk membawa tetamu undangan yang dimaksudkan iaitu seorang peguam Perancis masuk ke Parlimen Malaysia," kata Pandikar Amin.

Dalam perkembangan lain Naib Presiden PKR Tian Chua berkata taklimat kes Scorpene itu akan diadakan di Hotel Changi Village Singapura pada jam 12 tengahari esok.

Puak pakatan kata demi kebenaran apa salahnya ??? Kebenaran apa ? Kebenaran cipta persepsi sehingga sanggup meliwat kedaulatan institusi Parlimen Malaysia ? Siapa peguam tu ? Peguam rasmi atau pendakwaraya kerajaan Perancis-kah ? Kalau peguam cap ayam yang boleh dibeli ditepi jalan tu tak payahlah ? Kerana peguam macam tu siapa-siapa pun boleh bayar untuk cipta fitnah.

Bukankah isu Scorpene ini adalah satu fitnah besar serta pembohongan yang telah dijelaskan oleh pendakwaraya kerajaan Perancis ? klik DISINI

Berapa banyak negara luar dah Anwar heret untuk campurtangan dalam urusan memfitnah keatas pemimpin dan negara, itu hari media Kompas di Indonesia pasal cincin Rosmah, tapi akhirnya media berkenaan mohon maaf diatas fitnah yang diarahkan oleh Anwar itu.

Beberapa hari lalu dengan kerajaan Australia, memang banyaklah, tak larat nak tulis, dan yang pasti semakin hari semakin rasa menyampah yang meluat-luat dengan sikap pengkhianat selaku peliwat antarabangsa ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Hukum Pas - Potong Rambut Dah Kecoh Macam Mana Nak Potong Tangan

KOTA BHARU - Tindakan kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang menguatkuasakan undang-undang Islam terhadap orang bukan Islam hari ini mendapat bantahan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang meminta pelaksanaan itu dihentikan.

Ketua DHPP Hu Pang Chaw berkata, kajian semula perlu dilakukan kerajaan negeri bagi memastikan keadilan dan hak orang bukan Islam terjamin.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar Pas baru-baru ini jelas menyebut undang-undang Islam tidak akan dikenakan kepada orang bukan Islam.

"Maka disebabkan itu semua undang-undang Islam yang dikenakan kepada orang bukan Islam perlu dihentikan.

"Satu kajian semula perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian yang memberikan keadilan kepada semua lagipun kebanyakan undang-undang kecil ini digubal pada tahun 1990-an dan tidak relevan lagi pada masa sekarang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu juga turut dikecam Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Bagaimanapun isu itu dipertahankan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang bertegas apa yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Mengulas isu itu, katanya, beberapa undang-undang kecil yang digubal dan digunapakai ketika ini oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang membabitkan bukan Islam perlu dikaji semula kerana sudah tidak sesuai dengan keadaan sekarang.

"Sekiranya ia dilaksanakan juga ia tidak akan menguntungkan kerajaan negeri dan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pas kerana kita hidup dalam negara berbilang kaum," katanya. - Bernama

Skandal Khalwat KP Kesihatan Digantung Kerja - Video

PUTRAJAYA - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan Isnin memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan.

Mahmood berkata Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.-Bernama
 
- Payah benar nampaknya nak ambil tindakan, perkara yang tidak berakhlak seperti ini tidak boleh dikompromi, lebih-lebih lagi melibatkan dengan isteri orang, sepatutnya pegawai tinggi kerajaan terpilih dari kalangan mereka yang berakhlak bukannya mereka yang bernafsu tidak bertempat.

Perbuatan tidak bermoral perlu diberikan tindakan tegas yang sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada orang-orang yang kemudian, isu melibatkan bini orang seperti ini sangat tidak bertanggungjawab, perlukah ia terus diberi amanah untuk menjawat jawatan penting itu ?

Sebagai pengajaran kepada semua, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan tegas serta merta, bukan budak-budak nak kena bagi amaran dulu, umur dah tua takkan tak reti nak fikir, takkan bodoh kalau sampai dah pegang jawatan KP, kalau dengan anak dara tak der hal selagi kuota masih ada, hak berdosa tu hak dia, ini dengan isteri orang ni memang tak patutlah..Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Nik Aziz Hina Dan Aibkan Pekerja Yang Baiki Rumah Banglonya

"Rumah ambo tu,...ehmm,,, baiki bangsal,(banglo) dia kerat,...dia peruntuh-peruntuh bangsal, dia buat gi pasir pahtu dia duk diamlah, serabut perut kito..,

"Hek,hek, hek bangun pagi batuk,...puas-puah gulung rokok dulu baru buat kerja,..payoh baso,..baso malas".

Penghinaan Nik Aziz terhadap rakyat Kelantan memang sudah terlalu banyak kita dengar, namun jubah dan serban menyelamatkan Nik Aziz daripada dituduh menghina.

Apakah wajar dan mengikut cara Islam apabila Nik Aziz menghina pekerja ataupun Tukang Rumah yang membuat rumah beliau serta mengejek perilaku pekerjanya itu ?

Cukup menghina dan mengaibkan bagi seorang insan yang mencari rezeki di rumah seorang yang dikatakan Ulamak serta ketua dalam Negeri mereka apabila perilaku mereka itu Nik Aziz dedahkan kepada umum.

Tindakan Nik Aziz itu langsung tiada bezanya dengan orang yang jahil seperti kita. Kalaulah Nik Aziz seorang Ulamak, tidak bolehkah beliau memanggil pekerjanya itu kemudian memberi nasihat dengan cara yang baik.

Tetapi keangkuhan iblis yang terselit diwajah Nik Aziz tidak mampu disembunyikan dari penglihatan insan yang diberikan deria yang sempurna oleh Allah Taala.

Nik Aziz adalah 'budak kampung' yang terkena kejutan budaya apabila dilantik menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, beliau merasa angkuh kerana jawatan berkenaan sebenarnya tidak layak dengan beliau.

Oleh kerana kelicikan beliau sebagai ahli politik yang mempergunakan Islam, beliau mampu mengekalkan jawatan tersebut lebih 22 tahun tanpa sebarang perkembangan positif berkait Islam di Kelantan, namun keburukkannya tetap terselindung dibalik gumpalan jubah dan serbannya itu.

Nik Aziz terlalu merasa bangga dengan dirinya yang mengakui seorang Ulamak, beliau mengkehendaki semua rakyat dan pemimpin jadi seperti beliau, kerana orang seperti beliaulah akan menjumudkan Islam dengan kemunduran 200 tahun kebelakang.

Ahli fizik, kimia, sains, metematik dsbnya seolah-olah tidak berguna dimata Nik Aziz, Nik Aziz membayangkan Islam itu didalam jubahnya tanpa melihat Islam jauh lebih luas, sekiranya umat Islam semuanya seperti Nik Aziz, sudah lama dunia ini tidak akan meninggalkan baka Islam lagi kerana sudah pupus dihancurkan oleh musuh-musuh Islam.

Kemajuan dan kemodenan sering Nik Aziz nafikan diatas faktor beliau tidak reti benda tu semua, yang beliau reti hanyalah "Umno tolak Islam, ambil dasar kebangsaan buang dasar Islam".

Keangkuhan Nik Aziz tidak akan terhenti tanpa rakyat bangkit mengajar beliau dengan menolak daripada mengundi Pas di PRU13 nanti, kerana hanya cara itu sahaja akan menyedarkan beliau tentang bagaimana tingginya langit. Anda Mampu Mengubahnya.

Tak bagi royalti Nik Aziz kata Munafik, Yusof Nor nak buat universiti Islam Nik Aziz kata berasa lega, Islam boleh berkembang, Yusof Nor tu siapa ? Presiden Pas kah ? Atau Munafik, murtad atau juga kafir. Yang kecoh kata duk berjuang Islam habuk pun tarak!!! Yang ada selalu duk modified rumah...Celaka,Celaka,Celaka..

Manifesto Pas - 7 Jalan Pintas Ke Syurga Bagi Rakyat Yang Buta

Manifesto PAS 1990 merupakan garis kasar program yang akan dilaksanakan apabila parti itu berjaya memerintah Negeri Kelantan. Pas telah diberikan kepercayaan oleh rakyat Kelantan memerintah sehingga sekarang. Tapi apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan dan tidak memberi keuntungan kepada rakyat Kelantan bahkan terus ditipu oleh Parti Pas sendiri.

Beberapa usaha Pas untuk melaksanakan program politik di negeri Kelantan selaras dengan kehendak Islam tetapi tidak berjaya hanya tipu helah semata-mata. Antaranya ialah..

1- Melaksanakan dasar peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan masyarakat.

Hakikatnya...
Pas gagal melaksanakan dasar peraturan Islam sepanjang 21 tahun pemerintahan. Yang sudah dibuat cuma beberapa perkara kecil seperti cuti pada hari sabtu. Pas tidak menguatkuasakan Kanun Jenayah Syariah 11(Hudud). Kononnya Kerajaan pusat yang halang. Sebenarnya Pas tak mampu nak laksanakannya kerana tidak ada persediaan. Sebaliknya Kerajaan Negeri membayar RM 240,000 kepada Firma Tetuan Wan Mutalib & Co untuk menyediakan deraf perlaksanaan kanun tersebut. Tetapi deraf tersebut tidak disiapkan. Membazirkan wang rakyat.

2- Menanamkan kesedaran bahawa politik Islam adalah yang terbaik dibandingkan dengan politik sekular kepada semua lapisan masyarakat.

Hakikatnya..
Kesedaran apakah yang ingin ditanamkan oleh Pas? Pas sahaja yang betul, orang lain semuanya salah sehinggakan anak-anak kecil di tadika diajar untuk membenci pemimpin negara. Pas juga tidak kisah bekerjasama dengan syaitan dan DAP, mahu melelong Putrajaya, membenarkan mencarut dan masih mengkafirkan orang lain. Inikah kesedaran politik Islam yang Pas mahu?

3- Meyakinkan rakyat bahawa perjuangan dalam politik adalah suatu tuntutan ke atas umat Islam demi mengembalikan kekuasaan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Hakikatnya..
Pas sengaja menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam. Yang pastinya Malaysia adalah sebuah negara Islam. Ketua Negara adalah orang Islam. Negara kita juga melaksanakan undang-undang terhadap orang Islam. Kerajaan mengambil kira kaedah "maslahah-mursalah" , "fiqh-al-siasah as-syar'iyyah" dan "fiqh al-aulawiyyaah". Tidak timbul persoalan mengembalikan semula kekuasaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah kerana Mahkamah Syariah telah diberi kuasa melaksanakan syari'at Islam berdasarkan hukum syarak.

4- Meyakinkan rakyat bahawa kegiatan beribadat dan politik hendaklah bersekali dan tidak boleh dipisahkan. Memang menjadi amalan Kerajaan Umno/BN.

Hakikatnya..
Beribadat dan berpolitik tidak boleh dipisahkan. Sebab itu kita lihat orang politik Umno bersolat, bersedekah, mengerjakan haji, berpuasa dan membayar zakat mengikut tuntutan agama. Tidak ada masalah. Yang bermasalah ialah orang Pas yang memperalatkan agama untuk tujuan politik.

5- Meyakinkan seluruh umat Islam bahawa pegangan dan perjuangan diatas fahaman bukan Islam seperti fahaman Assabiyah, sosialis dan berbagai-bagai fahaman ciptaan manusia Barat atau mengutamakan fahaman itu dan dasar-dasar Islam adalah bertentangan dengan Islam.

Hakikatnya..
Sebenarnya pas adalah parti Assabiyah yang fanatik. Ahli-ahlinya taksub kepada pemimpin mereka sahaja, suka berpuak, mengutamakan kepentingan sendiri dan mempunyai pandangan yang sempit terhadap Islam. Sebaliknya Umno telah memperjuangkan Islam secara bijaksana, menekankan konsep 'hubbul-watan' (cintakan negara dituntut oleh Islam) dan berdakwah atas konsep "dakwah bilhal" (dakwah yang lebih menekankan perbuatan dan bukan sekadar "dakwah billisan" -dakwah dengan percakapan).

6- Mengamalkan kekuasaan politik untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukannya bertujuan menindas dan mencari kepentingan peribadi atau puak-puak.

Hakikatnya..
Satu lagi pembohongan Pas. Terlalu banyak contoh berlakunya kezaliman dan penindasan dibawah pemerintahan Pas di Kelantan. Tanya saja pada Imam, Penggawa, atau Penghulu yang dipecat atas sebab politik, serta pegawai-pegawai tadbir yang ditukar semata-mata kerana tidak menyokong dasar Pas. Beranikah Pas mengesahkan bahawa tidak ada langsung perlantikan dalam kerajaan negeri atas dasar parti?

7- Mewujudkan sebuah pemerintahan yang berasaskan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan menghapuskan amalan pecah-belah memulihkan keyakinan rakyat yang telah musnah disepanjang pemerintahan BN di Kelantan.

Hakikatnya..
Sejak menjadi MB, Dato' Nik Aziz bin Nik Mat telah menunjukkan banyak sifat tidak baik sehingga meruncingkan pentadbirannya sendiri. Walaupun digelar Tok Guru tapi ada sifat angkuh, sombong, hipokrit, suka mengugut, suka mengata dan menjatuhkan maruah orang lain serta sering mungkir janji. Akibatnya banyak pihak berkecil hati. Pihak istana, pegawai tadbir negeri, wanita, ulamak kerajaan dan guru-guru sekolah agama rakyat pernah dihina oleh Nik Aziz. Pengguna air pula mengadakan protes terhadap Nik Aziz pada 22 Mac 1999 di Kota Bharu.

Jika Berjaya Tawan Kelantan BN Akan Kurangkan 200,000 Penghijrahan

PASIR PUTEH - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan berusaha mengurangkan penghijrahan keluar lebih 200,000 rakyat dari negeri ini mencari kerja jika diberi peluang memerintah pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jumlah terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain itu tidak boleh dibiarkan berterusan.

"Ia menimbulkan implikasi besar terhadap institusi keluarga dan gejala tidak sihat kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Eksplorasi Khas Himpunan Mahasiswa Kelantan (HIMSAK) di Tok Bali di sini, hari ini.

Lebih 300 mahasiswa pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara menyertai eksplorasi itu yang berlangsung selama tiga hari.

Mustapa mengulas tuntutan lima perkara oleh Presiden HIMSAK, Mohd Faizal Daud yang berucap di majlis itu yang mahukan peluang pekerjaan, adanya pembinaan rumah, kebajikan orang tua dijaga, infrastruktur dan usaha memperkasakan agama Islam diteruskan.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata jika BN diberi peluang memerintah Kelantan, keutamaan akan diberi dalam usaha menarik pelaburan, menyediakan bekalan air bersih, perumahan kos rendah dan prasarana yang lebih baik.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat itu semua pihak terutama mahasiswa perlu memberi kerjasama menyakinkan rakyat negeri itu bahawa hanya BN yang mampu mengubah nasib mereka.

Katanya, HIMSAK akan digerakkan ke setiap kawasan Parlimen menerusi program 'destiny' dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Mustapa berkata mereka akan turun ke akar umbi menemui penduduk kampung memberi penjelasan supaya dapat mengurangkan kekeliruan yang dilemparkan parti pembangkang terhadap dasar-dasar kerajaan pusat. - Bernama

Ayoyo! Hindraf Mahu Diwujudkan Kementerian Hal Ehwal Minoriti Dan Mengetuainya

Hindraf hari ini melancarkan pelan tindakan lima tahunnya yang menggariskan tuntutan bagi menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Minoriti.

Penasihat kumpulan itu N Ganesan berkata, Hindraf akan menyokong mana-mana parti yang mempersetujui cadangan tersebut dalam "perjanjian formal" dengan gerakan tersebut.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan usaha yang fokus dan tertumpu ke arah penyelesaian masalah yang dicadangkannya.

Beliau juga mahu Hindraf mengetuai kementerian tersebut kerana rakyat, menurutnya, tidak lagi mempercayai ahli politik yang suka membuat janji tetapi tidak ditepati.

Tambahnya, pelan tindakan itu mengenalpasti enam masalah yang perlu diselesaikan, membabitkan masyarakat India Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang – serta cadangan penyelesaiannnya.

Itu macam manyak syoklah tambi, bukan kaum India juga yang untung, tapi Hindraf rasis punya orang jugak untung, parti mana yang sokong CONFORM hanya akan dapat undi Hindraf sahaja, lain-lain undi tak der dapat punya, orang semua 1Malaysia, dia duk bengong dengan bangsa dia lagi, porahh, tak sedar diuntung !!!

Nak ketuai pun masuk bertandinglah macha!!! banyak senanglah lu punya cadangan, kalau rakyat tak percayai ahli politik, rakyat tu jangan keluar mengundi, ini negara demokrasi, bukan negara mak bapak yang punya, ikut undang-undanglah. ni main redah jer....bangang!!!

Nak samarata dengan kaum Melayu ke ? agak-agak masa Malaysia nak merdeka dulu berapa tan darah kaum Hindraf ni ditumpahkan, kalau melabur RM 5, jangan pula faedahnya nak sama dengan orang yang melabur RM 50 ya. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz Sifatkan Anwar Tidak Layak Jadi PM, Kerana Dia Bukan Ulamak

 " Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, 6 November 1999.

Oleh yang demikian apakah Nik Aziz merasakan bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat itu seorang Ulamak ?, atau Nik Aziz tidak mengjangkakan masa depan politik Pas yang terpaksa menerima Anwar sebagai ketua didalam pakatan yang dianggotai oleh Pas.

Jika begitu jelaslah Nik Aziz ni seorang yang bagaimana ? hukum halal haram seolah-olah Nik Aziz sahaja yang dapat tentukan, sesuatu perkara yang orang lain buat Nik Aziz kata haram, bila tiba giliran Pas buat perkara yang sama, Nik Aziz kata halal.

Apa itu Ulamak ? Adakah ulamak itu seorang Tok Guru, ataupun Ulamak itu seorang pakar sodomi seperti Anwar Ibrahim ?
  • Pengajar al-Quran dinamakan Tok Guru Al-Quran.
  • Pengajar fardhu ain dinamakan Tok Guru fardhu ain.
  • Pengajar dikir barat dinamakan Tok Guru dikir barat.
  • Pengajar mak yong dinamakan Tok Guru mak yong
  • Pengajar silat dinamakan Tok Guru silat.
  • Pengajar penipu, mencuri, membohong akan dinamakan dengan nama pelajaran yang diajar kepada orang berkenaan.
Jadi bila dilihat dan diperhatikan diri Nik Aziz, beliau hanya mengajar orang ramai bercakap mengenai parti PAS, lalu beliau dinobatkan sebagai Tok Guru Pas, dinaiktaraf sebagai mursyid am Pas. Inilah Nik Aziz.

Al-Quran telah mengtakrifkan ulama' dengan menyatakan dalam surah Fatir ayat 28,  Yang Bermaksud :
"Sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."

Sementara Rasullallah telah meletakkan para ulama sebagai pewaris nabi-nabi. Sabdanya yang bermaksud "ulama itu adalah pewaris nabi-nabi", maka sewajibnya mempunyai ciri-ciri berikut:
    • Memiliki ilmu-ilmu yang ditinggal oleh Nabi Muhammad SAW.
    • Mempunyai sifat dan peribadi yang mulia dan tinggi seperti Siddik, Amanah, Tabligh, Fatanah, bertaqwa, warak, beradab, susah marah, mudah maaf, bersopan, tidak gopoh-gapah, tidak mudah menghukum.
    • Tidak ada sifat-sifat busuk hati yang menyusahkan manusia dan makhluk. Bila kedudukan ini dicapai maka bolehlah dianggap sebagai ulama' seperti kata-kata Imam Hambali dalam perumpamaanya:
      Orang-orang yang bertaqwa pula baginda jelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:

      "Tidaklah seseorang itu diletak (di dalam) kumpulan orang yang mutaqim sehinggalah ia meninggalkan sesuatu yang tak ada apa-apa (perkara yang haram atau ragu-ragu tentang halal haram) kerana takut (bimbang) kepada ada apa-apa (yakni terlibat dengan perkara haram atau tidak betul)"

      Nik Aziz juga lupa bahawa yang mengurus negeri Kelantan dibawahnya, bukan ulama'. Malah hal-hal ekonomi dijaga dan diurus oleh YB Husam Musa yang bukannya ulama' dan beliau hanya tegur, dengar dan ikut sahaja. Begitu juga hal-hal budaya, harta benda, hasil bumi negeri Kelantan, dan lain-lain dijaga oleh orang-orang yang bukan dikategorikan sebagai ulama'.

      Malah semua urusan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan parti Pas termasuk juga Kedah dijaga oleh orang yang terdiri daripada bukan ulama'. Beliau tak sedar kata-kata nya di atas terkena keatas pentadbirannya sendiri. 

      Seterusnya bila diperhatikan ketua-ketua negeri Islam diseluruh negara Islam didunia hari ini pun, seorang pun tidak di kalangan ulama'. Cuma Nik Aziz seorang sahaja yang dikatakan Tok Guru, tetapi tidak diiktiraf sebagai ulama'. Kerana tidak termasuk ta'rif ulama oleh al-Quran dan Nabi Muhammad saw, sebab itu Nik Aziz sendiri pun banyak tidak tahu hal ehwal pengurusan dan tadbir negeri Kelantan sehingga berlaku penganiayaan terhadap rakyat, antara contohnya sebagaimana rakaman perbualan dengan jabatan dibawah penguasaan Nik Aziz. Anda Mampu Mengubahnya.

      Wanita bukan Islam gunting rambut lelaki bukan Islam pun Nik Aziz nak kenakan hukuman Hudud Pas.

        Pilihanraya Umum 13 Disember Ini

        KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.

        Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

        "Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

        Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

        Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

        "Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.

        Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. 
         
        Kalau di Kelantan,  PRU musim kemarau lagi baik, kerana ketika itu ramai tengah marah sebab ketiadaan air, lepas tu Melayu mudah lupa...

        Fatwa Nik Aziz: Malaysia Belum Merdeka Kerana Masih Berperlembagaan Kafir

        Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Oktober 2001, di Masjid Pengadang Baru, Marang Terengganu,pernah membuat kenyataan bahawa, "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi, kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir". Namun bukan itu sahaja, malah beribu-ribu fatwa yang memburukkan UmnoBN  telah dikeluarkan oleh Nik Aziz, antaranya,

        1.12.1991 -BN TIDAK AMAL DASAR ISLAM
        Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan berkata adalah haram bagi umat Islam menolak Barisan Nasional (BN) jika parti itu mengamalkan dasar Islam dalam pemerintahannya. Katanya rakyat Kelantan menolak BN dalam pilihanraya umum lalu bukan kerana namanya BN, tetapi kerana parti itu menyeleweng dan tidak mengamalkan dasar Islam.

        3.3.1993 - NIK AZIZ MINTA BN TIDAK BERTANDING DI LUNDANG
        Kota Bharu, Khamis : MB berkata UMNO tidak perlu meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dun Lundang jika parti itu turut memperjuangkan Islam. Beliau berkata ini sesuai dengan amalan umat Islam yang tidak akan berlawanan sesama Islam.

        21.9.1999 - NIK AZIZ HARAMKAN BN JIKA...
        Kuching, Isnin: Nik Aziz berkata UMNO dan BN akan diisytiharkan haram bagi umat Islam jika dilantik sebagai Mufti Kelantan.

        14.4.1999 - NIK AZIZ PERTAHAN PRESIDEN PAS
        Kangar, Selasa : Nik Aziz mempertahankan kenyataan Presidennya, Datuk Fadzil Noor berhubung kaitan TPM Datuk Abdullah Ahmad Badawi dengan isu babi dan wabak JE.

        17.11.1999 - NIK AZIZ HALAL PULA KATA MENGATA
        Pair Puteh, Selasa : Nik Aziz menghalalkan malam tadi seseorang untuk 'mengata' sepanjang pilihanraya ini.

        24.7.1999 - PAS AKUI NIK AZIZ PERNAH DOA BUTAKAN MATA
        Kota Bharu, Jumaat: Pas mengakui Nik Aziz pernah membaca doa berbunyi 'Wahai Tuhan kami, butakan mata mereka supaya tidak nampak apa-apa kecuali bulan (lambang PAS).

        28.7.1999 - NIK AZIZ AKUI TIRU, UBAHSUAI DAO RASULULLAH S.A.W.
        Kota Bharu, selasa: Nik Aziz mengaku meniru dan mengubahsuai doa nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda ingin memasuki Mekah kepada meminta dibutakan mata pengundi supaya hanya melihat bulan (lambang PAS). Beliau berkata doa itu ditujukan khusus kepada pengundi hantu disamping turut merangkumi penyokong Barisan Nasional.

        3.6.1999 - NIK AZIZ SALAHKAN PELAMPAU PAS
        Kota Bharu, Rabu : Nik Aziz menganggap tindakan PAS mengkafirkan ahli UMNO sebelum ini dilakukan oleh ahli parti yang melampau.' Itu tuduhan orang yang melampau. Pemimpin PAS saya fikir tidak macam itu sebab mereka mempunyai pemikiran jangka panjang.

        8.9.2003 - NIK AZIZ PULA GELAR UMNO SYAITAN
        Kuala Terengganu: Selepas Pemangku Presiden PAS, Haji Hadi menggelar polis dan ulamak UMNO, Syaitan Bisu. Nik Aziz pula menggelar UMNO Syaitan. Dalam satu ceramah disini malam kelmarin yang turut dihadiri oleh Haji Hadi, beliau menganggap UMNO Syaitan kerana memberi tekanan terhadap PAS dalam melaksanakan dasar yang didakwanya adalah untuk menegak negara Islam.

        Sebahagian yang lain seperti berikut:

        1.) Sebagai seorang Islam, kita wajib menyokong dan bersama dalam jemaah yang memperjuangkan Islam iaitu Pas. (Siaran pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap, 1985 )

        2.) Jika melawan Umno tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid..( Masjid Kampung Pulau Melaka )

        3.) Pas sedia gugurkan slogan negara Islam, jadi untuk mencari kedamaian itu, setakat mana yang boleh kita mahu kepada Islam tapi kalau menyusahkan tak apa... (Berita Harian, 25 Jun 1999)

        4.) Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara Islam, DAP boleh tengok sendiri dan baca kenyataan itu. (Utusan Malaysia, 4 Ogos 2011 

        5.) Kalau caci ulama' memang tidak boleh, caci siapa pun tak boleh, lebih-lebih lagi ianya ulama'. Kalau kita nak tegur itu tak apa. Tegur saya, saya ucapkan terima kasih, kerana apa ? Boleh jadi tuan-tuan tegur saya benda sungguh saya buat jahat, saya boleh betulkan. Caci memang tidak boleh, itu perbuatan tidak betul, usahkan caci Ulama', caci orang sembah berhala, kita maki berhala itu pun tak boleh juga didalam Islam.
        ( Utusan Malaysia , 24Feb 2002 )

        Isu Salon - Karpal Singh Label Kerajaan Pas Kelantan Tidak Bertamadun

        Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru berhubung peraturan di Kelantan yang melarang pendandan rambut wanita bukan Islam memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

        "Saya terkejut Kelantan telah memutuskan untuk memperluaskan peraturan tersebut ke atas bukan Islam," kata Karpal

        Katanya, seringkali kerajaan negeri PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak membabitkan bukan Islam, sepertimana parti itu juga berkata bahawa hudud bukan untuk bukan Islam.

        Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ramai rakyat Malaysia bimbang hukum yang sama akan dikenakan di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan dan sama ada hudud juga akan membabitkan bukan Islam.

        "Ada banyak kebimbangan di kalangan orang ramai mengenai apa yang telah berlaku di Kelantan. Jika hudud dibenarkan untuk diguna pakai kepada umat Islam, terdapat masanya nanti ia diperluaskan kepada bukan Islam," katanya 

        Karpal Singh berkata keputusan itu adalah tidak berperlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah.

        "Malah, ia perlu dicabar di mahkamah. Mereka yang berkenaan tidak perlu membayar denda, PBT tidak harus mengumpul denda berdasarkan peraturan yang menyalahi undang-undang," katanya.

        Karpal turut melabelkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri itu sebagai bentuk undang-undang yang paling rendah, tidak bertamadun walaupun ia dibuat oleh pihak exco dan mereka yang mentadbir kerajaan tempatan.

        Enakmen itu kemudiannya diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, katanya.

        Beliau mengulas kontroversi yang melibatkan seorang pendandan rambut dari salun rambut E-Life di komplek membelibelah KB Mall yang disaman oleh pegawai penguatkuasa majlis perbandaran yang berpakaian biasa kerana memotong rambut pelanggan lelaki.

        Ahli Exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata Majlis Perbandaran Kota Baru harus menunjukkan kelonggaran apabila menguatkuasakan larangan pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki itu, jika kedua-duanya adalah bukan Islam, tetapi menekankan bahawa dasar kerajaan negeri mengenai perkara itu adalah jelas.

        Banyak pihak telah mengutuk peraturan itu sebagai sebahagian daripada usaha PAS untuk melaksanakan sekatan ke atas bukan Islam, dan menyeru DAP memutuskan hubungan dengan sekutu politiknya.
        Saman pertama
        3 hari selepas saman pertama, MPKBBRI menambah saman balas dendam kerana pengusaha salon membesarkan isu ini
         

        Eksklusif - Non-Muslim Di Kelantan Bangkit Tuntut Hak, Bukti MPKBBRI Balas Dendam

        Kota Bharu - Semalam media melaporkan mengenai Pengusaha Saloon bukan Islam dikenakan saman diatas kesalahan menggunting rambut lelaki yang juga bukan Islam, undang-undang yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBBRI) yang melarang wanita daripada memotong rambut lelaki dan sebaliknya tanpa mengira agama tertakluk di bawah Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang. Selanjutnya klik DISINI

        Pada masa sama, antara perkara yang dibangkitkan oleh rakan atau wakil kepada pengusaha saloon berkenaan, Lau Chit Fang dirujuk sebagai berkata,

        1.) "Saya nak tahu apa tujuan Akta Kerajaan Tempatan Perkara 10(2) ini. Kalau ia bertujuan mengelakkan bukan muhrim bersentuhan ketika gunting atau cuci rambut, maka ia tidak seharusnya digunapakai terhadap pengusaha salon BUKAN ISLAM",

        2.) "Saya sangat berharap akta yang tidak adil terhadap penguasaha bukan Islam ini dipinda agar ia lebih jelas (contohnya saman lelaki Islam yang gunakan khidmat salon wanita dan bukan saman pengusaha seperti sekarang) supaya ia tidak menjejaskan imej Islam di kalangan bukan Islam serta tidak digambarkan sebagai menindas hak bukan Islam",

        3.) "Jika kerajaan Pas nak terasa kegoyahan ketika hangatnya menjelang PRU13, maka buatlah buta dan tuli dgn bantahan bukan Islam terhadap akta tersebut. Jangan lupa situasi bagaimana kerajaan Pas bagai nyawa di hujung tanduk pada PRU ke 11",

        4.) "Maaf, saya bukan ahli politik, ambo cuma mahu keharmonian, ketelusan dan keadilan di bumi Kelantan yang amat istimewa ini, katanya.

        Kesimpulannya perlu difahami bahawa Pas itu tidak melambangkan Islam. Apa saja yang dilakukan oleh Pas hanya mengikut kepala mereka, tidak mustahil sedikit masa lagi non-Muslim turut dipaksa melakukan apa yang dilakukan oleh Muslim seperti menutup aurat, berpuasa, dsbnya.
        Antara respon non muslim
        Bagaimanapun akibat dari laporan media berhubung isu berkenaan, pihak MPKBBRI menunjukkan akhlak mulia kepimpinan Ulamak TALIBAN apabila dilaporkan sekali lagi menggunakan taktik sama menindas rakyat yang bersuara dengan mengenakan 2 keping lagi saman terhadap peugusaha saloon berkenaan....(Awas non muslim, penjelasan!!!, tindakan MPKBBRI itu bukan dari ajaran ISLAM. Itu ajaran syaitan.)

        Taktik celaka itu memang sering digunakan, yaitu apabila rakyat bersuara, samada didalam media  mahupun rayuan kepada MPKBBRI menerusi surat, pihak MPKBBRI akan sedaya upaya mencari kesalahan ataupun sesuatu yang boleh mereka gandakan dalam usaha mereka untuk membalas dendam.

        Sebelum ini Gk turut melaporkan dimana permohonan seorang ibu tunggal bagi mengurangkan cukai pintu premis yang dikenakan sebanyak RM 1 sehari atau RM 365 setahun tidak diendahkan malah telah dicelakakan oleh pihak MPKBBRI dengan membuat 2 lagi tambahan cukai pintu yang baru, sehingga rumah stor yang tidak bertingkap dan berpintu jamban pun turut dikenakan cukai.

        Bagi penjelasan lanjut sila ikuti link-link yang dipautkan dibawah dan rakaman perbualan Gk dengan pihak MPKBBRI, sehubungan dengan itu kepada sesiapa sahaja yang punyai masalah dengan MPKBBRI ini, bolehlah dikongsikan bersama dengan menghantar ke alamat email gelombangkick@gmail.com bagi kita sama-sama untuk mendapatkan hak dan keadilan bersama. Anda Mampu Mengubahnya.

        Melayu ka, cina ka, siam ka, india ka, lain2 ka, sekali ni kita mesti ajar jangan kasi muka
        Kerana bersuara, MPKBBRI balas dendam dengan mengenakan 2 keping lagi sama!!!

        Rakaman - Undi Pas Dapat Bala Mungkin Ini Pun Nik Aziz Tak Tahu

        RAKAMAN - GK TERJAH MPKB, PAS KANTOI JAHAT YANG MENGCELAKAKAN

        Tragedi Serangan Keatas Balai Polis Batu Pahat, 8 Lelaki Berjubah Putih Terbunuh

        Mengimbau kembali sejarah hitam yang berlaku lebih 30 tahun dahulu agar dijadikan iktibar supaya kejadian itu tidak akan berulang lagi, dimana kejadian yang berpunca dari kecewa untuk mendapatkan sesuatu, taksub, ekstrem serta terlibat dengan ajaran sesat tidak mustahil ianya akan berulang jika melihat kepada situasi politik tanahair kita pada hari ini, buktinya doa kehancuran kepada sesama muslim sudah dihalalkan dan sanggup pula mengkafirkan umat Islam yang berbeza ideologi politik dengan mereka.

        Ini semua berlaku disebabkan terlalu taksub dan merasakan hanya diri mereka sahaja yang betul, dan mereka yang dianggap tidak betul itu akan cuba untuk dihapuskan dengan apa cara sekalipun samada dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan.

        Orang kampung menggelar mereka sebagai kumpulan jubah putih. Ahli-ahlinya hanya terdiri daripada golongan lelaki. Antara individu yang terpengaruh untuk turut menganggotainya termasuklah imam dan bilal.

        Persoalan tentang kegiatan mereka di Kampung Mohd. Noor, Batu Lima, Parit Sulong, Johor terjawab pada 16 Oktober 1980 apabila negara dikejutkan dengan peristiwa serangan ke atas Balai Polis Batu Pahat.

        Hakikatnya, tiada siapa menyangka dengan hanya bersenjatakan pedang, mereka sanggup melakukan serangan ‘berani mati’ seperti itu.

        Dikenali sebagai kumpulan jubah putih kerana kelibat ahli-ahlinya dilihat mengenakan pakaian jubah berwarna putih. Walaupun agak pelik, kehadiran mereka dikatakan tidak pernah menganggu penduduk kampung.

        Malah, salah sebuah tempat yang dikenali sebagai Bukit Payung di kampung tersebut telah dijadikan ‘markas’ oleh ahli-ahli kumpulan itu.

        Kepercayaan bahawa apa yang diamalkan menyebabkan mereka kebal, mendorong gerakan serangan ke atas balai polis tersebut dilancarkan.

        Detik serangan bermula apabila seramai 15 ahli kumpulan itu yang menaiki dua buah teksi telah menyerang dari bahagian belakang dan depan balai polis serta menetak sesiapa sahaja yang ditemui di situ.

        Serangan nekad pada kira-kira pukul 9.30 pagi tersebut telah mencederakan seramai 25 orang terdiri daripada anggota polis, seorang wanita sarat mengandung, enam kakitangan awam balai polis tersebut, seorang budak pejabat dan dua orang awam yang sedang membuat laporan.

        Amukan dengan pedang bertulis kalimah syahadah hanya berakhir apabila enam penyerang termasuk ketuanya, Ahmad Nasir Ismail terbunuh.

        Saki baki kumpulan itu kemudian menghala ke Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dan Mahkamah Syariah sebelum bersembunyi di sebuah rumah di Parit Jorak Senawi, terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.

        Serbuan polis di rumah terbabit menjumpai sejadah, bendera putih mengandungi ayat dua kalimah syahadah dan perkataan Muhammad, Mahadi dan Isa dalam huruf Jawi berwarna hijau serta putih. Kedegilan menyerah diri menyebabkan dua lagi anggota kumpulan jubah putih terkorban dan yang lain-lain cedera.

        Rentetan peristiwa tersebut, kerajaan telah mengarahkan semua balai polis di negara ini mendirikan pondok kawalan untuk tujuan keselamatan.

        Zikir nama ‘Guru Yahya’
        Kampung Jorak Senawi, Tongkang Pecah menjadi kawasan persembunyian beberapa ahli kumpulan jubah putih yang diburu polis berikutan serangan mereka ke atas Balai Polis Batu Pahat. Foto: Utusan
        Akibat ajaran sesat, sekumpulan lelaki berjubah putih bertindak gila dengan menyerang Balai Polis Batu Pahat pada 16 Oktober 1980.

        Kumpulan itu dikatakan nekad melakukan serangan tersebut kononnya atas nama jihad dengan tujuan menakluk Batu Pahat dan kemudiannya meneruskan penaklukan mereka ke atas kerajaan negara ini.

        Ketua kumpulan itu, Ahmad Nasir Ismail yang berasal dari Kemboja dikatakan berjaya mempengaruhi segelintir penduduk tempatan mengikuti ajaran sesat yang dibawanya dengan mengambil kesempatan di atas rasa tidak puas hati beberapa pemimpin kampung.

        Antara yang menjadi kemarahan orang kampung adalah ia dikaitkan dengan kegagalan mereka mendapat hak milik tanah, selain imam yang kecewa kerana tidak lagi dilantik memegang jawatan tersebut.

        Ahmad Nasir akan merapati golongan pemimpin yang kecewa itu dengan menyatakan rasa simpati dan akhirnya berjaya meresapkan ajaran sesat di kalangan mereka sebelum ia disebarkan pula kepada orang lain.

        Mengimbau kembali tragedi ngeri itu, bekas anggota polis yang bertugas di Balai Polis Tongkang Pechah sewaktu kejadian itu berlaku, Ahmad Nasuha, 83, berkata, sebaik sahaja menerima aduan, polis telah menjalankan siasatan tentang kumpulan ajaran sesat yang didakwa itu.

        ‘‘Penduduk kampung membuat aduan tentang kumpulan itu yang mengamalkan ajaran sesat di puncak Bukit Payung dan merancang untuk menyerang Balai Polis Batu Pahat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

        Katanya, dia juga dimaklumkan bahawa antara ajaran sesat yang dilakukan kumpulan itu adalah membaca zikir dengan menyebut nama ‘Guru Yahya’ berulang-ulang kali dan tidak perlu menunaikan solat Jumaat.

        Bagaimanapun jelas Ahmad, usahanya menjejaki kumpulan tersebut dengan turut mendaki Bukit Payung gagal menemui mereka kerana difahamkan kumpulan itu hanya mendaki bukit tersebut pada waktu-waktu tertentu.

        ‘‘Kumpulan ajaran sesat itu menempah pedang yang digunakan untuk menyerang balai daripada seorang tukang pedang di daerah ini.

        ‘‘Namun, siasatan mendapati tukang pedang itu tidak bersalah kerana hanya mengambil tempahan tanpa mengetahui niat sebenar kumpulan ajaran sesat itu,” katanya yang ketika kejadian, berpangkat Lans Koperal.

        Sementara itu, motif serangan kumpulan tersebut di Pejabat Kadi Batu Pahat dan Mahkamah Syariah setelah mengamuk di balai polis dikatakan berikutan keputusan hakim mengatakan ajaran dibawa kumpulan itu adalah sesat.

        Usaha menemui pihak pejabat kadi bukan sahaja dimaklumkan mereka tidak mempunyai rekod tentang kejadian itu, malah pejabat kadi juga telah dipindahkan berdekatan dengan Masjid Jamek Sultan Ismail.

        Manakala pejabat asal bangunan itu telah dirobohkan dan didirikan Bangunan Wakaf yang menempatkan kemudahan mesin dialisis.

        Seorang saksi kejadian, Suhari Sarjani, 64, berkata, sekumpulan antara empat hingga lima lelaki berjubah putih dengan kesan darah pada pakaian masing-masing telah bertempik ‘Allahu Akbar’ dengan salah seorang daripadanya bergerak menuju ke bilik pejabat hakim mahkamah syariah.

        Menurut Suhari, mahkamah syariah ketika itu ‘menumpang’ kawasan bangunan pejabat kadi.

        ‘‘Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan tiada sesiapa pun cedera. Mereka beredar selepas tidak menemui orang yang dicari,” katanya

        Suhari yang ketika itu bertugas sebagai pemeriksa zakat mengakui dia langsung tidak menyedari Balai Polis Batu Pahat telah diserang terlebih dahulu dan pada mulanya sekadar menyangka darah yang terlekat pada jubah putih lelaki yang melakukan serangan itu hanya cat berwarna merah.

        ‘‘Selepas kejadian itu, kami ada berbual dan hakim berkenaan beritahu, setelah selesai berurusan di pejabat pos, beliau sememangnya mahu ke mahkamah tetapi membuat keputusan balik ke rumah untuk mengambil wuduk terlebih dahulu. Jika tidak, tak tahu apa yang berlaku,” katanya.

        Bawa pedang ‘Imam Mahadi’
        Gambar fail menunjukkan mangsa yang terlibat cedera dalam kejadian serangan ke atas Balai Polis Batu Pahat menerima kunjungan pegawai tinggi polis. Foto: Utusan
        Kira-kira pukul 9.30 pagi, saya sedang tidur di beret bujang, dikejutkan oleh rakan sekerja untuk keluar bertugas pada pukul 10 pagi.
        ‘‘Pada masa itu kami tidur pakai kelambu, ruang tidur saya menghadap bahagian belakang balai. Keadaan balai pada waktu siang tiada sentri kerana ia hanya beroperasi sebelah malam sahaja,” kata Abu Sarin Mohd. Sharif, 51, memulakan cerita.

        Ketika bangun untuk membuka kelambu itulah, Abu Sarin ternampak sebuah teksi berhenti dalam keadaan tergesa-gesa. Kesemua enam orang yang keluar dari teksi tersebut berpakaian serba putih.

        ‘‘Pada mulanya, saya tak nampak senjata yang mereka bawa sebab semua berbalut dengan kain putih. Tetapi apabila mereka mula melibas sesiapa sahaja yang dijumpai, saya sedar keadaan dalam bahaya,” katanya lagi.

        Ekoran itu, Abu Sarin berkata, dia terus mengejutkan anggota-anggota lain dan memberitahu mereka bahawa balai telah diserang.

        Dalam keadaan tidak bersenjata, bekas koperal ini berkata, tindakan yang wajar dilakukan mereka hanyalah cuba menyelamatkan diri.

        ‘‘Tetapi apabila fikir balik, sampai bila nak biarkan sahaja. Kebetulan pada awal pagi yang sama, ada beberapa anggota Unit Kawalan Kawasan (UKK) membuat latihan sekatan jalan raya dan mereka singgah ke balai.

        ‘‘Jadi, mana-mana anggota yang terlibat ada membawa senjata ‘HK’, macam M16. Setiap magazine ada 11 peluru. Itulah senjata yang kami gunakan.

        ‘‘Sebenarnya mereka datang dengan dua kereta. Satu dari belakang dan satu dari depan (balai). Depan lima orang, belakang enam. Strategi mereka, menyerang dari kedua-dua arah dan bertemu di tengah,” katanya.

        Masih Abu Sarin ingat, seorang sarjan yang tercedera ditetak, memaut kakinya sambil meminta tolong agar dia menyelamatkan ahli keluarganya.

        ‘‘Serta-merta semangat saya datang. Saya minta dia bersabar dan terus sandarkan dia ke tepi tiang. Keadaan dia berlumuran darah,” tambahnya.

        Perasaan Abu Sarin menjadi semakin tidak keruan. Dalam fikirannya, yang berlegar-legar hanyalah untuk menamatkan ‘peperangan’ tersebut.

        Dalam keadaan terpinga-pinga, seorang anggota UKK telah melepaskan tembakan. Baru Abu Sarin tersedar dia juga harus melepaskan tembakan.

        ‘‘Seorang penyerang yang terkena tembakan masih boleh berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang sejauh kira-kira enam meter untuk menyerang kami.

        ‘‘Bila dia rebah, datang seorang lagi penyerang dari luar, kami tembak. Saya tak dapat lupa semasa memeriksanya untuk pastikan masih hidup atau mati, anak mata penyerang terbabit berpusing macam gasing,” kata Abu Sarin.

        Paling menggembirakan Abu Sarin apabila melihat semua anggota yang terbaring dan disangkanya telah mati, rupa-rupanya masih hidup.

        ‘‘Saya ingat mereka semua dah mati. Tetapi selepas saya melangkah, seorang demi seorang bangun sambil menahan kesakitan.

        ‘‘Sejurus saya keluar semula ke depan (balai), saya terdengar satu lagi tembakan dari arah belakang. Seorang anggota polis (Chandra) membawa seorang penyerang yang masih hidup. Saya tengok pedangnya tertulis Imam Mahadi. Dia menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahadi,” katanya.

        Apa yang menghairankan Abu Sarin ialah apabila diselak penutup muka penyerang terbabit, dia mendapati wajahnya tidak seperti orang Melayu.

        ‘‘Tanpa malu, saya buka seluar dia. Dia tidak berkhatan,” katanya sambil menjelaskan penyerang yang mendakwa sebagai ‘Imam Mahadi’ tersebut turut mati setelah mengalami kecederaan parah akibat tembakan.

        “Umur kami masih panjang”
        Faridah Hussin (tengah) melakonkan semula keadaan cemas yang dilaluinya dalam serangan anggota kumpulan jubah putih sambil diperhatikan Rohayah Md. Rawi (kiri), Sarjan Zaiton Yaman (kanan). Foto: Utusan
        Detik mencemaskan bagi Faridah Hussin, 58, kerani yang bertugas di bahagian perlesenan Balai Polis Batu Pahat pada tahun 1980 adalah berhadapan dengan seorang penyerang berjubah putih sedang memegang pedang.

        Ketika itu, bukan sahaja nyawanya terancam malah, anak dalam kandungannya yang berusia enam bulan juga berkemungkinan terbunuh.

        Menurut Faridah, disebabkan mengandungan anak keempatnya itu, dia tidak berupaya untuk bergerak pantas seperti rakan-rakan lain, sebaliknya hanya mampu terduduk sambil memerhatikan penyerang tersebut.

        “Masa itu saya hanya ingat Allah sahaja. Bila dia angkat pedang, saya sebut Allah, dia tak jadi (tetak), kali kedua pun begitu juga tetapi masuk kali ketiga bila keadaan semakin kelam-kabut, dia terus tetak. Tetakan itu kena pangkal lengan tangan kanan,” katanya.

        Sebelum itu menurut Faridah, dia cuba berlari mengikut Haji Hamzah Hassan (ketua kerani) yang melompat keluar dari balai tersebut melalui tembok sebelum tiba-tiba tersedar dia tidak mampu melakukannya kerana hamil.

        “Saya kemudian lari ke belakang dan nampak salah seorang yang bawa pedang sudah tertiarap kena tembak. Disebabkan takut dilibas, saya tak bergerak. Tiba-tiba saya terfikir, inilah peluang nak selamatkan diri.

        “Sebaik sahaja keluar dari balai, saya nampak sebuah land rover dan terus naik. Dalam masa beberapa saat, keadaan senyap,” katanya dan menyambung, hingga kini parut tetakan di lengannya itu masih kelihatan.

        Walaupun situasi itu seperti dalam keadaan nyawa di hujung pedang, Faridah bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan umurnya dan dapat melahirkan anak dengan selamat.

        “Anak yang saya kandung kini merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Machap. Anak lelaki, namanya Mohamad Rahmat Abdul Rahman, 30.

        “Kami pilih Mohamad Rahmat sempena rahmat Tuhan – Allah beri rahmat dan kesedaran apa yang kita lupa, hari ini kami hidup lagi,” katanya.

        Faridah yang kini menetap di Taman Soga, Batu Pahat berharap agar kejadian seumpama itu adalah yang terakhir dan tidak akan berulang lagi di negara ini.

        Sementara itu seorang lagi mangsa, Rohayah Md. Rawi, 58, yang cedera di kepala, tangan dan peha dalam kejadian itu berkata, pada mulanya dia menyangka sekumpulan lelaki berjubah putih yang menaiki teksi memasuki perkarangan balai adalah jemaah haji yang baru balik dari Mekah.

        “Tekaan saya salah apabila mereka bertempik Allahu Akhbar! Allahu Akbar! Disebabkan tiada senjata, saya dan beberapa rakan lain mengambil keputusan untuk menyorok di dalam sebuah bilik.

        “Tiba-tiba pintu bilik ditendang. Saya tak sedar bila masanya kena tetak. Yang saya nampak, banyak darah dan rasa nak pitam,” katanya yang bertugas sebagai kerani pendaftaran ketika peristiwa itu berlaku.

        Sikap ahli-ahli kumpulan itu yang menjerit seolah-olah hilang akal sambil melibas dan menetak dengan pedang sesiapa saja yang lalu di depan mata, membuatkan Rohayah hanya terbayangkan tiga anaknya di rumah.

        “Saya teringatkan suami dan anak-anak yang masih kecil di rumah. Saya ingat saya akan mati, malah kubur pun dan nampak di depan mata,” katanya.

        Akibat tetakan di kepala, Rohayah pengsan seketika tetapi sebaik saja sedar, dia terus menyembunyikan diri di dalam bilik air.

        “Saya nekad keluar dari bilik air dan terus menuju ke ambulans bila dengan bunyi siren. Saya kemudian terus dihantar ke hospital dan saya ingat lagi, luka di kepala dijahit tanpa dibius,” katanya yang bersara sebagai pembantu tadbir bahagian narkotik dua tahun lalu.

        Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi 16 Oktober 1980 itu, sekumpulan 20 pengikut ajaran sesat mengamuk di Balai Polis Batu Pahat dan mencederakan 18 pegawai, kakitangan awam dan orang awam di balai berkenaan.

        Lapan daripada ahli kumpulan itu terbunuh.

        Berbeza dengan Faridah dan Rohayah, Sarjan Zaiton Yaman, 56, lebih bernasib baik apabila dia tiada di tempat kejadian kerana cuti kahwin.

        “Saya balik pada hari balai diserang. Tiba sahaja di beret tengok keadaan macam ‘baru dilanda garuda’. Balai sunyi sepi. Rupa-rupanya semua telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya yang ketika itu berpangkat konstabel dan baru berusia 25 tahun.

        Mereka saudara saya – Sarjan Azmi

        Azmi Yaacob menunjukkan kecacatan kekal yang dialaminya iaitu kudung jari hantu. Foto: Utusan

        Sarjan Azmi Yaacob, 51, langsung tidak menduga dua daripada enam penyerang berjubah putih di Balai Polis Batu Pahat yang ditembak mati oleh anggota polis adalah saudara berpangkat datuk dan moyangnya.

        Malah, dia sendiri diserang tanpa belas kasihan. Seingat Azmi, segala-galanya berlaku terlalu pantas. Tiada sesiapapun yang sempat bertanya apakah tujuan sebenar serangan ‘berani mati’ itu dilakukan.

        “Selepas keadaan kembali seperti biasa, kami sempat berbual-bual. Dari situ, baru saya tahu kebanyakan mereka adalah saudara mara saya. Menitis air mata bila mengenangkan apa yang telah berlaku,” katanya.

        Mengulas lanjut, Azmi berkata, dia tidak mungkin dapat melupakan tragedi yang hampir meragut nyawanya.

        “Masa kejadian, saya baru bertugas kira-kira 10 bulan. Saya bekerja di bahagian pertanyaan sebagai petugas gerak pantas. Maknanya, kata ada laporan tentang orang gila, saya kena pergi siasat segera,” ujarnya.

        Ketika berada di dalam pejabat tersebut, dia tiba-tiba terdengar jeritan Allahu Akhbar! Allahu Akhbar berkali-kali di luar.

        “Saya tinjau ke luar dan nampak sebuah kereta (teksi). Kereta itu ‘parking’ betul-betul di depan pejabat. Beberapa orang berjubah putih yang tidak dikenali keluar dan terus meluru ke dalam balai,” katanya lagi.

        Azmi yang kini bertugas di Cawangan Kenderaan, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat berkata, keadaan kelam-kabut itu menyebabkan dia tidak mampu melakukan apa-apa kecuali terpaksa mempertahankan diri sendiri.

        “Saya yang duduk di kaunter pertanyaan terus tergamam melihat aksi lelaki berjubah putih menjerit dan melibas-libaskan pedang di tangan.

        “Masa itu, sesiapa sahaja yang ditemui akan dilibas. Saya turut terkena libasan di beberapa anggota badan sehingga memaksa saya lari menyelamatkan diri ke bahagian belakang balai,” katanya.

        Azmi berkata, ketika di belakang balai, dia dihalang beberapa lelaki berjubah putih. Penyerang terus menetak bahagian belakangnya, namun dia sempat melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan dua penyerang mati.

        Beberapa libasan yang mengenai Azmi, menyebabkan dia mengalami luka parah di bahagian belakang, dahi, lengan tangan dan tangan kiri sehingga menyebabkan salah satu jarinya (jari hantu) terpaksa dipotong.

        Kecut perut dengar rancangan mereka – Imam
        Keadaan mangsa yang terlantar di hospital akibat serangan sekumpulan lelaki berjubah putih di Balai Polis Batu Pahat pada tahun 1980 mendapat liputan meluas akhbar-akhbar tempatan ketika itu. Foto: Utusan

        “Kecut perut saya bila orang berjubah putih yang datang ke rumah memberitahu untuk menyerang balai,” kata Imam dan Jurunikah Kampung Mohd. Noor, Batu Lima Batu Pahat, Sharani Tokachil, 70.

        Menurut Sharani, sehari sebelum serangan itu berlaku, sekumpulan kira-kia 20 lelaki berjubah putih tersebut telah mengunjungi rumahnya.

        “Waktu itu petang, hampir nak masuk Asar, salah seorang daripada mereka telah memberi salam dan meminta kebenaran untuk menumpang menunaikan solat di rumah ini,” katanya.

        Selesai solat, mereka berbual seketika dan topik yang begitu menakutkan imam itu adalah ketika ahli kumpulan tersebut memberitahunya rancangan untuk menyerang Balai Polis Batu Pahat.

        “Disebabkan terkejut dan takut dengan apa yang didengar, saya tak begitu jelas tentang motif sebenar perancangan mereka,” kata Sharani.

        Bagaimanapun seingatnya, kegagalan untuk mendapatkan hak milik tanah turut menjadi sebab mengapa mereka nekad melakukan serangan tersebut.

        Menurut Sharani, selesai berbual, kumpulan itu terus beredar tetapi tidak lama kemudian hujan.

        Keadaan itu menyebabkan ahli-ali kumpulan tersebut berteduh semalaman di sebuah pondok di kebun getah milik salah seorang penduduk kampung terletak kira-kira 500 meter dari rumah Sharani.

        Dalam kebingungan menurut Sharani, dia telah memberitahu pertemuan dan perancangan kumpulan jubah putih itu kepada bapa angkatnya.

        Setelah berbincang, mereka sepakat mengatakan apa yang dirancangkan tersebut adalah salah. Maka keesokannya, kira-kira pukul 9 pagi, Sharani dan bapa angkatnya membuat laporan di Balai Polis Tongkang Pechah.

        Dia langsung tidak menyangka bahawa kumpulan jubah putih tersebut akan menyerang Balai Polis Batu Pahat, hanya kira-kira setengah jam selepas dia membuat laporan.

        Difahamkan, kumpulan itu telah meletakkan batang-batang pokok getah yang tumbang dan dipotong untuk merintangi Jalan Yong Peng-Parit Sulong berdekatan pondok tempat mereka berteduh.

        Malah, sebuah teksi yang terpaksa berhenti akibat halangan batang-batang pokok itu telah dirampas oleh kumpulan jubah putih itu.

        Bercerita lanjut, kata Sharani sebelum itu, penduduk Kampung Mohd. Noor dan Kampung Kolam Air telah beberapa kali melihat kumpulan jubah putih ‘naik turun’ Bukit Payung di kampung mereka, namun tidak menyangka mereka akan bertindak jauh sehingga sanggup menyerang balai polis.

        Ahli-ahli kumpulan itu juga katanya, tidak menggangu penduduk malah membelanja mereka minum di sebuah kedai runcit di kampung tersebut.

        Bagaimanapun katanya, beberapa laporan polis telah dibuat oleh penduduk kampung yang bimbang kumpulan itu mengamalkan ajaran sesat.

        ‘Mereka sangka saya dah mati’
        Lapan ahli jubah putih yang terbunuh dalam serangan ke atas Balai Polis Batu Pahat dikebumikan dalam satu liang lahad.
        Pagi itu seperti biasa, Johan Jalil, berusia 21 tahun ketika itu baru selesai minum di gerai berdekatan. Dia kemudian terus menuju ke Balai Polis Batu Pahat, Johor untuk memulakan tugas hariannya.

        Walaupun hanya bekerja sebagai pelayan pejabat, Johan dikehendaki memakai pakaian seragam polis sebagai syarat pekerjaannya.

        “Ketika berada di dalam balai, saya terdengar bunyi tembakan. Saya fikir itu latihan tembakan yang biasa dilakukan oleh anggota.

        “Saya buat endah tak endah. Tiba-tiba saya nampak orang berlari dalam keadaan berlumuran darah, saat itu baru hati saya terdetik – balai kena serang,” katanya.

        Menyedari keadaan yang berlaku, Johan yang kini berusia 51 tahun, hanya mampu bertawakal. Dia tahu, tanpa senjata tiada apa yang boleh dilakukan kecuali menyelamatkan diri.

        Sedang berfikir-fikir itu, dia diserang dengan pedang oleh seorang ahli kumpulan jubah putih. Johan berjaya mengelak. Dalam keadaan kelam-kabut, Johan cuba bertanya mengapa dia turut menjadi mangsa serangan?

        “Bila saya tanya kenapa pakcik serang saya, kita kan orang Islam? Dia diam saja. Saya cuba rampas pedang tapi gagal. Akhirnya dia tetak pinggang saya. Bila jatuh, dia mula tetak perut pula.

        “Darah keluar mencurah-curah, dalam kesakitan, saya cuba bangun tetapi licin (disebabkan darah). Akhirnya saya rebah, hampir tak sedarkan diri. Beberapa ahli jubah putih itu memeriksa saya dan menyangkakan saya sudah mati. Waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya,” katanya.

        Ketika ditinggalkan kerana menyangka dirinya telah meninggal dunia, Johan bangun dan berusaha keluar dari balai polis. Malangnya, dia terserempak lagi dengan mereka dan kali ini, dia ditetak di dahi pula.

        “Saya lari sampai ke Caltex, kira-kira 100 meter dari balai polis. Saya hanya selamat selepas berjaya menahan sebuah kereta,” katanya.

        Tiba di Hospital Muar, Johan diberi rawatan di unit rawatan rapi (ICU). Disebabkan kecederaan teruk yang dialami di pinggang, perut dan dahi, doktor sendiri tidak menaruh harapan bahawa dia akan terus bernyawa.

        Kesan daripada pengalaman berdarah itu, Johan berkata, dia tidak boleh melihat perempuan memakai tudung atau lelaki memakai serban menghampirinya kerana merasakan ia mirip ahli-ahli kumpulan jubah putih.
        Jenazah disemadikan dalam satu liang lahad
        Daud Masod menunjukkan pusara anggota kumpulan ajaran sesat Jubah Putih yang disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cermai, Batu Pahat. Foto: Utusan

        Kampung Jorak Senawi dalam sekelip mata menjadi tumpuan ramai apabila salah sebuah rumah di situ dilaporkan menjadi tempat persembunyian kumpulan jubah putih.

        Namun, usaha menemubual pemilik rumah tersebut gagal apabila ahli keluarganya enggan dikaitkan dengan peristiwa itu.

        Ketua Kampung Jorak Senawi, Shamsuddin Corong, 58, ketika ditemui berkata, apa yang berlaku harus menjadi pengajaran kepada masyarakat.

        “Yang sudah itu sudahla… Orang kampung tak suka dikaitkan dengan apa yang pernah berlaku dulu. Sebenarnya kampung ini tak ada kena-mengena dengan penyebaran ajaran sesat seperti yang diperkatakan,” katanya.

        Shamsuddin amat berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap penduduk kampung itu kerana mereka tidak pernah menjadi pengikut ajaran sesat tersebut, sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kebetulan.

        Sementara itu, kesemua lapan ahli jubah putih yang terlibat menyerang Balai Polis Batu Pahat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat, tidak jauh dari Kampung Jorak Senawi.

        Menurut Daud Masod, 47, sejak bertugas sebagai penjaga kubur di kawasan itu sejak tahun 1992, dia belum pernah melihat mana-mana waris mengunjungi kuburan tersebut.

        “Kita menjaga atau membersihkan kubur ini seperti kubur-kubur lain. Tiada keistimewaan tertentu. Kita juga tidak membenarkan mana-mana pihak melakukan perbuatan syirik,” katanya.- Khalic.com

        Blog Archive

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...