Showing posts with label pm. Show all posts
Showing posts with label pm. Show all posts

PM Umum Dana Tambahan RM1 Billion Kepada Tekun Dan Amanah Ikhtiar

SHAH ALAM, 14 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bilangan usahawan Tekun Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015 manakala sahabat AIM pula disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015.

Berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini, Najib berkata peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti AIM, Tekun Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh dalam mengatasi isu akses kepada pembiayaan bagi kalangan usahawan kecil dan sederhana.

Ini, kata Najib bagi memastikan bilangan usahawan Bumiputera yang menerima pembiayaan dapat ditingkatkan.

Perdana Menteri turut memperkenal skim pembiayaan unik baharu – Skim Permulaan ‘Entrepreneur’ Baharu Bumiputera (Superb) yang akan membantu syarikat permulaan menerusi dana sebanyak RM100 juta, dalam tempoh tiga tahun.

Superb akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada usahawan baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik dan mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

“Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baharu Usahawan Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko.

“Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi dalam menyertai bidang bidang baharu berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau,” katanya.

Perdana Menteri berkata bagi menjawab keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses pasaran, semua Kementerian dan GLC telah diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera.

Pemilihan vendor juga mestilah berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera bagi memastikan mereka dapat dipupuk supaya berdaya maju dan mampan, katanya.

Menyentuh pemerkasaan Program Pembangunan Vendor (VDP), Najib berkata Petronas akan melonjakkan program VDPnya bagi mengukuhkan rantaian bekalan sektor minyak dan gas.

Tindakan yang sama akan dilaksanakan Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

“Seiring itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, sebagai langkah untuk memastikan peluang syarikat Bumiputera memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar ‘Carve-out’ akan diperluas kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC.

“Dasar ini telah berjaya dilakukan dalam projek MRT, dengan 47 peratus atau RM9.0 bilion diluluskan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi.

“Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenal pasti untuk terlibat dalam program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh,” kata Najib. - Umno Online

Najib Umum Tambahan 2,000 Unit Rumah Rakyat Untuk Warga Kota Bharu

KOTA BHARU - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata suasana politik di Kelantan ini kini dilihat lebih baik berbanding ketika pilihan raya umum pada 2004 dan 2008, yang memberi indikasi sokongan rakyat semakin cenderung kepada BN.

"Peluang berjumpa orang Kota Bharu hari ini saya nak tanya adakah suasana hari ini lebih baik daripada 2004, 2008 ?

"Kalau hari ini lebih baik, saya nak isytiharkan tahun ini sebagai tahun Kelantan tukar kepada BN...kalau tahun ini tak tukar jugak saya tak tahu la bila lagi," katanya yang disambut sorakan kira-kira 15,000 warga Kota Bharu yang berkumpul di Maktab Sultan Ismail di sini.

Hadir sama Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan pengerusi Datuk Dr Awang Adek Hussein, calon BN bagi parlimen Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim, Tan Ken Ten (Kota Lama) dan Kanidy Omar (Tanjung Mas).

Sementara itu Najib turut mengumumkan tambahan 2,000 unit rumah akan dibina di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk warga Kota Bharu.
  
Najib berkata ini merupakan tambahan kepada 1,000 unit rumah PPR di Mukim Bandar dekat sini yang dilancarkan semasa lawatan beliau ke negeri itu Mac lepas.
  
"Rumah ini penting... bagaimana nak duduk rumah satu bilik, anak ramai. Saya cukup hairan perkara macam ini. Ini (pembinaan rumah) adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan ini adalah pembaharuan yang perlu kita buat," katanya.
  
Mengumumkan berita gembira itu pada majlis perasmian Tuisyen Rakyat 1Malaysia di Maktab Sultan Ismail di sini, pengumuman Najib disambut tepukan gemuruh oleh ribuan penduduk Kota Baharu yang menghadiri majlis itu.
  
Pelaksanaan projek PPR fasa pertama itu mencatat rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan perdana menteri pada 20 Jan lepas, selain bukti kukuh kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan Barisan Nasional menepati janji yang telah dibuat.

PPR Mukim Bandar berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Pastikan kita memilih calon yang berguna, supaya rahmat dapat kita kecapi bersama, tak tepati PRU 14 ni kan ada lagi...

Video - Rahsia Penipuan Mustafa Spender PRU13 Akhirnya Terbongkar

Semakin hampir PRU 13 maka semakin kencanglah rakyat jelata berbicara mengenai politik walau dimana saja berada, namun antara kenyataan paling kelakar yang sempat dirakamkan ialah "BN selok (ko) doh trip nih, sampai ke nok buat pilihanraya pun takut terpaksa tunggu masa rapat gandar"

Itulah pemikiran yang ditanam kepada setiap penyokong Pas yang pergi mendengar ceramah-ceramah Pas dan menyebarkan kepada masyarakat sekitarnya, persepsi, andaian dan fitnah adalah antara sumber yang sering dilontarkan kepada pemimpin dan kerajaan BN.

Namun adakah kita patut membiarkan mereka terus tersesat dengan cara mereka berfikir yang telah dicemari dengan dakyah songsang itu, justeru penyokong Pas perlu tahu bahawa BN masih kukuh dan soal tarikh PRU itu ianya perlu dilihat dalam konteks yang luas dan cerdik.

Setakat andaian spender pun boleh diandaikan, samalah juga dalam satu ceramah spender Setiausaha Spender Pas Datuk Mustafa Ali @Spender  yang mengatakan PRU 13 akan dipanggil awal sekitar Februari hingga April 2012 kerana difitnahnya Perdana Menteri terlibat dengan kes Altantuya, dan untuk mengelakkan PM diheret menjadi saksi kes tersebut, PM terpaksa mengumumkan PRU 13 dengan segera. Akhirnya spender cap 'boyo' jugak yang terbongkar.

Kesimpulannya adalah serba tak kena, buat PRU awal difitnah sebab takut kerana terlibat dengan kes Altantuya, bila buat lewat dikatanya BN sudah lemah dan takut nak buat PRU awal, akhirnya kedua-dua fitnah itu tersasar dari realiti yang berlaku.

Diatas kebijakkan seorang PM mentadbir ia tidak mempedulikan apapun tohmahan yang dibuat keatas beliau, mungkin kerana pengalaman luas beliau menyebabkan beliau cukup matang dan tidak menjadikan mahkamah sebagai sarkas politiknya.

Hendak dijelaskan kepada pencacai PR yang sedang merapu-rapu dimana Perdana Menteri Malaysia tidak sebodoh pemikiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Najib jadi PM bukan sebab nafsu meroyan macam Anwar nak jadi PM, tapi Najib ada misi dan visinya serta tahu tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang namanya akan disematkan didalam catatan sejarah negara.

Buktinya Najib seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin serta amanah didalam melaksanakan tugasnya adalah beliau meletakkan tempoh masa beliau berkhidmat sebagai PM dan memastikan setiap misinya terlaksana tepat sebagaimana yang dirancangnya, bukan macam Nik Aziz, jika ditanya bila nak buat hudud, Nik Aziz jawab "Nanti dulu, sekarang ni tak boleh sebab Umno ada duk berdiri, lampu merah lagi, bila lampu hijau dan Umno tumbang kita buatlah".

Kalau Najib pakai formula tu jugak gamaknya melingkuplah negara, sebaliknya Najib meletakkan tempoh genap 4 tahun beliau sebagai PM untuk beliau melaksana, mencipta dan mencapai antara 100 perkara yang telah dirancang oleh beliau, dan pada saat-saat akhir sebelum genap 4 tahun beliau menjadi PM, beliau masih lagi berkerja dan berusaha untuk mencapainya antara seperti berikut:

15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

Jadi kita perlu tahu pentadbiran ni bukan perkara main-main, menjadi PM juga bukan sekadar untuk melempiaskan nafsu angan yang besar, tetapi ia perlu ada KPI, dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab ia bukan sekadar hebat dipentas ceramah dan bercakap kosong untuk diukur oleh rakyat, tetapi ia perlu dinilai kepada realiti apa yang dilaksanakan dari apa yang dijanjikan itu ditepati. Anda Mampu Mengubahnya.

Berbicaralah Gambar - Najib Naik Heli Nik Aziz Naik Bot, Tok Guru Pondok Jalan Kaki Tok Guru Politik ???

Petikan dari Harakah "Di antara dua darjat...
Pemimpin rakyat dengan pemimpin anak bangsawan. Pemimpin Rakyat redah "ayor bah" tetapi  pemimpin Parti Bangsawan  tengok banjir  dari awan awangan. kah kah kah......"

Sambung lagi ketawa Harakah kahkahkah. Harakah punya intelek jumud tak habis-habis...Harakah kahkahkah, kot ya pun antara dua darjat biarlah berdarjat dan bertempat, takkanlah nak samakan antara MB dan PM.

Kalaulah jangkauan penglihatan  PM ni macam MB, PM akan turut melantik almenantunya jugaklah jadi CEO PMBK, kerana pandangan singkatnya dari bot melihat sudah tidak ada orang lain yang lebih layak untuk jawatan itu.

Berbeza dengan pandangan luas pemimpin yang meluangkan kesibukkan masanya demi keseluruhan rakyat bagi memantau keadaan banjir dari udara. Sudah tentu pandangan dari udara sangat luas dan manfaat yang akan diberikan juga meliputi keseluruhan rakyat, bukan manfaat kepada kroni dan kaum keluarga serta menantu terdekat semata-mata.

Jika dikatakan mendekati rakyat melalui sentuhan adalah lebih bersifat prihatin, sebenarnya pandangan itu sudah tidak relevan lagi di zaman serba cepat ini, ianya seolah-olah menunjukkan seseorang pemimpin itu tidak ada kerja dan makan gaji buta tanpa perlu memikirkan halatuju sesebuah negeri atau negara yang ditadbirnya.

Sedangkan apa yang perlu oleh rakyat adalah bantuan ehsan daripada pemimpin, kalau setakat melawat tu duk kempen suruh sokong Pas dan buah tangan yang dibawa pula ialah bendera Pas, tak der makna semuanya tu, ke ada siapa-siapa nak kata itu adalah bermakna, tak percaya boleh pergi tanya pakcik yang dalam gambar dibawah.
Begitu juga dengan mengatakan Ulamak sebagai pemimpin, sebab boleh jadi imam, nanti kalau dah mati siapa yang nak imamkan kita kalau kita pilih pemimpin bukan ulamak, jumud ke tidak berfikir macam tu ? Habis tu kerajaan lantik Tok Imam  pasal apa? , lantik Tok Bilal pasal apa? suruh jerlah pemimpin Ulamak jadi imam.

Sama jugak dengan tugas bomoh atau perubatan yang khas untuk menghalau makhluk halus ni, jangan ingat mentang-mentang kita ni lebai kelarah jin akan takut dan lari bila kita halau, tak semestinya, namun tak salah kalau MB nak jadi bomoh, lagi elok jadi bomoh sepanjang masa.
Kesimpulannya sebagai seorang manusia, kita mempunyai tugas masing-masing yang telah diamanatkan berdasarkan kemampuan dan kelayakkan, walau sewarak manapun seorang pemimpin itu menjadi MB, takkan sempurna kerja seorang MB kalau cuba mengambil alih tugas Imam, takkan MB nak tinggalkan tugas MB kerana nak lakukan tugas Imam. 

Hakikatnya kalaupun rakyat pilih pemimpin itu Ulamak, kerja-kerja imam tetap akan dilaksanakan oleh Imam yang telah dilantik bukannya pemimpin yang dipilih. Letaklah sesuatu itu biar kena pada tempatnya. Anda Mampu Mengubahnya.

Percayalah...Takkan sama kereta Datsun 120Y Tok Guru pondok dengan kereta Mercedes Tok Guru politik.

Tuan Ibrahim Bagi Mesej Tersirat Bahawa Peliwat Tidak Layak Jadi PM Selain Ulamak

Kahkahkah, Ketua Penerangan Pas punya pemikiran...Tapi tak logik juga pemikiran Ketua Penerangan Pas macam tu jika tidak ada maksud tersirat disebaliknya, Mustahil Tuan Berehing sekolot teori itu!!! 
 
Katanya Al-Arqam diserang kerana sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri, Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri...
Siapa yang serang tu Tuan Bereheng, habis yang Najib duk naik jadi Perdana Menteri tu macam mana ? Lepas ni Muhyiddin pulak, kenapa Anwar diserang ? Siapa yang serang dan siapa pula yang naikkan dia untuk menjawat jawatan PM tu ?

Lebih menarik bab Al-Arqam, Tuan Bereheng kata "Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak", ohh macam tu, maknanya ada jugaklah yang bertentangan dengan syarak, begitu juga dengan Hj Hadi, memang ada jugaklah yang bertentangan dengan syarak ya, Anwar pula bagaimana?, memang ada jugak lah main bontot walaupun sikit-sikit ya ? Jika tidak masakan ada 'point' untuk kena serang.
 
Maknanya teori Tuan Bereheng ni punyai muslihatnya sesama sendiri, beliau sengaja memberikan contoh Al-Arqam yang sememangnya umum mengetahui akan kesesatannya supaya dapat difahami apa yang menimpa Anwar itu sememangnya benar dan bukannya fitnah, soal sedikit atau banyak tidak perlu dipersoalkan, pokoknya ada berlaku...

Namun jika begitu, seolah-olah Hj Hadi turut terkena dengan Tuan Berehing, sebenarnya tidak, isu amanat Hj Hadi adalah isu yang berkait dengan 'perkataan', walaupun isunya berat ia tetap satu isu 'perkataan' yang boleh di'mantik'kan,..
 
Berbeza dengan isu Anwar, liwat adalah isu moral yang berkait dengan perbuatan yang kesannya tidak boleh untuk didolak-dalihkan dengan apa jua cara sekalipun, dan setiap peliwat itu seharusnya dihalang untuk menerajui negara sebagaimana dihalangnya pengamal fahaman sesat, dengan itu penyokong-penyokong Pas perlu faham dengan apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh Tuan Berehing itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Najib Dedahkan Salahguna Kuasa Anwar Semasa Menjawat Jawatan TPM

Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim yang senantiasa lantang dengan memfitnah menerusi ceramah-ceramahnya terhadap Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dilihat kali ini akan rebah tidak terbangun apabila orang yang selalu difitnah olehnya mula bangkit menyatakan kebenaran yang sebenar-benarnya mengenai beliau.

Benarlah kata pepatah, diam ubi diam berisi, dan pepatah Kelate pula menyebut 'Hero tak gadduh' itu sebenarnya ada pada batang tubuh Najib Tun Razak, sikap beliau yang tenang dan cara politiknya yang tidak pernah mengaitkan anak isteri mana-mana pemimpin politik dalam negara ini seharusnya dipuji, dihormati, dikagumi dan WAJIB dicontohi.

Dengan lagak Anwar yang sentiasa kehulu hilir mendewakan diri sendiri, kononnya yang zalim menjadi pemerintah, dan yang baik seperti beliau dipenjarakan, akhirnya didedahkan oleh Najib pada Perhimpunan Agung Umno beberapa hari yang lalu mengenai hal sebenarnya yang berlaku.

Menurut Najib, salah satu punca yang sebenarnya Anwar dipenjarakan antaranya adalah disebabkan Anwar telah menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan polis Cawangan Khas mengubah afidavit untuk melindungi dirinya diatas perbuatan tidak bermoral.

" Dia gunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Cawangan Khas, merubah afidavit bagi menutup perbuatan tidak bermoral itu"

Kenyataan rasmi Najib itu pastinya akan dinilai oleh rakyat yang selama ini hanya mendengar tohmahan sebelah pihak sahaja, sehingga rakyat begitu teruja dan mempercayai kesucian yang diomong oleh Anwar sebelum ini. Ikuti rakaman video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

Tun M: "Kali Ni Najib Cukup Hebat", Turut Kagum Dengan Perwakilan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Ucapan Najib kali ni cukup hebat, beliau telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya.

Terdahulu didalam ucapan dasar yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Najib berkata, Umno tidak akan membiarkan negara ini hancur dan runtuh di sebabkan tindak tanduk pihak yang mentabur fitnah.

"Sudah barang pasti Umno tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.

"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," kata beliau dalam ucapannya yang mengambil masa hampir 90 minit.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, PRU13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negara.

"Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau, Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," kata beliau.

Najib menambah, hasil kerja keras setiap generasi telah membentuk Malaysia, yang dikagumi rakan dan dihormati taulan.

"Siapa menjangka bumi yang sarat dengan segala rencam ini, mampu melepasi, apatah lagi berjaya menangani cabaran bernegara.

"Pilihannya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama, atau didewasakan dengan kebencian yang membara.

"Di satu sudut, jalan mulia yang telah terintis semenjak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman," katanya lagi.

Najib berkata, beliau selaku Presiden Umno bersama-sama timbalanya serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama ALLAH dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

"Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan.

"Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," kata beliau.

Nik Aziz Sifatkan Anwar Tidak Layak Jadi PM, Kerana Dia Bukan Ulamak

 " Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, 6 November 1999.

Oleh yang demikian apakah Nik Aziz merasakan bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat itu seorang Ulamak ?, atau Nik Aziz tidak mengjangkakan masa depan politik Pas yang terpaksa menerima Anwar sebagai ketua didalam pakatan yang dianggotai oleh Pas.

Jika begitu jelaslah Nik Aziz ni seorang yang bagaimana ? hukum halal haram seolah-olah Nik Aziz sahaja yang dapat tentukan, sesuatu perkara yang orang lain buat Nik Aziz kata haram, bila tiba giliran Pas buat perkara yang sama, Nik Aziz kata halal.

Apa itu Ulamak ? Adakah ulamak itu seorang Tok Guru, ataupun Ulamak itu seorang pakar sodomi seperti Anwar Ibrahim ?
  • Pengajar al-Quran dinamakan Tok Guru Al-Quran.
  • Pengajar fardhu ain dinamakan Tok Guru fardhu ain.
  • Pengajar dikir barat dinamakan Tok Guru dikir barat.
  • Pengajar mak yong dinamakan Tok Guru mak yong
  • Pengajar silat dinamakan Tok Guru silat.
  • Pengajar penipu, mencuri, membohong akan dinamakan dengan nama pelajaran yang diajar kepada orang berkenaan.
Jadi bila dilihat dan diperhatikan diri Nik Aziz, beliau hanya mengajar orang ramai bercakap mengenai parti PAS, lalu beliau dinobatkan sebagai Tok Guru Pas, dinaiktaraf sebagai mursyid am Pas. Inilah Nik Aziz.

Al-Quran telah mengtakrifkan ulama' dengan menyatakan dalam surah Fatir ayat 28,  Yang Bermaksud :
"Sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."

Sementara Rasullallah telah meletakkan para ulama sebagai pewaris nabi-nabi. Sabdanya yang bermaksud "ulama itu adalah pewaris nabi-nabi", maka sewajibnya mempunyai ciri-ciri berikut:
    • Memiliki ilmu-ilmu yang ditinggal oleh Nabi Muhammad SAW.
    • Mempunyai sifat dan peribadi yang mulia dan tinggi seperti Siddik, Amanah, Tabligh, Fatanah, bertaqwa, warak, beradab, susah marah, mudah maaf, bersopan, tidak gopoh-gapah, tidak mudah menghukum.
    • Tidak ada sifat-sifat busuk hati yang menyusahkan manusia dan makhluk. Bila kedudukan ini dicapai maka bolehlah dianggap sebagai ulama' seperti kata-kata Imam Hambali dalam perumpamaanya:
      Orang-orang yang bertaqwa pula baginda jelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:

      "Tidaklah seseorang itu diletak (di dalam) kumpulan orang yang mutaqim sehinggalah ia meninggalkan sesuatu yang tak ada apa-apa (perkara yang haram atau ragu-ragu tentang halal haram) kerana takut (bimbang) kepada ada apa-apa (yakni terlibat dengan perkara haram atau tidak betul)"

      Nik Aziz juga lupa bahawa yang mengurus negeri Kelantan dibawahnya, bukan ulama'. Malah hal-hal ekonomi dijaga dan diurus oleh YB Husam Musa yang bukannya ulama' dan beliau hanya tegur, dengar dan ikut sahaja. Begitu juga hal-hal budaya, harta benda, hasil bumi negeri Kelantan, dan lain-lain dijaga oleh orang-orang yang bukan dikategorikan sebagai ulama'.

      Malah semua urusan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan parti Pas termasuk juga Kedah dijaga oleh orang yang terdiri daripada bukan ulama'. Beliau tak sedar kata-kata nya di atas terkena keatas pentadbirannya sendiri. 

      Seterusnya bila diperhatikan ketua-ketua negeri Islam diseluruh negara Islam didunia hari ini pun, seorang pun tidak di kalangan ulama'. Cuma Nik Aziz seorang sahaja yang dikatakan Tok Guru, tetapi tidak diiktiraf sebagai ulama'. Kerana tidak termasuk ta'rif ulama oleh al-Quran dan Nabi Muhammad saw, sebab itu Nik Aziz sendiri pun banyak tidak tahu hal ehwal pengurusan dan tadbir negeri Kelantan sehingga berlaku penganiayaan terhadap rakyat, antara contohnya sebagaimana rakaman perbualan dengan jabatan dibawah penguasaan Nik Aziz. Anda Mampu Mengubahnya.

      Wanita bukan Islam gunting rambut lelaki bukan Islam pun Nik Aziz nak kenakan hukuman Hudud Pas.

        Video - Nik Abduh Sifatkan Hj Hadi Lebih Beriman Dan Layak Untuk Jadi PM Berbanding Anwar

        Kedudukan sebenar Pas didalam Pakatan Rakyat telah diterjemahkan oleh anaknda kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada perhimpunan hijau yang diadakan baru-baru ini.

        Menurut Nik Abduh Nik Aziz, kuasa mentadbir negara ini perlu diberikan kepada yang berhak dan yang mengajak rakyat beriman kepada Allah, orang yang paling berhak dijelaskannya ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

        Benarkah apa yang dikatakan Nik Abduh itu? Pasti penyokong PR tersentak kerana orang yang disebut-sebut malah sudah dinobatkan bakal Perdana Menteri sekiranya PR berjaya ke Putrajaya adalah Ketua Umum Pkr Datuk Seri Anwar Ibrahim, macammana pula Nik Abduh dan Pas nak merampas kuasa tersebut untuk diberikan kepada Hj Hadi selaku orang yang dikatakan layak.

        Maka disitu sudah berlaku pertembungan atau perbezaan pendapat dari mereka, perbezaan ini pula melibatkan perkara yang paling asas didalam sebuah pembentukkan kerajaan, silap percaturan pertelagahan memilih ketua itu akan mendatangkan ketidakstabilan dalam negara, huru-hara bakal tercetus akibat penyokong dua puak ini masing-masing inginkan ketua dari parti mereka itu untuk mengepalai kerajaan.

        Parti yang taksub atau eksktrimis tidak memilih siapa untuk dipancungnya, tak kira kawan mahupun lawan...Anda Mampu Mengubahnya....

        SU Agung Pas: Hj Hadi Jadi PM Hanya Harapan Ahli Bukannya Keputusan Pas Bersama DAP

        KUALA LUMPUR - Isu siapa menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak perlu dijadikan polemik oleh pemimpin dan penyokong perikatan pembangkang itu kerana ia hanya satu harapan ahli, bukannya usul atau keputusan muktamad Pas.

        Menjawab polemik isu jawatan Perdana Menteri yang tercetus sejak Jumaat lalu di sebalik Muktamar Tahunan Pas ke-58, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara tersebut hanya satu perbahasan dalam pertemuan tahunan pihaknya.

        Malah kata beliau, isu tersebut juga bukan satu usul dibawa ke dalam muktamar kali ini.

        “Maka tiada keperluan sebenarnya untuk media memainkan perkara ini kerana ia bukan sebahagian daripada usul muktamar,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

        Sehubungan itu tambah Mustafa, cadangan supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri hanya luahan sayang para perwakilan ke atas beliau yang dianggap bapa, yang dihormati dan disanjungi ketika perbahasan muktamar.

        “Ahli-ahli Pas hanya mengharapkan yang terbaik untuk ayah mereka... sebagaimana anak-anak lain mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa sendiri. Walau bagaimanapun, harapan anak tidak semestinya sama dengan hasrat ayah,” katanya.

        Mustafa juga dipetik berkatam tidak berbangkit soal jumlah kerusi di dalam Pakatan Rakyat.

        “Selain di Kelantan, negeri-negeri yang dimenangi PR seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor semua memerlukan ketiga-tiga parti komponen untuk bersama, baru boleh membentuk kerajaan.

        “Selain Pas di Kelantan, PKR di Selangor, DAP di Penang dan Pas di Kedah, semuanya tiada majoriti untuk memerintah sendiri jika tidak bersama-sama dengan rakannya dalam PR.

        "Walaupun mendapat kerusi terkecil, Adun Pas dipilih menjadi Menteri Besar di Perak,” katanya lagi.

        Oleh yang demikian, beliau menasihatkan para pemimpin dan penyokong PR berwaspada dengan media yang cuba melaga-lagakan parti-parti komponen PR.

        “Fokuskan kepada kerja untuk memenangkan PR. Dan yakinlah dengan 'track record' PR dalam kerjasama, kematangan dan muafakatnya selama ini dalam membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat bila tiba masanya nanti,” tambah beliau. - Sinar Harian

        - Kahkahkahkah, macam-macamlah, sekali cakap macam lain, sekali lagi macam lain, siapa sebenarnya yang sedang kuasai Pas sekarang ini sehingga membuatkan Pas kelihatan begitu buruk dan tidak senonoh ini.

        Pas memang tak boleh diharap, terlalu takut kepada DAP, rela mengenepikan suara akar umbi demi menjaga kepentingan politik DAP, umat Islam dan orang Melayu pasti akan hancur sekiranya memberi kuasa kepada Pas. Anda Mampu Mengubahnya.

        Tun Mahathir: Bagi Kat Karpal Singh Jadi PM, Bila Pencen Dapat Tun Tau

        KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar melantik Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh sebagai Perdana Menteri jika PR rakyat berjaya mentadbir negara.

        “Bagi kat dialah (Karpal Sigh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi,” katanya dengan sinis ketika ditanya wartawan berhubung kecelaruan PR dalam soal siapa layak jadi Perdana Menteri.

        Menurut beliau, rakyat boleh melihat sendiri sikap pemimpin pembangkang yang sudah berebut-rebut jawatan sebelum berjaya menguasai kerusi di Parlimen.

        “Inilah yang kita lihat belum jadi kerajaan dah berebut-rebut dah. Bukan sahaja Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), bukan sahaja Anwar (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), Karpal Sigh pun nak jadi Perdana Menteri jugak,” katanya.

        Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian perwakilan di Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri sekiranya kemenangan berpihak kepada PR pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

        Bagaimanapun, DAP dengan tegasnya mengulangi pendirian mereka mahukan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri jika PR memerintah.

        “Ini adalah pilihan sepakat bagi ketiga-tiga parti, bahawa jika Pakatan Rakyat menang, Anwar yang akan menjadi perdana menteri,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

        Mengulas lanjut berhubung perkara itu , Dr Mahathir berkata DAP, mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu, oleh kerana itu mereka beriya-iya mahukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

        “Dia nak orang Melayu percaya pada DAP, kerana pemimpin DAP tidak ada orang Melayu, yang ada sudah lari keluar. Jadi dia nak Melayu punya sokongan, sebab itu dia nak orang Melayu jadi PM, jadi orang Melayu merasa legalah orang Melayu jadi PM.

        “Tetapi, nanti jadi seperti di Perak, bila Nizar (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) jadi Menteri Besar, dia duduk di bawah telunjuk DAP, sebab itu dia bagi tanah, kita tentukan dasar tanah tidak boleh bagi lebih daripada 99 tahun tapi dia bagi sampai kiamat,” katanya.

        DAP Mulai Bimbang Pas Mungkir Janji, Lim Guan Eng Ulangi Pendirian Anwar Sebagai PM

        KUALA LUMPUR - DAP kekal dengan persetujuan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya umum.

        Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PR sentiasa tetap dengan pendirian bahawa ketua pembangkang seharusnya menjadi calon perdana menteri.

        "Setakat yang DAP tahu dan berdasarkan apa yang telah dipersetujui Pakatan, kita mengikut persetujuan dan pilihan untuk perdana menteri adalah Anwar.

        "Kami berpegang dengan apa yang telah dipersetujui bersama-sama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

        Mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau mengalu-alukan saranan untuk beliau menjadi perdana menteri, Lim berkata:

        "Beliau mempunyai kebebasan bersuara dan hak untuk mengatakannya."

        Sebelum ini Hadi memberitahu pemberita selepas kongres parti itu pada hujung minggu yang beliau teruja untuk menjadi perdana menteri.

        Sayap parti, Dewan Ulama dan Muslimat juga mengulangi permintaan mereka supaya Hadi memimpin negara.

        Hadi seterusnya menjelaskan bahawa bagaimana hendak menetapkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika kalah menang seseorang pemimpin itu dalam pilihan raya belum diketahui.

        "Ataupun orang yang dicalon (Anwar)  itu, dia tak menang pilihan raya. Nak lantik dia macam mana? Lantik jadi senator boleh?" katanya lagi.

        Selain cadangan wakil Hairun Nizam supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, nama yang disebut-sebut bakal menjawat jawatan itu ialah Anwar.

        Ditanya media berhubung pengisytiharan oleh Lim Kit Siang bahawa Anwar adalah individu yang paling layak menjadi orang nombor satu negara, Hadi berkata, "ia dalam ceramah, kita bebas untuk bercakap."

        Apakah orang bukan Islam percaya dengan apa yang telah dijanjikan oleh Pas ? Awas!!! Pas sentiasa mungkir janji !!!.

        Muktamar Panas! Dewan Ulamak PAS Mahukan Hj Hadi Jadi Perdana Menteri

        KOTA BHARU - Perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-58 menarik perhatian perwakilan apabila Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaran sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

        Sambil disambut dengan laungan 'takbir', cadangan perwakilan Dewan Ulama, Hairun Nizam itu sekaligus dilihat bahawa sayap parti itu menolak persepakatan pakatan pembangkang untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

        Tegas Beliau, ahli PAS tidak sepatutnya berkempen atau menyokong pemimpin lain di kalangan pakatan pembangkang melainkan Abdul Hadi sendiri kerana dianggap lebih layak memimpin sebuah negara Islam.

        "Apabila negara yang menjadi makmum kepada Allah, tunduk dan patuh kepada Allah, maka sepatutnya yang menjadi kepala tertinggi dalam negara tersebut ialah orang yang paling mengetahui hukum hakam Allah.

        "Saya ingin bertanya kepada perwakilan, siapakah orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia kalau bukan Tuan Guru Presiden?," katanya.

        Selain itu Hairun turut menggesa perwakilan dan ahli PAS agar meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Abdul Hadi kerana Presiden PAS itu adalah pemimpin yang paling berkaliber untuk menjadi Perdana Menteri.

        "Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tapi beliaulah yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, dan kita sebagai anak didik kepada parti Islam tidak sepatutnya kita pula yang kempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa ini berdasarkan syariat.

        "Kita meletakkan keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara," katanya.

        Januari lalu, pakatan pembangkang pernah menyatakan pendirian bahawa Anwar akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU-13 kerana beliau dianggap 'paling bersih', dan tiada calon yang lebih layak di dalam pembangkang untuk memegang jawatan berkenaan.

        Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga pernah berkata, tiada pemimpin di kalangan PKR, DAP dan PAS yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang. - Mstar

        PRU 13 - Tun M Kata Sekarang Masa Yang Sesuai, Dan Najib Minta Jentera Bersiap Sedia

        SERI ISKANDAR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sesuai diadakan bila-bila masa sahaja, termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

        Bekas Perdana Menteri berkata, sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.

        "Bergantung kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya. Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

        Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) boleh menunggu waktu yang sesuai untuk memuktamadkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum namun ini juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk membuat persediaan.

        Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada tahun ini juga.

        Sementara itu, isyarat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat semakin jelas, beliau mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

        Dipetik Bernama, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

        "Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.

        Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.

        Kata Najib, agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar.

        "Siapa hendak pergi perang, kalah. Siapa yang mahu kalah? Kita mahu menang dan kali ini, kita mahu menang besar, sudahkan anda bersedia? Sentiasa bersedia. Bateri kuat tak?," tanya beliau yang mendapat sorakan padu daripada anggota perwakilan yang hadir.

        Seramai 1,698 anggota perwakilan menghadiri persidangan kali ini yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan Persidangan Pergerakan Pemuda dan Wanita.

        Kabinet Bayangan - DAP Selar PKR, Najib Sifatkan PR Tak Layak Bercakap Nak Tubuh Kerajaan

        Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hasrat pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan adalah sesuatu yang belum layak untuk diperkatakan selagi mereka belum bersedia dengan kabinet bayangan.

        Menurutnya, kabinet bayangan adalah perkara asas bagi pembangkang namun menegaskan mereka gagal untuk berbuat demikian.

        "Kenapa mereka masih belum buat (kabiner bayangan)? Adakah mereka takut dan masih tidak tahu jawatan apa nak diberikan kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang atau (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu?

        "Jangan cakap mengenai nak tubuh kerajaan, buat kabinet bayangan dulu," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, Ahad.

        Mengambil contoh mengenai pertikaian perlaksanaan hukum hudud, Najib berkata pakatan pembangkang gagal mencapai persefahaman hingga menimbulkan perbalahan antara PAS dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

        "Jika tidak mempunyai polisi bersama terhadap sesuatu perkara asas, bagaimana nak mentadbir sebuah kerajaan? Anda tidak mempunyai kredibiliti untuk menguruskan kerajaan," katanya.

        Sementara itu Timbalan Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 hanyalah bermimpi disiang hari setelah PKR mengumumkan penyenaraian 20 pemimpin kanan partinya mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13.

        Katanya, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian.

        “PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,”

        “Kalau sudah menang lain hal. Tetapi belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul,” katanya.

        Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding.

        Nik Aziz Marah : Pijak Gambar PM Bukan Kerja Orang Islam

        Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai amat memalukan dan mendukacitakan.

        Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap masyarakat yang bertamadun saling hormat menghormati diantara satu sama lain.

        "Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.

        "Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).

        "Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah,"

        Beliau mengulas tindakan biadab sebilangan peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam sambutan itu di Dataran Merdeka.

        Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baru berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.

        Menurut laporan, parti pembangkang akan menggantikan Jalur Gemilang jika mereka berkuasa.

        Nik Aziz berkata bukan perkara mudah untuk menukar bendera sesebuah negara kerana melibatkan pelbagai prosedur sebelum boleh ditukar.

        "Nak ganti bukan senang, kena bincang bertahun, apa tujuan kita tukar bendera...bendera kita sudah diterima masyarakat dunia, tidak ada cacatnya," kata beliau.

        - Alhamdulillah kalau Nik Aziz masih sedar, Anwar pula bagaimana ?, perlu pihak penganjur atau pembangkang memohon maaf pada YAB Perdana Menteri dan isterinya diatas kebiadapan yang telah dilakukan oleh penyokong fahaman mereka.
        Pak serabai ni bila nak minta maaf ? bila usia rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, bawa bertaubatlah wahai Pak Samad ketika mana masih ada lagi sekelumit hormat rakyat Malaysia kepada anda ?

        Amanat PRU13 - Calon Yang Betul, Layak Dan Amanah Untuk BN Menang Besar - Najib

        Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak  selaku Presiden Umno mengingatkan anggota parti supaya belajar daripada pengalaman pilihan raya umum 2008 agar tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri.

        "Saya tidak mahu lagi politik adu domba sesama kita, tidak mahu lagi politik puak sesama puak... tidak mahu lagi dalam kempen orang merajuk dan mengkhianati.

        "Jika semua ahli sokong calon yang dipilih, mustahil kita boleh kalah pilihan raya," katanya.
        Menurut beliau, sebagai anggota sebuah parti yang cukup matang dan dewasa, segala masalah yang melanda seharusnya diselesaikan.

        "Dah empat tahun. Jangan lagi ada masalah. Jangan tunjuk jari... sudah sudahlah. Rapatkan barisan. Jika sayang parti, kita hendaklah reda. Dipilih Alhamdulillah, tak dipilih pun kita ucap Alhamdulillah. Jika itulah sikap kita bermakna kita telah dewasa dan matang,"

        Tambahnya lagi, apabila beliau menyatakan parti hendakkan 'winnable candidate' (calon boleh menang) semua akan kata mereka adalah 'winnable candidate' tetapi sebenarnya separuh sahaja yang boleh menang.

        Walaupun dalam politik ada pasang-surut, Umno masih lagi parti yang relevan dan akan hidup untuk satu jangka masa panjang.

        "Belajarlah daripada kejayaan tapi guru paling berkesan adalah kegagalan.

        "Saya dah lama.... bila salam dah boleh baca. Bila genggam lagi boleh baca. Semua calon PRU kita kena lulus ujian," katanya sambil memberitahu bahawa banyak petunjuk yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN telah kembali.

        Beliau berkata, pelbagai program dan dasar kerajaan untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat.

        "Kami sedar tuntutan rakyat, tidak seperti pembangkang yang menimbulkan isu hukum hudud menjelang pilihan raya. Kami bina ribuan masjid. Pas pula bina dua masjid sahaja selama 22 tahun perintah Kelantan.

        "Umno akan terus perjuangkan Islam dan peradabannya dipertingkat. Insya-Allah kami letakkan orang yang betul, layak dan amanah. Ulama dan umarak tidak disisih supaya kemajuan Islam terus berkembang," katanya.

        Terdahulu Najib turut menyeru seluruh anggota Barisan Nasional (BN) supaya bersatu hati dalam mengukuhkan kedudukan parti bagi mengekang kemaraan bersifat kotor yang dicipta oleh pembangkang seterusnya memastikan hasrat dan angan mereka merampas Putrajaya tidak tercapai, dan rakyat dapat menikmati kebajikan yang sudah terbukti pada hari ini.

        Beliau juga mengharapkan Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya.

        "Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita perlu ada nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.

        "Mereka tidak layak sebab telah lakukan pembohongan demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka yang masih tidak selesai," katanya.

        Justeru itu, Perdana Menteri berkata secara simboliknya Umno Bahagian Putrajaya mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya, maka maju mundur bahagian itu menjadi penentu kepada usaha untuk mempertahankan tampuk pemerintahan negara.

        "Jadi kita mesti suburkan kekuatan kepada Umno Putrajaya sebab itu kita mesti bersemangat, jangan rasa letih dan tidak boleh rasa letih...jangan begitu, teruskan perjuangan kita.

        "Pastikan yang kita tidak akan berundur walau seinci atau sesaat pun... sebaliknya akan mara terus ke hadapan untuk menjamin masa depan negara yang lebih hebat," katanya.
        Menurutnya, kebanyakan anggota perwakilan Umno Bahagian Putrajaya terdiri daripada generasi pasca merdeka dan oleh itu jangan lupa intipati dalam perjuangan iaitu berkorban apa sahaja dan bersatu-padu untuk mencapai kejayaan.

        "Pada masa kini juga 45 peratus pengundi adalah generasi muda, apakah pemikiran dan jangkaan mereka sama dengan generasi terdahulu. Walaupun mereka lahir selepas merdeka dan mendapat pendidikan serta biasiswa hasil daripada perjuangan Umno dan BN, persoalannya apakah dalam hati mereka menyokong kita sepenuh hati," katanya.

        Najib berkata itulah realiti dan persekitaran baru yang mesti difahami, di samping perlu mengekalkan nilai-nilai lama dan menurutnya adaptasi persekitaran baru juga amat penting kerana dalam demokrasi berparlimen tidak wujud kekebalan politik.

        "Walaupun pernah melalui mimpi ngeri pada (pilihan raya umum) 2008 tapi kita sudah bangun dari mimpi, bina semula kekuatan sikit demi sikit dengan pengorbanan serta susah-payah.

        "Jadi mari bersama-sama rapatkan barisan, teruskan perjuangan bagi memastikan tampuk pemerintahan kekal di tangan BN," katanya.
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...