Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hasrat pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan adalah sesuatu yang belum layak untuk diperkatakan selagi mereka belum bersedia dengan kabinet bayangan.
Menurutnya, kabinet bayangan adalah perkara asas bagi pembangkang namun menegaskan mereka gagal untuk berbuat demikian.
"Kenapa mereka masih belum buat (kabiner bayangan)? Adakah mereka takut dan masih tidak tahu jawatan apa nak diberikan kepada (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang atau (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu?
"Jangan cakap mengenai nak tubuh kerajaan, buat kabinet bayangan dulu," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, Ahad.
Mengambil contoh mengenai pertikaian perlaksanaan hukum hudud, Najib berkata pakatan pembangkang gagal mencapai persefahaman hingga menimbulkan perbalahan antara PAS dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.
"Jika tidak mempunyai polisi bersama terhadap sesuatu perkara asas, bagaimana nak mentadbir sebuah kerajaan? Anda tidak mempunyai kredibiliti untuk menguruskan kerajaan," katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 hanyalah bermimpi disiang hari setelah PKR mengumumkan penyenaraian 20 pemimpin kanan partinya mengisi jawatan menteri dan
timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13.
Katanya, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian.
“PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,”
“Kalau sudah menang lain hal. Tetapi belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul,” katanya.
Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.