Setpol Nik Aziz Ucap 'Assalamualaikum' Pada YB Loke Siew Fook Sebagai Penghormatan

Bagi salam kat orang bukan Islam ker pulak ? Mentang-mentanglah Loke Siew Fook tu dah backup, sejahtera sajer keatas dia, apapun itu tak penting sangat sebab kita tahu Nik Aziz ulamak tersohor, teragung dan terulung selain dari matsom, setakat isu salam macam tu sekejap jer dia helah dan tepis, yang syoknya lepas ni kalau Loke Siew Fook nak pohon tanah atau permit balak kat Kelantan sudah tidak jadi masalah, cakap jer pasti Nik Aziz akan bagi, kalau buat kesalahan pula pasti Nik Aziz akan backup, itulah perangai Nik Aziz, pandai pemimpin DAP ni 'main angin' Nik Aziz yang sememangnya pantang dipuja itu, melayang pulak hak rakyat Kelantan kali ni.

Hal ini juga berlaku sebagaimana  perjanjian antara Kerajaan PAS Kelantan dengan Syarikat Liziz, walaupun syarikat berkenaan telah mungkir, namun kemungkiran itu langsung tidak menghalang syarikat berkenaan untuk meneruskan seperti apa yang dirancang.

Mengikut laporan audit, projek usaha sama dijalankan berdasarkan konsep memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu Syarikat dan Kerajaan Negeri. Mengikut Perjanjian Projek, Kerajaan Negeri akan menyerahkan tanah seluas tidak melebihi 1,000 ekar secara pajakan selama 99 tahun dan Syarikat bersetuju memberikan sumbangan namun laporan audit mendapati sehingga bulan Disember 2011, Syarikat belum melaksanakan komponen projek fizikal seperti lampiran dibawah.
Pindah Milik Tanah Kepada Syarikat

Dalam kes ini, laporan audit pada artikel 5 Perjanjian Projek menyatakan sekiranya pindah milik tanah diperlukan oleh Syarikat bagi pembangunan Projek, Perbadanan Menteri Besar hendaklah membantu Syarikat memperoleh hak milik tanah dan Kerajaan Negeri hendaklah memindah milik tanah tersebut kepada Syarikat. Semakan Audit mendapati tanah seluas 716.8 ekar telah dipindah milik tanpa sekatan kepada Syarikat antara tahun 2003 hingga 2009. Senarai tanah yang telah dipindah milik kepada Syarikat adalah seperti Jadual 2.6. Bagaimanapun, bagi menjamin kepentingan Kerajaan Negeri, pindah milik tanah sepatutnya dibuat selepas Syarikat menyelesaikan projek terutama sumbangan kepada Kerajaan.

Keputusan membenarkan pindah milik tanah kepada Syarikat pemaju ini telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar. Pemilikan tanah tanpa sekatan kepada Syarikat merupakan satu risiko kepada Kerajaan sekiranya projek tersebut tidak disiapkan sebagaimana perjanjian.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK telah bersetuju tanah yang telah diberi milik boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan setelah mendapat perakuan daripada Jawatankuasa sebelum diangkat kepada MMK bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan. Semakan Audit mendapati Syarikat telah mencagarkan tanah seluas 13.52 ekar untuk mendapat pinjaman RM75 juta daripada institusi kewangan untuk membiayai kos projek pembangunan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

Tanah seluas 9.83 ekar dalam Zon A dan Zon B telah terlibat dalam pengambilan balik tanah bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kelantan. Syarikat telah dibayar pampasan RM4.07 juta oleh Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik. Laporan selanjutnya sila rujuk disini

1 comment:

  1. Orang Yang Berbudi Mulia
    http://www.islam.gov.my/e-hadith/orang-yang-berbudi-mulia-0

    Tarikh: Apr 20, 2012
    Riwayat: at-Tirmizi
    Kategori: Akhlak
    Hadith:

    Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".

    Huraian Hadith:

    1. Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.

    2. Islam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.

    3. Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...