Memberi kepada yang lebih berhak tidak bererti kita menafikan hak pengemis-pengemis jalanan, kerana tanpa diketahui sebahagian besar pengemis jalanan terlibat dengan sindeket yang didalangi oleh individu tertentu bagi mendapatkan wang dengan cara yang mudah, orang yang kita anggap pengemis jauh lebih berpendapatan dari kita sehingga dilaporkan pendapatan mereka mencecah hampir RM 12 ribu sebulan, sedangkan insan yang benar-benar berhak terus menderita dan tidak mampu untuk keluar mengemis sebagaimana sindeket pengemis jalanan ini.
Tanggapan bahawa apabila kita sedekahkan kepada seseorang yang kita anggap fakir dan sebenarnya dia tidak fakir kita sudah terlepas dari tanggungjawab kita, dan kemana wang yang kita sedekahkan itu hendak dibelanjakan tidak lagi menjadi urusan kita adalah sudah tersasar dengan niat dan maksud kita yang ingin membantu orang-orang miskin yang memerlukan. Sikap mulia kita yang bermurah hati telah diambil kesempatan oleh golongan tertentu sekaligus menggalakkan budaya seperti ini berkembang yang boleh memberi persepsi buruk terhadap agama dan negara.
Sebelum ini Majalah 3 pernah mendedahkan dimana pengemis warga asing bukan beragama Islam menyamar dengan memakai pakaian Islam menutup aurat seperti bertudung dsbnya lalu duduk merempat dan mengemis di tepi-tepi jalan bagi menagih simpati umat Islam, perlakuan mereka itu sedikit sebanyak dilihat Islam itu miskin dan miskin itu Islam yang berpunca dari penggalakkan kita untuk aktiviti seumpama itu.
Justeru itu berkatkanlah sedekah kita itu pada jalan yang benar-benar berhak, terutamanya anak-anak yatim dan mereka yang tidak punyai kudrat untuk mencari rezeki, prihatin dan pemurahnya kita hanya untuk mereka yang benar-benar daif dan bukannya kepada mereka yang menyamar menjadi daif. Anda Mampu Mengubahnya.
Hari ini Sinar Harian turut melaporkan dimana seorang penghuni rumah kebajikan (nama dirahsiakan) yang sering curi keluar untuk mengemis, didapati menyimpan wang tunai lebih kurang RM15,000 di bawah katilnya selain mempunyai tiga akaun bank berasingan dengan nilai simpanan RM60,000.
Ini semua ditemui selepas dia meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.
Jadi, cerita pengemis kaya di negara kita bukan hanya kisah dongeng atau cerita mulut ke mulut, sebaliknya suatu realiti yang menuntut kita bersama-sama berfikir, bagaimana ini boleh terjadi?
Bukan kita mahu menghalang orang daripada membuat kebajikan, namun manipulasi dalam kegiatan mengemis ini bukan cerita baru.
Dengan adanya pengemis yang kaya, kita tidak mahu negara bertuah ini dianggap sebagai negara yang kaya dengan pengemis.
Lihat sahaja di mana-mana, pengemis sekarang bukan sahaja berwajah tempatan, malah ada juga yang 'diimport'.
Ini terjadi kerana dalam keadaan kita dihadap dengan pelbagai cerita hal pengemis, masih ramai mahu berbaik sangka dengan alasan "saya ikhlas mahu buat kebajikan. Soal mereka menipu, itu antara mereka dengan ALLAH."
Ya, memang benar namun sama ada kita sedar atau tidak, sikap mudah percaya dan tidak usul periksa juga menggalakkan lagi bilangan pengemis yang sekali gus menimbulkan banyak masalah dalam masyarakat kita.
Kita bukan tidak pernah dengar mengenai sindiket yang mengaut kekayaan dengan cara mudah memperalatkan golongan kurang upaya untuk meminta sedekah bagi pihak mereka.
Apabila kita memberi sumbangan kepada golongan ini, kita bukan membantu mereka tetapi menggalakkan lagi penganiayaan terhadap golongan ini kerana hasilnya bukan kepada mereka tetapi kepada pihak sindiket. Ada laporan bahawa sindiket yang tidak berperikemanusiaan ini malah tergamak mencederakan atau merosakkan anggota tubuh pengemis yang diperalatkan bagi memudahkan lagi mereka mendapat simpati.
Itu belum termasuk kumpulan memperalatkan kanak-kanak, berselindung di sebalik penjualan produk, si celik yang kononnya membantu si buta menjual tisu atau penanda buku, walhal tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk berkongsi hasil.
Tidak kurang juga kehadiran pengemis dalam masyarakat kita ada yang berakhir dengan jenayah seperti ragut atau samun.
Soalnya, kita bukan mahu menghalang orang membuat kebajikan atau membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Namun hakikatnya di negara kita, untuk golongan kurang bernasib baik ini, mereka dilindungi dengan sebaik mungkin oleh kerajaan di bawah undang-undang yang khusus untuk melindungi hak dan kepentingan mereka, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183).
Selain itu, terdapat agensi yang khusus untuk membantu mereka seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyediakan bukan sahaja perlindungan malahan kursus kemahiran bagi membantu golongan kurang upaya menjana pendapatan sendiri, rumah perlindungan bagi warga emas untuk mengelak mereka jadi kutu rayau dan sebagainya.
Di negeri-negeri, peruntukan bawah bidang kuasa agensi pungutan zakat juga terbuka luas untuk golongan ini.
Kerana itu, berhadapan dengan golongan pengemis, tidak kira apa modus operandi, mereka harus dicurigai. Jika tidak, memberi sumbangan kepada mereka yang kita anggap sebagai sumbangan kebajikan, sebenarnya ia juga sumbangan untuk meningkatkan lagi masalah sosial dalam masyarakat kita.
kepada tuan punya blog,
ReplyDeleteada yg tak kena dgn script blog tuan hamba. CPU usage PC patik mencanak 100% dan hang. diharap diperbaiki segera
Admin GK jgn layan pencacai haprak anony 2.46 tu,apa kaitan pulak script blog dgn CPU Usage yg naik mencanak,bangang pnya pencacai
ReplyDelete