Nik Aziz Tak Tahu Jenayah Telah Meningkat Di Kelantan

Jenayah yang kian meningkat di Kelantan sekarang ini membimbangkan banyak pihak, jenayah yang berpunca dari pengambilan dadah jenis pil kuda oleh sebahagian besar remaja dinegeri ini telah mencatatkan kes kecurian motosikal yang tertinggi tahun ini yaitu sebanyak 1,926 kes 

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, mahu orang ramai meningkatkan kerjasama dengan anggota polis bagi membantu menangani kes terbabit.

Beliau berkata, tanpa kerjasama orang ramai amat sukar bagi polis untuk bertindak yang bukan sahaja kes kecurian motosikal, tetapi kes jenayah yang lain termasuk pecah rumah, ragut dan rompak.

“Kita tahu sejak kebelakangan ini penjenayah semakin ganas dan bertindak kejam yang bukan sahaja ke atas mangsa, malah anggota polis yang menjalankan pemeriksaan keselamatan,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya mengambil pelbagai pendekatan bagi mendapat bantuan orang ramai dalam menangani kes ini termasuk ronda bersama SRS.

“Kita benar-benar mengharapkan SRS boleh membantu menangani gejala itu, tetapi perlu saya ingatkan mereka jangan bertindak memukul suspek dan serah segera kepada polis,” katanya.

Kes yang meningkat itu pasti mencetuskan kemarahan banyak pihak oleh sebab itu juga Timbalan Ketua Polis mengingatkan supaya masyarakat jangan bertindak memukul suspek sebaliknya terus menyerahkan kepada pihak polis.

Justeru itu bertaubatlah penjenayah sekalian, sepandai-pandai tupai melompat tak der seeokor pun yang belum lagi jatuh ketanah, itu adalah pasti cuma cepat ataupun lambat sahaja, kejahatan mencuri yang menyusahkan orang ramai ini sepatutnya tidak berlaku di negeri berkebajikan dengan 'bajet rohani', tapi mungkin Nik Aziz tak tahu, kalau Nik Aziz tahu makin kuat dia merapu dan menyalahkan Umno semata-mata.

Jika penjenayah itu tertangkap oleh orang ramai, maka peluang untuk dia hidup adalah 50/50, Gk sendiri pernah melihat seorang suspek yang tertangkap lalu dipukul oleh orang ramai sehingga longlai dan hampir k.o, ketika dipukul suspek sempat merayu dan berkata "Tulonglah sakit Abe.., seroh kito ko polis lah", namun orang ramai tak peduli dan terus balun sehinggalah pihak polis sampai. Rupanya sakit dipukul polis lebih sakit lagi jika dipukul oleh orang ramai.

Bagaimanapun tidak seharusnya kita menyalahkan masyarakat yang memukul penjenayah dengan sedemikian rupa, kerana penjenayah sendiri yang tidak kasihankan diri dia, kalau jahat sangat nak buat jenayah jangan nak ragut, mencuri atau merompak orang kebiasaan, pergi samun orang yang kaya-kaya macam Nik Aziz tu, mereka banyak duit boleh claim insurance, ini langsung tidak fikir, pergi samun orang tua, wanita apa ke jadahnya, lepas tu macam mana tak mampus dibalun orang.

Masyarakat harus peka dalam menangani jenayah, penjenayah boleh bertindak dengan kejam sehingga sanggup membunuh, bulan lalu berlaku di Pasir Puteh seorang nenek disamun dan dibunuh oleh anak saudaranya sendiri, semuanya berlaku kerana kegagalan kerajaan negeri untuk menarik pelabur asing sekaligus menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, akibat dari itu kebanyakkan remaja cenderung untuk memilih kerjaya menyamun, untuk menyamun perlu berhati kering, dan untuk berhati kering kebanyakkan mereka dinasihatkan rakan sejenayah untuk mengambil dadah.

Seterusnya pengambilan dadah itu menjadi satu ketagihan yang memaksa mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah setiap hari, apakah dengan pekerjaan yang halal mampu menanggung dadah mereka ?, ianya pasti sudah terlambat, untuk mengubah keadaan ini tidak ada cara lain melainkan memilih pemimpin yang tidak hanya pandai bercakap, tetapi mampu untuk memberi keselesaan kepada rakyat, dengan cara itu jugalah syiar Islam dapat berkembang dan ditegakkan dengan sempurna. Anda Mampu Mengubahnya.
Rakaman video dibawah buat renungan bersama dan peringatan kepada penjenayah.

3 comments:

  1. Ho aloh mu tak tau ko..sian mu dinegeri hok mu perintah bukan jenayah je yang nombor one tapi kes hiv dan penagih dadah baru pun negeri mu jadik juara nombor one..guana mu perintah negeri ni..dah lebih 22 tahun mu pencen je laa..mu sesekali tu pandang la diri sendiri yang kain nak terlucut doh..jangan dok asyik mu kutuk orang lain je..

    ReplyDelete
  2. Pakcu Rantau Panjang10/01/2012 11:42 AM

    Bila keadaan bercelaru maka pihak polis juga yang menjadi sasaran. Bila asyik ceramah siang malam isu jenayah jadi kebelakang. Biar apa nak jadi asalkan boleh jadi YB.....maafkan Pakcu sekadar seloka pagi.....

    ReplyDelete
  3. Pok nik, cepatlah buat hudud kat kelate..biar sampai ke mahkamah..sekurang2nya PAS benar2 cuba dan berjihad..pasti ALLAH akan tolong sama..ini tidak..dah 22 tahun lebih, habuk pun tarak..jihad cakap2 dan untuk pilihanraya je..yang mahkamah tak beri untuk bersih, berani pulak langgar...biasalah PS jual agama untuk dunia yg sedikit..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...