Permainan Politik Pembangkang Melalui Kabinet Bayangan Kelirukan Rakyat- Najib

KUALA LUMPUR - Kabinet bayangan pakatan pembangkang disifatkan sebagai suatu 'permainan' yang hanya mengelirukan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pembangkang memberi mesej yang bertentangan apabila ada yang mendakwa ia adalah kabinet bayangan dan juga menafikan serta tidak memerlukannya yang mereka cuma boleh membentuk kerajaan apabila menang pilihan raya sahaja.

"Ini semua permainan mereka sebenarnya supaya mengelirukan rakyat sebab mereka pada asasnya apabila mereka tidak boleh berbuat sesuatu yang memberi keuntungan politik, mereka mencari pelbagai helah untuk mengelirukan rakyat atau melakukan sesuatu,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Menara Dato’ Onn di sini, malam Jumaat.

Najib berkata, salah satu daripada keperluan dalam sistem yang dikatakan demokrasi Westminster seperti di England ialah menubuhkan sebuah kabinet bayangan ketika menjadi pembangkang.

“Ini supaya kabinet bayangan selain berfungsi waktu mereka menjadi pembangkang boleh menjadi satu punca atau asas untuk rakyat menilai pasukan mereka itu sama ada berwibawa atau tidak.

“Dalam hal ini, mereka tidak berbuat demikian,” katanya.

Beliau menambah, walaupun terdapat kabinet bayangan tetapi ia boleh dipertikaikan daripada pelbagai sudut antaranya pembangkang tidak menunjukkan penyertaan yang seimbang dan menyeluruh mengikut wilayah dan kronisme.

"Mereka selalu dakwa kita kronisme tapi bila sampai kepada mereka, merekacuba pertahankan apa yang dilakukan,” kata Najib. -Mstar

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...