Nik Aziz: Hanya Muslimat Beriman Saja Yang Sanggup Beri Gelang Emas Ini Kepada Pas

PENGKALAN CHEPA - Seutas gelang tangan yang dianggarkan bernilai RM3,000 telah didermakan oleh seorang muslimat untuk dana Pilihanraya Umum 13 bagi Dun Chempaka.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika membuat pengumuman itu memberitahu gelang tangan berkenaan didermakan untuk Muslimat Dun Chempaka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Mawaddah dan Pertandingan Kerajinan Tangan Dun Chempaka pagi tadi.

Menurutnya, tidak ramai yang sanggup menderma barang kemas yang sering di pakainya, apa lagi dengan kadar harga bukan sedikit.

“Saya serahkanlah pada Muslimat Chempaka, nak buat apa tentang barang kemas ni, nak jual ke atau macamana kemudian masukkan sumbangan itu dalam tabung sebagaimana yang dihajati,”ujarnya.

Menyentuh tentang keluarga mawaddah hanya Islam sahaja yang tonjolkan perkara berkenaan.

“Yang lain hanya mampu menyogok rakyatnya atau pengikutnya dengan wang ringgit dan kebendaan semata-mata,”ujarnya.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar  Kelantan berkata, beliau tidak mahu melihat rakyat Kelantan terikat setelah mendapat wang segera daripada Kerajaan Pusat.

“Ada masyarakat yang tergugat setelah mendapat wang segera ini, kita mesti ada pegangan yang kuat demi agama dan parti,” katanya.

Sempena majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada penerima Skim Az-Ziwaj, selain itu penerima anugerah keluarga mawaddah melalui tiga kategori antaranya zamrud dan delima.
Pada masa sama Nik Aziz turut mengulas mengenai lelongan tongkat saktinya, “Tongkat saya berjaya dijual dengan harga yang tinggi, oleh itu saya beri gelang ini pula untuk melihat kejayaan parti secara keseluruhannya, Insya-Allah kita akan memperoleh kejayaan,”

Dalam Majlis itu juga Nik Aziz menyerahkan bunga kepada isterinya, Datin Sabariah Ishak sebagai simbolik keluarga Mawaddah.

Pada lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat minggu lepas, PR berjaya mengumpul RM182,000 dengan surat cinta Anwar dibida dengan harga RM 50,000 manakala tongkat Nik Aziz berjaya dijual 12,000.

1 comment:

  1. Satu lagi cara nak menggasak duit rakyat. ayuh muslimat bagi la barang kemas cepat sebab dengan bagi barang kemas mangkuk tua ni boleh tentukan tahap keimanan and

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...