Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penganut Kristian tidak
harus berdiam diri walaupun merasakan mereka "tidak bersalah, suci dan
tidak terlibat dalam perbuatan salah". Sebaliknya mereka harus bangkit dalam menuntut hak dan keadilan kepada mereka.
Bercakap di hadapan 300
pemimpin gereja, Lim berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di
hadapan tuhan, penting untuk mereka menyuarakan "keadilan untuk semua"
sebagaimana seruan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat dalam menjamin hak sama rata bagi seluruh rakyat dinegara ini.
"Gereja
boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan
masyarakat yang lebih kuat," katanya dalam program dialog di negeri itu
semalam.
Turut hadir exco negeri Abdul Malik Abdul Kassim, Wong
Hon Wai dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Pulau Pinang Bishop
Emeritus Antony Selvanayagam.
Dalam sesi dua jam itu, Lim yang
juga setiausaha agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam
menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran
negeri pada daripada BN pada 2008.
Masing-masing tuntut hak masing-masing, jika hak tersebut bercanggah dengan hak orang lain dan keadilan yang dituntut itu mengzalimi orang lain, maka sekali lagi pergolakkan akan berlaku didalam negara ini diatas seruan pemimpin politik yang membakar semangat kaum yang akan menyebabkan segelintir kaum-kaum itu lupa untuk bersyukur,
Oleh kerana lupa untuk bersyukur mereka akan membuat tuntutan-tuntutan
yang bersifat lebih sudu dari kuah tanpa mengambil kira hak sediada
kaum-kaum lain. Tuntutan yang mengancam hak sediada orang lain hanyalah
akan membawa musibah yang sangat dasyat. Macammana kita merasakan ingin
hak kita samalah juga dengan orang lain yang akan mempertahankan hak
mereka. Namun jika saling bertolak ansur dan menghormati sebagaimana
yang telah sediada ini, maka selagi itulah keamanan akan sama-sama
dikecapi. Anda mampu Mengubahnya.
lim guang eng sebenarnya menyuruh orang Kristian menuntut hak menyebarkan agama kristian kpd orang Islam supaya orang Islam masuk kristian dan itu antara maksud sebenar kata2 Lin guang eng dan banyak lagi maksudnya untuk menghancur islam dan melayu dan banyak lagi. Melayu kena sedar skrg dan pas memang bodoh sekongkol dgn dap ini.
ReplyDelete