Bil diatas menunjukkan bacaan meter dalam tempoh 33 hari, dalam tempoh 33 hari dicatatkan 497 kwh telah digunakan dan caj penggunaan bagi 497 kwh adalah RM154,70. Persoalannya kenapa bil dibaca dalam tempoh 33 hari, kenapa tidak 30 hari ? Jika 497 kwh digunakan dalam tempoh 33 hari, ini bermakna secara purata penggunaan sehari ialah 15 kwh.
Ok jika bil hendak dibaca dalam tempoh 33 hari, sepatutnya tarif 0.218 dibaca sehingga 245 kwh penggunaan bukannya 213 kwh, tariff 0.334 dan 0.400 pula pada had penggunaan 100 kwh seperti biasa bukannya 106, manakala tarif 0.402 akan berkurangan kepada 50 kwh bukannya 72 dan jumlah bil sebenar termasuk caj penalti ialah Rm 148.88 bukannya Rm 154.70. Bezanya adalah pengguna rugi Rm 5.82 sebulan akibat dikencing oleh TNB.
Bil bulan 8 dan 9 pada tempoh bacaan biasa iaitu 30 hari, kadar penggunaan juga lebih kurang dengan bil bulan 6 yaitu sekitar 4++ kwh atau Rm120 - Rm 130.
Bagaimanapun bagi bil bulan 10, bil dibaca dalam tempoh 35 hari dengan kegunaan sebanyak 514 kwh, jika TNB tak TIPU, penggiraan sebenar hanyalah Rm149.05 bukannya Rm 157.12, disini TNB dah kencing rakyat Rm 8.07 sebulan bagi seorang pengguna.
Kesimpulan dari masalah-masalah tersebut, dapat dirumuskan ianya sebagai cara dan kaedah TNB buat untung dengan mengenakan caj kepada rakyat. Sebentar tadi saya telah menghubungi pihak TNB menerusi talian 1300885454 bagi mendapatkan penjelasan mengenai permasalah berkenaan, dibawah adalah ringkasan dialog saya dan pihak TNB.Saya - Macammana TNB kira (merujuk kepada bil bulan 10) bagi mendapatkan caj kegunaan 233 kwh untuk kadar 0.218, 117 kwh untuk kadar 0.334 dan 0.400 serta 47 kwh untuk kadar 0.402, adakah pengiraan itu berdasarkan jumlah penggunaan sebenar saya selepas tempoh 30 hari atau dalam masa 5 hari ?
Pihak TNB - Tidak, kita (TNB) punyai kaedah dan formula pengiraan sendiri dimana blablablablax/-+=-+/* (pengiraan yang complicated). Kalau encik nak lebih jelas lagi encik boleh datang mana-mana kedai TNB yang berdekatan.
Saya - Ohh, untunglah TNB kalau macam tu, sengaja datang baca bil lebih tempoh 30 hari kemudian kira pakai formula sendiri dimana formula itu merugikan pengguna walhal masalah ini (baca bil lebih tempoh 30 hari) berpunca daripada TNB bukan pengguna.
Saya - Kenapa TNB tak kira macam ni, ok total kegunaan ialah 514 kwh, 514 kwh dibahagikan dengan 35 hari, maknanya kadar penggunaan sehari ialah lebih kurang 15 kwh, maka 15 kwh darab dengan 5 hari, jumlahnya ialah 75 kwh, dan jumlah 75 kwh itu sepatutnya dicaj pada kadar 0.218. Bukan 33 kwh saja yang dicaj pada kadar 0.218, kemudian 17 kwh padar kadar 0.334 dan 0.400 seterusnya 8 kwh lagi dicaj pada kadar 0.402.
Pihak TNB - Ermmm, yang tu saya tak tahulah..., mungkin encik boleh datang ke TNB berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lengkap, selain itu encik juga boleh gunakan perkhidmatan kami yaitu e-service, blablablabla........
Begitulah serba ringkas al-kisah penipuan yang dilakukan oleh TNB apabila bil dibaca lebih tempoh 30 hari, walaupun penipuan melibatkan jumlah yang kecil antara RM5 hingga Rm10 sebulan, namun bagi blogger sukarelawan #lifestyle @Ibdil seperti saya ianya satu amaun yang besar, RM5 dah lepas untuk 2 kilo gula dibuat kueh dalam masa sebulan.
Apapun yang paling penting bagi sebuah syarikat besar berstatus GLC adalah ketelusan, sepatutnya kaedah yang hendak digunakan oleh TNB itu dikaji supaya tidak ada ruang yang boleh dipertikaikan, malah TNB harus lebih bersikap terbuka dan 'transparent' dalam mewujudkan konsep menang-menang antara TNB dan pengguna. Kaedah pengiraan yang menguntungkan TNB diatas masalah yang berpunca daripada TNB adalah satu contoh sikap tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan kredibiliti TNB itu sendiri.
Kes ke dua yang dilaporkan oleh akhbah Sinar Harian
TUMPAT – Penduduk di Kampung Kedemit di sini kecewa dengan perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila bacaan meter dikira dalam tempoh 45 hari menyebabkan bayaran bil elektrik meningkat bagi bulan November.
Penduduk, Nor Mazalan Ab Ghaffar, sepatutnya bacaan meter dalam masa 30 hari dan kelewatan ini menyebabkan bil elektrik bagi bulan November di rumahnya tinggi kerana dikira pada tarif kedua, ketiga dan keempat yang dicaj berlainan kadarnya.
“Apabila lewat bacaan meter itu menyebabkan penggunaan unit melebihi 300 kWj pada bulan tersebut.
“Semua maklum untuk 200 kWj dicaj sebanyak 0.218 sen/kWj, manakala untuk lebihan 100 kWj seterusnya dikira dengan kadar 0.334 sen/kWj dan lebihan 100 kWj seterusnya dikira dengan kadar 0.40 sen/kWj,” katanya.
Menurutnya, bagi pengguna yang menggunakan lebih 400 kWj mereka terpaksa membayar mahal bil elektrik kerana dikira pada kadar 0.40 sen/kWj.
“Sepatutnya perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya pihak TNB membuat bacaan meter dalam tempoh 30 hari.
“Disebabkan masalah ini bil elektrik pada bulan November di rumah saya dicaj RM140 sedangkan untuk bulan sebelumnya hanya RM80.
Bagi Hatijah Sulaiman, 45, dia terkejut menerima bil elektrik bulan November kerana dicaj sebanyak RM140 berikutan bacaan meter dikira dalam tempoh 45 hari.
Menurutnya, kebiasaannya bil elektrik di rumahnya dicaj sebanyak RM70 hingga RM80 dan disebabkan kelewatan bacaan meter itu dia terpaksa menanggung bil elektrik yang mahal.
“Bagi orang kampung yang sekadar cukup makan, saya rasa terbeban, apatah lagi bulan ini terpaksa menyediakan pakaian anak-anak sekolah kerana tidak lama lagi sesi persekolahan baru akan dibuka,” jelas Hatijah yang mempunyai 10 anak.
Sementara itu pihak TNB ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pada November TNB dalam proses kemas kini jadual bacaan untuk semua pengguna di Tumpat menyebabkan hampir keseluruhan tarikh bacaan meter bertukar.
“Ini hanya untuk bulan November sahaja dan untuk bulan seterusnya jadual bacaan meter hanya dalam 28 hari hingga 31 hari,” katanya.
Menurutnya, bagaimana pun bagi bulan Disember bil elektrik pengguna lebih murah kerana jumlah hari berkurang dan pihak kami meminta maaf di atas kesulitan yang berlaku,” katanya.
Penjelasan: Sebenarnya tak timbul soal bil bulan depan atau seterusnya akan murah kerana jumlah hari berkurang sedangkan sudah dijelaskan jadual bacaan meter hanya dalam 28 hari hingga 31 hari, dan dalam sebulan pun ada 28 hari hingga 31 hari sahaja, jadi jika bacaan meter itu diambil dalam tempoh tersebut, dimana relevannya akan murah? Itu adalah penggunaan sebenar dalam tempoh sebenar, (28 hari - 31 hari) bukannya murah dari kadar biasa, tapi murah dari kadar yang TNB tipu sebelum ini itu saja, melainkan TNB buat bacaan meter pada jangkamasa kurang dari 28 hari.
Disini jelas cara TNB nak perbodohkan rakyat, maksudnya bacaan meter sebelum ini (lebih tempoh 31 hari) adalah cara TNB tipu dan pengguna yang tanggung, penipuan tetap penipuan dan ia tak kan dapat untuk cover bil bulan depan, kerana penipuan tempoh masa bacaan meter itu dimanipulasi dalam cara atau kaedah pengiraan TNB seperti yang dijelaskan diatas. Dengan kata lainnya, tempoh masa takkan mengembalikan apa yang pengguna telah rugi melainkan kaedah pengiraan itu dikaji semula. Anda Mampu Mengubahnya.
Rujuk cara pengiraan diSINI dan pendedahan seterusnya diSINI.
Ingatlah !!! Mana-mana kerajaan yang melindungi syarikat kroni yang menipu pasti akan rebah tertumus diguling rakyat.
Siang malam mereka berfikir macamana nak kaya cepat.
ReplyDeleteSeelok-eloknye saudara pergilah ke mana2 kedai tenaga untuk memahami knp bil tersebut dikira sedemekian. Kalau diikutkn dr perbualan dgn tnb tu saudara sndri pon xpaham knp tnb kira mcm tu..
ReplyDeleteKita tidak boleh membuat perkiraan sendiri...
Kalau diikutkan perkiraan sdra pon tidak jitu.
Msih ada kekurangan dalam perkirssn itu.
Terima kasih ats pandangan sdra Azlin,
ReplyDelete1) Sebetulnya apa yg saya sebut sbgai perkiraan yg complicated bkn kerna sy xfhm, sy fhm akan perkiraan itu dan itu adalah prosedur tetap TNB, dan disini bukan juga soal faham atau tidak faham 'knp TNB kira mcm tu'. Bukan juga soal kita nak buat perkiraan sendiri.
Isu yg sy nak bangkitkan adalah, Apa skalipun formula yg TNB guna hendaklah telus dan bersifat menang2 antara TNB dan pengguna, jgn pulak TNB sengaja dtg baca bil lewat lepas tu time kira bil ikut pulak cara perkiraan TNB yg nyata menguntungkan TNB, pada masa sama pengguna juga sudah tiada pilihan lain selain TNB. (perkhidmatan yg dimonopoli)
2.) Perkiraan yg sy buat itu hanyalah sebagai contoh shj, bkn nak suruh TNB ikut sebijik mcm tu, kalaupun perkiraan sy itu tidak jitu padanlah dengan sy yg tidak berstatus GLC atau BERHAD.
3.) Maksud kpd perkiraan yg sy contohkan itu adalah perkiraan yg bersifat ADIL antara TNB dan Pengguna, perkiraan yg telus tanpa berselindung disebalik formula yg complicated dan menguntungkan satu pihak semata2.
4.) ADIL yang dimaksudkan pula ialah: Apabila bil diambil lebih tempoh 30 hari, contohnya 35 hari, maka 5 hari tu TNB pun tak tahu berapa KWH yg digunakan, maka TNB tak patut kira pakai formula sendiri. kiralah dengan adil yaitu: Jumlah semua KWH yg digunakan dibahagikan dengan tempoh hari bil yg diambil, kemudian purata guna sehari didarab dengan lebihan hari yaitu 5 hari, Bukankah itu lebih adil ? Atau pd pndgn sdr formula yg digunakan TNB itu sudah adil ? Atau bagaimana ? mohon dijelaskan supaya sama2 kita dapat berkongsi dan meraih manfaat drp pndgn saudara. Terima kasih
Ramai tak perasan dalam bil lama ada berapa blok 200? Sekarang tinggal 1 je.. pengurangan tu pun dah dikira 'naik' jugak sebab lebihan baki akan melimpah ke tier berikutnya. Sekarang ditambah pulak dengan kenaikan charge penggunaan... haizzz.....
ReplyDeleteTrima kasih pd gelombang kick yg menaikkan isu ini...mmg itu yg sering terjadi...klau pi kaunter pon...kite akan diberi jwpan...'dh guna byk tu..byr mcm tu la'...hmmmm...mmg x leh nk bertekak sbb sy mmg x bijak dlm pengiraan ini...thanks..
ReplyDeleteTrima kasih pd gelombang kick yg menaikkan isu ini...mmg itu yg sering terjadi...klau pi kaunter pon...kite akan diberi jwpan...'dh guna byk tu..byr mcm tu la'...hmmmm...mmg x leh nk bertekak sbb sy mmg x bijak dlm pengiraan ini...thanks..
ReplyDeletePatut la x pernah dapat bil percuma bawah 20 hengget tu... padahal rumah ada satu peti ais je yg on.. x duduk pun rumah tu.. rupa2nye tnb baca bil lewat bagi lebih bacaan penggunaan yg free tu.. cisss!!!!
ReplyDeleteKita yg kena tanggung bagi bill pengguna bwh rm20..x yah wat bil free lagilah wahai TNB
DeletePatut la x pernah dapat bil percuma bawah 20 hengget tu... padahal rumah ada satu peti ais je yg on.. x duduk pun rumah tu.. rupa2nye tnb baca bil lewat bagi lebih bacaan penggunaan yg free tu.. cisss!!!!
ReplyDeletetnb bijak ke.. abis bacaan pd bil dan bacaan sbnr pd meter umah aku ni dorg nk jwb apa.. dorg curi lebihan tu sebanyak 578kwh.. dr total bil aku tiap bln rm 70-80 jd la pd bln ni bil rm295.05.. bacaan meter pada bil 36852kwh berbeza dgn bacaan pd meter sbnr umah aku 36274kwh. so aku nk kene bayo dulu br pakai kemudian ke wahai tnb...
ReplyDeletebacaan meter pd bil pd 11.12.2013 ialah 36852kwh.. aku plk br pasan bil tu dlm pos box mlm td pukul 9 mlm pd 13,12,2013 dan tgk bacaan sbnr pd meter dgn bacaan 36274kwh.. camne la dorg baca meter ni..
ReplyDeletewalaupun kerajaan kata kepada sesiapa yang kegunaannya rendah dari RM70 tidak terjejas , tetapi pengaruh kepada peribadi mashi wujud. sebab kos kenaikan harga elektrik akan
ReplyDeletedipindahkan kepada pengguna daripada pengeluar dan perniagaan. ini semua belum termasuk pengaruh GST yang akan dilaksanakan pada akhir 2014.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih diatas penjelasan terperinci sdr Hafidz7170 yg mewakili pihak TNB, dan saya akui pengiraan tersebut adalah yang digunapakai oleh TNB, bagaimanapun saya mohon maaf kerana sekali lagi saya ingin mengulangi ketegasan saya sebelum ini yaitu TNB KENCING pengguna.
ReplyDeleteIa berlandaskan sebagaimana merujuk kepada perkara yang saya bangkitkan dalam komen saya diatas yaitu "Apa skalipun formula yg TNB guna hendaklah telus dan bersifat menang2 antara TNB dan pengguna".
Jadi, persoalan saya, adakah cara pengiraan yang TNB guna itu telus dan bersifat menang2 antara TNB dan pengguna ? cara pengiraan yang saya maksudkan adalah cara pengiraan apabila berlakunya bacaan bil lewat atau melebihi jumlah hari dalam bulan berkaitan.
Kerana dari apa yang telah saya kaji pada kesemua bil yang melibatkan 'bacaan lewat', pengiraan yang digunakan oleh TNB bagi bacaan bil lewat kesemuanya merugikan pengguna.
Sebagai pengguna kepada perkhidmatan yang dimonopoli, sudah pasti merasa tidak berpuas hati dengan cara pengiraan itu, (bacaan bil lewat), kita boleh terima kadar biasa tarif yang ditetapkan, takder masalah, tapi kita tidak boleh terima cara TNB yg nak KENCING pengguna dengan formula pengiraan sendiri yg menguntungkan pihak TNB semata-mata, WALHAL 'bacaan bil lewat' itu berpunca daripada TNB bukannya pengguna.
Faktor alasan yang mempengaruhi bilangan hari bacaan juga langsung tak boleh diterima utk semua kes yaitu sebagai contoh banjir, atau contoh yang lain, seperti pagar berkunci, anjing KURAP garang dsbnya. Bagaimana pula bagi bacaan bil yang lewat yang tetap berlaku walaupun tidak mempunyai sebarang masalah seperti yg dinyatakan atau tidak dinyatakan.
Jangan TNB hanya nak cari masalah keatas pengguna, Pengurusan TNB sendiri tu bagaimana?, staff cukup ke, kontraktor ok ke ? Kalau masalah macam tu adakah pengguna juga yg nak kena tanggung kerugian.
Cukup dulu untuk setakat itu dan sebahagian yang lain akan dipanjangkan dalam artikel saya seterusnya. Apapun, sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih pada En Hafiz.
Terima kasih tuan blongger kerana info yg mantap tapi sy kurang setuju jika tuan nak bil tepat pada masa contoh bulan november bil dibaca pada 11hb pada hari isnin dan pada bulan seterusnya 11hb mungkin akan jatuh pada hari sabtu cuti hujung minggu. Bil akan dibaca pada hari isnin dan akan jd 33 hari itu kalau cuti hujung minggu cuba bayangkan klu 11hb jatuh pada hari raya puasa takkan perkerja tnb nak kena baca meter jugak.bagi yg berugama islam hanya kerana nak kan bil yang tepat pada masa .Saya mmg tak setuju jika tuan mempersoalkan tentang bilangan hari dlm bil tapi saya setuju dgn tuan jika mempersoalkan harga tarif yang agak mahal.TAK DAK YG SEMPURNA DALAM DUNIA INI
ReplyDeleteSatu lg contoh tuan mempunyai kereta yg telah ditandatangan dlm surat perjanjian jual beli pada 12hb.Malangnya gaji tuan jatuh pada hujung bulan dan bagaimana tuan membayar ansuran kereta pada setiap 12hb tiap2 bulan sedangkan gaji tuan pada hujung bulan sudah tentu tuan akan membayar ansuran kereta setiap hujung bulan. Pada bulan yg akan datang bolehkah tuan membayar ansuran kereta tepat pada masa nya 12hb sudah tentu tidak mcm tu lah dgn bil elektrik tidak semuanya boleh tepat pada masa nya
DeletePada saya xkisah gaji lambat atau cpt, tu masalah individu. Berbelanja ukur baju badan sendiri. Bila dpt gaji asingkan sedikit utk emergency kereta. Kumpul sebulan dua smp boleh cover bila cukup masa nk bayar kereta, xperlu tunggu gaji. Bila dah gaji, duit kereta boleh bayar on time. Rancang perbelanjaan dan kewangan. Masing2 dah berumah tangga. Kalau sesak pakai je kereta biasa2.
DeleteTerima kasih Shareny Amsyar. Ohh ya tak ya jugak, saya xterfikir pulak pasal hari yg jatuh pd hari cuti, tp macam ni "Apa skalipun formula yg TNB guna hendaklah telus dan bersifat menang2 antara TNB dan pengguna".
ReplyDeleteDisebabkan sy xterfikir pasal hari cuti tulah saya dah jelaskan diatas mengenai cara/ FORMULA PENGIRAAN, maksudnya pengiraan secara prorata cara TNB itu merugikan pengguna.
Kalau boleh pengiraan tu mesti dikaji semula dan menggunapakai pengiraan yg bersifat telus serta menang2 antara TNB dan pengguna.
Contohnya, kalau sebulan tu ada 30 hari, tapi TNB baca bil lewat sehingga 40 hari, jumlah kegunaan pula ialah 600 KWH. Maka pengiraan itu mestilah telus seperti: TOTAL jumlah 600 KWH yang digunakan dibahagi dengan 40 hari, maknanya 15 KWH digunakan sehari.
Maka 15 KWH sehari didarabkan dengan 30 hari untuk bulan tersebut, jadi jumlahnya 450, dan 450 itulah jumlah KWH sebenar yang perlu dikira bagi bil bulan berkenaan, lagi 10 hari atau 150 KWH mesti dikira dalam blok 0.218 utk kuota bulan hadapan.
Saya pun letihlah nak jelaskan panjang2, kalau masih tak faham lg, saya secara peribadi tak dapat apa2 untung pun, ini untuk kepentingan semua bersifat bersama. Masyarakat perlu faham akan perkara ini,
Tapi kalau benar ada alasan relevan yg kukuh dipersilakan, setakat alasan remeh temeh kalau boleh simpan dululah. T.Kasih
Bacaan yang diambil melalui pembacaan manual di meter bukan seperti telefon yang diambil dari ibu sawat..saudara boleh memohon untuk membuat 'Self Meter Reading'. Cuba saudara bayangkan bagaimana pembaca jangka yang ingin membuat bil jika premis tersebut berkunci?
ReplyDeleteMana komen en hafiz td ek? Xsmpt nk bc dh xde..nk fhmkan formula cmna la yg tnb guna tu..
ReplyDeletePenulis dah delete...apsal plak...bgus tu ada org tnb nak kasi penjelasan.
ReplyDelete..kne dengar dari kedua2 belah pihak
Penulis dah delete...apsal plak...bgus tu ada org tnb nak kasi penjelasan.
ReplyDelete..kne dengar dari kedua2 belah pihak
Harap Maaf, untuk pengetahuan, Kelly dan Norhamizah, pihak admin blog@penulis@gelombangkick tidak akan sekali2 delete komen2 pembaca sebagaimana TNB Careline delete komen pengadu, Sdr Hafidz7170 yg mewakili TNB mungkin tidak yakin dgn penjelasan beliau sebelum delete komennya sendiri.
ReplyDeleteBUKTInya seperti yg anda lihat diatas 'This comment has been removed by the author', kalau admin yg delete ia tidak akan meninggalkan kesan langsung, sebagai contoh iaitu komen Kelly, komen sama yg bertindan, admin akan delete satu dari komen tersebut, dan anda boleh lihat samada ia meninggalkan kesan seperti komen hafidz7170 atau tidak..Sekian Terima Kasih.
Diharap wakil2 TNB tak perlulah nak psiko, malu kat budak2 sekolah tadika jer!!! Komen Nor hamizah yg bertindan tu minta Nor Hamizah buang sendiri salah satu darinya. Dari situ juga akan dapat bukti dan perbezaan komen yg admin delete dan komen yg pembaca sendiri delete. T.Kasih
ReplyDeleteYe sy mmg tau en.hafiz yg delete komen sndiri, bkn admin.sy mmg baca 'This comment has been removed by the author',..ayat sy yg 'Mana komen en hafiz td? ' sy tuju kt en.hafiz la bkn admin..
ReplyDeleteSory xperasan...hehehe
DeleteNor hamizah,term 'author' mmg merujuk kpd 'penulis' komen..kalu blogger yg delete (kalau mninggalkan kesan pun) akan tertera 'removed by administrator'..
ReplyDeleteKalau tak betul, eloklah didedahkan. tapi rasanya eloklak tanya tempat yang sesuai. Saya rasa bukan semua orang TNB tahu tentang bil ni. Serupa juga bukan semua orang TNB yang tahu baiki elektrik.
ReplyDeleteBetul tu Sdr Mazlan, sy hanya dedahkan, so terpulanglah kpd pembaca semua
DeleteNampak sgt penulis tak pandai baca bil... dantak paham apa yg di maksudkan dgn 200 kwh pertama, each 100 kwh seterusnya... Bacaan semasa bulan Jun 22471 dan bacaan semasa July 22968...so total penggunaan must be 497...why penulis kira 450...sebab penulis p kira 200 100 100 50... Nampak sgt tak paham dan tak tau bca bil... bila penggunaa 200 kwh dan 100 kwh seterusnya di ajust menjadi lebih..itu sebab TNB nk kurangkan bacaan untuk rate yang paling tinggi (0.402).......aku tiap2 bulan mengadap bil elektrik mcm2 ni yg mana syarikat aku sampai rate ke 9..(0.454)... so sekali pandang,,..nmpak sgt penulis tak pandai baca bil... 15hb ke 17hb 30 hari ke...it 33 days okey!...standard la... kdg2..TNB mai awai 1 hari kdg2 lewat 2 hari... yg penting catit bacaan semasa last month andbacaan semasa sekarang...cz kita ta boleh fix everyday used same kwh lektrik kt umah... ada kenduri ke apa2 ke sure increase.....
ReplyDeleteKahkahkahkahkah, kakteh74 ni buat lawak berbagai sungguh, apapun t.ksih kerna melawak!!!
DeleteBiasala Kakteh74 ni orang TNB...Mesti nak menangkan TNB punya. Dapat 5 bulan bonus...hehe
ReplyDeleteKakteh74 weiii. Orang cerita lain, hang cerita lain. Org cerita ketidakadilan formula pengiraan tnb tu..yg mesti dibangkang habis habisan. Setakat nk ajor cm mana tnb kira, x payah ckp la..sebab cara kira cmtu tak adil langsung, mcm ah long kira utang, cmtu la tnb. Makan la kamu duit haram. Kami tak halalkan kamu makan duit kami dari proses yg tak adil ni. So staff2 tnb, kamu makanla rezeki haram dari bonus kamu tu, sebab rakyat tak halalkan duit yg pergi kepada penipu dan penindas rakyat.
ReplyDeleteKalau niat ikhlas nak bantu rakyat, kerajaan desak TNB keluarkan lah statistik jumlah penggunaan kwh setiap kediaman di malaysia yg berbentuk tier dlm tarif serta harganya..dari situ boleh tengok dan kaji nak besarkan jurang tier yg pertama ke atau turunkan harga tier ke 2 ke... terpulang...mesti ada kajian yg telus br boleh jadi.. pun boleh tgk berapa biji rumah je yg terkesan dgn elektrik percuma...mungkin rumah hantu kak limah antaranya...
ReplyDeleteHahaha, bro, rumah antu kak limah pun dh kena byr minimum payment rm2.90 sebulan. Umah kosong aku 0 kwh tiap bulan pun kena byr min payment tu. Hampeh tul. Tnb n kerajaan sama2 penyangak.
DeleteKalau niat ikhlas nak bantu rakyat, kerajaan desak TNB keluarkan lah statistik jumlah penggunaan kwh setiap kediaman di malaysia yg berbentuk tier dlm tarif serta harganya..dari situ boleh tengok dan kaji nak besarkan jurang tier yg pertama ke atau turunkan harga tier ke 2 ke... terpulang...mesti ada kajian yg telus br boleh jadi.. pun boleh tgk berapa biji rumah je yg terkesan dgn elektrik percuma...mungkin rumah hantu kak limah antaranya...
ReplyDeleteTerima kasih semua buat sahabat pembaca, artikel terbaru mengenai cara pengiraan TNB tipu rakyat http://gelombangkick.blogspot.com/2013/12/eksklusif-pendedahan-bukti-cara.html
ReplyDeleteTahniah saudara! Teruskan membongkar penindasan ini, supaya rakyat di luar sana sedar bukan rm2.90, rm5 atau rm8 yg kami berkira, tapi ini isu nasional. Bayangkan ada 1 juta rumah yg kes mcm ni, buta2 je tnb sebat rm2.9M, rm5M atau rm8M per month duit haram ni dari rakyat. Takde modal pun.
DeleteRespek dengan tuan. Harap bongkar habis2 supaya rakyat xkene kencing. Lg 1 sian kat family warga tnb. Makan duit xberkat. Ibarat kerja jaga akaun syarikat tp xtau syarikat jual produk haram.
DeleteThats what we call bugs system.... Source kod nye telah terganggu. Oleh itu, anda perlu mendapatkan penjelasan lanjut dari HQ.
ReplyDeleteSaya tak halalkan apa yang TNB dapat melalui cara yang tak betul walaupun satu sen.
ReplyDeletenak cari duit halal bejerihh payah.... aduyaii ...smpi ati depa!
ReplyDeletesepatutnya bg la kesenangan skit untuk pengguna tukar la sistem membantu dari sistem hnya berniaga elekrik.
ReplyDeletesepatutnya bg la kesenangan skit untuk pengguna tukar la sistem membantu dari sistem hnya berniaga elekrik.
ReplyDeletemalaysia nak bantu rakyat???hahahah sedut duit dalam diam ade la....golongan pertengahan la kene lanyak....mkn la duit haram puas2 smpai kembung,lepasni kite tgk je apa akan kene kat setiap individu yg mkan duit haram,aniaya rakyat,kat dunia ni sedut puas2,lepas ni kalau kene pape kat kamu atau keluarga kamu,kamu tanya Allah sendiri apa kamu buat,dan apa yg kau makan.sekarang pun sbnrya sedar atau tidak mcm2 dah si pemakan duit haram dan aniaya orang ni kene bala,cume semua buat buta dan buat seolah2 tak bersalah...tgk jelah nnt azab sampai kat kamu..kat dunia pun dah kene mcm2 ni kan pulak kat alam kubur,akhirat...huhuhuhu azab allah tu dekat..dan amat berat.....mkn la ye puas2 duit haram dan aniaya rakyat...tlan puas2
ReplyDeleteDah lama dah, melayu mudah lupaa..
ReplyDelete