Video - Kenaikkan Harga Barang: Prof Dr Muhaya Sound Baik Punya

 
Apa yang disampaikan oleh Prof Dr Muhaya Muhammad adalah dari konteks 'solusi keluar dari bebanan hidup' dan bukannya ulasan mengenai kenaikkan harga barangan.

Tidak dinafikan mungkin ada segelintir dari kita kurang bersetuju dengan pandangan beliau, namun  sebagai rakyat disebuah negara demokrasi, pandangan beliau itu tidak dapat tidak harus diterima dan diamalkan demi kebaikkan sendiri sehinggalah satu tempoh yang disebut sebagai Pilihanraya Umum (PRU), kerana ketika itu rakyatlah yang berkuasa untuk menentukan kuasa sesebuah kerajaan samada ingin memilih kerajaan yang menaikkan harga barang atau sebaliknya.

Cuma dalam memilih tu ia perlu berwaspada, jangan pulak nanti keluar mulut buaya masuk ke mulut naga, dalam situasi hari ini, merungutlah kita macammana sekalipun kerajaan tetap dengan pendiriannya dan tak mungkin akan menurunkan harga barang yang telah dinaikkan, oleh demikian saranan Prof Dr Muhaya ada baiknya kita renung-renungkan supaya kita tidak terus rasa tertekan yang pada akhirnya merugikan diri sendiri.

Selain itu, suka kiranya saya ingin mengingatkan kepada diri sendiri agar menjadi bangsa yang cemerlang tanpa perlu adanya sikap-sikap negatif seperti tamak haloba, hasad dengki, sengaja buruk sangka dan seumpamanya, usahlah kita merasa irihati dengan kejayaan orang-orang yang berusaha, jika kita ingin berjaya seperti mereka, kita juga perlu berusaha seperti mereka. Ni kalau kita malas usaha kemudian kita nak dengki dengan orang yang berusaha ini namanya busuk hati.

Begitu juga dengan sikap sengaja buruk sangka, kenkadang seringkali juga kita mendengar dimana pihak-pihak tertentu yang menutup kelemahan diri sendiri dengan melemparkan tuduhan kepada mereka yang mengkrtiknya sebagai dengki, mungkin kerana terlalu syok sendiri ia tak boleh nak bezakan antara kritikkan bersifat dengki atau kritikkan demi kebaikkan sesebuah organisasi.

Apapun, yakinlah kita kepada Allah dengan sebenar-benar keyakinan, kerana hanya Allah yang tidak pernah mengecewakan hidup kita, mengadulah padaNya, usahlah kita sempitkan rezeki kita yang terbentang nan luas dan usahlah juga kita cuba menutup rezeki orang-orang yang berusaha...Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...