Awang Adek Makin Lantang, Bangkit Beri Amaran Pada Kerajaan Supaya Bantu Kaum Bumiputra

Selepas Pilihanraya Umum 13, Pemilihan Umno serta Perhimpunan Agung Umno, penilaian dari seluruh aspek sebenarnya tidak banyak yang berubah, ungkapan 'Transformasi' dan pemerkasaan ekonomi bumiputra hanyalah sebagai penyedap yang bersifat retorik semata-mata.

Ketika menyedari tsunami cina berlaku, rata-rata pemimpin Melayu Umno mula berniat untuk lebih mementingkan Melayu dan Bumiputra sebagai balasan kepada kesetiaan orang Melayu.

Niat yang baik itu diterima dan tidak dipandang serong oleh orang Melayu kerana menyangka pemimpin Umno benar-benar sudah sedar dan ingin berubah, tapi sayang, bulan berganti bulan dan tahun hampir berganti, Melayu dan bumiputra masih ternanti-nanti...

Biarpun pemerkasaan ekonomi bumiputra diumum, bahangnya tidak pula dirasai malah jauh sekali untuk dibandingkan dengan bahang minyak yang dikurangkan subsidi. Ya, memang benar harga minyak tak naik cuma dikurangkan subsidi, harga gula pun tak naik cuma dimansuhkan subsidi, terbaru tarif elektrik juga tak naik cuma tarifnya diperbaharui.

Namun sudah menjadi lumrah buat seorang yang bergelar insan bilamana tidak lagi miliki kuasa, ia akan berkata benar sekalipun pahit, tapi kebenaran kata-katanya itu akan bertambah retorik dalam keadaannya yang sudah tidak punyai kuasa lagi, menyesal bilamana nasi sudah menjadi bubur tidak berguna lagi, dan hal itu sangat bermakna jika mampu dihayati oleh pemimpin-pemimpin yang sedang miliki kuasa.

"Kejayaan pertumbuhan ekonomi adalah penting, mencapai status negara maju berpendapatan tinggi juga adalah penting, kejayaan Malaysia diantara yang terbaik adalah penting".

"Tetapi memperkasa agenda Bumiputera adalah yang paling penting, ini kerana pertama, Umno adalah parti orang Melayu dan Bumiputera. Maka sewajaranya soal kedudukan dan pencapaian ekonomi orang melayu bumiputera diberi keutamaan" Kata Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

Beliau menambah, orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan kumpulan penduduk terbesar di negara dimana hampir 70% dari jumlah penduduk telah memberikan sokongan kuat dalam pilihan raya umum lalu maka sewajarnya jasa mereka dibalas dan kedudukan ekonomi mereka dibela.

"Jadi adalah tragik bahkan satu kezaliman sekiranya kumpulan pribumi yang besar majoriti ini tersisih dari penguasaan ekonomi negara yang sepatutnya menjadi hak milik mereka. Apatah lagi sekiranya masih ramai diantara mereka ini susah dan miskin pada masa negara melakar sejarah menjadi negara maju."jelasnya lagi.

Pada masa sama, Awang Adek turut mengingatkan Umno untuk membela dan memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera sementara masih lagi mempunyai peluang dan kuasa untuk berbuat demikian.

“Disaat yang mencabar ini dengan tekanan globalisasi ekonomi dunia agenda pengusaan pasaran oleh negara besar disamping persaingan sengit dari pelbagai sudut untuk menguasai pasaran tenpatan, survival ekonomi Melayu dan Bumipuetra kini benar-benar teruji.

“Jika tak ditangani dengan baik, jika survival ekonomi tak dapat dipertahankan dalam beberapa tahun akan datang, pada masa akan datang ianya boleh melarat ke survival politik Bumiputera. Sekiranya orang Melayu Bumiputera kecewa dan hampa dengan kedudukan dan pencapaian ekonomi mereka tak mustahil mereka akan tolak Umno satu masa nanti.

"Masa tu nasi sudah menjadi bubur, lautan air mata pun tiada gunanya lagi. Masa itu kita sudah tidak berpeluang lagi dan kehilangan kuasa untuk memperkasa agenda ekonomi bumiputra. Peluang yang masih ada kini janganlah sesekali disia-siakan," tegas beliau lagi.

Pesanan yang punyai makna yang dalam itu harus disedari oleh pemimpin Umno yang ada pada hari ini, kalaulah semangat membantu bumiputra itu wujud disaat memegang jawatan seperti Timbalan Menteri Kewangan, hari ini kita sudah mampu melihat penguasaan ekonomi bumiputra menjadi realiti.

Tapi sayang semangat itu hadir dikala usia politik makin berakhir, oleh itu hanya nasihat dan kata-kata sajalah yang mampu disumbangkan, maka kata berganti kata itulah yang akan terus setia bersama-sama dengan perjuangan politik orang Melayu dinegara ini.

Kesimpulan dari itu, dapat dilihat dimana kebanyakkan pemimpin Melayu hanya akan beridea bernas dan bersungguh-sungguh untuk membantu bangsa setelah tidak punyai kuasa, sebaliknya jika masih berkuasa sama sekampung pun payah nak dibantunya, malah bersikap angkuh dan suka menyalahkan bangsanya kerana dikatakan malas berusaha sendiri, tidak punyai merit dsbnya. (Bukan Awang Adek, pemimpin lain kot) Untuk itu orang Melayu harus sedar nasib yang menimpa bangsa dan terimalah ia sebagai bangsa yang terkenal dengan sifat sabar, beradab, bertolak ansur ditengah-tengah Tsunami cina...... Anda Mampu Mengubahnya.

Ore Bachok tolok sapo ? Tolak BN ko tolak Umno ? Sajo wat bodo nok tanyo !!! Sat dimurih !!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...