Menteri Ayam!, Kalau Bukan Kerana Alat Solek, Tajaan Perkahwinan Rozita Tak Mungkin Cecah RM13 Juta!

Kerana disebabkan seorang dua saja Menteri yang buat ucapan kurang cerdik, akhirnya yang lain pun turut diperhatikan sehingga ucapan yang pada dasarnya bersifat biasa pun akan menjadi luar biasa.

Mungkin situasi itu jugalah yang menimpa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.

Berikutan kenyataannnya itu, bekas Ketua Wanita MCA, Yu Chok Tow menggesa Tengku Adnan meminta maaf dan mendakwa kenyataan tersebut mempunyai maksud mendalam serta memperkecilkan-kecilkan wanita.

“Harga diri seorang wanita itu letaknya pada kemahiran, keperibadian dan pemikirannya dan bukannya pada alat solek.

Bagaimanapun Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno hari ini tampil memohon maaf dan menjelaskan “Seperti wanita yang tiada alat solek, tidaklah memaksudkan mereka itu seperti hartanah, saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga, kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya lagi.

"..Sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud, ada beberapa wartawan yang menyalahtafsirkan kenyataan saya itu walhal saya memaksudkan dalam makna yang lain.

Itulah bahananya bila ada beberapa Menteri Ayam yang dilantik hasil berkat mencium tangan, kenyataan 'ayam' yang asalnya dikeluarkan oleh Menteri Ayam menyebabkan kenyataan yang dibuat oleh semua Menteri menjadi tumpuan, sehingga kenyataan biasa pun ditafsirkan 'ayam'.

Dalam isu seperti ini Menteri tidak seharusnya menyalahkan wartawan, sebaliknya melihat kembali kepada perlantikkan Menteri dikalangan yang tidak layak sehingga status jawatan Menteri itu sendiri tercemar atau tidak lagi dihormati serta dipandang rendah oleh rakyat.

Hal ini berlaku secara semulajadi ekoran terkesan dengan penularan virus 'ayam', biarpun berstatus Menteri, tapi asal saja kenyataan itu timbul masyarakat akan terus menerima dan mempercayainya. Tidak ada lagi istilah seperti 'ya ke ?', tak mungkin!', salah faham kot!', saya tak percaya kalau tak dengar sendiri!' dsbnya.

Sedangkan kalau dilihat dari kenyataan Tengku Adnan dan respon bekas Ketua Wanita MCA, sudut pandangnya jauh berbeza, Tengku Adnan bukan bercakap dalam konteks harga diri wanita, beliau cuma ingin memberi contoh supaya isu sebenar (cukai) yang sedang beliau jelaskan itu mudah untuk difahami, tak timbul soal harga diri wanita itu letaknya pada kemahiran berbagai, kerana itu semua orang tahu, tapi takkanlah beliau sedang bercakap isu cukai kemudian nak jelaskan pasal harga diri wanita dengan panjang lebar lebih pada isu cukai pulak ?

Agak-agaklah, kalau tak pakai alat solek, ada ke individu atau syarikat nak taja majlis perkahwinan Rozita Che Wan sampai RM 13 juta ? Jadi, selain kemahiran, keperibadian dan pemikiran, alat solek juga merupakan aset penting kepada wanita yang tak boleh dinafikan, tidak kira siapa pun wanita itu, jika berpenampilan menarik, pandai bergaya, mengancam dan ada umphhh! Ia pasti mempunyai harga dirinya yang tersendiri mengikut citarasa masing-masing, kerana sudah menjadi lumrah manusia yang sukakan kepada semua perkara yang elok dan cantik. Pasal Menteri 'ayam' lain kali sambung.. Anda Mampu Mengubahnya.

Aku mencintaimu bukan kerana rupa, tapi kerana cinta....itu poyo ayam jerrr kot!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...