Video - Kenapa Prof Muhaya Dimaki Hamun Tapi Rilaks Jer!!!

Sebelum ini sudah dijangkakan kenyataan Prof Dr Muhaya biarpun dalam konteks 'solusi keluar dari bebanan hidup', ianya sukar untuk diterima oleh segelintir golongan yang singkat akalnya kerana tak tahu nak bezakan antara kenyataan menyokong kenaikkan harga barang dengan nasihat dalam menghadapi situasi kenaikkan harga barang.

Sebagai contoh, dalam satu kampung tu ada pihak sedang bergaduh, si A mendakwa si B mencuri ayamnya, kemudian datanglah Ketua Kampung, agak-agaknya apa Ketua Kampung tu nak buat ? Meleraikan pergaduhan itu dengan cara damai atau mengeruhkan keadaan dengan memberi sebilah parang kepada kepada si A supaya menetak kepala si B ? Kalau Ketua Kampung tu nasihatkan supaya, 'jangan bergaduh, bawa bersabar, mengucap banyak-banyak, selesaikan dengan cara elok' dsbnya. adakah Ketua Kampung tu boleh dianggap sebagai menghalalkan kecurian ?

Ok, katakan Ketua Kampung meleraikan secara damai, dan ada pihak yang akan marah dengan Ketua Kampung kerana meleraikan pergaduhan tersebut, agaknya pihak manakah yang marah itu? pastinya pihak iblis laknatullah!!!.

Begitu juga dalam isu Prof Muhaya, yang kecoh duk maki hamun beliau tu mungkin pihak tu lah kot!, cuba fikir nak maki hamun beliau buat apa ? Beliau bukan orang politik dan beliau hanya bercakap dalam konteks motivasi yang selayaknya dengan beliau seorang prof. Kalau kita tak puas hati, itu kita punya pasal, tapi kita tak berhak untuk maki hamun beliau.

Apa yang Prof Muhaya katakan adalah realiti yang berlandaskan ilmu dan agama bukan berlandaskan politik, sama juga macam beliau kata 'merokok tu membazir, membakar wang, berhentilah merokok', bukankah kata-katanya itu benar ? Soal kita tak boleh berhenti itu kita punya pasal, tapi hakikatnya adalah benar bahawa rokok itu membazir, jangan pulak kita nak salahkan orang lain diatas kedegilan diri sendiri yang sengaja cari susah.

Sama juga kalau kita ada penyakit kencing manis, bila jumpa doktor, doktor kata, untuk elak dari penyakit melarat yang pada akhirnya mungkin kena potong kaki, jadi, doktor nasihatkan supaya  kurangkan makanan manis, tiba-tiba kita marahkan doktor sebab makanan manis tu kita beli pakai duit sendiri bukan duit doktor, yang doktor nak larang kita makan tu apa hal ? Sedangkan ketika itu doktor bercakap dalam konteks untuk mencegah panyakit kencing manis daripada merebak bukannya doktor bercakap dalam konteks duit siapa ? So, waraskah kita ?

Kalau ya pun kita marah sangat dengan harga barang naik, pi balunlah Menteri Ayam, sebab Menteri Ayam tu orang politik yang selalu duk buat keluar kenyataan berstatus 'ayam'. Tu pun kalau nak balunlah, kalau tak sabar jerlah, tunggu PRU 14 buatlah keputusan. Apa yang payahnya?, yakinlah dengan rezeki Allah, takkan kebulurlah setakat nak tunggu 4 tahun lagi tu.... Kalau kerajaan tunjuk angkuh dengan kuasanya sehingga secara kerap menaikkan harga tanpa batas, apa kurangnya kita sebagai rakyat untuk tunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada kita dalam PRU nanti.

Justeru, kepada sebahagian golongan yang singkat akalnya, usahlah memaki hamun orang yang telah memberikan kita ilmu berguna walaupun ketika itu kita tidak tahu menggunakan ilmu tersebut kerana kejahilan diri kita sendiri, sebaliknya fikirlah dengan akal yang waras dan selebihnya kita bertawakkal kepada Allah. Yakinlah, macammana sekalipun kehidupan kita, tidak ada sesuatu yang mustahil dengan izin Allah... Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...