Eksklusif - Pendedahan Bukti Cara Pengiraan Bil TNB Tipu Rakyat, @NajibRazak Tolong Jangan Buat Tak Tahu

Diatas adalah jawapan dari pihak TNB menerusi TNB Careline berhubung isu yang saya bangkitkan pada artikel 11 Disember lalu, TNB Careline mendakwa "Bahawa pengguna tidak akan mengalami kerugian ataupun terpaksa membayar harga yang lebih tinggi daripada sepatutnya jika tempoh pembilan lebih ataupun kurang daripada 30hari ataupun tidak mengikut bilanganhari di mana – mana bulan di mana bacaan dibuat. Ini adalah kerana pihak TNB akan membuat pengiraan secara prorata untuk memastikan kiraan bil tidak membebankan ataupun merugikan pengguna". 
Dibawah pula adalah bil elektrik terbaru saya untuk penggunaan 2 bulan 4 hari
Pengguna perlu sedar, apabila bacaan bil diambil lewat dari jumlah hari sebenar sesuatu bulan, TNB akan mengira bil anda dengan formula prorata yang hanya menguntungkan TNB semata-mata sekaligus menipu pengguna. Ini kerana pengiraan prorata yang TNB gunakan jika dibandingkan dengan pengiraan secara jelas, telus dan logik, ternyata pengiraan secara prorata sudah dikaji sebagai cara pengiraan untuk TNB menyedut untung dengan menipu pengguna tanpa pengguna sedari.

969 Kwh bahagi 65 hari = 14.90769230769231
14.90769230769231 darab 30 hari (bulan 10 ada 30 hari) = 447.2307692307692
447.2307692307692 dibundarkan kepada 447 kwh (Walaupun dibundarkan, tapi TNB tak rugi sebab ia akan dimasukkan dalam pengiraan penggunaan lebihan hari seperti dibawah)
200 x 0.218 = Rm 43.60
100 x 0.334 = Rm 33.40
100 x 0.400 = Rm 40.00
47 x 0.402   = Rm 18.89
Total RM 135.89

969 Kwh bahagi 65 hari = 14.90769230769231
14.90769230769231 darab 31 hari (bulan 11 ada 31 hari) = 462.1384615384615
462.1384615384615 dibundarkan kepada 462 kwh
200 x 0.218 = Rm 43.60
100 x 0.334 = Rm 33.40
100 x 0.400 = Rm 40.00
62 x 0.402   = Rm 24.92
Total RM 141.92

Bulan Oktober, 447 Kwh + bulan November, 462 kwh = 909 kwh
969 kwh - 909 kwh = 60 kwh 

Tapi 60 Kwh jika dibahagikan dengan 4 hari jumlah sehari ialah 15 Kwh bukan 14.90769230769231 sebagaimana pengiraan diatas, inilah yang dimaksudkan TNB tak rugi kerana pengiraan masih tetap dalam 969 Kwh penggunaan.

Maka baki 60 kwh untuk lebihan 4 hari hendaklah  berada dalam blok 0.218 yaitu blok bagi kuota bulan seterusnya. Maknanya 0.218 x 60 kwh =Total lebihan hari Rm 13.08. Sebaliknya formula prorata TNB hanya meletakkan 19 Kwh pada blok 0.218, 10 Kwh pada blok 0.334 dan 0.400 serta selebihnya pada blok 0.402. (disinilah berlaku pengiraan yang merugikan pengguna)

Total bulan 10 RM 135.89Total bulan 11 RM 141.92 + Total lebihan hari  Rm 13.08 = RM 290.89.

Semoga anda faham dan dapat bezakan antara pengiraan secara telus yang saya maksudkan dengan pengiraan prorata yang TNB kata tidak merugikan pengguna sebagaimana terlampir pada bil diatas.

Cara pengiraan prorata TNB bagi penggunaan 969 KWH dalam jangka masa 65 hari ialah RM 297.94. Manakala pengiraan protelus bagi penggunaan dan jangkamasa yang sama ialah RM290.89. Jadi saya nak tanya RM 297.94 dengan RM290.89 ni mana banyak ? Bezanya adalah RM 7.05. Minta pihak TNB jelaskan atas dasar apa pengguna nak tanggung RM 7.05 itu ? Begitu juga dengan lain-lain bil yang dibaca lewat.

Ni buat pengiraan prorata, prorata yang menguntungkan TNB ni tak boleh dibiarkan sama sekali. Tu pun tak termasuk dengan isu 'Dana wang tenaga boleh baharu' dan 'jumlah anggaran terdahulu' lagi. Nanti kaji satu persatu. Kita tak salahkan staff TNB diperingkat bawahan yang hanya menurut perintah, tapi kita persoalkan ketelusan diperingkat tertinggi yang berkuasa membuat keputusan dalam menentukan sesuatu dasar. Apa yang perlu kita persoalkan, sila rujuk diSINI. Anda Mampu Mengubahnya.

9 comments:

  1. benar..aku pun terkena.. jika mereka lambat membuat bil..maka nilai bil bulan tersebut akan melambung..jika ditanya, mereka selamba sj ckp pembaca meter cuti la..MC la..kursus la..aku cadangkan pengiraan bil ditetapkan 1hb- akhir bulan..fixed..takde alasan!!!

    ReplyDelete
  2. Saya rasa kiraan yang digunakan adalah adil. Saya pernah menghadapi masalah yang sama dan telah menerima penerangan yang lengkap daripada TNB

    1. Bil ini adalah untuk bulan 11 (30 hari) + bulan 12 (31 hari) + lebihan (4 hari) = 65 hari

    2. Disebabkan adanya lebihan 4 hari, jadi blok prorata telah dinaikkan menggunakan faktor 65/31= 2.09677. Oleh itu, blok RM0.218 yang pada asalnya 200 unit telah menjadi 419 unit iaitu 200 unit untuk bulan 11, 200 unit untuk bulan 12, dan 19 unit untuk lebihan 4 hari. Begitu juga dengan blok-blok yang lain.

    3. Lebihan unit 4 hari (14/12 hingga 18/12) seperti mana yang saudara kira secara purata sebanyak 60 unit tidak patut kesemuanya berada dalam blok RM0.218 seperti yang saudara nyatakan. Ini adalah kerana bagi bulan 1, bil akan dikira mulai 18/12 bukan 14/12 dan saudara akan menikmati 200 unit pertama yang bernilai RM0.218/unit

    ReplyDelete
  3. Saya juga setuju dengan hajjah.. Saya pernah bertanya berkenaan dgn bill di tnb branch.. Sy jelas dan paham bagaimana pengiraan yang digunapakai.. Lebihan unit untuk 4 hari tidak logik di bawa ke bulan depan.. Kerana bil bulan depan bermula pada 18/12.. Sy rasa pengiraan mereka agak adil dan tepat juga kerana bila sy fikir2 balik.. Sy pon tak boleh tahu penggunaan sebenar sy sehari-hari.. Ada masa kipas on 24 jam.. Ada masa kipas tak bukak langsung.. Meminta mereka untuk bil sy mengikut pengiraan purata adalah tidak tepat walaupon sy bayar bil murah..

    ReplyDelete
  4. Salam....ada kiraan prorate?.... Apa formula yg digunakan?.. Bukan kah sudah diambil kira purata penggunaan sehari (unit) dan akan diselaraskan semula dgn bacaan meter yg terakhir?
    Mcm saya ada masalah 2 bulan bacaan anggaran..bulan ke 3 TIADA BILL- Bulan ke 4 ada tunggakan bacaan meter sebelum (meter rosak) bil saya sampai RM3.6K TUNGGAKAN (purata penggunaan saya sekadar RM110)..dan TNB tukar meter baru..Bulan ke 5 bacaan sebenar.. Apabila saya buat aduan...ntah mcmana cas RM3.6K diambil kira Walaupon sebenarnya bacaan itu tidak boleh diambil pakai dan sepatutnya dikeluarkan BIL ANGGARAN...kiraan credit note diambil kira dari cas RM3.6K (Saya tidak pernah "miss" bayaran - walaupon tkde bill saya tetap akan bayar RM100 @ RM120 utk elakan tunggakan tinggi) saya ada baki tunggakan RM140 ntah dari mana datangnya?!?!?
    Bacaan bulan ke 6 (meter baru) tiada bacaan..(sedangkan saya periksa sendiri meter ok dan ada bacaan) - TIADA BIL
    Bulan ke 7 baru keluar bil utk 64 hari utk 2 bulan bacaan...
    There is something wrong somewhere..sistem bacaan meter @ pembaca meter @ billing sistem TNB sendiri..
    Persoalan timbul apa formula kiraan prorate itu?..sedangkan sudah diambil kira purata penggunaan harian selama 6 bulan..
    Aduhai TNB..

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum,kami menawarkan urusan pernikahan di selatan thailand (Songkhla @ Narathiwat) mengikut undang2 dan sah disisi ugama. Nikah poligami dan nikah tanpa wali.. selesai nikah terus daftar di konsulat malaysia utk memudahkn daftar di malaysia. Wassalam.
    Klik http://nikahselatanthailand.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum,kami menawarkan urusan pernikahan di selatan thailand (Songkhla @ Narathiwat) mengikut undang2 dan sah disisi ugama. Nikah poligami dan nikah tanpa wali.. selesai nikah terus daftar di konsulat malaysia utk memudahkn daftar di malaysia. Wassalam.
    Klik http://nikahselatanthailand.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
    Hubungi jg 0108309780

    ReplyDelete
  7. Yang hg ni pasaipa pulak walimatul urus
    Kita dok bincang pasai tnb...
    P crita pasai nak menikah plak

    ReplyDelete
  8. Yang betulnya hapuskan IPP, blok tarif kasar asas rm0.218 hendaklah dinaikkan ke 1000kwh memandangkan Malaysia ni panas kena guna aircond hari2 siang malam. TNB untung bilion2 nak buat apa banyak2. Share holder saja yg untung, rakyat kerja macam nak mampus cari duit nak bayar bill mahal. Tenaga boleh baharu awat nak mintak duit kat kami pulak, guna la duit tnb untung berbilion tu. Gst bangang tu tak payah la woi. Ini keperluan asas bukan nak bermewah2..

    ReplyDelete
  9. ermm... stress gak tnb ni... setiap bulan bacaan anggaran.... alasan pintu pagar berkunci.. masalahnya setiap bulan pada tarikh bacaan bil mmg sengaja biarkan pintu pagar tak bekunci... sanggup tak kunci pintu gate sbb nak bg si pembaca tu baca bacaan sebenar... bacaan anggaran akan merugikan pengguna sbb kemungkinan penggunaan tak melebihi subsidi... so free... tp di sebabkan kumulatif bacaan bebulan2 kononnya pintu pagar berkunci...(dah buat aduan, tp ctill kata pintu pagar berkunci...) akan di prorate kan ikut hari lah ikut block la.. betul kan... ke caner... so, mmg ape2 pun hadap je la bayar.. kalau tak nanti bakar lilin la jawapnye... hampagas betullah...
    ke mmg sengaja nak anggarankan... tak baik tau..... dosa tau...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...