Tengok! TNB Tipu Rakyat Selamber Jer! Ada @NajibRazak Kisah ? @Khairykj Lagilah...

Kalaupun pengguna tidak ada pilihan untuk memilih perkhidmatan bekalan elektrik selain yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), hal itu bukan satu peluang untuk TNB bermaharajalela dengan sewenangnya sehingga menipu serta menindas rakyat selaku pengguna kepada perkhidmatan yang dimonopoli itu.
Walaupun merasa tidak adil, rakyat hanya mampu mengucapkan terima kasih dengan penjelasan bersifat kuku besi, bayangkan selama 5 tahun pengguna di caj dengan caj perniagaan, hanya 3 bulan saja yang dikembalikan.

Dasar TNB  yang hanya mementingkan untung membuatkan ia semakin dicurigai, kepercayaan rakyat terhadap GLC itu kian terhakis, TNB mula dipandang serong. Bagaimana sebuah syarikat yang tidak mempunyai kredibiliti ingin terus memberi perkhidmatan utama kepada rakyat ? Sampai bila rakyat akan terus bertahan dengan diperlakukan sesuka hati oleh TNB ?
Begitu juga dengan cara pengiraan prorata yang tidak adil dan jelas menipu rakyat, formula prorata yang TNB gunakan sangat tidak relevan bagi bil yang dibaca lewat atau melebihi hari dalam sesuatu bulan. Ini kerana pengiraan dibuat tidak berlandaskan situasi atau kegunaan sebenar, sebaliknya bergantung kepada formula pengiraan yang telah dikaji khas untuk memberi untung kepada TNB walau dalam apa jua keadaan. Formula tersebut seperti dibawah dan anda boleh kira serta padankan  dengan bil elektrik dirumah anda.

Contoh, jumlah kegunaan 500 Kwh dalam tempoh 35 hari, bulan tersebut katakan ada 30 hari. Blok satu kegunaan 200 Kwh pada kadar 0.218 dibahagikan dengan jumlah hari dalam sebulan kemudian didarabkan dengan jangka masa bil diambil, dan begitulah untuk blok-blok seterusnya.

200 Kwh / 30 hari x 35 hari = 233 x 0.218 = RM 50.79
100 Kwh / 30 hari x 35 hari = 117 x 0.334 = RM 39.08
100 Kwh / 30 hari x 35 hari = 117 x 0.400 = RM 46.80
100 Kwh / 30 hari x 35 hari = 33   x 0.402 = RM 13.26
Total 500 Kwh    RM 149.93
Prorata
VS
Protelus
Bagi contoh pengiraan cara protelus pula ia bersifat menang-menang antara TNB dan pengguna. Jumlah kegunaan bahagi dengan tempohhari bil diambil kemudian darab jumlah hari pada bulan berkenaan. Ia adil dan relevan.

500 Kwh / 35 hari x 30 hari = 428.5714285714286
200 x 0.218 = Rm 43.60
100 x 0.334 = Rm 33.40
100 x 0.400 = Rm 40.00
29 x 0.402   = Rm 11.66
Total RM 128.66 + 
RM 15.48 = RM 144.14

Lebihan 5 hari atau 71 Kwh harus berada dalam blok 0.218 yaitu blok bagi kuota bulan seterusnya. Maknanya 0.218 x 71 kwh = Rm 15.48. Sebaliknya formula prorata TNB hanya meletakkan 19 Kwh pada blok 0.218, 10 Kwh pada blok 0.334 dan 0.400 serta selebihnya pada blok 0.402. (disinilah berlaku pengiraan yang merugikan pengguna). Dalam kes ini, formula pengiraan telah merugikan pengguna sebanyak RM 5.79 tanpa sebarang asas yang wajar.

Jika pengguna diberi pilihan yang adil dan saksama, saya pasti kesemua pengguna di seluruh negara akan memilih cara pengiraan seumpama pengiraan protelus. Namun jika rakyat bersatu hati membantah sebarang bentuk ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan keparat, mustahil untuk golongan keparat ini boleh meneruskan sebarang bentuk penipuan atau penindasan kepada rakyat. Malangnya masih ramai yang lebih rela berpeluk tubuh daripada bangkit bermandi peluh. Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Boleh kalau nak gunakan kaedah protelus saudara....jika bil daripada 14/11 hingga 18/12, lebihan 5 hari atau 71kWh tersebut boleh didarab dengan RM0.218...tapi bil bulan berikutnya,kuota 200 unit pertama hanya ada baki 129 kWh sahaja lah...sebab tarif dalam akta hanya 200 unit pertama sahaja berharga RM0.218

    Untuk yang salah tariff, boleh lah buat aduan pada suruhanjaya tenaga kerana peraturan itu dikeluarkan oleh suruhanjaya tenaga sebagai pemberi lesen

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...