Perbelanjaan Berhemah @NajibRazak Tidak Selari Dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra

11 langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari ini dilihat bukanlah satu langkah yang bertepatan sebagaimana keperluannya yang sebenar.

Dalam hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah, daripada 11 langkah itu 3 daripadanya adalah seperti berikut:

Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Langkah mengurangkan adalah tidak selari dengan usaha kerajaan untuk memperkasa ekonomi bumiputra, sebaliknya langkah menambah serta mengkaji semula pemberian tender kepada syarikat pengurusan acara dan katering itu yang lebih tepat.

Syarikat kroni yang sudah kaya raya tidak seharusnya dibantu sampai ke tua,  dah stabil pandai-pandailah berdikari, beri peluang kepada syarikat bumiputra yang lain juga, dan pastikan pekerja yang digajikan oleh syarikat berkenaan adalah rakyat tempatan bukannya warga asing. Begitu juga dengan harga, misalnya sewa khemah, takkanlah sewa khemah jenis piramid sampai RM 4 ribu  manakala khemah VIP jenis arabian RM 7 ribu untuk satu khemah ?

Dalam mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah, harga melampaui batas itu yang seharusnya dititikberatkan oleh kerajaan, ketirisan seperti ini yang perlu dibendung dan bukannya mengambil langkah bersifat mengurangkan yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada pengusaha serta pekerja atau rakyat itu sendiri.

Berbelanja secara berhemah pun nak kena lihat dari pelbagai sudut dengan mengambil kira kepentingan semua pihak, jika dilihat kepada langkah yang bersifat untuk mengurangkan, kerajaan seolah-olah ingin meletakkan penggunaan syarikat sebagai punca kepada perbelanjaan tidak berhemah, sedangkan punca sebenarnya adalah disebabkan naga-naga didalam kerajaan sendiri yang berperanan memakan komisen atas angin dengan menaikkan harga sesuatu barang, projek atau perkhidmatan.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan ingin kekal mentadbir negara, Kerajaan harus mengelakkan sebarang tindakan atau langkah yang boleh membebankan rakyat, samada mengurangkan penggunaan syarikat mahupun mengurangkan subsidi, semua itu membebankan rakyat, walhal masalah atau punca sebenar tidak pula diberi penekanan dalam mengatasinya.

Kesimpulannya, kerajaan begitu tegas dengan rakyat yang tidak berdosa sehingga sanggup membebankan rakyat menerusi kenaikkan harga secara mendadak, tapi kerajaan tidak pula tegas dalam menangani kes rasuah ? Apakah kerajaan Najib tidak berhasrat 'murni' untuk meletakkan negara sebaris dengan Singapura dalam CPI 2014 nanti ? Kenapa kerajaan tidak tegas dalam isu ini ? - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.
 Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2013

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...