Nah ! Wakil Komunis Jawab "Kita Tak Tahu Menahu Monyet Pijak Gambar Najib"

Penganjur himpunan Janji Demokrasi hari ini berkata pihaknya tidak tahu menahu mengenai perbuatan seorang lelaki menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata insiden itu nampaknya berlaku di seberang tempat di mana pihak penganjur berada di Dataran Merdeka malam tadi.Ketika dihubungi Maria berkata pihak tidak menyokong perbuatan seumpama itu sama sekali. Malah, kata Maria, pihaknya telah meminta orang ramai jangan membawa sebarang sepanduk.

Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang pemuda dalam lingkungan usia 20-an, dilihat melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Gambar mereka dibariskan di atas tanah, berhampiran daisies kuning dan bandana dengan perkataan 'Janji Bersih'.
Manakala dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh blogger pro-BN Yuseri Yusoff, orang ramai memijak gambar Najib dan Rosmah yang telah koyak.

Ramai yang berbuat demikian memakai baju kuning manakala ada yang dilihat sengaja menghentak kaki pada gambar dalam video itu, yang nampaknya seperti dirakam di penjuru Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.

Satu lagi blog pro-BN, Gossip Rakyat (GR), mendakwa pemuda yang menunjukkan punggungnya itu telah dikenal pasti. - Malaysiakini
Bila jadi sesuatu senang jer jawabkan, "pihak penganjur tidak tahu menahu", habis apa yang tahu ? hati aku sakit tahu ke tidak ??? inilah masalahnya, ke sebab polis kacau yang buat perangai macam syaitan tu, kerajaan tak bagi buat demontrasi kau nak buat, tapi kau tak reti nak kawal. Kerajaan ni dia fikir jauh kedepan, bukan berfikiran pendek ikut sedap nafsu jer, belakang pun hentam.

Bila jadi macam tu, Najib takperlah baik, mungkin beliau boleh sabar, tapi pengikut Najib macammana ?, punyalah bersungguh hilang akal gi pijak gambar tu apakah masalahnya ? dahlah Najib tu Melayu yang pergi pijak tu Cina komunis DAP haram jadah, kalau Cina MCA dia tak buat kerja bangang macam tu, Cina MCA ni reti hormat orang. Kita tiada masalah dengan mereka. Yang jadi masalahnya Cina komunis ni. Cina Komunis, Cina komunis...........

Tak per kita tunggu tengok apa tindakan penganjur terhadap monyet-monyet tersebut, kalau pergi pijak gambar Menteri yang kuat makan rasuah boleh lagi kita setuju, ini gambar Perdana Menteri dipijaknya bukankah melampau tak sedar diri, aku yang tak kuat Umno pun tetiba jer jadi kuat bila tengok aksi sebegitu, melampau sangat. Berpadalah wahai Cina DAP jangan keterlaluan dan melampau membangkitkan semangat gemuruh anak jantan Melayu kerana kami cintakan keamanan namun jika terpaksa kami tak keberatan...........Anda Mampu Mengubahnya...

Bersih.. Aksi Kurang Ajar Peserta, Tolong Jawab Ini Bendera Siapa??

Siapa agaknya yang ajar mereka buat begini.Ini adalah antara gelagat budak-budak Bersih yang berhimpun sekitar Dataran Merdeka Khamis malam menyertai himpunan ‘Janji Demokrasi’.

Mereka fikir boleh buat apa saja sesuka hati hingga bulan dan bintang pada bendera negara, Jalur Gemilang ditukar ke warna kuning dan dikibarkan di celah himpunan itu.

Tak cukup itu warna bendera ditukar ke merah putih…macam bendera Republik Singapura dan Indonesia

Apakah ini bendera Republik Bersih Malaysia atau bendera negara jika pembangkang berkuasa?

Apakah mereka merancang hendak jadikan negara ini sebuah republik?

Juga tersebar risalah mengenai pertukaran bendera negara.

Mungkin pihak penganjur gabungan 47 NGO yang pro-Bersih boleh tolong jawab tentang perbuatan yang over dan biadap ini.

Ramai orang biasa di situ yang melihat gelagat ini terkial-kial budak-budak ini kedengaran mencemuhnya.

Puak Bersih mungkin merasa syok sendiri dapat berkumpul sekitar Dataran Merdeka.Namun kalangan orangramai yang ditemui wartawan meluahkan rasa kecewa gara-gara mereka tiada majlis countdown ambang Merdeka seperti yang diadakan setiap tahun.
Pada jam 11.30 malam dianggar sekitar 5,000 orang yang memakai t-shirt kuning Bersih bercampur aduk dicelah-celah orangramai yang datang ingatkan ada countdown ambang Merdeka.

Pada awalnya 10.30 malam sekitar 1,000 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di situ.

Geng gabungan 47 NGO itu yang membawa ungkapan sama seperti Bersih menuntut pilihanraya adil kemudiannya disertai oleh puak Selamatkan Jalan Sultan yang mula berhimpun di Jalan Hang Jebat dekat Stadium Negara jam 8 malam.

Puak yang menuntut kerajaan menghentikan pengambilan tanah untuk projek MRT kemudiannya berarak ke jalan dekat stesen lama bas Klang.Mereka bersurai jam 9.30 malam untuk ke Dataran Merdeka.

Polis hanya berkawal memastikan lalulintas berjalan lancar dan tidak mengambil sekarang tindakan terhadap mereka yang berhimpun di kedua tempat.

Kawasan padang Dataran Merdeka telah ditutup kepada orang ramai kerana persiapan perbarisan Hari Merdeka pagi Jumaat.

Pada sebelah petangnya polis telah menyatakan perhimpuan Janji Demokrasi adalah haram kerana penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.

Namun penganjur berdegil hendak teruskan juga himpunan itu.

Kini ramai ternanti-nanti apa pula alasan hendak digunakan oleh puak Bersih ini untuk balon polis yang ‘berlembut’ terhadap himpunan haram mereka.

Puak ini diketahui umum cuba berselindung disebalik kehadiran orangramai yang kebiasaanya berpusu-pusu ke Dataran Merdeka untuk meraikan countdown ambang Merdeka.

Pihak penganjur cuba ‘ coverline’ menyalahkan pihak berkuasa sekat mereka turut meraikan ambang Merdeka sedang kehadiran mereka adalah satu perhimpunan yang terancang.

Kecuali Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu,orang kanan PKR Tian Chua dan Fuziah Salleh tiada pembesar pembangkang lain yang hadir di himpunan itu.

Seperti mereka rancang,Datuk A Samad Said telah mendeklamasi sajak di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadap ke Dataran Merdeka.

Himpunan itu mula bersurai sekitar jam 12.30 malam.Tiada insiden tidak diingini berlaku.

Bongkar Misteri Kehebatan Kota Mekah Yang Disembunyikan NASA

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)

Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda:

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)

Wallahu’alam….

Sumber: Myberita.com

Video Terkini - Erti Sambutan Kemerdekaan Dari Kacamata Azhar Idrus

Kemerdekaan.....
Masih ada diantara kita yang tidak tahu apa ertinya kemerdekaan itu,
mereka bayangkan inginkan kemerdekaan yg sebenar mengikut Islam,
Sesungguhnya apa yang kita kecapi hari ini adalah kemerdekaan yang sebenar mengikut Islam,
Kemerdekaan yang mampu untuk kita capai pada situasinya
Kita tidak perlu angkuh mendabik dada mengkufuri nikmat Allah ini,
Keamanan kita mengerjakan ibadat kepada Allah tidak pernahpun sesaat terhalang,
Jasa moyang kita hargai Nikmat Allah kita syukuri,
Bercakap adalah sesuatu yang mudah tidak sebagaimana untuk melaksanakannya,
Menyatukan kaum-kaum yang berbagai dinegara ini adalah satu hal yang cukup berharga,
Tidak mudah bagai disangka,
Namun bila kita terlampau senang dibelai dan dimanja segalanya subsidi,
Kita mula lupa, kita mula tamak dan kita sering menentang,
Ibarat anak yang terlalu dimanjakan dalam keluarga sering merajuk dengan sedikit hal yang remeh,
Namun semua itu tidak kemana melainkan keduanya sengsara....

Sedarlah kita wahai umat,
Sedarlah kita wahai umat,
Sedarlah kita wahai umat,
Apakah kita mahu mundur 50 tahun kebelakang ?
13 Mei 1969 satu sejarah hitam yang tidak mustahil ianya berulang,
Hari ini kita aman esoknya belum tentu jika kita terus lalai,
Jangan menjadi layu mendengar janji yang manis,
Janji manis itu adalah asyik tapi ianya adalah bohong,
Jika benar pakatan yang jujur tampilkan dulu kabinet bayangan,
Perlihatkanlah ia tanpa sebarang pertikaian,
Jika kerusi DUN pun berlanggar ibarat retak menanti belah,
Jangan dicuba pergadaikan negara,
Pemerintahan bukan satu testimoni melempiaskan nafsu kerakusan,
Bergandingan yang tidak ada persefahaman jangan berangan inginkan kebajikan,
Kelak nanti ia hanya membawa kecelakaan,
Percayalah pembangkang yang ada ini cumalah komunis yang laparkan kuasa,
Komunis yang ingin menjajah bangsa dengan ideologi diluar batasan kebebasan yang songsang,
Sedarlah kita sebelum kita keterlanjuran,
Keterlanjuran yang membawa bala,
Bala yang sukar terhenti bila ia bermula,
Sepanjang masa kita jua yang derita,
Lihat saja negara-negara jiran kita,
Konflik ketidakpuasan yang tidak pernah padam,
Bergolak sentiasa apakah itu yang kita hendak bangga,
Teruslah kita melangkah kehadapan jangan sesekali berundur kebelakang,
Perbaikilah dengan apa yang ada kerana yang baru itu belum terbukti terciptanya itu sempurna....
Anda Mampu Mengubahnya..

Video Jijik !!! Penampakan Syaitan Di Ambang Merdeka

Inikah erti kemerdekaan yang sebenar mengikut ajaran Islam pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat. Sambutan apakah begini?? Acuan siapakah lahirnya bangsa-bangsa yang tidak mengenang erti pengorbanan orang-orang terdahulu yang telah banyak berjasa dan membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah, sehingga sanggup mencemarkan hari kemerdekaan yang sepatutnya disyukuri oleh sekalian rakyat.

Kufurlah manusia-manusia yang tidak reti bersyukur dengan apa yang dinikmati hari ini. Sezalim manakah Perdana Menteri Malaysia sehingga diperhina sedemikian rupa bersama-sama isterinya. Jika ia buruk untuk kamu, tidak untuk kami. Namun apakah wajar ianya diperlakukan sedemikian rupa.  Inikah cara demokrasi yang telah diasuh Pakatan Rakyat kepada pengikut mereka.

Andainya kami melakukan hal yang sama terhadap ketua kamu Anwar dan Azizah, bagaimana kamu rasa? Perbuatan yang langsung tidak bertamadun ini terlalu biadap bagi kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Jangan cuba diulang bakar kesabaran orang-orang yang telah lama bersabar. Jangan terlalu angkuh merasakan bumi Malaysia ini hanya milik kamu wahai orang yang tidak bertamadun, hingga berkelakuan seperti monyet-monyet jalanan yang kelaparan.

Nakkan demokrasi, demokrasilah. Nakkan demonstrasi, demonstrasilah, tapi perlukah membakar dan memijak gambar seorang pemimpin yang turut mempunyai pengaruh dan pengikutnya. Jangan dibuat gambar itu tidak bertuan. Sedarlah, jika ingin kekal aman. Tindakan provokasi begini hanyalah membangkitkan kemarahan pencinta kedamaian.

Perangai bagaikan monyet sedemikian jangan disalahkan polis jika dihumban, diseret dan ditenyeh muka ke tar sekalipun.Kerana tindakan sedemikian adalah yang terbaik untuk mengajar manusia yang biadab seperti itu. Semua penyokong dan pendokong kerajaan bangkitlah bersatu mempertahankan tanahair kita yang tercinta ini daripada terus dipersetankan dengan kelakuan jijik seperti ini. Anda Mampu Mengubahnya....

Sumber video dan maklumat selanjutnya klik disini

Nik Aziz Zahirkan Kegerunannya Cipta Persepsi Buruk Terhadap Dr Zakir Naik Malaysia

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang medianya kelmarin telah mula menunjukkan rasa rimas beliau terhadap kebenaran yang dibawa oleh ilmuan-ilmuan muda Umno.
Ianya susulan dari niat baik Fathul Bari atau tidak keterlauan jika digelar sebagai Dr Zakir Naik Malaysia yang mengajak beliau berbincang mengenai Hudud dan masalah umat Islam.

Nik Aziz dilihat cuba menanam persepsi buruk terhadap ulamak-ulamak muda yang mendapat pengajian diluar negara dan turut mendakwa di timur barat itu jugalah lahirnya Nabi-Nabi dan Taghut-Taghut, tidak semestinya yang belajar di timur tengah seperti Ustaz Fathul Bari dan lain-lain itu menerima pengajian Islam yang sebenar, kerana jika balik ke Malaysia dan menentang Pas ia boleh difahami pengajian yang dipelajari itu bukan dari Islam yang sebenar.

Mungkin sukar untuk memahami cara perjuangan Pas, namun cara perjuangan Pas yang sebenarnya adalah melahirkan persepsi buruk terhadap ulamak-ulamak yang menyokong Umno ataupun mufti yang tidak menyokong Pas, mereka akan memperlekehkan ulamak-ulamak ini bagi menaikkan diri mereka sendiri dalam pembentukkan assobiyah penyokong-penyokong Pas yang sedikit demi sedikit akan turut diterima oleh golongan berkecuali.

Boleh lihat, Ulamak Umno yang mana dilihat baik oleh Pas ? semuanya buruk, bahkan mufti yang neutral pun turut dilabel sebagai 'anjing kerajaan', doktrin perlekehan terhadap ulamak yang tidak menyokong Pas ini perlu ditentang sebelum seorang ulamak itu terus tenggelam, sejarah telah membuktikan ramai yang sudah terikut-ikut dengan doktrin yang dibawa oleh Khawarij ini dan ulamak terus tersisih.

Fathul Bari adalah seorang Ulamak yang berkaliber yang sangat-sangat digeruni oleh Pas, biarpun beliau pernah diperangkap dengan isu 'solek', itu bukanlah satu isu yang besar untuk diketengahkan, kelemahan yang tidak disengajakan itu adalah milik setiap hamba, tidak ada yang maksum, namun dibaliknya punyai kejujuran yang belum tentu ada pada setiap hamba.

Kelantangan berilmu yang ada pada ulamak muda itu sewajarnya kerap untuk ditonjolkan dan didedahkan kepada rakyat Kelantan khasnya,  kepimpinan BN Kelantan perlu aturkan program-program berbentuk forum supaya penjelasan mengenai Islam yang sebenar dapat disampaikan terus kepada rakyat, kebenaran ilmu Islam yang ada pada beliau tidak akan mampu untuk dinafikan oleh pemimpin-pemimpin Pas yang berilmu mantik songsang.

Sekiranya beliau dapat dihadirkan berforum ke Kelantan secara kerap, maka Gk yakin perubahan besar akan berlaku di Kelantan, dan istilah 'bagi duit ambil', 'bagi gula kacau', 'bagi kain pakai', akan tidak terpakai lagi setelah bagi ulamak muda diterima akan kebenarannya...Anda Mampu Mengubahnya...

Anwar Bingung Dunia Puji Kepimpinan Najib

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.

Ketika kuasa besar Amerika Syarikat masih dibebani masalah hutang yang di luar kawalan manakala satu persatu negara-negara Eropah mengemis agar ekonomi mereka diselamatkan, Malaysia berdiri megah menawarkan model pengurusan ekonomi yang unik dan inovatif.

Pujian pakar antarabangsa juga membuktikan bahawa konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang di bawa Perdana Menteri telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, pragmatik dan progresif.

Dalam tempoh tiga tahun sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah membuktikan kemampuannya untuk membela rakyat serta mengurus negara.

Berlandaskan slogan keramat ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, beliau telah memastikan setiap dasar serta program pembangunan yang dilaksanakan hendaklah menepati semangat dan tujuan prinsip tersebut.

ETP adalah bukti kukuh bahawa Datuk Seri Najib begitu serius mahu melipat gandakan lagi kemajuan ekonomi yang telah dikecapi selama ini.

Pembangunan ekonomi pula tidak akan berjaya tanpa sistem penyampaian yang efektif dan efisien maka GTP dilancar seiring dengan ETP.

Setelah tiga tahun rakyat kini melihat gandingan ETP/GTP telah melahirkan hasil yang sama sekali diluar dugaan.

Walaupun pembangkang tidak pernah jemu memfitnah dan memburuk-buruk visi Perdana Menteri, kini mulut mereka terkunci dan dibisukan dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima.

Mana negara di dunia ini yang berkemampuan membelanjakan lebih RM2.6 bilion melalui pemberian wang tunai BR1M RM500 secara terus kepada 5.2 juta ketua isi rumah kecuali Malaysia?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan bercadang menyalurkan BR1M untuk pusingan kedua pula melibatkan jutaan lagi penerima.

Tidakkah rakyat Malaysia amat bertuah menikmati perkhidmatan perubatan serendah RM1 sahaja yang disediakan melalui Klinik 1Malaysia dan bagaimana pula dengan Kedai 1Malaysia yang menawarkan barangan makanan keperluan pada harga yang lebih rendah daripada pasaraya?

Semuanya dilakukan kerana Perdana Menteri berpegang kuat kepada janji bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat mesti didahulukan dalam setiap aspek pentabdirannya.

Negara di bawah teras kepimpinan Melayu bermula daripada Tunku Abdul Rahman melanjut kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein kemudiannya kepada Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah dan kini di bawah teraju Datuk Seri Najib telah berjaya membawa negara dari satu tahap pembangunan kepada tahap yang lebih tinggi dalam setiap era pentadbiran negara.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir umpamanya, krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 telah berjaya ditangani dengan begitu baik dan berkesan.

Tatkala negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand terpaksa melutut kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia menolak tawaran bantuan daripada agensi antarabangsa itu demi menyelamatkan Malaysia.

Malaysia dengan beraninya menggunapakai pendekatan kawalan modal yang akhirnya berjaya menyelamatkan ekonomi serta rakyat daripada menjadi hamba IMF.

Rakyat juga tidak lupa bagaimana Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika itu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Dr Mahathir agar tunduk kepada IMF tetapi berkat pandangan jauh dan menghidu tujuan jahat Anwar serta IMF, Dr Mahathir menolak cadangan itu.

Sekiranya Anwar berjaya dalam rancangannya membawa IMF masuk campur dalam pengurusan negara, nescaya hari ini, orang Melayu tidak lagi akan kedengaran agenda ekonomi serta hak-hak istimewa Bumiputera.

Begitulah dahsyatnya motif jahat Anwar untuk menghancurkan ekonomi negara sehingga sanggup melelong negara ini kepada pelabur Zionis-Yahudi menerusi IMF.

Kejayaan yang kini terus dinikmati rakyat di bawah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib bukanlah terjadi secara rambang atau kebetulan.

Ia telah melalui tempoh pengalaman mentadbir negara selama lebih 50 tahun serta didokong dengan kepimpinan politik yang matang, berwibawa serta berkemampuan.

Sememangnya BN menepati setiap janjinya untuk memberi tahap kehidupan yang terbaik kepada rakyat dan sudah tentunya ini diakui melalui sokongan terus menerus rakyat kepada BN.

Kini negara berada diambang satu lagi pilihan raya umum dan rekod BN yang menakjubkan dalam membangunkan negara adalah bukti paling jelas untuk meminta rakyat terus membantu menggilap rekod yang cemerlang ini.

Pembangkang boleh menjanjikan apa saja termasuk bulan dan bintang tetapi akhirnya rakyat akan menilai samada ianya hanya sekadar janji di mulut ataupun bukti yang nyata. - Mynewshub.

BN Akan Terus Kekal Memerintah Pada PRU 13

Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi Asia Tenggara dan Asia Selatan Economist Corporate Network, Justin Wood, berkata pelabur melihat program pembaharuan yang dilaksanakan sejak dua tahun sebagai salah satu faktor penting keputusan pelaburan mereka di negara ini.

“BN akan terus memerintah. Saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya.

“Ekonomi Malaysia kukuh dan pelaburan langsung asing (FDI) semakin meningkat.

“Semua ini disebabkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap setiap maklum balas yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini,” katanya ketika taklimat tinjauan ekonomi Malaysia anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, di sini semalam.

Wood berkata, satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas sebagai satu pakej.

“Jika kerajaan sekarang kekal, dasar sedia ada sudah pun wujud,” katanya.Beliau juga berkata, selepas memenangi pilihan raya umum akan datang, Najib dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan program transformasi yang berjaya itu.

Abby Abadi Makin Dasyat Menghidayahkan Mantan Mufti Perlis

Kelantangan Abby Abadi berhidayah mengejutkan banyak pihak apabila beliau dilaporkan membidas Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin kerana didakwa mempertikaikan Hukum Hudud.

" Maafkan Saya Dr, Hudud tu kan hukum ALLAH. Dr belajar tinggi tapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia, tapi manis disana."  tweet Abby.
Bagaimanapun kenyataan Abby itu di tweet balas oleh Dr Asri dengan menjelaskan seseorang yang dijemput untuk berceramah itu tidak bererti faham mengenai Islam secara keseluruhannya.

"Ia tidak bermakna seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tak bererti dia telah benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen."

"Muslim tidak pertikai hukum Allah, tapi apakah yang dikatakan hukum Allah itu benar-benar hukum Allah, atau tafsiran kita sahaja?".

Sebelum ini Dr Asri dalam kenyataannya di media mendakwa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Menurut beliau, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

“Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

“Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya.

Sumbang Mahram - Polis Tunggu Laporan DNA Pemimpin Pembangkang Yang Beristeri Dua

KUANTAN- Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.

"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.

Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis.

Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.

Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang untuk kerusi dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.

Lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31`tahun, katanya. -Bernama

Video Bukti Khutbah Aidilfitri Jadi Ceramah Politik Pas, MAIK Sila Siasat !!!

KOTA BHARU- Teks khutbah yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Kamaruddin Mohd Zin menegaskan, penghasilan teks khutbah itu melibatkan penglibatan ulama dan golongan berkelayakan dalam bidang agama sahaja tanpa terikat dengan kepentingan individu tertentu.

Menurutnya, isi kandungan khutbah dirangka Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebagai Pengerusi Panel bersama beberapa panel lain seperti Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

“Maik tidak terikat dengan mana-mana parti politik mahupun individu yang berpengaruh dalam politik. Kita bebas bergerak sendiri secara terus di bawah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

“Malah isi kandungan teks khutbah sendiri dibuat dengan Mufti Kelantan bersama beberapa panel lain yang alim ulama dan layak dari segi pengetahuan agama,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang mengatakan golongan tertentu mempergunakan Maik untuk menyampaikan agenda politik menerusi teks khutbah.

Kamaruddin berkata, dakwaan itu tidak berasas sama sekali tanpa bukti yang kukuh kerana Maik sentiasa melaksanakan tugas mengikut syariat Islam.

Katanya, teks khutbah dikeluarkan Maik berdasarkan isu semasa berlandaskan hukum Islam sebenar tanpa membabitkan pandangan golongan tertentu yang berkepentingan politik.

“Kita menjaga imej sebagai agensi Islam dan isi kandungan khutbah dibuat dengan cara melihat isu-isu semasa seperti perpaduan ataupun masalah denggi yang kemudiannya kita akan mengulas isu itu berdasarkan hukum Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata Maik telah pun mengarahkan seluruh imam di negeri ini seramai 560 supaya setiap minggu menggunakan teks khutbah agensi agama itu tanpa apa-apa perubahan dan pindaan.

Katanya, sekiranya terdapat aduan yang mengatakan ada segelintir imam dengan sengaja membuat perubahan pada teks khutbah itu maka Maik akan menjalankan siasatan untuk mengambil tindakan selanjutnya. - Sinar Harian

Kepada MAIK, video yang dilampirkan ini boleh menjadi bukti dimana berlakunya perubahan pada teks asal khutbah yang disediakan oleh pihak MAIK. Putar alam yang dilakukan pemimpin Pas ini terhadap teks asal sangatlah jelas.

Teks khutbah MAIK antaranya menyeru supaya umat Islam bersatu padu dengan mengambil iktibar negara-negara yang sedang bergolak, dipusing oleh pemimpin Pas supaya membantu negara yang sedang bergolak, tidak salah membantu itu, tapi kenapa tidak sebut supaya menjaga perpaduan umat Islam dan elakkan daripada persengketaan......

Banyak perkara yang telah diputar oleh pemimpin Pas yang boleh dilihat sendiri pada rakaman video dibawah dan bandingkan dengan dengan teks asal yang disediakan oleh MAIK Disini. Anda Mampu Mengubahnya...

Perkhidmatan LRT Dilanjutkan Serta Perkhidmatan Percuma Ke Bukit Jalil

Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi.

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.

"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.

"Siapa Dia (Fathul Bari) Saya Tak Kenal Dia" - Nik Aziz

KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. - Sinar Harian

Serba tak kena dan macam-macam alasan Nik Aziz, apalah masalahnya Fathul Bari hantar surat terlebih dahulu, bukankah itu yang sepatutnya, sebagai seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab sudah pasti mempunyai tugas yang banyak, sebarang pertemuan perlu ada temujanji terlebih dahulu, atau Nik Aziz sentiasa punyai masa dengan ketepatan 'makan gaji buta'.

Buat bising di akhbar pun dijadikan isu, kalau Nik Aziz berada dipihak yang benar, itu semua tidak menjadi permasalahan, nak buat surat ke, nak buat bising ke pedulilah, apa yang penting kebenaran itu perlu dirungkaikan sesama Ulamak,

Janganlah Nik Aziz nak buat payah, Islam itu memudahkan bukan memayahkan, lebih-lebih lagi ia melibatkan isu yang berkait rapat dengan hukum hakam dan perpaduan Islam, semakin lama semakin pecahlah tembelang Nik Aziz, sepatutnya Nik Aziz mengalu-alukan Fathul Bari untuk berbincang dengan beliau bukannya memberi kepelbagaian dalih yang angkuh, begitukah sifat Ulamak yang dikatakan perwaris nabi ??? Anda Mampu Mengubahnya...

Proton Preve Untuk Anda Yang Layak @twtUpMerdeka #Merdeka55

Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)
RAJAH A
3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:
"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"
3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve.

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?
Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

Mufti Kelantan Hina Nabi Gara-Gara Fitnah Oleh Harakah

Akibat hati orang-orang Pas semakin busuk dan terlalu dahagakan api neraka jahanam, mereka tidak pernah mengenangkan apa yang berlaku selepas mati dengan perbuatan mereka yang sengaja memburukkan orang agama seperti Mufti, malah sangat keterlaluan dengan menuduh Mufti menghina Nabi gara-gara fitnah dan persepsi yang dibuat oleh Harakah terhadap Mufti..

Bilamana kenyataan atau apa sahaja yang datangnya dari Mufti itu tidak berpihak kepada Pas, dengan sewenangnya mereka menfitnah dan memaki hamun golongan mufti ini dan menuduh ia berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional,

Sepertimana isi kandungan teks khutbah aidilfitri, selain dari perpaduan, ia turut menyentuh mengenai teknologi dan kerosakkan akhlak muda mudi yang berpunca dari internet dan program TV menerusi cerita kartun, cerita hantu dan cerita yang berunsur jenayah dan lucah. Apakah program TV itu dibawah kuasa kerajaan Pas ?

Nasib baiklah Kementerian Penerangan tidak mengambil tindakan kepada Mufti atau mengecam sepertimana puak-puak Pas ni, bukankah Mufti bersifat bebas dan hanya mengusulkan perkara yang realiti berlaku tanpa mengira ianya kesalahan kerajaan BN mahupun Pas, kalau tak boleh ditegur tolong jangan mengaku diri tu Islam sebelum kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya..........
Perkara kedua yang sangat penting untuk diperlihatkan dan seharusnya diambil tindakan tegas oleh pihak berwajib adalah dengan dakwaan yang telah mendatangkan keburukkan serta persepsi jahat terhadap mufti sepertimana petikan dibawah.

"Isinya menyindir mengenai himpunan Bersih dan juga aktiviti ibadat anjuran kerajaan Pas seperti mendirikan solat terawih di perkarangan stadium Sultan Muhammad Ke IV?

"Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan
pergaduhan".


Itu antara sebaris isi khutbah yang memedihkan. Untuk apa kata-kata ini diselit kalau bukan atas niat hendak menyakitkan hati? Penganut politik yang peka mudah menangkap maksud di sebaliknya"
. - Harakah

Diatas tuduhan Harakah itu lahirlah persepsi rakyat antaranya sebagaimana komen yang dilampirkan dibawah ini:
Persoalan yang ingin dibangkitkan adalah, Apakah benar isi kandungan khutbah itu bermaksud sepertimana yang telah difitnah oleh Harakah bahawa ianya bersifat menyindir aktiviti ibadat anjuran kerajaan Pas seperti mendirikan solat terawih di perkarangan stadium Sultan Muhammad Ke IV ?

Adakah Aktiviti ibadat anjuran kerajaan Pas seperti mendirikan solat terawih di perkarangan stadium itu menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhanKalau tidak macammana boleh kata menyindir aktiviti ibadat itu......Ke tak reti bahasa ? atau sengaja nak tempah tiket NERAKA first class ?

Gk yakin ianya bukan salah faham, tetapi sengaja untuk menimbulkan fitnah dan persepsi buruk terhadap Mufti yang tidak berpihak kepada Pas, jika "Isinya menyindir mengenai himpunan Bersih" , ya tepat sekali dan Gk turut bersetuju mengenainya, namun apakah ianya salah jika memaksudkan atau menyindir dengan demikian sekalipun.

Isi kandungan tersebut perlu dilihat secara keseluruhan, namun hasil tarbiah Harakah dan Pas dengan sewenangnya mereka mengutuk Mufti serta menuduh Mufti sebagai menghina nabi, persepsi buruk dan fitnah terhadap Mufti yang ditimbulkan Harakah itu  sedikit sebanyak telah memupuk perasaan benci umat Pas kepada Mufti yang akhirnya akan mendatangkan mudarat kepada umat Islam.

Sehubungan dengan itu, bagi membersihkan persepsi ini, maka adalah menjadi kewajipan bagi mereka yang berkaitan sama ada Mufti, pihak Mufti dan pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk tampil membuat penegasan, penjelasan dan tindakan sebagai tauladan supaya perkara seperti itu tidak berulang lagi.....Anda Mampu Mengubahnya..

("Kerana nak tutup keburukkan himpunan Bersih, sengaja ia mengaitkan solat terawih di perkarangan stadium untuk melibatkan jemaah yang terlibat dengan aktiviti itu sekaligus meraih keuntungan politik kepada Pas.")

Klik DISINI untuk melihat teks penuh khutbah yang disediakan oleh MAIK.

Rakaman Asal Khutbah Aidilfitri 2012 (MAIK) Yang Sangat Ditakuti Pas

Kalau jumpa Syaitan biasa baca Ayatul kursi, tapi kalau jumpa puak Pas baca ayat diatas, ia cukup takut dan jarang sekali pemimpin-pemimpin Pas memetik ayat tersebut...
Semalam lidah rasmi Pas yaitu Harakah menyiarkan artikel yang mengaitkan khutbah aidilfitri yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sebagai berunsur politik, dimana dalam artikel itu menyebut,

"Sementelahan pula isi khutbah itu bukan berpihak kepada Pas tetapi berpihak kepada kerajaan UBN, apabila isinya menyindir mengenai himpunan Bersih dan juga aktiviti ibadat anjuran kerajaan Pas seperti mendirikan solat terawih di perkarangan stadium Sultan Muhammad Ke IV?

"Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan". Itu antara sebaris isi khutbah yang memedihkan. Untuk apa kata-kata ini diselit kalau bukan atas niat hendak menyakitkan hati? Penganut politik yang peka mudah menangkap maksud di sebaliknya.

Melihat polimek mengenai khutbah raya ini saya nampak yang perlu bertanggungjawab ialah panel yang menyediakan teks berkenaan. Dalam hal ini Mufti lah yang bertanggungjawab sebab beliau adalah ketua panel berkenaan. Seharusnya Mufti lebih bertanggungjawab dan tidak menggunakan sewenang-wenangnya kuasa yang diberikan kepadanya.


Datuk Mufti kena pantau dan semak betul-betul isu khutbah berkenaan atau mana-mana khutbah yang dikeluarkan oleh Maik agar ia tidak menimbul masalah. Kita tidak mahu peranan dan fungsi Maik yang suci dan tidak berpihak itu dianggap sebagai alat kepada pihak tertentu.
"

Bagaimanapun Gk merasa sangsi dengan apa yang disebut oleh Harakah itu sebelum membacanya sendiri di laman MAIK berkaitan isi kandungan teks khutbah itu, ternyata apa yang ditohmah oleh Harakah itu itu tidak benar sama sekali, persepsi yang mereka bawa  jauh tersasar dari maksud sebenar keseluruhan isi kandungan teks khutbah tersebut.

Yang mana kandungan teks khutbah itu menyeru umat Islam supaya bersatu dan jangan bermusuh-musuhan bagi menjaga dan mengekalkan keamanan yang dikecapi pada hari ini, namun kalau ada yang terasa, apakah benar mereka yang telah memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. 

Dibawah adalah sebahagian dari kandungan teks khutbah yang disediakan oleh MAIK yang telah Gk rakamkan sendiri untuk dinilai bersama, usahlah Pas takut kepada perpaduan umat Islam, hanya syaitan sahaja yang takut dengan kesatuan itu....Anda Mampu Mengubahnya...

"Saya Dengan Rendah Diri Minta Maaf Jika Menyinggung Sesiapa" - Yatt Hamzah

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar terkemuka tanah air, Berita Harian menerusi ruangan B*Pop telah menyiarkan sebuah artikel yang menegur sikap Yatt Hamzah.

Yatt dikatakan telah bertindak seperti ‘terlebih alim’ apabila dia menolak untuk melakonkan semula sebuah rancangan memasak.

Kata Yatt, melakonkan semula cara memasak dalam rancangan itu seolah-olah menipu para penonton.

Maka, wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar telah menegur Yatt lantaran dari ‘suara-suara’ yang kurang enak berkenaan sikap Yatt itu.

Selain itu, Raja turut menegur Yatt yang dikatakan suka menunjuk alim menerusi tarbiah di laman sosial miliknya.

Lantaran dari teguran itu, Yatt menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya, telah menjawab isu tersebut dan menerima teguran wartawan itu dengan positif.

Yatt bersyukur dan berterima kasih kepada B*Pop kerana sudi menegur dirinya yang kerdil itu.

“Dan saya dengan rendah diri minta maaf jika menyinggung sesiapa,” memetik kenyataan Yatt menerusi akaun Twitter miliknya.

Pada masa yang sama, Yatt menghargai teguran yang diberikan sekaligus menjadikan dirinya untuk lebih bersemangat untuk cintakan Allah.

Semoga Yatt diberi kekuatan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni setelah dia memilih untuk berhijrah. -Mynewshub.

Kerajaan Selangor Tidak Akan Bayar Subsidi

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memutuskan tidak akan membayar sebarang tunggakan subsidi bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada mana-mana kediaman rakyat yang menggunakan meter air pukal di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan mengenai perkara tersebut telah dimaklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mac lalu.

Beliau memberitahu, pemberian subsidi itu hanya boleh dilakukan sekiranya Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) kediaman yang terlibat mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui pelaksanaan Program Lapor dan Dapat.”PBT kemudian memberitahu Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.), untuk memberi potongan pada bil meter pukal. Seterusnya, JMB atau MC akan membuat potongan 20 meter padu pada bil-bil individu setiap kediaman. - Mynewshub.

Azabnya Zaman Penjajah Parut Masih Berbekas

"Hargailah dan pertahankan kemerdekaan negara kerana azab hidup pada zaman penjajahan masih berbekas parutnya hingga ke hari ini."

Demikianlah pesanan tokoh politik negara, Tan Sri Aishah Ghani, 79, apabila bercakap mengenai nikmat kemerdekaan.

"Saya sangat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat baik dan bertanggungjawab" Bagaimanapun, beliau mengakui walaupun peperangan membawa kesukaran hidup tetapi ia adalah permulaan kesedaran untuk mempertahankan negara, agama dan bangsa daripada penjajahan.

Azab zaman Jepun


“Azab zaman Jepun apabila tiada makanan kerana beras mahal. Mahu beli beras duit tiada, ubi kayu dan keledek jadi pengganti dengan berlauk daun ubi.

“Ketika itu, ramai yang jual lembu dan dapat duit berguni tetapi akhirnya apabila Jepun kalah, duit batang pisang itu tidak laku dan ramai penduduk kampung jadi gila,” katanya.

Katanya, apabila British menjajah, ramai rakyat yang mahu Jepun masuk ke negara ini kerana kononnya apabila Jepun menjajah, semuanya murah tetapi lebih teruk kerana didera.

“Suri rumah dulu apabila mahu menidurkan anak dengan dodoian, apabila tentera Jepun lalu dan dengar mereka akan masuk ke rumah dan pukul wanita dengan kayu serta mengerahkan mereka bekerja,” katanya.

Aishah berkata, beliau mula menceburi politik apabila bekerja dengan lidah rasmi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Pelita Malaya yang berpejabat di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Tak yakin PKMM

“Pembabitan saya dalam politik bermula apabila dilantik sebagai Ketua Wanita Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sayap PKMM pada 1945.

“Setahun selepas itu, saya keluar PKMM kerana tidak yakin dengan perjuangan parti itu yang lebih banyak mempunyai pengaruh komunis.

“Walaupun saya sangat muda ketika itu, tetapi ketika di Indonesia saya banyak membaca dan tahu pengaruh komunis boleh membawa kepada huru-hara,” katanya yang menyertai UMNO pada 1948 dan terus aktif sehingga beberapa tahun kebelakangan.

Kita sering mendengar ungkapan di belakang kejayaan lelaki adalah wanita, bagi Aishah pula, kejayaannya dalam semua bidang diceburinya terutama politik adalah atas dorongan suaminya, Allahyarham Abdul Aziz Abu Hassan.

“Suami menggalakkan saya menyertai Radio Malaya, ketika itu wanita bekerja tidak ramai. Pada 1963, selepas dilantik sebagai Senator, suami menghadiahkan kereta Mercedes sedangkan beliau hanya menggunakan kereta Honda,” katanya yang dikurniakan empat cahaya mata dan 13 cucu serta 13 cicit.

Terima surat setiap hari

Kasih sayang menebal suaminya terhadap dirinya turut dipamerkan dengan kiriman surat yang diterimanya setiap hari selama empat tahun pengajian dalam bidang kewartawanan di London yang diposkan dari Malaya mulai 1955 hingga 1959.

Malah, tanpa segan silu Aishah memberitahu suaminya adalah cinta pandang pertama dan menyifatkan Allahyarham sebagai anugerah satu dalam sejuta.

Membelakangi adat ketika itu yang anak gadis perlu berkahwin seawal usia 11 tahun dan perlu patuh kepada pilihan keluarga, Aishah hanya berkahwin ketika usia mencecah 23 tahun, umur yang dikira agak lewat pada zaman itu dan memilih cinta hatinya sebagai teman hidup.

“Saya sangat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat baik dan bertanggungjawab. Bayangkan ketika di London selama empat tahun, suami yang menjaga anak di tanah air, kos pengajian dan sara hidup di sana ditanggung suami yang ketika itu bertugas sebagai pekerja biasa di Radio Malaya,” katanya yang kehilangan kekasih hatinya yang menemui Penciptanya sejak enam tahun lalu.

Bertemu suami di Padang
Menyingkap kisah cintanya, Aishah menjelaskan beliau bertemu kali pertama dengan suaminya di Padang, Sumatera.

Aishah berkata beliau menghabiskan zaman kanak-kanak di Hulu Langat tetapi sebaik umur mencecah 12 tahun beliau dihantar ke Padang Panjang, Sumatera, untuk meneruskan pengajian di Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera.

“Selepas menghabiskan pendidikan dalam Darjah Lima (tahap paling tinggi ketika itu), saya mahu menyambung ke sekolah menengah tetapi ketika itu hanya ada Sekolah Convent Kajang, tetapi pada zaman itu anak Melayu tidak dihantar ke Convent kerana ia dianggap sekolah mubaligh dan kafir,” katanya.

Jelasnya, ketika berusia 11 tahun, beliau diterima sebagai guru pelatih di Sekolah Bukit Raya dengan gaji RM15 sebulan dan tidak lama kemudian diarah bertukar sekolah ke Jenderam tetapi tidak dibenarkan bapanya.

Mogok lapar

“Pada masa itu, saya tahu jika berhenti tentunya hanya duduk di rumah dan tunggu pinangan. Saya berkeras dan mogok tidak mahu makan, rela mati daripada berkahwin, akhirnya atas pujukan kakak dan abang, bapa bersetuju menghantar saya ke Padang,” katanya.

Beliau berkata perjalanan selama empat hari menaiki kapal dan bas barulah beliau tiba di sekolah itu. Selepas tamat pengajian, beliau meneruskan pengajian ke Maktab Perguruan Islam Padang sehingga berusia 20 tahun.

“Saya tidak menamatkan pengajian kerana terpaksa pulang ke Malaya kerana perang tercetus. Ketika perang, saya terperangkap di Padang, bapa tidak mengirimkan wang sudah berbulan-bulan.

“Pada 1942, suami yang berasal dari Kuala Lumpur mengajar bahasa Inggeris di INS, Padang dan meminta kakak angkat saya mencarikan mana-mana gadis Malaya untuk disunting. Kali pertama bertentang mata, pada 1 Januari tahun itu, saya rasakan inilah jodoh saya,” katanya.

Bagaimanapun, mereka tidak terus kahwin kerana selepas itu, Abdul Aziz dihantar ke Singapura sebagai buruh paksa dan hubungan mereka terputus. Selepas beberapa tahun, beliau mencari Aishah dan mereka berkahwin pada 1946.

Rahsia sihat, cergas
Ditanya mengenai rahsia kesihatan dan kecergasan serta kuat ingatannya, beliau berkata setiap apa yang dilakukan perlu ada kemahuan dan kejujuran.

“Alhamdulillah, ingatan saya masih kuat. Akal perlu sering digunakan, jika tidak berfikir dan membaca memang sering lupa. Petua untuk terus sihat hati kena bersih dan penyayang.

“Keluarga adalah aset terpenting dalam hidup saya. Kehidupan saya kini berkisar keluarga, kami sering berkumpul dan bersyukur kerana anak cucu menyayangi diri ini.

“Saya tidak mahu susah dan bergantung kepada anak-anak,” katanya yang masih ke pejabat Koperasi Jaya Murni setiap hari.

PROFIL: Tan Sri Aishah Ghani
Lahir: 15 Disember 1923
Asal: Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor
Pendidikan: Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras, Sekolah Menengah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera Barat Maktab Perguruan Tinggi Islam, Padang, Sumatera. Politeknik Regent Street London (Kewartawanan)
Suami: Allahyarham Abdul Aziz Abu Hassan
Anak: 4 orang, 13 cucu dan 13 cicit.
Pengalaman: Wartawan Pelita Malaya (lidah rasmi Parti Kebangsaan Melayu Malaya), Ketua Wanita Angkatan Melayu Sedar (AWAS), Radio Malaya, Wartawan Berita Harian dan penyunting New Straits Times, Senator wanita pertama Malaysia, Wanita pertama Malaysia wakil ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Jawatan: Ketua Wanita Umno, Menteri Kebajikan Masyarakat, Pengerusi Tetap Wanita Umno, Pengerusi Koperasi Jaya Murni.- Berita Harian

Nur Izah Kongsi Pengalaman Dirogol Bomoh

“SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.

Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.

“Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa ‘sial’ kepada keluarga.

Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.

“Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa,” katanya.

Nur Izah berkata, episod hitam bermula apabila bomoh berkenaan menjalankan upacara dengan mengarahkannya mandi terlebih dulu bagi ‘membuang sial’, sebelum membawanya ke bilik untuk rawatan seterusnya.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia tidak menyedari niat jahat bomoh terbabit kerana menganggap ia sebahagian rawatan yang perlu dilalui.

“Saya diperkosa setiap kali berjumpa dengan bomoh berkenaan. Saya juga pernah dipukul abang dan dimarahi keluarga jika saya ingkar untuk menjalankan ‘rawatan’ itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kejahilan tentang ilmu agama turut menjadi punca perkara ini berlaku ke atas keluarga.

“Banyak perkara dijanjikan bomoh berkenaan seperti kewangan keluarga kembali pulih dan pelbagai janji manis. Difahamkan beberapa orang turut menjadi mangsa bomoh terbabit,” katanya.

Nur Izah berkata, dia memaafkan perbuatan keluarganya dan berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.

“Saya tidak salahkan mereka, ia berkemungkinan terpengaruh dengan hasutan bomoh tersebut sehingga rumah, kereta dan harta ditukar milik ke atas nama bomoh berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setelah perkara itu dimaklumkan kepada ibu saudaranya, dia diselamatkan dan di hantar ke Pertubuhan Kebajikan Rumah Pemulihan Akhlak Insani (Rumah Insani), Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

“Ibu saudara saya membuat laporan polis. Demi keselamatan, saya ditempatkan di rumah ini untuk belajar ilmu agama,” katanya.

Peluang kedua

Rumah Insani turut dihuni seorang remaja bekas penagih dadah. Jefri, 19, (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi kisah silamnya.

“Saya serik dengan pengalaman sebagai penagih sejak di bangku sekolah. Biarpun dibesarkan dengan kasih sayang ibu bapa.

“Saya harap peluang kedua ini, dapatdigunakan untuk hidup lebih gembira dan tenang,” katanya.

Menurutnya, semuanya bermula kira-kira 11 tahun lalu ketika tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia bersama rakan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mengamalkan gaya hidup bebas.

“Aktiviti itu diteruskan sehingga saya mengabaikan persekolahan dan tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Jefri berkata, dia sanggup mencuri besi, menjual tong gas apabila kesempitan wang untuk membeli dadah jenis heroin.

“Saya juga mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan bekalan. Saya langsung tidak ambil peduli kesusahan mereka,” katanya.

Menurutnya, kini dia tidak akan mensia-siakan ‘kehidupan kedua’ yang diberikan selepas menjalani proses pemulihan dengan menumpukan sepenuh masa kepada keluarga untuk menebus segala kesilapan lalu.

“Saya memenuhi hasrat arwah ayah agar saya dapat sambung belajar di Yaman. Saya berazam untuk bebas daripada pengaruh dadah,” katanya.

Menurutnya, namun setelah pulang kampung dan berjumpa semula rakan lamanya, dia terjerumus buat kali kedua.

“Saya berharap ini yang terakhir kerana saya ingin pulih sepenuhnya dan menjadi anak yang baik. Saya tidak sanggup untuk pulang ke kampung kerana masyarakat tidak mempercayai saya lagi,” katanya.

Rumah Insani

Sementara itu, Pengurus Rumah Insani, Ustaz Ahmad Fauzi Hussain berkata, pihaknya membantu ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah segi sosial, dadah dan mental.

“Kami berusaha menjadikan remaja terbabit sebagai insan yang bertakwa, beriman, beramal soleh, berilmu dan berakhlak mulia,” katanya.

Menurutnya, kini seramai 10 pelatih lelaki dan 25 pelatih wanita yang menjalani pemulihan di Rumah Insani yang telah beroperasi sejak 2006.

“Pengasas Rumah Insani adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek yang berusaha membantu remaja yang bermasalah. Sehingga kini seramai 600 remaja telah melalui proses pemulihan dan rawatan,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata, antara punca remaja bermasalah faktor persekitaran, pengaruh kawan dan ibu bapa yang tidak mengawal pergaulan anak mereka. - Sinar Harian

Kematian Dinesh : PKR Mahu Inkuiri Awam Diadakan Oleh Suhakam

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa satu inkuiri awam diadakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berikutan kematian lelaki yang ditembak anggota polis di hadapan lampu isyarat berhampiran dengan Pusat Membeli Belah Ampang Point Selasa lepas.

Ahli Parlimen Kapar yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, S. Manikavasagam berkata beliau akan melaporkan isu tersebut kepada Suhakam agar keluarga mangsa mendapat pembelaan secepat mungkin.

"Saya akan bawa isu ini kepada Suhakam agar satu inkuiri awam dapat diadakan dengan segera. Pada masa yang sama, kita akan menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Isnin.

Pada 21 Ogos lalu, Dinesh, 26, ditembak mati oleh polis di Ampang ketika dia dalam perjalanan untuk keluar makan bersama rakan-rakannya pada pukul 1 pagi.

Akibat tembakan itu mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang. Mangsa meninggal dunia dua hari kemudian selepas mengalami pendarahan otak.

Berdasarkan laporan bedah siasat yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur mendapati mangsa ditembak dua kali - satu di belakang kepala dan satu lagi di lengan kiri.

Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Ampang, Amiriudin Jamaluddin mempertahankan tindakan anggotanya menembak Dinesh kerana mangsa dan rakan-rakannya cuba mencederakan anggota polis dengan parang.

"Mereka meluru ke arah anggota polis dan pegawai saya terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri," katanya.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, polis mendakwa mangsa dikatakan terlibat dengan pergaduhan dengan 'Geng Viva' sebelum kejadian menyerang anggota polis menggunakan parang. -Mstar.

Video - Anak Tun Ghafar Kantoikan Pembohongan Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya mendakwa, semasa Allahyarham Tun Ghafar Baba sakit tenat di rumahnya, beliau menghabiskan kira-kira dua jam berbual dan bertukar-tukar pandangan tentang sejarah perjuangan beliau dan isu-isu politik semasa, selain itu, tambah Mat Sabu lagi, Tun Ghafar juga turut berpesan kepada beliau,

"Mat, engkau kena lawan Umno sungguh-sungguh, Umno dah teruk, "Umno ini ibarat gajah, badannya besar tetapi kaki plastik"

Bagaimanapun dakwaan Mat Sabu itu disahkan bohong oleh anak Allahyarham sendiri yaitu Datin Zainon Ghafar  dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mat Sabu yang kononnya pernah datang melawat Allahyarham.

Bukan setakat pembohongan itu sahaja yang dilakukan oleh Mat Sabu, malah beliau turut mengandaikan bahawa jika Tun Ghafar masih hidup, beliau juga akan menyertai Pas sepertimana anaknya Tamrin.

Bagaimanapun andaian terdesak yang memandai-mandai dari Mat Sabu itu disifatkan sebagai  satu penghinaan kepada keluarga Tun Ghafar, dan ianya disuarakan oleh ahli keluarga Allahyarham sendiri termasuk menantunya Datuk Ahmad Hamzah dengan  meminta Mat Sabu menarik balik kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya.

Nasharuddin Hendak Berumrah Bersama Rosmah Pun Tiada Masalah - Khalid

Soal Ustaz Nasha bersama Najib di Makkah dan bertindak sebagai penterjemah hanya menzahirkan betapa Umno ketandusan ulama.

Tiada orang lainkah dalam Umno? Sama ada ia sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ustaz Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya.

Hanya yang menjadi pertikaian ialah kenyataan beliau berhubung Pas agar perlu keluar dari PR dan bagaimana Pas tunduk pada DAP.

Lagu dan irama lama, didendangkan kembali untuk menutup peristiwa pergolakan di Sabah. Kalau benar beliau ikhlas, mengapa tidak dibawanya ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat? Sebaliknya mendiamkan diri seribu bahasa sambil bergendang di luar di dalam pangkuan Umno/BN.

Bukan lagi menjadai satu rahsia bahawa beliau sudah lama tidak bersama Pas dari segi semangatnya. Semenjak terlibat dalam perundingan Pas Umno pasca-PRU 2008 beliau kelihatan berbeza.

Mungkinkah ada umpan yang terkena dan tidak dapat dilupai rasanyakah? Bertambah pula dengan kekalahannya dalam pertandingan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang digambarkan oleh wartawan ‘The Star’ sebagai kali pertama melihat beliau kehilangan senyuman yang bagaikan sentiasa terpahat di bibirnya, sehingga menurutnya lagi terus tidak hadir pada hari terakhir muktamar Pas pada tahun itu.

Pendedahan Pas Kelantan bahawa beliau tidak lagi disenaraikan sebagai calon sudah pasti diketahui lebih awal oleh dirinya sendiri.

Masa depannya bersama Pas seolah-olah semakin malap dan jalan permaidani merah yang biasa dilaluinya sudah tidak lagi kelihatan.

Maka oleh itu tidak mustahil beliau mencari pilihan yang lain bagi diri dan masa depannya. Mungkin sepertimana Hassan Ali, beliau menganggap dirinya tidak lagi dihargai Pas dan sebaliknya lebih dihargai pihak sebelah sana.

Dalam pada itu, pertelingkahan beliau dengan Karpal pula boleh dianggap agak melucukan. Dituduhnya Karpal ‘anti-Islam’ kerana menolak Hudud! Wooooit! Hudud ditolak oleh Karpal seorang sahajakah?

Untuk makluman semua, Umno/BN sudah lama menolak hudud dan itulah sebabnya ia tidak dilaksanakan di negara kita! Mengapa pula tidak diistihar Umno/BN sebagai anti-Islam? Kerana mungkin itu tidak menepati ‘game-plan’ Umno/BN?

Orang bukan Islam menolak hudud, malahan agama Islam itu sendiri, adalah perkara biasa. Nama pun bukan Islam. Tetapi persoalannya, mengapakah Umno yang mengaku Islam menolak? Tidakkah sepatutnya beliau mengistiharkan yang di sebelahnya dalam gambar di Mekah itu sebagai anti-Islam terlebih dahulu sekiranya penolakan hudud adalah hujjah untuk mengisytiharkan seseorang itu anti-Islam!

- Demikianlah kata-kata pejuang Islam yang didambakan oleh penyokong Pas, melemparkan persepsi negatif terhadap individu yang menjadi liabiliti kepada cita-cita mereka adalah perkara biasa yang sudah termaktub didalam perancangan IRC, cara dan strategi yang mereka gunakan adalah terancang.

Jika dilihat pada susunan strategi pemimpin dari IRC untuk menguasai Pas ianya memang hebat, dan strategi mereka itu terbukti dengan tindak tanduk mereka yang bertepatan dengan apa yang telah dirancang, mungkin pendedahan yang lebih detail mengenai strategi kumpulan ini akan dibongkar sedikit masa lagi...Anda Mampu Mengubahnya....

Perlaksanaan Hudud Mesti Ada Perancangan Tak Boleh Gagal Macam Depu

Menjadi seorang pemimpin yang baik tidak semestinya sentiasa berceramah dan menggunakan Masjid milik Islam untuk kepentingan parti dengan menghamburkan kata-kata buruk sesama Islam dan mengangkat diri sendiri kononnya merekalah pejuang Islam yang sebenarnya, malah perbuatan itu jauh bercanggah dengan ajaran Islam.

Menyentuh mengenai Hukum Hudud yang akan dilaksanakan di Malaysia, pandangan berbeza yang dizahirkan oleh seorang tokoh berwibawa kelahiran bumi bertuah Kelantan Darul Naim, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bahawa perlaksanaan hukum Hudud mesti dilaksanakan mengikut perancangan yang melihat kepada keseluruhan dan bukannya dibuat secara 'sembrono', adalah satu pandangan yang mengikut cara fikir Islam.

Menurut beliau, kajian secara mendalam berhubung perundangan syariah itu sangat penting dan wajar diberi perhatian sebelum membicarakan soal pelaksanaannya demi memastikan ia dapat direalisasikan dengan berkesan dan mengikut syariat Islam yang sebenar.

“Apa sekalipun yang hendak kita lakukan, perancangan perlu ada, bukan buat sesuatu selepas itu baru hendak fikirkan persiapan. Ini tidak boleh. Sepatutnya kita perlu cermat dan fokus kepada persiapan terlebih dahulu baru boleh melaksanakannya (hudud).

"Ini tidak, buat dahulu baru hendak menumpukan soal persiapan sedangkan masih dalam kekeliruan dan kekaburan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri di sini.

Ringkasannya, untuk melakukan sesuatu itu perlu ada perancangan, perlu berilmu dan arif mengenainya, perlu berbincang sesama Ulamak bukannya berbincang dengan Karpal Singh dan setiap penghukuman yang bakal dijatuhkan itu perlu ikut garis panduan Islam supaya tidak timbul keraguan setelah penghukuman dibuat.

Kegagalan melaksanakan Hukum Hudud mengikut syariat Islam akan mendatangkan kemudaratan terhadap umat Islam itu sendiri, kalau gagal projek koridor depu tu lainlah, paling tidak pun ianya mengalami kerugian sahaja, tapi ini soal hukum, bukan tidak boleh dilaksanakan, tapi ianya perlukan masa dan perbincangan supaya sebarang keputusan yang dibuat itu konkrit, tepat serta berlandaskan syariat Islam tanpa sebarang keraguan yang akan timbul mengenainya.

Penjelasan kepada rakyat mengenai hukum hudud mesti dilakukan, tapi apa yang nampak di ceramah-ceramah Pas langsung tidak menerangkan soal hukum hudud ini, yang banyak dihamburkan adalah fitnah terhadap pemimpin BN, banyak beralasan, menunding kesalahan pada orang lain, mengumpat serta memaki hamun, dan kredibiliti pemimpin Pas itu sendiri terhakis bagaimana pemimpin Pas nak bercakap mengenai hukum Allah ini.

Sedangkan orang agama perlu jujur, amanah, adil dan bertakwa, berbeza dengan orang politik, orang agama seperti Mufti atau pendakwah bebas contohnya, kata-kata mereka adalah ilmu, mereka tak perlu nak mengutuk dan memusuhi sesiapa, nak laksanakan hukum Allah mestilah ikhlas bukannya nak menunjuk-nunjuk atau berlumba bahawa kita lebih Islamik dari orang lain.

Bagaimanapun bila disebut begitu, pemimpin Pas akan kata, " Habis tu pemimpin Umno duk buat apa, perlaksanaan hukum Hudud ni bukan kerja orang Pas sahaja, ianya tanggungjawab orang Islam, ke pemimpin Umno ni bukan  Islam ?" maka bertempik soraklah penyokong mereka mengiyakannya sekaligus tidak timbul lagi mengenai persoalan-persoalan diatas dan terlindunglah keburukkan Pas.

Oleh itu hendak Gk jelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional ni bukan kerajaan kampung atau kerajaan 'cap ayam' macam Pas, kerajaan ada cabang-cabang jabatan mengikut keperluannya, sebagai contoh label Halal, bukan kerja Perdana Menteri ataupun Pemimpin BN untuk keluarkan status atau logo Halal, pemimpin BN tak perlu pergi ceramah sebut mengenai cara atau prosedur label halal itu bagaimana ianya dikeluarkan, dan tentu kita maklum ianya kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada Jakim.

Begitu juga Hukum Hudud, pemimpin BN tak perlu kecoh kata nak buat Hudud, tiba masanya nanti mungkin ianya akan dilaksanakan, tempoh masa  itu bukan persoalannya, yang perlu kita tahu ianya adalah tanggungjawab kerajaan, dan setakat ini semua yang berkait dengan hukum hakam Islam telah diperjalankan oleh kerajaan dengan sempurna, maka tidak timbul untuk kita perlu berburuk sangka mengenainya.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri 'Bahawa Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan', itu bukan satu asas dan penafian yang konkrit untuk diterima sebagai hudud tidak akan dilaksanakan dinegara ini, berbeza dengan "Kalau nak laksanakan hudud langkah mayat saya dahulu", itu kenyataan yang benar-benar jelas ianya tidak akan dilaksanakan bahkan pertaruhkan nyawa untuk hal itu.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang mempunyai rakyat berbilang kaum, beliau perlu adil dan tidak wajar untuk beliau merungsingkan fikiran orang bukan Islam diatas kejahilan mereka mengenai sesuatu undang-undang Islam yang masih lagi diperingkat kajian dan perbincangan, kalau sampai masanya nanti ia dilaksanakan siapa yang boleh halang ? Sesiapa pun pasti tidak akan menghalangnya kerana Hukum Allah satu hukuman yang adil kepada semua, cumanya ada khilaf dan titik keadilan itu masih lagi dikaji dan diperbahaskan. 

Tidak perlu kita nak kecoh diatas sesuatu hal yang pasti tetapi belum dinoktah hukumkan dengan muktamad, dan isu Hudud ini sebenarnya jelas ia telah dipolitikkan oleh Pas untuk meraih kepentingan politik, jangan jadi ayam yang berkokoknya gegar tapi ekor bergelumang taik,

Ambillah iktibar dari kegagalan projek depu Husam pada rakaman video dibawah sebagai landasan fikir keatas sesuatu pekerjaan yang bermotifkan politik dengan tidak ada ilmu, perancangan dan persiapan yang akhirnya ia merugikan dan membuang masa sahaja, ada perkara yang boleh dicuba dan ada perkara yang tidak boleh di cuba-cuba.....Anda Mampu Mengubahnya....

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...