Gempar !!! Nik Aziz Draf Hudud Potong Tangan Bagi Penagih Dadah


Takkanlah Nik Aziz tu lakukan kesalahan, mustahil dia lakukan kesalahan, kata pengikut taksub Nik Aziz, namun merujuk pada satu laporan berita di akhbar Sinar Harian semalam yang bertajuk " Jangan Caci Hudud, kata Nik Aziz" dan di perenggan 6 dan 7 Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata :
Kenyataan beliau itu buat kita tersentak kerana tidak biasa mendengarnya, kenyataan itu melahirkan dua persoalan samada hukum hudud memotong tangan yang dimaksudkan itu dikenakan kepada penagih dadah atau pengedar dadah. Kerana apa yang kita tahu potong tangan ni hanya dikenakan keatas pencuri mengikut kaedah-kaedah tertentu yang ditetapkan oleh syarak.

Meminum arak dan menagih dadah

Disebabkan hukum hudud masih didalam jawatankuasa teknikal makmal sains, (Sila rujuk video dibawah). Sebenarnya tiada ayat al-Quran atau hadith nabi SAW yang menyebut secara khusus perkataan dadah (al-mukhaddarat). Para ulama’ silam juga tidak menyebut perkataan ini, kerana ia merupakan perkara yang baru timbul yang tidak ada pada zaman nabi SAW atau para sahabat.

Oleh kerana dadah perkara yang bersifat memabukkan, mengkhayalkan atau punyai kesan yang sama kepada akal, ia termasuk dalam golongan arak. Ulamak menggunakan dalil umumnya nas hadith nabi SAW atau secara qias terhadap arak kerana kedua-duanya mempunyai 'illah (sebab) yang sama iaitu al-iskar (memabukkan).

Merujuk pendapat Ibn al-Qaiyim (751H) menjelaskan: Termasuk daripada arak itu semua perkara yang memabukkan sama ada cecair atau pepejal, perahan atau yang dimasak. Ia juga merangkumi suapan kefasikan dan maksiat (maksudnya dadah), kerana semuanya adalah arak dengan nas hadith nabi SAW yang jelas dan sahih. (Ibn al-Qaiyim, Zaad al-Ma’aad).

Hukuman

As-Syafi’e berpendapat, bahawa sebatan itu adalah 40 kali sebatan. Pendapat ini didasarkan kepada Hadith, Riwayat Muslim, bahawa ‘Ali r.a merotan Al-Wahid bin Uqbah sebanyak 40 kali rotan kemudian beliau berkata:

Rasulullah s.a.w. telah merotan 40 kali rotan, Abu Bakar merotan 40 kali rotan dan Umar 80 kali rotan, semuanya berdasarkan sunnah, dan saya lebih menyukai ini (40 kali rotan).

Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Malik, Al-Laith, keluarga Rasul dan satu pendapat lain dari Asy-Syafi’e menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan.

Pengedar dadah 

Bagaimanapun bagi pengedar dadah, ia termasuk dalam perbincangan hukum taa'zir. Dalam fekah, hukum ta'zir bermaksud hukuman yang tidak termasuk dalam hukum hudud dan qisas,  hukuman ta'zir  juga tidak boleh mencapai tahap hukuman qisas dan hudud? Namun hukuman ini menjadi perbincangan ulamak yang perlu dirujuk. 

Mengenai hukum hudud ini, Gk bukan diantara ahli yang layak untuk membicarakannya kerana hukum hudud punyai ketelitian dalam penghukumannya dan tidak boleh sembarangan. Ia juga punyai pelbagai pandangan, pendapat dan hujah mengenai sesuatu yang dihukumkan.

Cuma, diatas nas dan hujah tersebut, tidak ada dalil yang menghukum potong tangan bagi kesalahan menagih atau mengedar dadah. Apakah Nik Aziz ada hujah yang lain selain dari itu bagi membolehkan hukuman potong tangan di atas kesalahan menagih atau mengedar dadah.?

Hukuman potong tangan yang disebut oleh Nik Aziz  sangat mengelirukan bagi kesalahan yang dimaksudkan oleh beliau itu.  Disebabkan Gk juga tidak arif soal ini, maka ada baiknya mereka yang lebih arif untuk menjelaskannya bagi mengenal pasti tahap kewarasan dan kenyanyukan Nik Aziz berada pada tahap kritikal ataupun normal. Anda Mampu Mengubahnya.......

"Rasanya pada tahap kritikal kot......"

1 comment:

  1. orang kena hukum mati pun ada lagi yang berani buat.. inikan lagi hukum potong tangan je, lagi ramai pengedar dadah lepas ni...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...