Hudud - Nik Aziz Sindir Dr Asri 'Kucup Dahi Bukan Lesen Untuk Kutuk Pas'

Ekoran kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa Pas telah memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bangkit menjawab kenyataan tersebut dan menyifatkan ia satu dakwaan yang tidak berasas.

Menurut Nik Aziz, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, digubal mengikut pakar perlembagaan dan undang-undang negara.

Katanya, antara mereka termasuk pakar undang-undang seperti Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim dan Datuk Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah.

Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Datuk Hasbullah Mohd Hassan, H Wan Mutalib Embong, Datuk Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad.

"Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali,” katanya.

Nik Aziz berkata, beliau berterima kasih dengan teguran Asri dan menegaskan, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan, tapi biarlah ianya berasas dan ada hujahnya.

" Nak tegur tak der apa, boleh tegur, tapi biarlah teguran itu berasas, ini tak der apa, hujah pun tiada, ini kita tak panggil teguran tapi kita panggil tuduhan".

Biarpun Nik Aziz masih dalam keadaan fizikalnya lemah  dan sedang direhatkan di HUSM, beliau masih lantang menjawab kenyataan itu, dan kelihatan beliau kurang menyenanginya. Pada masa sama  di laman sosial Facebook milik beliau, kelihatan Nik Aziz turut sertakan satu foto yang menunjukkan beliau dikunjungi Asri, kiriman foto itu seakan-akan memberi mesej jelas bahawa kucupan bekas Mufti Perlis itu bukan satu lesen untuknya menghentam Pas.
Nik Aziz yang dilihat masih tidak berpuashati ketika menjawab kenyataan Dr Asri itu terus meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Umno khususnya bekas Presidennya yang sudah bersara, tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi Umno, tempoh 19 tahun, satu huruf pun hudud ala Umno masih belum wujud.

“Jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud," kata beliau sambil menegaskan "apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata."

"Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu,” katanya. Sebelum ini juga Hudud Nik Aziz turut menghukumkan potong tangan bagi mereka yang menagih dadah, Selanjutnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...