Pemimpin Pas Terlalu Taksub Dengan Politik Sehingga Lari Daripada Perjuangan Asal - Dr Hilmi

Pemimpin PAS hanya pandai bercakap soal perjuangan parti tetapi tidak memahaminya, kata Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata pemimpin PAS juga terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup lari daripada perjuangan asal menegakkan negara Islam demi menjaga hubungan dengan sekutunya, terutama DAP.

"Sepatutnya mereka boleh membezakan sesuatu isu sama ada bersifat politik atau agama.

"Saya pun hairan kerana selama ini perjuangan PAS mahu membentuk negara Islam, tetapi tiba-tiba disebabkan pengaruh DAP, nak pinggirkan agama pula," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman beliau semalam.

Jumaat lepas, sekumpulan anggota akar umbi PAS Pulau Pinang menyatakan sokongan padu terhadap pendirian bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahan kesucian Islam.

Mereka turut melahirkan kekecewaan dengan sikap pemimpin tertinggi PAS yang membisu dalam soal penentangan keras DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud. -Bernama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...