Haram Sokong DAP - Mufti Perak

SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.

Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP. - Sinar Harian

2 comments:

  1. Saya merasakan menyokong MCA dan Gerakan pun HARAM.
    Sebabnya DAP,MCA dan Gerakan sama saja perjuangan mereka. Bezanya satu diluar rumah dan satu lagi didalam rumah.
    Saya harap calon MCA dan DAP tidak diletakan dikawasan majoriti Melayu.

    ReplyDelete
  2. aku tak peduli. Kalau ada kafir DAP atau kafir bukan DAP di Malaysia yang nak jahanamkan Islam terang2an, nyawa aku galang gantinya !

    -shadow of al-mehdi

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...