Tentangan Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap perlaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan Pas menjadi isu hangat serta diulas oleh beberapa pemimpin kerajaan mahupun pembangkang. Ini kerana ia berkaitan hukum hakam agama dan tidak sepatutnya secara biadap dikritik oleh DAP.
Bagaimanapun, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berpendapat isu itu tidak timbul sekiranya Pas konsisten dan tetap bertegas dengan pendiriannya dan tidak tunduk serta terikut-ikut dengan apa yang dimahukan oleh DAP.
"Saya fikir Pas yang perlu tegas dalam isu ini bukan DAP, Pas perlu buat pendirian, bukan bagi pada DAP yang buat pendirian. Rakyat Malaysia sudah tahu daripada dahulu lagi DAP tolak negara Islam, tolak hudud.
Beliau yang juga Ketua Umno Kota Bharu berkata, Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam dalam pakatan pembangkang, perlu tegas dengan pendirian mereka untuk melaksanakan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
"Yang silapnya Pas pergi terima DAP buat apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Umno Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini.
Kesimpulannya sikap Pas yang flip flop dan menjadikan Hudud seperti Chipsmore, sekejap ada sekejap tiada itulah yang menyebabkan DAP mengambil peluang untuk mendahului Pas dalam isu ini, kecelaruan Pas yang disebabkan parasit menjadikan Pas dalam dua keadaan, setengah pemimpinnya bertegas untuk laksanakan Hudud dan sebahagiannya pula menganggap perlaksanaannya bukan satu keperluan didalam sebuah kerajaan Islam.
Pertembungan ini sebenarnya merugikan Pas sendiri, Pas seolah-olah ingin menjadi sebuah parti seperti Umno yang satu ketika ia dituduh sebagai 'tolak dasar Islam ambil dasar kebangsaan', realitinya politik baru yang ingin dibawa oleh Pas tersasar dari matlamat perjuangannya yang asal, dengan sebab itu juga Pas sepatutnya memikirkan untuk bersama Umno dalam merangka kembali dasar Islam yang diperjuangkannya selama ini.
Demi kepentingan umat Islam, bukan satu jalan yang bijak sekiranya Pas didalam PR bersama-sama DAP, jika alasan Pas tidak ingin jatuh dua kali pada satu lubang yang sama, Pas juga sepatutnya tidak bersama-sama dengan DAP, kerana DAP juga telah beberapa kali meninggalkan Pas, alasan tersebut sangat tidak konkrit, dan kerana alasan itu juga Pas mungkin akan menerima akibatnya pada PRU 13 nanti...Anda Mampu Mengubahnya...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.