Memorandum itu diserahkan oleh aktivis ‘R’ bagi mendesak kerajaan negeri Kelantan menolak cadangan penubuhan jawatankuasa bayaran tunai yang dicadangkan Perdana Menteri.
Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya, Nazri Deraman, di Dewan Teratai, di sini petang semalam. Nazri berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri menolak penubuhan jawatankuasa itu yang telah melalui batasan kepentingan politik sempit.
Sambungnya, tidak perlu jawatankuasa kerana penyelesaian seperti di Terengganu boleh dilakukan.
"Bayaran tunai boleh dibuat pada kerajaan negeri menerusi hasil gas dan minyak dalam perairan Kelantan dengan kadar segera,”ujarnya.
Tambahnya, jawatankuasa itu hanya kepentingan politik untuk menghadapi pilihanraya.
Bagaimanapun Kerajaan Kelantan melalui Nik Aziz sendiri menegaskan tidak sesekali akan memboikot penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti sebaliknya meminta bayaran itu disegerakan.
“Kita tidak boikot jawatankuasa ini, apa yang kita mahu duit ini diberikan kepada kita dan kalau boleh diberikan dengan cepat, tidak perlu banyak bercakap, ” katanya kepada media.
Menurut satu sumber yang Gk terima usaha NgoR yang ditaja oleh Exco Kerajaan Negeri dan beberapa orang pemimpin itu untuk memboikot jawatankuasa tersebut punyai agenda perniagaannya tersendiri.
Sumber tersebut memaklumkan, pengumuman Perdana Menteri mengenai jawatankuasa khas itu tidak dijangka, dan menyebabkan individu serta kumpulan tertentu telah mengeluarkan modal yang besar dengan membuat cetakan seperti baju, cap dsbnya untuk didagangkan kepada anak Kelantan diperantauan sempena mereka balik bercuti pada hari raya ini.
Tambah sumber itu lagi, tapak berniaga di Wakaf Che Yeh dan beberapa lokasi lain telah pun di booking bagi tujuan menjual barangan tersebut, namun pengumuman jawatankuasa itu tadi sekaligus merencatkan usaha dagangan mereka ini dan telah mengubah momentum yang diharapkan.
Sekiranya benar apa yang diberitahu oleh sumber itu, terlebih dahulu kita mengharapkan supaya Nik Aziz tetap dengan pendirian beliau dan tidak terpengaruh dengan kumpulan tersebut. Pasti ramai anak Kelantan merasa sungguh terkilan dengan kumpulan pendesak royalti ini yang lebih mementingkan diri mereka dari memperjuangkan hak rakyat.
Disebalik perjuangannya ada 'masyukk', tidak salah jika halal, tapi walaupun masyuk jangan pula cuba untuk menafikan perkara yang lebih besar dan lebih-lebih lagi yang berkait dengan hak rakyat. Bagi pemimpin yang menaja kumpulan itu, segeralah bertaubat dan berhentilah dari mempolitikkan isu tersebut diatas kepentingan peribadi. Anda Mampu Mengubahnya...
Gk nak tolong mereka promote, dibawah disertakan sekali dengan harga barangan dagangan Royalti yang diperdagangkan, Stok ada terlampau banyak, membelilah sambil menderma bagi membantu mereka supaya mereka tidak lagi memboikot jawatankuasa itu nanti......
Ini sebagai pameran sahaja, dalam stor tu bertambun-tambun lagi ada.... |
2: Cap - RM12/pc
3: Badge - RM2/pc
4: Stiker Motor - RM2/pc
5: Stiker Kereta (depan) - RM2/pc
6: Stiker Kereta (belakang) - RM3/pc
7: Mafla - RM15/pc
" Rezeki ada dimana-mana, jangan bimbang ! walaupun jawatankuasa tersebut dibentuk, baju, cap anda tetap akan laku jika itu rezeki anda."
Haha.. Ini kes tak sempat nak jual merchandise la tu.. Rugi beb kalau terima tawaran kerajaan..
ReplyDelete