Penyokong dan pengikut Pas sepatutnya lebih sedar dan peka dengan perjuangan Pas dahulu dan sekarang, jangan menyokong kerana namanya, tapi nilailah dasar yang ingin dibawa olehnya, nama boleh diubah-ubah, Pas ke Pis ke Pus ke itu tidak menjadi masalah, yang perlu jelas adalah mengenai dasar perjuangan serta matlamat yang diperjuangkan.
Sering Nik Aziz ungkap bahawa "Umno adalah sesat, sesat sama macam Tok Ayah Pin, sebab apa ? sebab Umno tolak dasar Islam, ambil dasar kebangsaan", itulah yang selalu diungkap oleh Nik Aziz.
Namun sedarkah dan tahukah penyokong Pas bagaimana dasar Islam dan bagaimana pula dasar kebangsaan ? Jika dahulu mungkin kita sedar ada bezanya yaitu Pas ingin menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud di negara ini kononnya lah, tapi sejak kebelakangan ini Presiden Pas sendiri sudah menyebut negara Islam tidak ada dalam Al-Quran dan Hukum Hudud pula hanyalah 0.00001 peratus sahaja.
Ianya jelas, dari itu apakah yang dimaksudkan dengan dasar Islam Pas yang berbeza dengan dasar kebangsaan Umno ? Maka hendak dijelaskan, tidak ada sebarang alasan konkrit untuk Pas membuktikan yang dasarnya itu Islam kerana kita tidak nampak dimana lebihnya Islam yang dibawa oleh Pas bila ia ditumpangi oleh beberapa pemimpin mereka yang datangnya dari jemaah yang pelbagai seperti IRC, Abim, ISMA, Arqam dsbnya.
Kemuncaknya dapat dilihat parasit dari IRC lebih mengusai Pas berbanding pemimpin asal Pas. Malah kemasukkan IRC lebih ketara yang menyebabkan berlakunya titik pertembungan antara fikrah Islam dan fikrah IRC. Ulamak dipulau dan disisih kerana didakwa sebagai 'kolot', ideologi-ideologi IRC diserapkan ke dalam Pas dan suara-suara Ulamak sudah tidak dapat didengar lagi, keadaan ini lebih dasyat dari apa yang disangka berlaku didalam UmnoBN.
Antara yang masih kita ingat mengenai pertembungan pendapat antara pemimpin dalam Pas ialah seperti Perlaksanaan hukum hudud, Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, Perdana Menteri bukan Islam serta banyak lagi yang mungkin akan Gk senaraikan satu persatu dimasa yang akan datang.
Menurut fikrah Pas, sebagai sebuah parti dakwah, Pas perlu bertegas dengan dasar Islam dan tidak boleh bersikap hipokrit. Manakala menurut fikrah IRC, Pas sebagai sebuah parti politik dan bukan jemaah dakwah, tidak perlu meletakkan Islam dan isu-isu islam di dalam penampilan politik mereka, ianya bagi menarik golongan non-muslim. Pas tidak perlu tegas dalam isu hudud, negara islam, isu social dan sebagainya.
Mereka turut berpandangan Pas sepatutnya tidak meletakkan matlamat negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai dasar perjuangannya. Istilah “biar menang dulu, bila dapat kuasa, kita tunjukkan keadilan. Selepas melaksanakan keadilan, barulah bercakap mengenai Islam seperti hudud dan lain-lain.”....Anda Mampu Mengubahnya
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.