Pas Dan DAP Takkan Berpecah Hanya Disebabkan Hudud - Mahfuz

Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak timbul soal Pas harus keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan mengakhiri hubungan dengan DAP ekoran isu 'perbezaan' pendirian dalam soal hukum hudud.

Katanya, Pas dan DAP tidak perlu menamatkan kerjasama yang telah dibina hanya disebabkan isu hudud sebab partinya, yang memerintah Kelantan sejak 1990, sudah pun menggubal hukum hudud ketika membentuk kerajaan tanpa gabungan kerjasama DAP di negeri Pantai itu.

"Ada pihak membuat kenyataan Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat... saya hendak menjelaskan, Pas tidak perlu keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu penentangan berkenaan dengan hudud.

"Kalau kata DAP tidak setuju dan kami harus keluar Pakatan Rakyat, Pas sebenarnya telah meluluskan hukum hudud pada 1992, di Kelantan.

"Bagaimanapun Kerajaan Negeri Kelantan, pimpinan Pas tidak dapat melaksanakan disebabkan halangan dan ugutan oleh Kerajaan Pusat, oleh bekas Perdana Menteri, halangan daripada Umno," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Baru-baru ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar PR ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud.

Nasharudin dikatakan telah mencadangkan agar Pas keluar PR jika DAP menentang hudud seperti yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan.

Beberapa pihak lain termasuk dari Umno juga melahirkan pendirian yang sama.

Dr Mahathir pula berkata, Pas boleh keluar dari PR dan bekerjasama dengan Umno untuk memperkenalkan hukum hudud di negara ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Pas dan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika Pilihan Raya Umum 1990.

"Pada waktu itu, tidak ada apa-apa hubungan rasmi dengan DAP... Pas menang di Kelantan tanpa ada DAP.

"Jadi, tidak timbul isu Pas harus keluar dari Pakatan Rakyat sekarang, sebaliknya hubungan Pas dan DAP telah membawa banyak perubahan positif sejak kebelakangan ini," katanya dengan merujuk kepada pendirian DAP dalam menyokong pendirian Pas berhubung isu judi bola dua tahun lalu.

"Ini kita dapat lihat di Selangor dan juga di Pulau Pinang," katanya lagi.

Selain itu katanya, DAP juga bekerjasama dengan Pas dalam soal memperjuangkan usaha melawan rasuah.

"Kerjasama Pas dan DAP telah berjaya menolak rasuah. Isu tuntutan pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), kerjasama kami telah membawa kepada pemansuhan undang-undang ini," katanya lagi. - Sinar Harian

3 comments:

  1. melawan rasuah dgn rasuah. apalah mahfuz ni. cuba mai penang, tengok betapa zuhudnya LGE. semak dirinya dgn harta karun.....

    ReplyDelete
  2. Mahfuz ni aku malas nak layan sebab dia kalau bercakap pakai kepala lutut...bodoh sangat

    Negara islam dan hudud kan perjuangan PAS..ini bukan perkara kecil..

    kalau sebab DAP, PAS tak dpt nak laksanakan negara islam dan hudud, kenapa tak tinggalkan aje parti kafir harbi ni????? Nampak tak betapa bodohnya

    ReplyDelete
  3. PAS tak kan berpecah tapi PAS akan hancur..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...