Dalil Kenapa HARAM Sokong DAP ? Kenapa Tidak MCA ? Jawapan Untuk Dr Asri Dan Umat Islam

Isu Haram sokong DAP ada asasnya, jangan hanya melihat kepada isu penentangan Hudud semata-mata, bahkan perlu melihat perkara ini dalam kerangka yang luas didalam konteks DAP berpolitik.

Ketaksuban dan kerakusan untuk memerintah sahaja akan memandang enteng didalam sesuatu perubahan perkara yang berlaku kerana dikononkan dengan kesesuaian aliran zaman. Tanpa kita sedari apa yang kita nikmati pada hari lepas lebih baik dari apa yang berlaku pada hari ini.

Apapun yang bakal terjadi hidup mesti diteruskan selagimana bernyawa. Samalah juga apa yang berlaku kepada orang Melayu Singapura.. Renunglah kepada kebaikkan kerana itu yang akan membuatkan kita berfikir. “ Jarang orang berfikir semasa senang tapi banyak orang berfikir semasa susah”.
Banyak isu mengenai DAP yang bersikap seperti tuan, setiap inci melayu dihambakan? Pemimpin Kononnya memperjuangkan Islam HARAM tak boleh diharap... Lebih dasyat dari sekular.. Ada dalam forum atau ceramah pemimpin PAS mengatakan DAP sangat baik dan bertolak ansur. Yang dicontohkannya ialah DAP dengan ikhlas memberi Jawatan MB kepada PAS namun hakikat adalah sebaliknya.

Lim Guan Eng pula disifatkan seperti Khalifah Umar Abd Aziz bagi memenangi hati orang Melayu yang makan PONG!!! Entahlah ada ke tidak exco PAS dalam kerajaan Lim Guan Eng tu yang disifatkan dengan demikian. Agaknya ramai benar....
DAP boikot perlantikkan MB PAS Nizar Sila klik BlogLimkitsiang
Pajakan Tanah 999. Sila klik Utusan Malaysia
Bezakan Tanah melayu tergadai zaman UMNO 50 tahun memerintah dan zaman tak sampai sepenggal PR memerintah. Sila klik HarakahdailyIsu larangan azan kuat yang menggangu. Sila klik Tansiewgiaw

Terus terang GK faktakan disini mengenai cara politik DAP yang sangat keterlaluan dan memaksa untuk kita umat Islam tidak bersetuju dengan pembawaannya yang hanya mementingkan hasrat mereka semata-mata tanpa mengambil kira persefahaman yang telah dipersetujui oleh orang-orang terdahulu. Tidaklah kurang juga dengan MCA.

Walaubagaimanapun kebiadapan DAP sangat ketara seakan mencabar perlembagaan negara dan kebangkitan orang melayu Islam. Ada perkara yang diputuskan oleh DAP tidak bertentangan syarak. Contohnya seperti penggunaan pembesar suara untuk membaca Al-Quran sebelum subuh. Ia sebenarnya seakan orang mengantuk disorongkan bantal. Kerana larangan itu tidak dikuatkuasakan di negeri PR yang lain.

Selain itu DAP juga mempertikaikan hak orang Melayu untuk disamaratakan yang berkonsep seperti Singapore Singaporean dan Malaysia Malaysian, Papan tanda arah jalan yang menggunakan tulisan Jawi juga dipersoalkannya. Sehingga pak alim ‘kelarah’ PAS memihak keatasnya dan sanggup mengetepikan sahabat didalam jemaah yang seagama dan sebangsa dengannya.
Cara DAP berpolitik dalam perjuangannya mirip kepada PAP yang diperjuangkan oleh Lee Kwan Yew. Tersilap langkah dan hanyut dalam pujian serta kata-kata manis akan membuatkan kita semua menjadi pendatang dibumi sendiri. Betapa lantangnya DAP kerana tidak sampai sepenggal pun mentadbir, telah banyak yang diubah untuk kepentingan bangsanya.

Ini bermakna sokongan kaum Cina yang tidak berbelah bagi kepadanya akan berlaku dalam PRU13 nanti. Setiap perkara yang dicabuli oleh DAP secara halus dan terang yang penuh dengan alasan hanya membuatkan kita orang Melayu nganga dan angguk tanpa geleng.
Sikap lembab dan mudah terpedaya bangsa serta pantang dipuji membuatkan laluan semakin terbuka untuk DAP mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Takkan kemananya bangsa Melayu kalau diperintah oleh Cina berideologi seperti DAP ini. Mana ada dia nak hormat dengan bangsa lain. DAP sanggup lakukan apa saja demi memenangkan hati orang Melayu untuk mereka memancing undi dari penyokong Pas.

Kelicikan DAP melihat penyokong Pas minat dan taksub dengan Agama Islam, lantaran itu jolokan Umar Abd Aziz, memberi salam dan membaca ayat Al-Quran dijadikan umpan untuk disajikan kepada pengikut Pas supaya mereka merasa bangga dan dapat menerima dan menyokong DAP.
Bila berlaku krisis pembentukkan kerajaan bawah pokok di Perak, Karpal Singh adalah satu-satunya manusia yang berani mengheret institusi Raja ke Mahkamah. Kemaruk untuk berkuasa ini akan sanggup melakukan apa saja. Dalam Pas pula kesungguhan yang ditunjukkan tidaklah sama sepertimana kesungguhan DAP.

Jika kita melihat keputusan Pilihanraya pun DAP agak terkedepan berbanding Pas dan PKR. Sedangkan majoriti dalam negara ini adalah orang Melayu. Tapi dimana undi Melayu ketika Cina bergabung untuk mengubah kerajaan. Jangan lena wahai bangsaku Melayu. Biarpun kita tidak bangun sebiadab ‘Namewee’ . Cukup saja untuk kita bersatu hati.

Rasanya anda juga tidak lagi ingin memilih Parti selonggar Pas. Cara politik Pas yang konservatif dan tidak berpendirian didalam perkara dasar pastilah membuatkan cerdik pandai berfikir akan kelangsungan Pas untuk mentadbir. Percaturan bijak DAP dengan menundukkan Pas menambahkan lagi keuntungan kepadanya. Pas juga sanggup menggugurkan Dasar Islam dan menukarnya kepada Berkebajikan.
Ianya bukan soal taktik lagi. Ini sepatutnya dilihat kepada keyakinan dan keimanan serta ketegasan beragama demi memartabatkan negara bercirikan Islamik tanpa sebarang kompromi atau tunduk kepada desakan Islam atau bukan Islam. Dimana kredibiliti Islam sebuah agama yang adil lagi benar? Buruknya Islam jika dibawa oleh manusia yang tidak layak dan sanggup menjual agama demi dendam dan kerakusan untuk berkuasa.

Andaikata PR berjaya tubuh kerajaan, adakah kekuatan Pas selaku Parti yang ingin menegakkan Islam lebih berkuasa dalam pakatannya. Tidak mungkin, Pas akan rela menjadi pak sanggup diatas segala desakan DAP. Kalau sekarangpun telah jelas Pas tidak berprinsip, mana mungkin Pas boleh jadi seperti UMNO dalam Barisan Nasional.

Bukan untuk mengecilkan bangsa Melayu, tapi hakikat nyata adalah Cina DAP lagi pandai dan cerdik berpolitik. DAP bertulang belakangkan kaum Cina yang mempunyai ideologi menentang dan ingin berkuasa sendiri.
Percubaan mencari sokongan bukan Islam. Jangan pandang sebelah mata, catuan kaum diwujudkan didalam DAP bagi menampakkan ia lebih relevan untuk semua kaum. Perjuangan DAP juga adalah perjuangan yang rela mati dan sanggup menempuh apa saja keadaan.

Berlainan ia dengan PKR, walaupun PKR juga sebuah parti mirip sepertinya, tapi orang-orang didalam PKR tidak secekal orang-orang DAP. Gerakan DAP ini satu ancaman kepada seluruh orang melayu dan umat Islam. Ia turut diakui oleh bangsanya sendiri. Kalau pemimpin Pas sehebat Nik Aziz pun boleh tunduk, inikan pula kita rakyat bawahan.

Sebelum bertambah parah terkena suntikannya haruslah kita berhati-hati. Kerana setakat ini, tiada satupun yang DAP buat dibantah oleh Pas, walhal berkait soal agama sekalipun, Pas tetap menghalalkan segala yang dilakukan DAP.
Pemimpin MCA mana yang berani pertikaikan macam ni sekali ?
Agama dihujah dan difatwakan secara ‘ikut suka’ tanpa melihat kesan kepada umat Islam. Dalil menghalalkan apa yang DAP lakukan nampaklah ia sokongan yang berpihak untuk satu pihak sahaja tanpa memikirkan pihak yang lain.

Statistik penduduk Di Pulau Pinang 2010 :
Melayu : 670,128
Cina : 658,661
India : 155,613
Lain-lain : 6532

Bagaimanapun kepintaran kaum Cina berpolitik jauh mengatasi kaum Melayu, statistik jumlah penduduk di Pulau Pinang menunjukkan Melayu lebih ramai dari kaum-kaum lain, tapi kenapa Melayu tak boleh berkuasa penuh? Dalam perkara ini bukan soal BN atau PR ingin dibangkitkan, tapi sikap orang Melayu itu perlu di ubah jangan terus dijajah.

Pemimpin Politik adalah BOHONG walau berserban atau berjubah, untuk menghukum mereka kita haruslah bijak mengaturnya. Jangan kita dipolitikkan, sebaliknya kuasa yang ada ditangan kita digunakan untuk politikkan pemimpin.
Cukuplah setakat CEO bukan Islam hanya di PKNS dibawah 2 tahun pentadbiran PR di Selangor. Inginkah kita melihat GLC seperti Petronas, TNB, Telekom, Proton dan beratus lagi diwarisi dan diterajui oleh bukan Melayu atau bukan Islam. Bukan bersikap perkauman, tapi percayalah sekiranya kita diperintah oleh mereka bagaimana nasib kita.

Biarpun kita bersifat perkauman, tapi HAK kita terus terjaga. Untuk itu, kita sebagai umat Islam mestilah bersatu dibawah satu payung Islam yang sediaada menjaga agama Allah dari terus dinodai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal penyelewengan didalam UMNO memang patut kita berbuat sesuatu bukannya membiarkan ia terus berlaku yang juga akan menyusahkan rakyat.

Tapi bukan dengan cara bersama-sama DAP. Sebaliknya berkerjasamalah diantara kita untuk mewujudkan satu suara rakyat yang berkuasa (Walau bukan dengan cara memerintah) bagi membendung budaya salahguna kuasa dan wang rakyat didalam UMNO. Bukan Umno tidak boleh di ubah, tapi sikap membangkang yang tidak membina membuatkan Umno terus tersesat.

Sekejap anda cuba bayangkan sekiranya sikap Pas kepada DAP dilakukan juga oleh Pas kepada Umno bagaimana?. Cumanya upgrade sikit, kalau tak betul terus terang cakap tak betul, bukan juga sepanjang masa asyik membangkang, semua Umno buat tak betul, mana boleh, bila kena time kita, dibuat juga perkara yang sama walhal pada satu-satu masa tu kita kata ianya tak betul.
Inilah yang mereka mahu, tak salah, tapi sedikit demi sedikit hak Melayu di bumi ini akan terus digasak..,.
Itu yang menyebabkan fatwa ikut suka tu. Memanglah Islam larang kita jatuh lubang dua kali, tapi sekali gagal bukan bererti selamanya akan gagal. Kerja nak dakwah ajak orang melakukan kebaikkan ni tak boleh buat jatuh lubang macam tu. Nabi Nuh As berdakwah 900 tahun pun hanya dapat 40 orang pengikut je.

Al 'Ulama Warasatul Anbiya. Kata sambung kerja Nabi. Jadi kalau sambung kerja Nabi sebagai Pendakwah kena berdakwah sungguhlah. Kerja dakwah ni untuk terangkan dan mengajak orang kepada Islam, kita dakwah je, dia nak dengar ke tak nak dengar ke dia punya pasal, janji kita sentiasa berdakwah kepadanya, di akhirat nanti bila Allah tanya, cakaplah kita dah terangkan, dah dakwah dah, dari zaman Mahathir sampai zaman Najib, tapi tak nak ikut, degil....Ke lagumana Tok Guru?.

Yang tertidur itu kita sedarkan, jangan diambil kesempatan untuk membunuhnya. Itulah dasar Islam yang sebenar. Hanya cara dakwah mengikut landasan Islam sahaja akan mengubah kepada yang lebih baik. Sebagai contohnya, jika sebuah bangunan itu milik orang bukan Islam, tapi kita ingin jadikan ia milik orang Islam, untuk membelinya tidaklah kita mampu, apakah kita ingin merampas atau menggunakan kekerasan/penipuan untuk memilikinya.

Tentulah tidak, sekiranya kita ikhlas untuk milik ia kepada orang Islam. Apa yang kita perlu lakukan ialah mengislamkan pemiliknya dengan melakukan dakwah kepadanya. Itulah cara Islam yang sebenarnya. Renung,fikir dan nyatakanlah ia dalam konteks Islam yang sebenar.

Untuk tidak mewujudkan wasangka provokasi, GK rasa cukup saja untuk anda fahami dan susulinya dengan lebih lanjut diatas kebijakkan anda berfikir. Setiap yang telah berlaku itu hendaklah dijadikan sandaran bukannya berfikiran taksub lagi.

Jika semua bangsa bersyukur tanpa mempertikaikan hak-hak yang telah dipersetujui oleh orang-orang terdahulu, maka selagi itulah keharmonian berlainan kaum itu akan dapat dikekalkan didalam negara, tetapi jika wujudnya gerakan seperti DAP yang cuba menggangu gugat hal-hal yang sedia termaktub, kehancuran pasti akan tercetus dengan kebangkitan yang amat dasyat. Anda Mampu Mengubahnya.

"Kita bersedia untuk berperang sekiranya keadaan memerlukan, mereka tuntut keadilan dari kita, selepas mereka mendapat keadilan itu, apakah keadilan itu akan adil kepada kita ? lihatlah negara-negara jiran kita, umat Islam diancam dan dibunuh kejam, apakah kita umat Islam tidak merasai kezaliman itu untuk sanggup bersekongkol dengan puak mereka?"

10 comments:

  1. Aku setuju dengan pandangan tersebut. Umat Islam gunakan akal. Jangan taksub dengan pempimpin yang bertopengkan agama. Aku lihat DAP dari dulu memang racist. Kadang2 aku tak salahkan cina atau india atau sbginya. Melayu yang berpecah, taksub pempimpin dengan tak berlandaskan Al Quran dan Hadis, menyebabkan kaum lain ambil kesempatan. Cukuplah berhenti menuding jaari pada pihak lain, rapatkan barisan, bersatu atas Islam, aku tengok PAS jauh menyimpang. Undilan BN.

    ReplyDelete
  2. analisis x bijak.. cbe pikir satu fakta dan cuba buat analisis terhadap 3point peting ini...
    1.jelas diakaui dan tidak nak tidak bhawa golongan bijak pandai ahli2 politik dan profesional majoriti 80% berada dalam PKR berbanding UMNO+MCA+MIC...
    2.golongan yang mahir hukum-hakam, soal agama, prinsip2 islam, perundangan islam, politik dalam islam berada hampir 90% dalam PAS berbanding UMNO..
    3.pemimpin yang profesional, mahir pentadbiran, sifat terbuka, personaliti kukuh (dalam ukuran kaum mandarin) hampir 65% berada dalam DAP berbanding MCA, manakala MIC memang x berfungsi sejak peninggalan samy velly..
    makanya.. gabungan 80%+90%+65% adalah jauh lebih kukuh dalam gabungan membentuk negara yg lbh kukuh... ambil 1contoh mudah,ringkas, senang.. kenapa ada Genting, Carlberg di M'sia.. jwpannya ketika BN memerintah bila MCA@MIC bagi cadangan tuk penubuhan dgn fajtar memberi keuntungan besar kpd negara, UMNO yg tak tahu hukum halal-haram approved.. situasa ini akan berbeza sekiranya DAP kalaulah seperti tuan berkata mempunyai kuasa besar akan bertanya kepada PAS, dan sy 100% YAKIN bahawa PAS akan jwb TIDAK.. so, kerana UMNO satu rakyat m'sia yg undi BN fre2 dapat dosa, bukan main2 ye tuan..
    so, point sy disini senang saja.. gabungan BN tak kuat seperti mana PR.. ada hadis bermaksud "kalau kamu terpaksa memillih dua kumpulan, pilihlah yg lbh memberi manafaat kuat" dan ini realiti..saya bagi idea tuan kaji selebihnya.. wallahhuaqlam,amin

    ReplyDelete
  3. Pakcu Rantau Panjang8/10/2012 7:30 PM

    Cukup menarik komen dan artikel yang terdapat diblog tuan.Pakcu bukan nak buat analisis apa-apa..cuma Pakcu nak tanya kalau sesama Melayu berpecah siapa suka siapa yang sedih...

    Kalau dulu Pas pernah keluar fatwa bergabung dengan bangsa lain haram untuk dapat undi kini PAS yang bergabung dengan China racist dapat pahala ke bila kita undi PAS ????

    Kalau ada hadis mengatakan menjaga maruah sesama muslim itu wajib maka dapat pahala ke bila penyokong PAS terang-terang menuduh penyokong UMNo kafir ????

    Jadi jangan terlalu mudah untuk menuduh dan mencari keburukan...walaupun pun ramai orang beragama dalam PAs tapi bila China guna Quraan yang entah betul bacaan dan natijahnyanya maka saling jadi Pak angguk hingga layak panggil China setaraf dengan Khalifah Umar Abdul Aziz dan sanggup doa dalam khutbah pula ,itukah ..yang dipanggil PaK Lebai yang berilmu mursyid Harap fikir-fikir kan...

    ReplyDelete
  4. Mana ko dapat statistic budak tadika ni :) ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi ko ada statistik lebih baik? kalo ada cuba tunjukkan supaya org tidak melihat kata2 ko membantah org lain hanya seperti budak yg baru pandai bercakap

      Delete
  5. 6.59 cuba terangkan kenapa apabila karpal dengan keras menentang perlaksanaan hukum hudud di malaysia kenapa pemimpin Pas menikus tak berani menyangah apa2

    ReplyDelete
  6. Mujaddid Jawi8/10/2012 9:16 PM

    PAS itu adalah cermin UMNO. PR = BN. Berhati-hati apa bila memburukkan atau merendahkan sesiapa. Barangkali keburukan terdapat dalam diri sendiri. Bukankah, Allah SWT telah berfirman: Janganlah terburu-buru mencerobohi (memburukkan dan memerangi) sesiapa sahaja jika menunjukkan damai. Terutamanya sekali "membunuhnya" hanya kerana sekiranya dia tidak sehaluan dengan anda.

    Janganlah turutkan hawa nafsu untuk mengejar dunia yang sementara. Janganlah turutkan nafsu politik sehingga membawa kepada cerai-berai sesama umat Islam. Inilah contoh umat Islam yang berpecah menjadi 73 golongan. Lebih teruk dari yahudi (71) dan nasrani (72) [HR Tirmizi]. Tidakkah kalian pernah terfikir bahawa politik kepartian ini telah dibawa oleh yahudi dan nasrani? Bermula dari yunani dan rom lalu beralih ke british.

    Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata, Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". [H.R. Muslim]

    Banyak lagi hadis saya boleh berikan. Contohnya, tentang ghibah (mengumpat), fitnah dan peperangan diakhir zaman. Tetapi cukuplah sekadar ini. Senang kata, politik moden ini menyebabkan timbulnya penyakit wahan dalam umat Islam. Lalu Islam hanya pada nama. Akhirnya yahudi, freemason, iluminati dan syaitan bertepuk tangan saling berjudi sambil membaling dadu. Hanya menunggu masa ketibaan dajjal membawa fitnah lebih besar.

    ReplyDelete
  7. Bodoh punya blog. Analisis taik ayam. Yg penyokong UMNO pun sama bangang. Bila Karpal sorang tolak hudud dikatanya DAP kafir harbi tapi bila Chua Soi Lek dan rakan2 MCA lain berdemo utk halang hudud dan cuba kumpul tandatangan tolak hudud, takpa pulak. Cheh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pun bodoh 2 kali lima.. ko sibuk mengata org lain, tapi yg ko sokong pun sama gak.. jadi mana2 pun ko sokong tetap ko yg bodoh.. Jadi kenapa ko tidaj sokong PAS mermuzakarah dgn BN supaya hukum hudud dapat dilaksanakan.. ko gi sokong PAS geng dgn DAP pun bukan dpt laksanakan hukum hudud.. kan ko sendiri yg bodo..

      Delete
    2. dah jelas Damned Asshole Party DAP yg ko sokong tu membantah tulisan jawi di setiap papan tanda dan mereka terang terangan mahu ianya digantikan dgn tulisan bangsa pendatang tamil dan cina.. apara ko ni.. nampak sgt dah terminum byk sgt holkencing water dari anwar serta sudah dibaptiskan secara juburi oleh anwar ni.. otak dangkal..

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...