Isu Royalti - Husam Sindir Nik Amar Canggah Pendapat Husam

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri , Datuk Mohd Amar Nik Abdullah seakan tidak faham dengan kenyataan pesaingnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa berhubung isu tuntutan royalti apabila dengan lantang membuat penegasan mengenai Jawatankuasa yang akan dibentuk oleh kerajaan pusat bagi menyelesaikan isu tuntutan royalti sebagai tidak perlu.

Menurut beliau, jawatankuasa itu tidak perlu, ini kerana perkara berkaitan pembayaran itu sudah termaktub dalam perjanjian tuntutan royalti dan semuanya itu adalah tidak menghormati perjanjian,

Beliau juga turut menyifatkan Jawatankuasa Bayaran Royalti itu timbul disebabkan Kerajaan Pusat tertekan dengan desakan pelbagai pihak termasuk penegasan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, namun tidak pula menyebut NGO 'R' yang ditaja oleh Exco Kewangan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa itu juga sebagai faktornya.

“Sekarang ini mereka mahu sedapkan hati rakyat Kelantan dengan janji-janji itu untuk menunjukkan sikap baik mereka, apatah lagi sudah menghampiri pilihan raya.

“Bagi saya jawapan-jawapan yang diberikan ini adalah sebagai satu helah politik untuk tidak memberikan bayaran royalti kepada rakyat Kelantan,”

Terdahulu Husam telah mengeluarkan kenyataan sinis berkait dengan tuntutan royalti supaya mereka yang tidak arif tentang isu ini tidak membuat sebarang kenyataan sebelum memahami isu itu yang seolah-olah memperlihatkan ia mewakili pendirian kerajaan negeri dalam isu tersebut.

Walaupun beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan, beliau tetap mengambil masa terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa komen mengenai isu royalti ini.

" Sebelum saya memberikan ulasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan, saya mengambil tempoh untuk meneliti kenyataan PM sepenuhnya sebelum memberikan komen saya"

Beliau juga tidak menafikan akan penubuhan jawatankuasa itu selain turut memperakui keperluannya, cuma mempersoalkan tempoh masa 6 bulan masa yang dipolitikkanya terlalu lama.

"Kenapa enam bulan? Kenapa tidak tiga bulan, umpamanya" ?

"Kenapa menjelang pilihanraya? Kenapa tidak sebelum ini"?

"Tuanku Al Sultan Kelantan telah bertitah dua tahun yang lepas lagi, menerusi titah perasmian sidang DUN Kelantan dan dititahkan sekali lagi sewaktu perasmian DUN juga awal tahun ini, mengenai isu ini". 
 
Percanggahan pendapat yang timbul dikalangan mereka seperti inilah menyebabkan isu royalti ini tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. 
 
Kerana tidak mungkin kerajaan pusat mampu untuk memenuhi atau memuaskan hati semua pihak, lantaran itu isu royalti ini berlarutan sekian lama, ekoran darinya, kerajaan pusat juga yang dipersalahkan walhal hakikatnya dikalangan pemimpin kerajaan negeri sendiri yang tidak sepakat untuk selesaikan isu tersebut.
 
Apabila dirumuskan, secara kesimpulannya isu royalti yang dibangkitkan oleh kerajaan Pas Kelantan itu  hanyalah satu isu untuk meraih simpati rakyat bagi mendapatkan keuntungan politik dan langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang dikatakan sebagai memperjuangkan hak rakyat.

Asasnya apa yang dicadangkan oleh kerajaan pusat dalam menyelesaikan segala isu yang berbangkit semuanya akan dicanggah secara 'buta-buta', dan tidak mengambil pakai apa yang diajar oleh Islam yaitu berkaitan dengan toleransi.

Atas dasar itu juga, maka jelaslah untuk dilihat oleh rakyat akan sikap pemimpin-pemimpin Pas yang hanya menggunakan Islam sebagai modal politik tanpa mengamalkannya dengan seikhlas mungkin. 
 
Tanpa merasa was-was, PRU13 nanti adalah tanggungjawab setiap warga yang layak untuk menunaikan tanggungjawab memerdekakan tanah Kelantan dari pemerintah Khawarij supaya kita semua akan dapat mengecapi kehidupan yang sempurna selari dengan kehendak sebenar yang diajar oleh Islam. Anda Mampu Mengubahnya....

" Husam dan Nik Amar masing-masing sedang meraih populariti MB, Antara mereka siapa yang lebih layak ?"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...