Sebenarnya usaha-usaha dalaman untuk menjatuhkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah lama bermula, kemuncaknya ketika berlaku apa yang dikatakan pengunduran Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar Nik Aziz beberapa tahun lalu yang mesyuaratnya turut dihadiri Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa walaupun pada awalnya dikatakan ingin memboikot mesyuarat tersebut. Husam juga punyai hubungan yang begitu rapat dengan mereka terutamanya Anual Bakhri.
Usaha menjatuhkan Nik Aziz masih giat berjalan sehingga hari ini dan difahamkan tidak akan terhenti selagimana Nik Aziz masih kekal memegang tampuk pemerintahan negeri. Tidak terduga usaha jahat itu dilakukan oleh orang harapan dan orang kepercayaan Nik Aziz sendiri, namun Nik Aziz lebih bijak membaca langkah parasit tersebut,
Bagaimanapun perancangan jahat tersebut ibarat telan mati emak, 'kehek' mati anak, saling kebergantungan mereka berdua memaksa Nik Aziz masih mengekalkan parasit tersebut, ini kerana tanpa parasit itu Nik Aziz sukar untuk mentadbir negeri diatas kejahilan Nik Aziz sendiri berkaitan ekonomi, pembangunan, kemodenan dan sebagainya.
Akibat pengekalan itu juga Nik Aziz terus diserang secara halus dengan mengkontroversikan kegagalan beberapa projek yang berkaitan kerajaan, kegagalan tersebut adalah satu rancangan yang disengajakan supaya Nik Aziz tertekan dan mengambil keputusan untuk berundur.
Namun sangkaan tersebut meleset sama sekali, beberapa perancangan dilakukan gagal untuk mengundurkan Nik Aziz, dan sudah menjadi lumrah kejatuhan seseorang itu hanyalah disebabkan parasit-parasit dalaman yang 'lapar' hendak berkuasa sebelum menjana beberapa individu lalu dicucuk hidungnya untuk terus menjalankan perencanaan jahatnya.
Bagaimanapun pertelingkahan dalaman secara halus itu kesannya turut dirasai rakyat, pembangunan negeri agak perlahan, peluang pelaburan agak sedikit dan begitu juga dengan peluang pekerjaan yang agak terhad, projek-projek berskala besar yang disabotaj turut mengalami kegagalan sekaligus pelaburan modal kerajaan hangus begitu sahaja, banyak projek hanya berjaya dibina batu asas sahaja, hasil kekayaan bumi terus diretah orang asing secara haram dan paling jelasnya masalah air sehingga hari ini tak dapat diselesaikan..
Sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku ? Keadaan ini mungkin akan berpanjangan selagi mana Nik Aziz tidak meletakkan jawatan, ataupun keadaan akan berubah sekiranya rakyat Kelantan memilih Barisan Nasional pada PRU13 ini dan terus mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.
Sungguhpun begitu, diatas faktor keadaan juga, klipvideo ini hanyalah intro dari keseluruhan apa yang telah direncanakan oleh parasit itu , dan siri sepenuhnya akan didedahkan sedikit masa nanti, Anda Mampu Mengubahnya.
" Lebai Kelarah gilakan kuasa mesti ditumbangkan, kenkadang bahasa tubuh juga boleh menterjemahkannya, Kebenaran tetap kebenaran, saman tidak akan bermakna lagi..."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.