Kecelaruan Fikrah Didalam Pas Ramai Yang Tidak Sedar

Sesi penerangan berserta soal jawab mengenai buku terbaru yang ditulis oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Ahli panel terdiri daripada Dr Mujahid sendiri, Dr Ghazali Muhyiddin, Ustaz Azharudin, dan juga Prof Abdul Aziz Bari.

Dalam diskusi itu dua ahli panel yang terdiri daripada penganalisis politik iaitu Dr Ghazali dan juga Prof Abdul Aziz Bari amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan dalam buku dr Mujahid bahawa Pas perlu satu perubahan baru dalam mengikut arus politik dan keperluan negara jikalau mereka masih punyai cita-cita untuk ke Putrajaya.

Namun seorang lagi panel iaitu Ahli Jawatankuasa Ulama Pelapis Pas, Ustaz Azharudin yang juga merupakan salah seorang ahli majlis syura Pas, jelas menolak pendapat yang cuba diutarakan oleh Dr Mujahid. Beliau tidak bersetuju bahawa Pas perlu berubah seperti mana yang ada sekarang hanya kerana beberapa kes terpencil yang diberikan sebagai contoh oleh Dr Mujahid.

Contoh yang diambil yang berlaku dikalangan pengikut Pas suatu ketika dulu mengikut pengamatan Dr Mujahid adalah seperti keengganan orang Pas menaikkan bendera negara, menyanyikan lagu negaraku dan juga menjadikan Perlembagaan Negara sebagai landasan perjuangan.

Semua contoh yang diberikan di atas menurut Ustaz Azharudin telahpun diamalkan malah oleh dirinya sendiri, jadi tidak timbul keperluan Pas perlu berubah.

Mungkin Ustaz Azharudin tidak sedar bahawa itulah yang dimaksudkan oleh Dr Mujahid titik tolak perubahan yang telah berlaku di mana sedikit sebanyak ia telah dapat melonjakkan lagi Pas di mata rakyat. Bagi maju lebih ke hadapan lagi banyak perubahan lain yang perlu dilakukan.
Pas syok sendiri!!!
Ustaz Azharudin selanjutnya mengumumkan dengan bangga bahawa apa yang diutarakan serta dikritik pada malam tersebut adalah berlandaskan muzakarah ulama pelapis Pas yang diadakah pada 5 disember baru-baru ini yang membuat kesimpulan bahawa buku tulisan Dr Mujahid perlu dinilai semula.

Ketika Dr Mujahid membuat pengulungan ucapannya, beliau berterima kasih atas maklumat Ustaz Azharudin atas pengumuman itu walaupun beliau merasa kesal muzakarah ulama pelapis tidak lansung menjemput dirinya sebagai tuan punya tulisan buku bagi memberikan penerangan sedangkan mereka berada di dalam sebuah organisasi yang sama yang memperjuangkan ideologi yang sama.

Komen Dr Mujahid ini disambut dengan ketawa sinis oleh Prof Abdul Aziz Bari yang dikritik hebat tadi oleh mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa Pas hanya syok sendiri dan tidak lengkap ilmu dalam usaha menawan Putrajaya dan mengetuai pakatan pembangkang.

Penilaian semula buku tersebut merupakan ayat lembut yang jika ayat sebenarnya digunakan ialah bermaksud buku Dr Mujahid perlu ditolak dan tidak boleh diterima pakai. Malah dikatakan Ustaz Ridhwan Mat Nor sedang dalam perancangan menulis sebuah buku bagi menjawab serta mengkritik tulisan Dr Mujahid itu. Baguslah begitu, buku dijawab dengan buku ini akan menyemarakkan lagi budaya keilmuan dikalangan para pemimpin Pas.
Tidak bersetuju jangan sampai berlaku biadab!
Dalam pengamatan saya yang merupakan orang biasa yang hanya tahu perkara asas sahaja dalam syariah ini, saya melihat segala kritikan Ustaz Azharudin juga kritikan dari salah seorang penonton yang hadir (yang juga merupakan ulama pelapis) yang menolak buku tersebut, seolah-olah sedang membuat satu penilaian pembentangan kertas kerja bagi mendapatkaj Phd.

Ustaz Azharudin mengupas dan mendetailkan segala penghujahan seolah-olah mereka sedang mengkaji satu kitab fikah yang didalamnya terdapat fatwa-fatwa serta hukum yang sesat yang mana apabila dibaca oleh orang ramai bakal menyesatkan fahaman mereka dan menyimpangkan mereka dari ajaran Islam sehingga memanggil 32 pakar syariah dari seluruh negara bagi membahaskan buku tulisan Dr Mujahid dan berakhir dengan menolaknya.

Terdapat seorang peserta yang merupakan ulama pewaris yang bangun memberikan komen yang tidak bercirikan akhlak ulama apabila beliau berterus terang memandang rendah terhadap Prof Abdul Aziz Bari yang dikatakannya berucap mengikut emosi dan tidak profesional.

Lebih malang lagi ulama muda tersebut sentiasa mencelah dengan nada memperlekeh ketika Prof Abdul Azizi Bari sedang memberikan penjelasan. Beliau juga mencelah dan bertanyakan soalan mengejek kepada Dr Mujahid ketika Dr Mujahid sedang bercakap dan memberikan penjelasan.

Menambahkan lagi malangnya pemuda yang diharap menjadi ulama dan pemimpin Pas ini ialah beliau terus beredar menghilangkan diri dari majlis yang dia sendiri mengimarahkannya. Dia merupakan satu watak penting dalam majlis tadi tetapi tiba-tiba terus beredar dan tidak ada aksi mengeratkan silatulrahim setelah selesai majlis. Macam ni nak jadi pemimpin?.

Rumusan yang dapat saya berikan dalam diskusi semalam ialah bahawa ada di kalangan pengikut Pas yang tidak mahu berubah mengikut keperluan dan kehendak semasa suasana politik di Malaysia. Ada ramai lagi yang berpenyakit menafikan keritikan bahawa Pas belum bersedia menerajui negara, jauh belum bersedia sebagaimana yang dikehendaki oleh masyrakat negara kita sekarang ini.

Apa yang golongan menolak pembaharuan ini mahu ialah, orang ramai yang perlu merubah diri mereka mengikut kehendak dan cara pemikiran mereka, atau lebih tepat lagi rakyat yang perlu menyesuaikan diri dan menerima cara pemikiran serta penafsiran mereka. Orang ramai tidak perlu difahamkan dengan istilah-istilah yang mudah, malah mereka perlu ditakutkan dengan istilah-istilah arab serta definisi-definisi sukar agar rakyat sentiasa terkedu dan rasa terhina kerana mereka tidak mampu menyedut perkataan-perkataan tersebut.
Komen dari penyokong Pas yang masih celik
Tulisan diatas dipetik dari laman agen parasit, ramai yang tidak sedar akan kewujudan parasit yang telah membawa Pas kearah perubahan yang jauh tersasar dari matlamat perjuangannya yang asal, segelintir penyokong Pas hanya mengenali Pas dengan nama dan menyokong Pas dengan tidak sedar bahawa Pas dulu dan kini sangat jauh bezanya.

Kemasukkan pelbagai jemaah didalam Pas menyebabkan kecelaruan fikrah telah berlaku didalam Pas, kemasukkan mereka hanyalah ingin mengambil kesempatan untuk menggunakan platform Pas bagi mengembangkan fahaman mereka, namun bagi pengikut taksub Pas mereka akan terima apa sahaja fatwa ataupun fahaman dari Pas tanpa merujuk kembali pada ajaran Islam yang sebenarnya...- Bersambung...Anda Mampu Mengubahnya...

1 comment:

  1. Yang becelaru bukan pemikiran PAS, tapi erdogan yang mahu PAS berwajah baru...dan yang bercelaru ialah orang pro-umno yang mahukan PAS berpecah

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...