Ketegasan Mufti Perak Tan Sri Harussani berkait kepentingan umat Islam dinegara ini sangat dihargai dan wajib dihormati oleh seluruh umat yang beragama Islam, beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian ketika mengulas kenyataan tali barut komunis Dr Maszlee supaya tindakan tegas diambil keatas Ulamak Kelantan Tuan Guru Hj Abdullah Saamah berhubung peghukuman haram bagi umat Islam yang menyokong DAP telah membuat penegasan berikut :
" Kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud dan beberapa perkara yang lain",
“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” dalam mempertahankan hukum
“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” dalam mempertahankan hukum
Maka dengan penjelasan yang dibuat oleh Mufti selaku pakar dalam hukum hakam berkaitan Islam, demi Agama Islam, Gk menyeru seluruh umat Islam baik rakan-rakan media atau sesiapa sahaja dinegara ini supaya berkerjasama dalam menyebarkan fatwa tersebut demi kepentingan kita umat Islam, penghukuman yang dibuat oleh Mufti bukan sembarangan kerana beliau adalah orang yang diamanahkan diatas perkara yang berhubungkait dengan hukum hakam Islam dan Mufti juga akan bertanggungjawab keatas sesuatu yang dihukumkan.
Berbaik sangkalah terlebih dahulu kepada sesama Islam lebih-lebih lagi seorang mufti sebelum kita berbaik sangka dengan DAP, kepada Dr Mazslee bertaubatlah dan kembalilah kepada ajaran Islam mengikut Al-Quran dan Hadis bukannya mengikut ideologi DAP sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan supaya Ulamak ditangkap demi membela DAP.
Jika kenyataan Ulamak menyebut Haram menyokong DAP, lantang beliau memutar kenyataan tersebut yang didakwanya boleh tercetusnya peperangan, logikkah kenyataan beliau itu ? Ulamak kata Haram sokong DAP bukannya suruh umat Islam berperang dengan bukan Islam, macammana beliau boleh kata kenyataan ulamak itu bahaya dan boleh mencetuskan ketegangan agama.
Kalau Karpal Singh kata "langkah mayat saya dulu kalau nak buat hudud" tidak pula dipersoalkannya, sedangkan kenyataan Karpal itulah yang lebih mengjurus kepada berlakunya peperangan, kerana kenyataan Karpal itu mencabar umat Islam supaya melangkah mayat beliau dahulu jika nakkan Hudud ini dilaksanakan, macammana nak langkah mayat Karpal kalau beliau panjang umur tak mati lagi ? nyawa Karpal yang besar ke Hukum Allah yang lagi besar ?
Justeru itu kenyataan Karpal boleh difahami dengan satu cabaran keatas umat Islam dari seorang bukan Islam bahawa Karpal lebih berkuasa dan berhak untuk menentukan Hukum Allah samada laksana ataupun tidak, apakah umat Islam berkiblatkan Karpal untuk akur dengan kenyataan beliau itu ? pastinya tidak, untuk itu bukankah kenyataan Karpal itu mencabar kredibiliti umat Islam ?
Kita umat Islam bukan kaum yang lemah untuk diperlekehkan, lebih-lebih lagi kita berpijak dibumi Islam, DAP sudah berani-berani mencabar kedaulatan agama Islam dengan perkataan yang biadap, apakah kita sanggup agama kita kita ditindas sedemikian ? Jika DAP tidak setuju perlaksanaan Hudud, itu tidak salah, namun beradatlah dalam menolaknya, jangan dibuat kita umat Islam ni seperti bacul, kita umat Islam diajar untuk tidak mengancam orang bukan Islam sekiranya kita tidak diancam.
Dengan itu fahamilah isu ini dalam konteks agama bukan kepartian, isu ini bukan isu UMNO ataupun Pas, tapi isu ini isu seluruh umat yang melafazkan dua kalimah syahadah, tanganilah pernyataan-pernyataan biadap DAP supaya ia tidak terus besar kepala membarah dalam institusi beragama dalam negara ini.
Jangan terpengaruh dengan ajaran sesat syiah yang mengatakan DAP berhak berkata apa sahaja kerana mereka bukan Islam ? Itu tidak betul menurut ajaran Islam yang sebenar, membiarkan DAP sesuka hati untuk berkata-kata sehingga menghina Islam, itu bukan dari ajaran Islam, Islam bukan satu agama yang boleh dihina, mana mungkin kerana DAP bukan Islam dia berhak untuk perlekehkan Islam, Masyaallah ini sudah terpesong dari ajaran Islam.
Ingatlah Islam adalah agama Allah, kita bukan sekadar wajib mengamalkannya bahkan kita WAJIB mempertahankannya, mengamalkan sahaja tanpa mempertahankannya diibaratkan sebagai kita dan rumah kita, kita hanya tinggal dan duduk dalam rumah semata-mata, bila orang datang ceroboh ataupun khianat tidak pula kita pertahankannya, apakah itu melambangkan kita sebagai pemilik rumah yang baik ? Apakah kita akan dapat tinggal dalam rumah itu dengan selesa dan sempurna ? Biarpun berbeda dengan pendapat 'tajdid' tapi itulah hakikat yang nyata....Anda Mampu Mengubahnya....
" Sokong DAP hukumnya adalah HARAM "
betul tu kata2 kau GK tentang dap..... dap bukan melibatkan keseluruhan MASYARAKAT BUKAN ISLAM tetapi hanya sebuah parti punyai fahaman ideologi yg salah di Malaysia..... jd patut ditentang dap dan talibarutnya pkr serta pas yang sudah TAKSUB menjadi-jadi pertahankan dap krn politik dap.
ReplyDelete