Aisyah Kesal Skandal 'Dulu-Dulu' Abby Abadi Bakal Didedahkan

Wan Aishah Wan Arifin melahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu khususnya di kalangan media ingin mendedahkan kisah hidup artis yang lampau.

“Namanya pun dah berhijrah, buat apa nak ungkit-ungkit kisah lama, dah namapun berhijrah.
“Macam kes Abby Abadi ada pihak media yang kata awak mesti ingat ada kisah awak sebelum ni yang boleh dedahkan, betul ke cara macam tu?. Namapun dah berhijrahkan?,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan artis yang telah berhijrah sentiasa dijadikan isu negatif walaupun bulan Ramadan ini.

Sambungnya, tidak semestinya golongan ustaz, ustazah sahaja wajib menerangkan kebaikan Islam, sebaliknya semua manusia yang beragama Islam mempunyai tanggungjawab itu.

“Ini tidak, ustazah jadianlah, dah nak senja baru nak insaf dan macam-macam lagi,”

Katanya, sepatutnya mereka berikan sokongan pada artis yang telah berhijrah.

Menurutnya, beliau sendiripun membuat keputusan itu kerana yakin dengan perjuangan parti PAS yang membela nasib masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

"Jadi siapa lagi kita nak tumpang, kalau bukan sebuah perjuangan yang membawa kebaikan dan kebenaran untuk kelangsungan kehidupan yang kekal di akhirat?”ujarnya.

Ya tak ya juga kata Aisyah ni, mesti penyokong Pas kata, "Biasalah dunia akhir zaman, bila manusia buat baik ia dipersoalkan, buat buruk tak der pulak timbul", dan laginya penyokong Pas selalu sebut "Ulamak dicaci dan dihina tapi sijahil disanjung dan dipuja".

Benarkah begitu ?, jahatlah orang yang tak suka pada artis yang dapat hidayah ni, kat Malaysia ni hanya Abby Abadi dan Aisyah jer ke artis yang dapat hidayah ni? selain dari Abby Abadi dan Aisyah artis lain yang dah hijrah tu dikutuk sama seperti mereka berduakah.

Macam Catriona Ross, Diana Amir, Irma Hasmie dan lain-lain lagi tu terima nasib yang sama jugak ke? Kalau hijrah kepada Islam yang hakiki tidak ada manusia beragama Islam di Malaysia ni akan kutuk mereka, kerana insan yang dapat hidayah yang sebenar pasti akan lebih ayu, sopan dan beradab lebih-lebih lagi dalam tutur cara.

Bukannya dapat hidayah seperti dapat lesen untuk mengata orang atau berkongsi hidayah yang bersifat kepartian dengan memperlekehkan orang lain. Sama juga dengan Ulamak, selain dari Ulamak Pas tidak ada ulamak lain di Malaysia ini yang dikutuk sekiranya Islam yang dibawa itu adalah Islam yang sebenar, ada toleransi dan saling menghormati bukannya memaki hamun dan mengkafirkan sesama Islam.

Apakah jika artis atau ulamak yang bersama Pas sahaja yang dikutuk ? Tidak ? Tapi hanya artis dan Ulamak yang mulut cabul sahaja yang akan dikutuk dan dipandang serong selari dengan keserongannya, sebagai contoh artis seperti Mustafa Kamal yang dilihat condong kepada Pas, apakah beliau turut dikutuk ? Ulamak pula contohnya seperti Dr Harun Din apakah beliau juga turut dikutuk ?

Artis yang hijrah anuti Pas tu tak payahlah nak melebih-lebih, sedar diri lagi baik, bukan apa, sebab kalau kita datang dari longkang berlagak seperti kita datang dari syurga pasti ia tidak disenangi orang, biarpun kita sudah hijrah akan tetapi noda itu tetap akan terpacul sekiranya kita begitu lantang mengkritik orang lain.

Itu semua sudah lumrah dunia, akan tetapi jika kita lebih tertib dan bersopan santun pasti orang pun akan merasa malu, dakwaan mengatakan benci pada ulamak atau artis yang berhijrah ini sebenarnya tidak timbul, ia hanyalah persepsi yang diwujudkan oleh Pas semata-mata. Sekali fikir persepsi ini logik dan mudah untuk terperangkap dengannya, tetapi jika difikirkan secara keseluruhan gambaran diatas adalah hakikat yang sebanrnya....Anda Mampu Mengubahnya...

3 comments:

  1. hahahaha.....gua nak tergelak pulak baca kenyataan bodo betina nie...abis yang setan2 dalam parti anak setan buat tiap2 hari mengeji, menghina, mengaibkan, mengutuk, memfitnah dan macam2 yang busuk kat orang2 UMNO, kat ieteri2 pemimpin UMNO yang sesama Islam tue camner pulak citer? tanya betina nie, camna dia nak jawab soalan tue.
    Jangan dia bagi jawapan bodo macam neek najeeis sudah lah...

    ReplyDelete
  2. lastly...jd bini muda org pas la tu ....buaya duk nganga je heheheh

    ReplyDelete
  3. DIA RISAU KERANA KISAH2 SILAM DIA PUN DAHSYAT. MASA HIDUP DI NZ DULU MCMANA? MASA DIKENALI AISYAH & FUN CLUB DULU MCMANA? KEJAHATAN MANA BOLEH DITUTUP SEKADAR BERTUDUNG DAN MENJADI AHLI PAS. BENDA2 YG LEPAS TETAP AKAN MENJADI PELURU YG AKAN DILEPASKAN PADA KETIKA & MASA YG DIPERLUKAN....TAAKKKUUUTTTTTT..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...